Pages

2.18.2010

Post-holiday Entry

Ok. Hari ni baru ada mood nak update on my holidays whereabouts. Actually takde banyak benda pun yang nak di highlight. But some plans terlupa di execute. So, early planning ada yang kena reschedule.

On thursday, balik rumah dengan hati yang berbunga riang sebab dah start cuti :) Angah already gone to Seremban for her skool event. Mak, abah & Shuk pulak will be goin to Kuantan later that evening. Nak attend wedding at Putrajaya on Saturday. So Kuantan will be their pit-stop before proceeding to Putrajaya. So, malam tu yang tinggalnya just aku, Ayie a.k.a Dave Nuku (perasan), Sasa & Irah. Lalala~~

The next day, Jumaat. The program is to clean up the whole house. Memandangkan takde orang yang ramai & anak-anak buah-buahan tak datang, it's the perfect time to go & clean the house. Kalau dorang ada, memang tak dapat. Menambah-semak-kan rumah boleh la. Quite hectic sebab aku je yang ke hulu ke hilir mengemas rumah. 3 orang adik aku tu kena literally shout on their faces baru la nak gerak. Kalau tak buat camtu, memang tercegat depan tv je la. So Sasa mengemop lantai dapur, menjemur baju & stuff. Ayie pulak membasuh keta abah & motor-kapcai-pinjam nye sekali. Irah... aku lupa dia buat apa. tapi ni paling terer bab-bab escapism. Akan cepat-cepat bagi alasan buat homework. Bajet kitorang nak bagi can la sebab dia nak PMR tahun ni. NOT!

Pagi-pagi tu dah siap-siap pergi pasar tani beli makanan for the whole day. Bukan beli lauk nak masak k. I repeat: BELI MAKANAN FOR THE WHOLE DAY. So masing-masing dah beli siap-siap sampai lunch. Dinner will be some where else. Sebab malam nanti Irman sampai, so kami terus pergi makan. Planning kena bagus ok :)

Malam, Irman arrive just about 8pm. Only me and Nuku yang pergi pikap dia. Sasa & Irah tak nak join pulak. So kena tapau je la. We went to Restoran BEST IN TOWN. Just beside Petronas Batu Burok. For those yang tinggal kat Terengganu, I STRONGLY do not recommend this restaurant. BAD SERVICE! Walaupun tulis kat situ "Under New Management" which I tot would be better in every way, it didn't. Very slow & boleh salah bagi order pulak!! Gosh! We ordered Nasi goreng paprik 1, nasi goreng pataya 1, nasi goreng USA 1, nasi putih + tomyam seafood 1 & mi goreng + telur mata. Aku punya nasi goreng USA. We waited for about an hour. Dalam masa sejam tu sempat la aku kutuk-kutuk Irman order mi goreng je. Yela, datang dari KL, order itu je. Buang karan betul. We picked the place sebab Ciki pernah tapau tomyam kat situ. Memang kaw! So we tot the other menu will be kaw as well la kan. Tunggu punya tunggu, sejam baru siap.

So bagi sesiapa yang degil nak pergi jugak makan kat restoran tu walopun tadi dah warning cakap bad service, you better be there before you're hungry. So nanti your order will eventually arrive bila anda benar-benar lapar. Seriously.

Setelah mendapat makanan yang kami order itu, maka berlari la kami bertiga melintas jalan kembali ke kereta. We parked our car on the other side sebab kami dah otw back home. Sampai rumah terus la makan sambil mengadap tv. Tengok movie The Blind Side. Owh. Before tu, bila check the food, my Nasi Goreng USA turned out to be Mi Goreng Basah + Telur Mata. Cilabai Hampeh betul! punya la aku kutuk Irman makan mi goreng, last-last aku pun kena makan benda sama ngan dia. Dah kena gelak kaw-kaw. Kambing betul. Hmpfhnarfjwhe~!!! Dah la mi goreng basah yang dah kembang. Memang tak abis makan la. Huh! So, the restaurant is BANNED from my list!

So teruskan menonton The Blind Side. One great movie. Based on a true story and I like Sandra Bullock's role! 2 thumbs UP! So bagi sape-sape yang teragak-agak nak tengok movie ni or beli dvd cite ni, I totally recommend this. During the credits, ada tunjuk the actual characters. Then you know why Sandra Bullock is blond in that movie. Memang layak dia tercalon untuk Best Actress for Oscar & Best Picture for the movie itself. (Meriah pulak bagi critics ala-ala pengacara E! News.. Ngeh3..) You can watch the preview and more about the movie on the official website here.

Ok. Enough of the movie reviews. The next morning, we sort of went for a picnic. Me, Irman, Ayis, Sasa & Irah plus our 4 kittens. Setelah selesai prepare makanan untuk dimakan (nama pun piknik kan), maka kami pun pergi la ke pantai. Sunyi je. Cuaca pun mendung. Anak-anak kucing tu pulak jakun-jakun je kat pantai. Mengiau2 ketakutan. Pelik betul. Padahal sebelum ni dah pernah pergi pantai. Makan-makan, berjalan-jalan di pesisir pantai (cewah!), tangkap-tangkap ketam angin dan makan lagi. Tak lama tu hujan turun rintik-rintik. Maka segera la kami berkemas dan meninggalkan pantai. Hehehe... tak mandi pun sebab air pasang plus takde orang. Bahaya kalau jadi pape nanti.

Sepanjang hari tu, just lepak kat rumah je. Angah dah sampai pagi tu. So dia la yang masak. Hehehe.. Duk rumah rilek-rilek menonton dvd. Irman pulak duk leka main rubik's cube tu. Kitorang ajar dia camana nak solve the cube. Ada step-step yang boleh dipelajari. Dulu aku tengok rubik's cube tu dengan pandangan kosong je sebab aku tak pernah berjaya selesaikan cube tu. Nak dapat solve 1 side pun tak dapat. Pernah tengok dalam cite Pursuit of Happyness yang Will Smith & anak dia berlakon tu, dia solve cube tu dalam keta to impress that guy to give him a job. So agak impress sebab boleh siapkan kejap je. Sekarang aku pun boleh solve the cube within 5-10 min (Poyo gler statement nih!). World record 7.08 sec ok! Read it more in wikipedia. Disebabkan sangal leka sepanjang hari, aku & Irman lupa nak pergi maxis + celcom!! We planned to change to celcom. Dah fedap dengan maxis. Haha! Tapi lupa pulak. So next time aje la. Malamnya pergi giant beli hadiah kawen Acid, makan-makan plus mengabiskan duit. Huh.

