Pages

1.13.2010

azam tahun baru kot..?

Haa... Agak-agaknya sempat lagi tak nak squeeze in another azam tahun baru? ngeh3.. Still januari kan.. So boleh la kot..

Sehari dua ni semangat nak blogging tiba-tiba je berkobar balik.. Agak hangit2 taik ayam jugak la.. Kalau tengok tarikh first entry, it was back in 2007.. Dah nearly 3 years.. Kalau orang lain, dah ribu riban dah entry yang dorang post kat blog masing2.. Aku punya rasanya tak sampai 20 posts kot.. Huh.. How lame! Nampak sangat aku ni tak konsisten kan? Hmmmmm...

So.. Tahun ni lepas rajin membaca blog kengkawans and some strangers (2 hari ni aku rajin pulak membaca blog Hanis Zalikha yang gojes tuh.. suke!), aku rasa kena keep back on track.. Tapi yang lecehnya, internet kat ofis tu ada proxy.. So blogger antara site yang kena block.. T.T

Anyway.. Ni dengan gigihnya nak jugak memulakan azam untuk kembali aktif dalam bidang penulisan (cewah!) blog, aku akan berusaha!! Yeah!! \(^0^)/

Mesti anda semua tertanya2 apa kes aku tiba2 kobar2 nak jadi active blogger ni kan? Kan? Well.. first and foremost, aku mula teringat yang aku ada blog selepas aku dah start kerja kat gomen ni.. Dulu masa kerja kat rpm, mana sempat nak merapu meraban menulis blog.. Kadang kala je aku tulis.. Tu pun masa mula2 ada blog la.. Lepas tu, segalanya terabai..

Tapi memang masa kat rpm dulu aku tak sempat nak update blog aku ni.. Konon-konon engineer yang busy la ni.. Sokmo banyak kerja n pergi site bagai.. Umpama aku la satu-satunya engineer kat rpm tu (fyi, bos aku En Adnan pernah bagi ayat ni kat aku dulu.. Patut aku bangga ke confuse?).. Poyo jugak kan.. Tapi ini memang benar.. Aku tak tipu... Balik rumah pun tak menentu.. Langsung tak balik rumah pun pernah.. Betapa busy n komitednya aku kerja kat rpm dulu... Tapi gaji tak naik2 jugak.. Bonus pun kena tolak unpaid leave.. Ayooo... So kesimpulannya, aku tak sempat la nak mengarang cerita dan gosip untuk tatapan ramai.. Sungguh nampak ciri-ciri gadis berkarier dan komited pada kerja.. Hahah.. Bajet laa... =p

Bila dah penat n busy seharian di opis ni, balik rumah memang takde kerja la aku nak mengadap laptop lagi.. Kakak aku je yang selalu rajin mengadap laptop baca gosip kat cari.com.. Macik tu memang kaki gosip.. Tanya je pasal gosip terbaru artis, semua ada dalam poket dia je.. Boleh apply kerja kat Melodi dah tu! Aku biasanya melepek depan tv je la.. Kadang-kadang keluar dating or hang out dengan kawan2.. Tapi selalunya lepak kat rumah sebab berjimat-cermat.. T.T

So bila aku dah start kerja kat gomen ni, agak banyak masa terluang.. Bukan agak, tapi MEMANG banyak masa terluang.. Bosan pun ye jugak sebab kerja aku tak banyak macam masa kat rpm.. Semua paperwork je.. Takde pergi site.. So aku rasa aku dah hilang ciri utama engineer iaitu SITE.. Ohh... Habis la CV aku dah tak lawa.. huh...

Kebetulan la pulak aku dapat bilik.. Tak macam dulu, 1 bilik share 3-4 orang.. Sekarang ni 1 bilik aku yang punya! HOHOHOHO... Seronok giler dapat bilik sendiri.. Boleh hias2.. Ada privasi sebab duduk sorang2.. Tapi kadang2 rindu kawan2 kat rpm... Dorang happening.. Tu je la yang aku rindu kat rpm tu.. Selebihnya aku tak rindu langsung! Haha! Kecik hati bos kalau dia baca.. Kalau laa.. Sorry ye bos!

Maka.. Dengan keadaan aku sekarang, aku mula la teringat pasal blog aku yang dah bersawang ni.. Dulu pun aku start blogging sebab kawan aku ajak.. Zura yang ajar aku pasal blogging ni.. So aku pun create la account blogger aku sendiri.. Masa tu sengal2 ubi lagi bab2 blogging.. Nak customize blog pun tak reti lagi.. Hehe.. Memalukan betul..

Hmm.. Tiba2 aku rasa aku dah off topic ni.. Ok ok.. Kembali kepada kenapa aku nak memulakan misi pengaktifan blog.. Bila aku dah kerja gomen yang agak bosan n lame ini.. Aku mula la membaca blog kawan2, sepupu, sape2 aje yang aku rasa menarik.. So mula la datang semangat nak update blog sendiri pulak..

Sebenarnya dalam angan2 aku ni macam2 benda aku nak post kat blog aku ni.. tips itu ini la, cerita itu ini, gosip2, bla bla bla... Tapi selalu je tak tercapai.. Yela.. Aku mengaku aku yang malas sebenarnya... Huhu.. Nanti akan aku usahakan untuk menambah post2 dalam blog aku ni.. \(^o^)/ Dah 2x cheer ni.. Kalau keluar cheer yang ke3 kira checkmate.. Ni ayat colleague aku dulu bila bos tak abis2 cari dia.. Rindu pulak kat Anep..

Dengan ini.. Aku akan rajinkan diri untuk menulis blog setiap hari! Yeah!!

OppsieDoppsie: Kita tengok berapa lama aku bertahan.. Yaaaaa

2 comments:

IzwanFJ said...

Yus..jom tukar link blog :-D

Blog aku : http://fijarticles.blogspot.com/

y U s n i R a said...

ok faizul! sila la mskkn link aku skali.. :)