Sunday, 14 Feb 2010, V-Day. Ok. We don't celebrate v-day. It's time for Acid's wedding. We departed approximately at 11.15am. Irman drive. Ayie as the co-pilot & of cos aku boss kat belakang. Ngeh3.. Kitorang memang gerak lewat sket sebab nak sampai ngam-ngam masa pengantin tiba. So boleh la tengok dorang berarak masuk diiringi kompang. Hehe.. As planned, sampai kat rumah pengantin after 2 hours at 1.15pm. Nasib baik rumah Ana ni tepi jalan besar, so senang je nak jumpa. Btw, kami pergi belah pengantin perempuan sebab kenduri Acid kat Muar. Jauh sangat. Dia jemput yang kat Kerteh ni sebab aku dah kat Terengganu. Setiba je kami kat rumah pengantin, dah dengar bunyi kompang. Uiks? Pengantin sampai awal ke? Jenguk-jenguk rupanya pengantin dah kat pelamin tengah ditepung tawar. Awal pulak pengantin kali ni. Biasa pengantin selalu lambat dari jadual. Aku masuk ke dalam tengok-tengok pengantin bersanding & snap gambar. Tapi gambar ada dalam fon Ayi. Belum transfer lagi. Pastu letak adiah & pergi makan dulu la. Lauk sedap, tapi pedas sket. Hehe.. Lepas makan, pengantin dah kat meja makan. Ingat nak tunggu dorang habis makan tapi sebab ada event lain seterusnya, aku pun pergi tunjuk muka kat depan meja pengantin tu. Hehehe.. salam-salam dengan Ana dan borak sikit-sikit dengan Acid. Kenduri dia kat Muar 20 Feb. Ada sword barrel. Dia cakap Syawal ada sekali. Tak dapat la nak tengok dorang sword barrel. Tunggu sword barrel Syuk la bulan depan. Lepas bertanya kabar, kami pun meneruskan event seterusnya. Sepupu Irman bertunang kat Kuala Abang. Seremm jugak nak join family event ni. Huhuu..

Majlis sepupu dia katanya kul 2 tapi dorang pun macam lambat je. Kitorang join konvoi dorang just after Dungun. Dorang stay kat Dungun. Agak pelik sebab sewa homestay yang agak jauh tapi takpe la. Sampai kat rumah bakal tunang sepupu Irman dalam kul 3. Turun keta, salam-salam dengan Mak Ngah & family members yang lain. Aku just terkulat-kulat je sebab macam segan pun ada. Tapi still kontrol macho la. Hehe.. In between tu kami pergi masjid sebab tak solat lagi. Dah balik dari masjid, dorang dah tengah makan dah. Kitorang just minum and makan kuih-kuih je. Still kenyang. Borak-borak ngan Mak Ngah, kenal-kenal sepupu sepapat Irman. Ok la. Takde menyeramkan sangat. Hehe... Dah 4 lebih baru la gerak balik.

Sampai rumah kul 6, then pergi pantai lagi. Mentang-mentang rumah dekat pantai, pagi petang pergi pantai. Hehehe.. kali ni ramai giler orang. Dah macam Miami Beach. Dari hujung ke hujung ada orang. Plannya nak mandi pantai, tapi Angah cakap baru je ada budak lemas kat situ. So kensel la. Sekali bila tengok dah ramai giler orang, rugi pulak tak bawak bikini baju tukar tadi. ayie ngan Irman je yang mandi. Aku, Sasa, irah, Mursyid & Ecah just duk main pasir je. Inesen giler. Dah kul 7, harus la balik rumah.

Malam tu, memang dah ngantuk giler. Irah duk sibuk ajak aku main monopoly. Bukan yang board game tu tapi versi card game je. Mata memang dah ngantuk pastu aku tak berapa nak paham camane nak main, tapi main je la. Irman yang bawak game tu. So mula-mula just aku, Irman n Irah yang main. 1st game aku menang. Main lagi sekali, aku menang lagi. WAH! Tiba-tiba dah tak ngantuk kan. So bermain la benda alah tu sampai kul 4.30am. Sasa join, Ayie join, Ciki, Shuk & Angah. Heheheh.. Aku menang 4 times in a row. Terus kalah bila Ciki join. Terus tak main pastu. Haha.. Seronok tau main walaupun bukan versi board game yang kita selalu jumpa tu tapi it was still fun. Recommended for family time!


Ni la rupa monopoly bila dah jadi card game.

Esoknya bas Irman kul 10am. Dia cakap dah takde tiket. Rasanya mesti la KL cuti Isnin+Selasa tapi dia cakap ari Isnin je. Tapi takpela. Dah beli tiket dah. Pagi tu dah kelam kabut bangun lewat gara-gara monopoly malam tu. Sempat singgah kedai kuih beli jala mas + mas sejemput kirim kat family Irman. Dorang suka makan kuih-kuih tu. Kul 10, time to leave. Sekejap je dah kena balik. Huhu.. He arrived in KL at 5.30pm.

Esoknya, kerja seperti yang sepatutnya. Still ada yang sambung cuti. And Irman called me in the morning cakap "Saya rasa hari ni tak kerja la" dengan nada malu-malu kambing. Apa lagi. Harus la kena gelak + kena kutuk!! Hehehe.. Degil sangat. Kepada Irman, jika anda terbaca entry ini, nasihat saya ialah: "Sila semak jadual cuti dengan kawan-kawan sekerja anda dan pastikan anda tak mengulangi insiden ini di masa akan datang. Harap maklum." Hehehehhehe...

Btw, tidak lupa mengucapkan terima kasih kat Irman sebab sudi mengabiskan cuti di rumah kami, terima kasih atas ole-ole dari Brunei dan juga dvd-dvd yang tak habis lagi tengok. Hehehe.. Jasamu dikenang.

**This is Wan Yusnira. Signing off.


OppsieDoppsie: ** Menukar ayat "This is John Connor" dari Terminator Salvation sebab baru tengok dvd cite tu. Obviously outdated. Huh.

2.11.2010

Cuti Panjang.. Yay!! :)

Seperti biasa, hari Khamis memang paling gembira sebab last day to be at work for the week & balik awal. 3.30 dah terpacak nak punch out. Semua orang pun macam tu tau!

Hari ni pulak, memang bertambah thrilled sebab akan dapat weekend yang panjang. 4 HARI!!!!!!!!!! Ahad & Isnin cuti CNY. Tapi adik aku Irah cuti the whole week. Dengki banget! Tapi takpe. Janji cuti dan bergumbira.. Yihaa!!

Memandangkan cuti 4 hari, so kenala bawak balik my guppies. Kang minggu depan masuk opis tengok 4 guppies terapung. OH TIDAAAAAAAAAKKKKK!!!!!!!!!! Jadi, untuk mengelakkan sesal dulu pendapatan, SESAL KEMUDIAN TAK GUNA, maka akan dibawa pulang guppies ku semua. Dan kali ni kena pegang betul-betul masa dalam kereta nanti. Nanti basah lagi macam hari tu. Hmm... guppies ni pandang-pandang aku pulak. Macam tau-tau je aku tengah menaip pasal mereka.. ;p

Dengan cuti 4 hari ni, macam-macam plan dah ada dalam kepala. Dah fully book until Monday ok. Ada kenduri Acid, Jalan-jalan, makan-makan, picnic maybe? Seronok!! Dan part yang paling seronok, Irman nak datang spend the holidays with us! Yay!! Extra gumbira!! \(^0^)/ Esok dia sampai, dah pikir-pikir plan yang sesuai. Yang pastinya akan ada movie marathon sebab dah pesan DVD yang banyak. Hoho!

Apa lagi ye? Nanti I'll update in the post-holidays entry. Kalau rajin akan tempek gambar sekali. Tapi rasa macam mustahil je. Semenjak pakai HP lama ni, dah tak snap pixies dah. For the time being I'm using my previous HP yang I guna masa kat UTM. Sangat lasak HP ni. Dah 5 tahun dah. SE K500i. Dah takde production since 2006 rasanya. So ni dah masuk arkib SE dah. Nasib baik ada HP ni, so ada lagi numbers my friends in UTM. Plus some more from RPM. Tapi kalau yang dah tukar no, baru kenal after 2008, memang takde la dalam ni. Kena mintak balik.

Ok la. Nak basuh fish tank pulak. See you next week!


OppsieDoppsie: Hadiah kawin Acid belum beli lagi!

2.09.2010

*Home & Living Tips: Daun Pandan*

Hari ni aku nak share 1 tips berguna yang aku dapat dari mak. Even though bunyinya macam remeh je, tapi sangat berkesan dan berguna. Seriously (sebut macam Meredith selalu sebut dalam Grey's Anatomy ok).

Nama saintifik pandan ialah Pandanus amaryllifolius. Payah jugak nak sebut ni. Tapi yang depan tu memang sama la macam kita sebut hari-hari, PANDAN. Ni aku dapat dari wikipedia. Selalu diguna untuk masak dan buat kuih. Bagi sesiapa yang tak kenal rupa pandan, ni aku letak sekali gambar pandan ni.



Pandan ye anak-anak.


Dulu masa duk rumah sewa, lipas suka sangat nak menyewa sekali rumah aku walaupun bulan-bulan dorang tak bayar pun portion dorang. So kiranya lipas-lipas ni merempat la kat rumah sewa kami. Tempat feberet dorang ni kat dapur. Dalam kabinet. Faktor utama mungkin sebab kami di 2nd floor je. So lipas ni masih gagah nak merayap naik ke atas. Ok. Sebelum anda semua mendapat idea rumah sewa aku tu comot/selekeh/kotor/busuk macam cerita Joe's Apartment tu, anda silap! Tak macam tu ok! Biasanya lipas ni masuk dari saluran air kat toilet & kat dapur. Aku memang hangin bila malam-malam pergi toilet nak basuh muka, terserempak ngan lipas. Memang siap la lipas tu kena sembur sampai masuk lubang air tu. Pastu terus tutup lubang tu. Tapi penat woo nak bergelut dengan lipas-lipas ni. Lipas-lipas ni pun tak serik-serik kena sembur. Hish! Dan aku paling pantang bila ada lipas terbang kat dalam rumah. Azab betul!!! Memang takkan duk diam selagi lipas tu tak kena spray sampai mampus or keluar dari rumah. 0_o

So, suatu hari bila dah balik kampung aku pun menyuarakan masalah aku tu kat mak.

Aku: Mak, kat rumah sewa tu sokmo ada lipas. Camane ye nak bagi takde?
Mak: Haa.. ambik daun pandan tu letak kat dapur. Nanti lipas tak datang la. Nanti mak bagi anak pokok pandan sekali. Tanam dalam pasu.
Aku: Ok mak!

Maka petang tu jugak mak ambikkan anak-anak daun pandan untuk kami tanam di rumah sewa. Malam tu naik bas balik ke KL dengan anak-anak pandan dari Terengganu. Sungguh gigih.

Esoknya, lepas balik kerja, aku terus la Ops Pandan dalam kabinet dapur kat rumah sewa tu. Dan juga menanam anak pokok pandan dalam pasu. Mula-mula aku letak pasu tu dalam toilet sebab mak cakap kena letak kat tempat sejuk. So tiap kali masuk toilet, akan ada aroma bau pandan yang wangi tu. Sungguh menyegarkan! Tapi aku tengok pokok tu tak tinggi-tinggi pun. Bantut je. Maka aku letak di balkoni nak bagi cahaya matahari. So tiap pagi sebelum pergi kerja, akan siram pokok pandan tu. Lalala~~

Lepas dah letak daun-daun pandan dalam kabinet, memang betul kata mak. Memang takde lipas! Terbukti!! Wah.. Ni dah bagus. Boleh la diteruskan Ops Pandan ni. Dalam hati pun menanam cita-cita "Bila aku duk rumah sendiri, aku akan pastikan ada pokok pandan kat belakang rumah!!" Memang berkobar-kobar giler. Haha!

Selain menghalau lipas, apa yang aku suka dengan daun pandan ni ialah baunya. Aku suka bau pandan tiap kali aku bukak pintu kabinet. Rasa macam ada kek pandan yang besar je dalam kabinet tu. Hehehe.. So aku memang mempraktikkan la petua daun pandan ni. Tapi pokok pandan yang aku tanam dalam pasu tadi tak besar-besar dowh. Musykil betul. Takkan sebab pasu kecik kot? Tapi pokok tu mati masa aku balik bercuti seminggu kat kampung. Aku lupa nak pesan kat kakak aku siramkan pokok tu. Sayang betul. Hamster aku pun mati 2 ekor masa aku cuti seminggu tu. Lagi sadis. Tapi takpela. Dah sampai masa.

Sekarang ni, aku dah kembali berteduh di rumahku di kampung halaman, Terengganu. Mak still ada pokok pandan yang merimbun kat belakang rumah. Memang banyak giler. Mak selalu suruh aku ambik daun-daun pandan tu sebab dia cakap dah nak cabut sebab banyak sangat. Eh, ruginya kalau cabut pokok pandan tu. Maka aku pun selalu la ambik daun-daun pandan tu letak dalam almari baju aku. Sekali letak bukan sehelai dua ye, berhelai-helai! Sampaikan bila lalu je depan almari baju aku dah boleh bau pandan. Aku suka bukak pintu almari tu pastu tarik nafas dalam-dalam. Haaaaaaaaaaaaahhhhhh... bau pandan sedap! Macam nak makan!

Selain almari baju, aku letak jugak kat toilet. Tiap kali basuh toilet, mesti tukar daun pandan baru. So bila masuk toilet, akan ada bau pandan. Lipas pun takde. Kalau tiba-tiba lipas muncul, maknanya nak kena tukar daun pandan la tu. dah tak berkesan la tu.

Disebabkan penyakit aku ni yang suka letak daun pandan merata-rata, adik aku ngan kakak aku panggil aku Cik Pandan. Hehe.. ok la kan. Bukan benda buruk pun. Ngeh3.. Tapi jangan risau. Tahap ketksuban aku kat daun pandan takde la kronik sampai tahap nak perfume bau pandan. Nanti tak pasal-pasal orang ingat aku kek pandan apollo bergerak pulak. Bahaya betul! Tapi sekadar menggunakan sumber alam sebaik mungkin. Cewah!

Tadi baca di wikipedia, rupanya memang dah renowned daun pandan ni cockroach repellent. Quote:

"In Indonesian it is called pandan wangi, soon-mhway in Burmese, and in Vietnamese it is called lá dứa. The leaves of the plant have a repellent effect on cockroaches.[1]"

Plus, dah ada orang buat tesis pasal pandan as cockroach repellent.

Pandan leaves (Pandanus amaryllifolius Roxb.) As A Natural Cockroach Repellent

Impressive kan? So, lepas ni kepada surirumah-surirumah dan juga bujangans-bujangans sekalian, anda boleh la mencuba tips mak ni. Bukan sahaja berkesan, menjimatkan malah eco-friendly! Tak perlu beli home fragrance or roaches spray dah lepas ni. Semuanya ada di laman anda! Cewah!


OppsieDoppsie: Memang anugerah tuhan, insan bergelar ibu ni mahir dalam pelbagai perkara kan? Setiap soalan pasti ada jawapannya! Terima kasih mak!! =)


2.08.2010

Hmmm...

Hari ni, masuk opis tengok fish tank dah keruh. Hmm.. Maybe sebab semalam sebelum balik tercurah makanan ikan terlebih. Huhu.. Maka petang ni tak boleh la letak banyak-banyak. Sori ikan! So esok tengok pulak macam mana. Kalau makin keruh, kena la tukar air esok.

Tadi pulak, aku saje check akaun cimb aku. Nak check balance credit card. Tiba-tiba dah ada extra credit card pulak. Mastercard Gold. Pulak dah. Bila masa aku apply nih?? Siap dah ada charge annual fee RM140. Apa kes??? Call cimb card centre pulak semua operator tengah busy. Hmmmmm....


OppsieDoppsie: Tak larat la nak pakai kad kredit banyak-banyak. Dah ada 3!

2.07.2010

Day 1, Week 6, Year 2010

Ok. Bila tengok tajuk, immediately akan tahu hari ni dah masuk opis. For those yang di pantai barat, will find it quite awkward going to work on a Sunday. But guys, I'm in Terengganu!! Pantai timur memang la weekendnya on Jumaat & Sabtu. So hari Ahad dah start kerja. Nothing strange ok.

Now. Walaupun start kerja hari Ahad, perasaannya tetap sama dengan start kerja hari Isnin. The same Monday Blues Syndrome tu kan. So it doesn't matter whether you start on Sunday or Monday, or even Wednesday, the feeling is mutual. Anda akan ke tempat kerja dengan longlai dan mata yang kecik. Ok. Mata aku memang kecik. Exceptional. Hehe.. Extra bonus bila mengetahui pagi itu anda bakal menghadiri mesyuarat yang pastinya akan menenggelamkan bontot anda di kerusi bilik mesyuarat selama setengah hari. Ya. SETENGAH HARI. Tapi bila menghadiri meeting, akan cuba memujuk diri sendiri dengan berkata, "Yay! Makan free!!" Walaupun itu memang perkara rutin tiap kali attend meeting. Ugh.

Namun begitu, walaupun hari ni hari Ahad yang telah dijadualkan Mesyuarat Pemantauan Projek pada pukul 9.30 pagi, aku amat bersemangat pergi kerja \(^0^)/ Yeah!! Kenapa? Sebab semalam akhirnya aku beli 2 pasang ikan guppy. Yay!! Walaupun air dah terkeluar2 masa otw ke opis sebab berkocak2 dalam kereta, hinggakan kain basah sebab air dah menitik2 sampai la ke bilik. Huh! Akhirnya selamat jugak ikan2 tu masuk ke dalam akuarium bulat tuh! Fuh!!

Bila ikan dah dalam akuarium, asyik duk jeling je kat ikan2 tu. Excited tengok ikan2 tu berenang2. Rasa macam jakun pun ada. Huhu.. Sebenarnya memang suka ikan guppy sebab colorful & senang nak jaga. Sebelum ni yang ada kat rumah semua dah takde. Masa tu banyak gile. Penuh 1 akuarium. Sekarang ni, memandangkan ada ruang kat opis nak bela ikan, so boleh la bela. Nak bela pokok, takut mati pulak. Sebelum ni dah pernah try. Langsung kering pokok tu. Kesian betul. Tangan panas kot. Huhu..

Apa lagi nak merepek ye? Hmm.. Pagi tadi check email, ada 2 similar emails. Which is very useful dan memberi peringatan. Let me paste 'em here k.
(Disclaimer: No offend. I just paste the emails here without any modification to the content & images)

Email #1: Tanda-tanda Kecik Kiamat Dah Habis?


tanda2 kecik kiamat dh abes?



Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)

“ Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad



Banyaknya berlaku gempa bumi



Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam


“ Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.


Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
Lihat pakcik islam tu


Berkurangnya sifat amanah


Akan terdapat ramai anak luar nikah.


Orang akan melakukan homoseksual



Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi


Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.


Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

“ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai




Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)

“ Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari




Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai


“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim ”




Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar


“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad



Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita


“ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim



Bulan sabit kelihatan besar


“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani



Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."




Menghias masjid dan membanggakannya


“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai



Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik



Bermaharajalela alat muzik


“ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah



Penaklukan Baitulmuqaddis


“ Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

lps2 nie tggu tnda2 besar kiamat plak


Email #2: 2012 - Peringatan Untuk Kita Semua


Ramadhan 2012- PERINGATAN UTK KITA SEMUA

Sedang kita diasyikkan menanti tayangan filem 2012 di pawagam, ada cerita disebaliknya yang kita (MUSLIM) tidak mengetahuinya... Tolong sampaikan pada saudara seIslam kita... semoga menjadi peringatan.

 

Cuba lihat kalendar di bawah untuk tahun 2012... 1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan jatuh juga hari Jumaat. Sama dengan hadis Nabi pasal huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadan iaitu hari Jumaat 15 Ramadan di bumi ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika ada beritahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas di bumi)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja Maha Mengetahui.. ......... .. cuba kita tengok Hadis Nabi di bawah ini dan kenyataan pasal Kalendar Islam 2012

 

 

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

 

UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES

2010 Calendar

Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)
Aashura: December 27, 2009
Ramadan: August 11 - September 8, 2010
Eid ul-Fitr: September 9, 2010
Hajj: November 14 - November 17, 2010
Eid ul-Adha: November 16, 2010

2011 Calendar

Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)
Aashura: December 16, 2010
Ramadan: August 1 - August 29, 2011
Eid ul-Fitr: August 30, 2011
Hajj: November 4 - November 7, 2011
Eid ul-Adha: November 6, 2011

2012 Calendar

Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)
Aashura: December 5, 2011
Ramadan: July 20 - August 18, 2012

Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 - October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012

 

2012 Islamic Calendar

 

January
Safar 1433/Rabi-I

 

S

M

T

W

T

F

S

1
7

2
8

3
9

4
10

5
11

6
12

7
13

8
14

9
15

10
16

11
17

12
18

13
19

14
20

15
21

16
22

17
23

18
24

19
25

20
26

21
27

22
28

23
29

24
RA

25
2

26
3

27
4

28
5

29
6

30
7

31
8

 

 

 

 

 

February
Rabi-I/Rabi- II

 

S

M

T

W

T

F

S

 

 

 

1
9

2
10

3
11

4
12

5
13

6
14

7
15

8
16

9
17

10
18

11
19

12
20

13
21

14
22

15
23

16
24

17
25

18
26

19
27

20
28

21
29

22
30

23
RT

24
2

25
3

26
4

27
5

28
6

29
7

 

 

 

 

March
Rabi-II/Jumada- I

 

S

M

T

W

T

F

S

 

 

 

 

1
8

2
9

3
10

4
11

5
12

6
13

7
14

8
15

9
16

10
17

11
18

12
19

13
20

14
21

15
22

16
23

17
24

18
25

19
26

20
27

21
28

22
29

23
30

24
JO

25
2

26
3

27
4

28
5

29
6

30
7

31
8

 

April
Jumada-I/Jumada- II

 

S

M

T

W

T

F

S

1
9

2
10

3
11

4
12

5
13

6
14

7
15

8
16

9
17

10
18

11
19

12
20

13
21

14
22

15
23

16
24

17
25

18
26

19
27

20
28

21
29

22
JT

23
2

24
3

< /td>

25
4

26
5

27
6

28
7

29
8

30
9

 

 

 

 

 

 

May
Jumada-II/Rajab

 

S

M

T

W

T

F

S

 

 

1
10

2
11

3
12

4
13

5
14

6
15

7
16

8
17

9
18

10
19

11
20

12
21

13
22

14
23

15
24

16
25

17
26

18
27

19
28

20
29

21
30

22
RJ

23
2

24
3

25
4

26
5

27
6

28
7

29
8

30
9

31
10

 

 

 

June
Rajab/Sha'ban

 

S

M

T

W

T

F

S

 

 

 

 

 

1
11

2
12

3
13

4
14

5
15

6 <





Renung-renungkanlah. Wallahualam.



hello

hi! just wanna say hi! :)

2.02.2010

Rollercoaster of Emotions

Hai.. finally berpeluang jugak aku nak cerita perihal minggu yang panjang ini. Inilah cerita sepanjang minggu tersebut, 17 Jan 2010 – 23 Jan 2010. Very lengthy entry. Baca la sampai habis ya!

Early of the week, on Sunday masa pikap abah kat kedai, abah bagitau Pak Ngah Li call dia. Bagitau Abg Nan, sepupu aku ada kat ICU. Tengah tenat. Doc still tak tau sakit apa. Ada H1N1 symptoms tapi still tengah check. Dia masuk wad since Thursday. So, bila balik rumah petang tu, abah dah bincang-bincang dengan mak. Nak balik Kelantan ke tak. So dorang decide nak balik pagi esok (isnin). Balik berdua naik bas je. Kat sana nanti Kak Pah pikap dorang.  So malam tu aku pegi beli tiket bas untuk dorg. Bas pukul 8 pagi, balik sini kul 5.30 petang. Bila pikir-pikir, risau jugak nak biar mak n abah balik berdua je. Tapi semua kerja. Takpe la. Terpikir jugak pasal Abg Nan. Teringat last jumpa dia masa kenduri Ngah Mak Su Yah bulan 7 tahun lepas.









Pagi isnin, kami drop off mak abah kat stesen bas. Lepas salam peluk cium, terpaksa tinggalkan kat situ walaupun bas tak sampai lagi sebab masuk kerja kul 8. kalau aku sorang mesti aku tunggu sampai mak abah naik bas, baru aku pergi ofis. Lambat sikit pun takpe. Hati rasa agak ralat sebab tak dapat tunggu lama. =(





Dah sampai ofis, duduk kejap cek email n pape yang patut. Tengok jam dah kul 8.10. Call abah tanya bas dah gerak belum. Abah cakap bas belum gerak lagi. Tapi dorang dah ada dalam bas. So agak lega. Estimated time to arrive on 11 am. Awal pagi macam ni memang lambat mood kerja nak datang. So, belek-belek fb, papers n so on. Tapi sebenarnya memang rutin setiap pagi cek email, godek-godek fb, post status kalau ada keinginan n baca paper. Lagi pun, pagi ni ada Taklimat Produk. Aku attend dengan Kak Ja. So lepak je la sambil menunggu pukul 8.30. Masa belek-belek fb, Ngah Mak Su Yah ada tag aku kat satu gambar. Dia tulis kat situ Wan Azman Wan Ali – 17/01/2010, ICU Hosp. Raja Perempuan Zainab II. Gambar Abg Man di bilik ICU dengan alat bantu hidup. Ada tiub-tiub yang bersambung dan agak berselirat. Dalam hati aku masa tu satu je, "Abg Man ke Abg Nan?” Semalam abah sebut Abg Nan. Mana satu ni? Sungguh mengelirukan… Hmmm





Dah dekat kul 9, baru la aku dan Kak Ja bergerak ke Pejabat Daerah untuk Taklimat Produk. Sampai dah lewat. Patutnya daftar kul 8.30. tapi takpe la. Heheh.. Terpaksa duk depan sebab seat yang belakang-belakang semua dah penuh. Biasa la.. Bila dah lambat terpaksa la duk depan. Huhu.. Sepanjang taklimat, aku macam biasa khusyuk dengar taklimat tu. Masa ni dah lupa kerisauan dan kekeliruan pagi tadi. Memang aku dengan Kak Ja pergi taklimat ni nak release tension sebenarnya. Bosan terperap kat opis. Hehe =)





Taklimat ni abis awal pulak. Dalam kul 11.30 dah selesai. Sementara menunggu TP datang untuk penutup n bagi sijil, aku jenguk hp aku yang dah bisu tu. Ada miscall dari kedai spek. Haa.. Ni mesti nak bagitau spek abah dah siap. Mesti abah gumbira sebab hari-hari dia tanya bila spek dia nak siap. Aku pun tak sabar nak ambik spek baru aku sekali. First time aku buat spek mahal. Hohoh.. So aku call balik kedai spek n buat-buat tanya ada call aku ke. Padahal dah tau motif kedai tu call nak suruh ambik spek. Hehe.. Lepas tu aku call abah pulak. Tanya dah sampai ke belum. Abah dah dalam kereta Kak Pah masa tu. Otw pergi hospital. Aku tanya sekali pasal spek dia. Nak tunggu dia balik baru ambik or nak aku ambikkan dulu. Abah suruh aku ambikkan dulu. Ok. Masa ni gumbira n lega sebab mak abah dah selamat sampai n spek kami pun dah siap (^^,) Horey!





Lepas penutup, dapat sijil masing-masing. Macam biasa, tiap kali taklimat produk mesti dapat goodies dari suppliers yang bagi taklimat ni. Hari tu taklimat dari Niro Granite n Colourland. Belek-belek dalam beg, ada pen, cap. Pastu ada paperbag kecik dari Niro. Dalam tu ada 2 batang pen n PENDRIVE. Haa.. seronok la kami sebab dapat pendrive free. Padahal dah ada sorang satu tapi still nak jakun dapat yang free. Ngeh3.. Lunch provided n makan free la kami. Lepas tu Kak Ja drop me off kat opis. Dia pergi pikap anak dia kat sekolah pulak. Hati masih gumbira dengan pendrive free itu and tak sabar-sabar nak tengok berapa gig pendrive tu. Hohoh.. macam budak kecik dapat eskrem je lagaknya. Hihihi





Masuk opis terus godek-godek pendrive tu. Rupanya dalam tu ada e-catalogue produk Niro. Tapi kami boleh je delete catalogue tu n pakai pendrive tu. Hehe.. Masa tengah jakun dengan pendrive tu, mak call. Bagitau dia dah ada kat hospital. Doc cakap, Abg Nan dah tenat. Masih tak tahu sakit apa. Tapi doc cakap kuman dah merebak ke paru-paru, hati n buah pinggang. Suara mak dah sebak-sebak dah. Aku dah sebak bila dengar nada mak tu. So mak tanya kami nak balik kampong ke tak. Aku cakap aku boleh ambik cuti. Tapi tunggu orang lain la macam mana. Aku ikut je. Lepas tu terus tanya Angah macamane. Angah cakap nanti dia tanya Along sebab dia dah apply cuti untuk hari rabu sebab dia ada appointment doctor. Aku cakap aku ikut je suara ramai. Masa ni, awan mendung dah ada atas kepala. Risau, sedih, sebak semua ada. Aku tunggu keputusan dari Angah.





Tunggu punya tunggu, tiba-tiba Angah call. Dia cakap Kak Nik Ton baru call dia cakap Abg Man dah takde. Angah cakap sambil menangis dah ni. Aku pun memang terkejut. Pastu Tanya Angah, Abg Man ke Abg Nan? Dia cakap dia pun tak sempat nak tanya tadi. Tapi yang dia dengar Kak Nik Ton sebut “Abg Man takde dah ” (sila baca ayat ni dalam bahasa kelantan, maka akan rasa keliru Man & Nan tu). Angah cakap dia call Along tak dapat tadi. Aku cakap apa-apa nanti bagitau la aku. Masa ni aku dah terbayang-bayang Abg Nan duk gelak-gelak dengan kami masa kenduri Ngah hari tu. Sedihnya..





Lepas tu aku call abah. Abah jawab, pastu terus pass kat mak. Dalam hati aku, “Sedih betul abah, sampai tak dapat nak bercakap”. Mak bercakap dengan aku dengan nada biasa je. Takde bunyi sedih-sedih macam tadi. Aku pun cakap la berita yang Angah bagitau aku kejap tadi. Mak pulak tak dengar apa aku cakap. Terjerit-jerit aku bagitau dia berita tu. Rupanya mak tak tahu lagi. Dorang ada kat kedai makan dengan Ayah Mat. Apa lagi, terus la mak aku cakap nak pergi ICU. Aku cakap apa-apa nanti aku inform. Masa ni aku dah nangis-nangis kat opis sorang-sorang. Kebetulan masa ni baru nak zohor. Aku pergi toilet basuh muka. Angah cakap nak datang pikap aku kat opis. Kitorang nak balik kampung petang tu jugak. Betul-betulkan tudung, n turun bawah tunggu Angah. Aku sempat inform En Dandan je sebab dia je yang ada kat opis masa tu.





Tunggu Angah amik. Dah dalam kereta, dua-dua berderai air mata lagi. Hadoi.. Angah cerita dia dah menangis-nangis inform kat pengetua dia nak mintak balik awal + cuti. Huhu.. aku pulak belum inform bos. Nanti la aku call. Bila dah kat rumah, baru call bos aku, En Wan. Mula-mula dia tak jawab. So aku call TA Zul. Pun dah sebak-sebak bagitau sepupu meninggal. Pastu bos aku call balik. Aku pun bagitau la aku balik sebab sepupu meninggal. Banyak pulak dia tanya. Sepupu umur berapa, kat mana, sakit apa, aku nak balik dari opis macam mana. Bila state of emotions macam ni, mana boleh tanya banyak-banyak. Tak pasal-pasal aku menangis pulak masa cakap dengan bos aku. Hadoi… Nasib baik dalam fon je. Takde la malu sangat. Haha!





Then masa kat rumah, Angah inform Ayi. Dia cakap dia nak ikut balik KB. So pack our things up and get ready. Angah call mak nak tanya status terbaru. Rupa-rupanya tak meninggal lagi. Ya Allah! Lega ada, lawak pun ada. Kami dah berlinangan air mata ni, rupanya silap info daa. Pastu, yang lagi menarik, mak cakap bukan Abg Nan tapi Abg Man. Ya ampun.. Banyak benor silap info nih! Pening betol!! So masa ni, kami takde la gopoh-gopoh nak balik KB. Dah boleh bawak bertenang dah. Hehe.. Ayi sampai je aku bagitau info sebenar. Macam ktorang jugak, dia pun dah sedih-sedih masa bawak motor balik rumah tadi. Hehe.. Semua tertipu. Kuikuikui..





So, plan untuk balik KB diteruskan. Aku, Angah, Ayi, Along, Abg Lim & Mursyid. Yang lain tak ikut. Sampai KB kul 6.30. Terus ke Hosp. Raja Perempuan Zainab II. Terus pergi ICU. Semua ada kat situ. Boleh masuk 2 orang at a time je. Aku sempat masuk dengan Mak Su ngam-ngam sebelum habis waktu melawat. Tapi pintu bilik Abg Man dah tutup. Kami intai dari celah-celah langsir je. Sempat jugak aku tengok skrin heart rate yang macam dalam cerita Grey’s Anatomy tu. Ada nombor-nombor yang aku sendiri tak faham. Tapi aku tahu la tu heart rate dia. Sayu bila tengok Kak Da & anak-anak. Lepas tu kami terus pergi rumah Pak Ngah Li. Ada bacaan Yasin. Penat jugak sebab dari tadi tak sempat rehat. Pukul 10.30 baru selesai. Malam tu kami 1 famili tidur kat rumah Kak Pah kecuali the guys tidur kat chalet kawan Mie. Jeles betul!





The next day, 19 Jan 2010, bangun, breakfast & borak-borak. Kami gerak ke rumah Pak Ngah Li dulu sebab abah, Ayi & Abg Lim ada kat sana. Then pergi hospital. Pukul 12 we reached the hospital. Masa tu yang ada kat hospital Pak Ngah Li, Mak Ngah, anak-anak Abg Man: Yana & Dayah, Abg Dan, Ayah Su, Abg Yie. Kak Da tak sampai lagi. Kami just duduk-duduk je kat hall tu. Masa tu Mak Ngah ada kat dalam dengan Kak Nik Ton. Tak lama lepas tu, Mak Ngah keluar. Dia nak pergi toilet. Dia suruh sapa-sapa pergi masuk dalam. Bebel-bebel kat Pak Ngah Li suruh masuk dalam dari duk borak kat luar. So Ayah Su cakap dia nak masuk. Tengah duk tanya sapa lagi nak masuk, tiba-tiba ada announcement. "Kepada waris Wan Azman Wan Mamat Ali, sila masuk ke ICU sekarang”.

Masa tu aku dah tak sedap hati. So kami semua masuk.  Nak masuk ke bilik ICU tu kena pakai selipar getah crocs yang hospital provided. Dan memang la selipar tu tak sebanyak waris-waris yang datang ni. Aku antara yang terkemudian masuk. So dah tak ada selipar. Pak Ngah Li tunggu kami semua masuk. Dia pun tak tukar selipar. So aku pun masuk tak tukar selipar. Baru halfway nak sampai ke bilik Abg Man, nurse tu nampak pulak kami tak tukar selipar. So dia suruh kami pergi tukar selipar. Aku pun patah balik dengan Pak Ngah Li. Kebetulan masa tu Kak Pah keluar balik nak call yang lain. Pak Ngah Li ambik selipar Kak Pah, aku rembat je selipar atas rak tu. Tak tau untuk visitor ke, staff punya. So masuk balik.

Bila dah sampai depan bilik Abg Man, tak semua dapat masuk. Mak, abah, Kak Nik Ton, Abg Dan, Yana & Dayah ada kat dalam. Yang lain kat luar. Tengok dari cermin & pintu je. Aku terus tengok skrin heart rate yang aku tengok petang semalam. Dah 0. Garis lurus je. Masa tu aku dah tahu Abg Man dah takde. Then doctor cabut tiub-tiub yang ada. Masa tu la aku dengar Yana & Dayah nangis makin kuat dan teresak-esak. Aku pun tak dapat nak tahan air mata. Melihat anak-anak arwah menangis ditenangkan oleh pakcik mereka. Innalillah..





Al-Fatihah kepada Allahyarham Wan Azman Wan Mamat Ali. Pergi pada 12.40 tengahari, 19 Jan 2010 meninggalkan seorang balu dan 7 orang anak pada usia 43 tahun.





Kak Da belum sampai lagi masa tu. Lepas tu kami semua keluar. Baru duk kejap kat luar, Kak Da sampai. Dia tak sempat jumpa arwah. Dia datang dengan mak dia n 3 anak dia. Anak paling bongsu baru umur 3 bulan. Tak tahu pun ayah dia dah takde. Tengok dorang je air mata laju je turun. Lama jugak nak berenti menangis. Lepas tu kami balik rumah Pak Ngah Li untuk persiapan menanti jenazah. Tinggal yang lelaki je kat hospital untuk uruskan jenazah. Masa ni terfikir, kalau ada yang meninggal di rumah aku, siapa la agaknya nak uruskan. Ayi je adik beradik kami yang laki. Dia tu dah la cepat panik. Harapkan abang ipar aje la agaknya.





Kami siapkan apa-apa yang patut di rumah. Alih perabot n all. Nak kebumi lepas asar. Jenazah sampai dalam kul 2 lebih. Selepas mandikan, keluarga diberi peluang untuk memberi penghormatan terakhir kat arwah. Masa ni air mata mengalir lagi melihat Kak Da an anak-anak. Lagi sedih bila tengok Pak Ngah Li menangis sebelum dan selepas mengucup arwah. Ayah mana yang nak kebumikan anak mereka. Ok. Tak pasal-pasal pulak menangis sambil menaip ni. Huh.. T.T

Jenazah disembahyangkan di masjid n dikebumikan di kampung Mak Ngah kat Banggol. Sementara menunggu kaum adam pulang dari sana, kami makan. Semua baru rasa lapar. Tengahari dah menguruskan hal-hal jenazah etc. Lepas makan-makan, aku n Angah lepak kat sofa kat porch. Memerhati orang lalu lalang. Tengah kami duk leka melayan perasaan (cewah!), tiba-tiba muncul Mursyidul Am PAS, Tok Guru Hj Nik Aziz. Datang bersama drebarnya. Aku ngan Angah tak tau nak buat apa. Terdiam je kat sofa tu. Takkan nak sengih-sengih macam kerang busuk pulak. Kami pun sekadar memerhati aje la. Orangnya kecik je. Tapi macam tak berapa sihat. Jalan perlahan, berhati-hati. Pakai baju melayu kuning/oren, berserban putih dan berkasut hitam. Masa tu dah kul 5 lebih. Mula-mula beliau duduk kat kerusi depan kami. Tapi beliau tak dapat nak tunggu lama sebab tak berapa sihat. So dia just jumpa Mak Ngah dan bagi sedikit wang bantuan. Sampai la dia naik kereta dan pergi, baru la aku dan Angah buka mulut. Hehe.. Masih kagum+terkesima (0_o) Tu 2nd time aku jumpa beliau. 1st time pun kat rumah Pak Ngah Li. Aku lupa event apa masa tu, tapi dah lama dah.

Kaum adam pulang dah kul 6 lebih. Lepas tu kami terus balik rumah Kak Pah mandi-manda, rehat-rehat. Malam tu ada kenduri arwah. Kami plan nak balik lepas kenduri tu. Tapi akhirnya, abah suruh kami balik je dulu. Tak perlu singgah sebab takut balik lewat. Lagipun esoknya nak kerja. So kami gerak dalam kul 9. Sampai rumah dah kul 12 midnite. Langsung padam.. Penat wooo.. Emotionally and physically drained!

Esoknya pergi kerja dengan mode penat. Terus busy. Cet! Tak bagi can langsung! Petangnya, Ayi pulang membawa balik spek baru aku dan abah. Horey!! Aku suruh dia aje ambikkan sebab dekat dengan opis dia.


Aku & Abah berposing dengan spek baru
masing-masing XD

Khamis pagi meeting kat JKR Marang. Balik kul 3.30. Seronok!! Plannya weekend ni nak pergi Kuantan tolong Ciki pindah rumah. Tapi rasa tak larat pulak. Gaji pun belum masuk. So dah bagitau Ciki tak jadi pergi sana. Bila balik rumah, mak tanya jadi tak nak ikut. Aku cakap la tak jadi. Tapi lepas mandi tu, mak tanya lagi. “Betul la ni tak jadi ikut?”. Ok. Bila tanya banyak kali ni maknanya nak suruh ikut kan? Kan? So akhirnya aku akur dan pack barang. Mak ngan abah baru je sampai dar KB tengahari semalam. Larat ke mak ni? Tapi takpe la. Ikut kan aje.

Kami gerak pergi Kuantan kul 8 lebih. Sampai rumah De kul 11.20. Speedy Gonzalez jugak. Yang pergi Kuantan malam tu aku,
mak, Ayi, Shuk n adiknya Kiman. Shuk n Kiman akan pergi KL angkut barang Ciki dengan Ayah De n lorinya. Aku, mak n Ayi akan pergi basuh rumah sewa. Ciki tak boleh kerja berat sebab preggy. Takut miscarriage macam sebelum ni.

Pagi esoknya, seawal pagi lepas subuh (ok, aku subuh dinasor, dah dekat kul 7.. hehe), dorang bersiap-siap nak g KL. Kami yang tak pergi just tengok je la. Masa dah nak gerak, tiba-tiba Shuk turun dari lori. Dia cakap lori Ayah De permit untuk naik 2 orang je, bukan 3 orang. Pulak dah! Apsal la tak cakap esok je? Huh! Dah nak gerak dah. So Shuk kena drive jugak ke KL. Jadi guide. So memandangkan kereta kosong,dia ajak Ayi ikut dia. Tiba-tiba mak suruh aku ikut sekali pulak. Eh mak ni. Mula-mula suruh ikut pergi Kuantan, ni nak suruh pergi KL pulak?? Dah la tak mandi lagi. Biar betik???

Ayi pun ajak aku ikut dia. So, aku cuci muka, gosok gigi, tukar baju dan tidak lupa memakai deodorant. Ya. Deodorant penting untuk keyakinan diri. Hahahahaha! Maka ini la rupa aku ke KL dan TIDAK MANDI.

Aku & Ayi masa stop kat Shell. (Muka
control senyum sebab tak mandi lagi)


Fashion faux pas
: Sangat inappropriate memakai tudung belang2
dan baju penuh dengan corak sampai ke lengan dan lagi beg kucing kaler pink pulak. Tapi gred A+ untuk spek Coach baru. Yeah!

Memandangkan aku sorang aje kat seat belakang, aku telah mengambil kesempatan untuk tidur dengan bestnya kat situ. Hohoho! Dah puas tidur, bangun dah dekat masuk tol Gombak. Dah dekat dah! Aku dah bagitau Irman aku gi KL. So boleh la jumpa. Tak kesah la tak mandi pun. Hehe.. Lepas tol Gombak, Ayah De ada kat belakang kami. Shuk drive slow je bagi Ayah De follow. Masuk je Gombak lepas MRR2, tiba-tiba Ayah De dah tersalah masuk lorong. Hadoi. Macam mana la dia boleh tak nampak kereta kitorang. So kami pun berhenti kat petronas, tunggu dorang. Lama jugak menunggu. Last2 Shuk call, dorang dah ada kat Sg. Buloh. Aku pun tak tahu macam mana so, kami meneruskan
perjalanan ke KJ.

Sampai KJ kul 12. Shuk drop kami dulu. Aku suruh dia call dulu tanya diorang kat mana. Dorang ada kat petronas Damansara Jaya. Eh, dah dekat tu. Agak pelik la sebab tadi before sampai KJ, dorang cakap ada kat Mont Kiara. Tiba2 ada kat Damansara Jaya pulak. Tu dah the
other way around. Agak ajaib la. Shuk ajak aku ikut sekali sebab dia tak tahu petronas tu kat mana. Ayi pun ikut. Nasib baik dekat je. Berjaya la bawak mereka ke jalan yang benar. Hehe.. Berguna jugak aku ikut sebab kali ini aku berjaya menjadi navigator yang baik. Selalunya aku punya built-in GPS ni malfunction. FYI, I have poor sense of direction. Selalu lupa jalan dan ambik masa yang lama nak ingat jalan. Teruk betul. Sigh.

Sampai rumah Ciki, terus mengemas. Tak sempat duduk ambik nafas pun. Ayah De selaku mandur terus arahkan kami pekerja binaan buat kerja. Dia duduk je tengok kami. Hehe.. Dan agak terkejut sebab Ciki tak packing apa2 pun!! Mak cakap barang dapur je tak kemas lagi. Rupanya langsung tak kemas lagi!!! Arghh!! Dia tinggalkan rumah ala2 balik kampung di hujung minggu. WTF??? Maka aku kena la kemaskan barangan Ciki sebab aku je kenal mana satu barang dia. The guys mengangkut furnitures yang besar2 tu. Fuh! Memang banyak kerja dowh!

Kami berhenti lunch kejap. Pastu sambung bekerja. Nasib baik kami ikut. Kalau Shuk + Kiman je, memang sampai malam pun tak habis. Silap2 angkut barang orang lain sekali. Irman datang lepas solat jumaat. Masa tu dah banyak benda masuk lori. Tapi ada lagi la sikit2 yang belum angkut. So, mujur la ada ramai. Dapat la siap cepat. Siap kemas semua kul 3 lebih. Kami mandi-manda n solat jamak siap2. Kul 4.30 kami gerak ke Kuantan. Terus ke rumah sewa Ciki, Taman Indera Mahkota berapa entah. Dah lupa. Rumah sepupu mak, Kak Pah depan rumah sewa Ciki je.

Sampai akhirnya. Terus unload barang dan kemas sikit-sikit. Malam tu tidur di rumah Kak Pah. Penat tahap gaban. Memang semua stok tidur ternganga malam tuh. Pagi esoknya lepas breakfast terus kerja2 pembersihan. Memang sangat hazab la rumah tu. Toilet lagi teruk dari tandas awam. Dinding berkerak. Jubin pecah2. Toilet bowl jangan cakap la. Sampai tahap kena bersihkan pakai asid. YA, ASID. Musykil aku apa tenant sebelum ni buat sampai jadi macam tu. Aku+Ayi menyental dinding toilet yang berkerak tu. Memang tahap keluar muscle kat lengan la. Amar pun takde muscle macam tu (tiba2 jual nama Amar pulak). Memang penat.
Tengahari tu sempat aku tidur barang sejam dua. Lepas makan duduk2 bertenang tengok tv dengan Ayi. Yang lain keluar pergi kedai hardware beli barang. Dah kul 6 baru dorang balik. Terus sambung kerja. Memang dedikasi gler!

Kami pasang langsir, hamper tikar kat 2 bilik lagi etc. Oh. Lupa nak cerita serba sedikit perihal rumah sewa Ciki tu. It’s a corner lot terrace. Single storey with 3 bedrooms and a shower n toilet. Sewa RM450 sebulan. Very cheap sebab dulu kat KJ sewa flat PKNS yang ada 2 bilik tu je dah RM600 sebulan. Nice neighborhood and convenient. Dekat dengan bandar.

Finally, kami gerak balik ke rumah dekat kul 11. Mak stay sebab still ada benda yang tak siap kemas. We reached home by 2 am. Keesokkan harinya pergi kerja with yet another mode penat dengan mata yang kecik dan kepala yang berat. Sangat mengantuk dan sakit kepala. Huh!

Ok. That was the event throughout week 4 of 2010. Long and hectic, full of mixed emotions. Fuhh.. finally selesai la tugas aku nak bercerita perihal minggu yang panjang ini. Thanks for reading this =)


OppsieDoopsie:
Dah jadi macam cerita flashback
pulak. Huhu..