Pages

2.09.2010

*Home & Living Tips: Daun Pandan*

Hari ni aku nak share 1 tips berguna yang aku dapat dari mak. Even though bunyinya macam remeh je, tapi sangat berkesan dan berguna. Seriously (sebut macam Meredith selalu sebut dalam Grey's Anatomy ok).

Nama saintifik pandan ialah Pandanus amaryllifolius. Payah jugak nak sebut ni. Tapi yang depan tu memang sama la macam kita sebut hari-hari, PANDAN. Ni aku dapat dari wikipedia. Selalu diguna untuk masak dan buat kuih. Bagi sesiapa yang tak kenal rupa pandan, ni aku letak sekali gambar pandan ni.



Pandan ye anak-anak.


Dulu masa duk rumah sewa, lipas suka sangat nak menyewa sekali rumah aku walaupun bulan-bulan dorang tak bayar pun portion dorang. So kiranya lipas-lipas ni merempat la kat rumah sewa kami. Tempat feberet dorang ni kat dapur. Dalam kabinet. Faktor utama mungkin sebab kami di 2nd floor je. So lipas ni masih gagah nak merayap naik ke atas. Ok. Sebelum anda semua mendapat idea rumah sewa aku tu comot/selekeh/kotor/busuk macam cerita Joe's Apartment tu, anda silap! Tak macam tu ok! Biasanya lipas ni masuk dari saluran air kat toilet & kat dapur. Aku memang hangin bila malam-malam pergi toilet nak basuh muka, terserempak ngan lipas. Memang siap la lipas tu kena sembur sampai masuk lubang air tu. Pastu terus tutup lubang tu. Tapi penat woo nak bergelut dengan lipas-lipas ni. Lipas-lipas ni pun tak serik-serik kena sembur. Hish! Dan aku paling pantang bila ada lipas terbang kat dalam rumah. Azab betul!!! Memang takkan duk diam selagi lipas tu tak kena spray sampai mampus or keluar dari rumah. 0_o

So, suatu hari bila dah balik kampung aku pun menyuarakan masalah aku tu kat mak.

Aku: Mak, kat rumah sewa tu sokmo ada lipas. Camane ye nak bagi takde?
Mak: Haa.. ambik daun pandan tu letak kat dapur. Nanti lipas tak datang la. Nanti mak bagi anak pokok pandan sekali. Tanam dalam pasu.
Aku: Ok mak!

Maka petang tu jugak mak ambikkan anak-anak daun pandan untuk kami tanam di rumah sewa. Malam tu naik bas balik ke KL dengan anak-anak pandan dari Terengganu. Sungguh gigih.

Esoknya, lepas balik kerja, aku terus la Ops Pandan dalam kabinet dapur kat rumah sewa tu. Dan juga menanam anak pokok pandan dalam pasu. Mula-mula aku letak pasu tu dalam toilet sebab mak cakap kena letak kat tempat sejuk. So tiap kali masuk toilet, akan ada aroma bau pandan yang wangi tu. Sungguh menyegarkan! Tapi aku tengok pokok tu tak tinggi-tinggi pun. Bantut je. Maka aku letak di balkoni nak bagi cahaya matahari. So tiap pagi sebelum pergi kerja, akan siram pokok pandan tu. Lalala~~

Lepas dah letak daun-daun pandan dalam kabinet, memang betul kata mak. Memang takde lipas! Terbukti!! Wah.. Ni dah bagus. Boleh la diteruskan Ops Pandan ni. Dalam hati pun menanam cita-cita "Bila aku duk rumah sendiri, aku akan pastikan ada pokok pandan kat belakang rumah!!" Memang berkobar-kobar giler. Haha!

Selain menghalau lipas, apa yang aku suka dengan daun pandan ni ialah baunya. Aku suka bau pandan tiap kali aku bukak pintu kabinet. Rasa macam ada kek pandan yang besar je dalam kabinet tu. Hehehe.. So aku memang mempraktikkan la petua daun pandan ni. Tapi pokok pandan yang aku tanam dalam pasu tadi tak besar-besar dowh. Musykil betul. Takkan sebab pasu kecik kot? Tapi pokok tu mati masa aku balik bercuti seminggu kat kampung. Aku lupa nak pesan kat kakak aku siramkan pokok tu. Sayang betul. Hamster aku pun mati 2 ekor masa aku cuti seminggu tu. Lagi sadis. Tapi takpela. Dah sampai masa.

Sekarang ni, aku dah kembali berteduh di rumahku di kampung halaman, Terengganu. Mak still ada pokok pandan yang merimbun kat belakang rumah. Memang banyak giler. Mak selalu suruh aku ambik daun-daun pandan tu sebab dia cakap dah nak cabut sebab banyak sangat. Eh, ruginya kalau cabut pokok pandan tu. Maka aku pun selalu la ambik daun-daun pandan tu letak dalam almari baju aku. Sekali letak bukan sehelai dua ye, berhelai-helai! Sampaikan bila lalu je depan almari baju aku dah boleh bau pandan. Aku suka bukak pintu almari tu pastu tarik nafas dalam-dalam. Haaaaaaaaaaaaahhhhhh... bau pandan sedap! Macam nak makan!

Selain almari baju, aku letak jugak kat toilet. Tiap kali basuh toilet, mesti tukar daun pandan baru. So bila masuk toilet, akan ada bau pandan. Lipas pun takde. Kalau tiba-tiba lipas muncul, maknanya nak kena tukar daun pandan la tu. dah tak berkesan la tu.

Disebabkan penyakit aku ni yang suka letak daun pandan merata-rata, adik aku ngan kakak aku panggil aku Cik Pandan. Hehe.. ok la kan. Bukan benda buruk pun. Ngeh3.. Tapi jangan risau. Tahap ketksuban aku kat daun pandan takde la kronik sampai tahap nak perfume bau pandan. Nanti tak pasal-pasal orang ingat aku kek pandan apollo bergerak pulak. Bahaya betul! Tapi sekadar menggunakan sumber alam sebaik mungkin. Cewah!

Tadi baca di wikipedia, rupanya memang dah renowned daun pandan ni cockroach repellent. Quote:

"In Indonesian it is called pandan wangi, soon-mhway in Burmese, and in Vietnamese it is called lá dứa. The leaves of the plant have a repellent effect on cockroaches.[1]"

Plus, dah ada orang buat tesis pasal pandan as cockroach repellent.

Pandan leaves (Pandanus amaryllifolius Roxb.) As A Natural Cockroach Repellent

Impressive kan? So, lepas ni kepada surirumah-surirumah dan juga bujangans-bujangans sekalian, anda boleh la mencuba tips mak ni. Bukan sahaja berkesan, menjimatkan malah eco-friendly! Tak perlu beli home fragrance or roaches spray dah lepas ni. Semuanya ada di laman anda! Cewah!


OppsieDoppsie: Memang anugerah tuhan, insan bergelar ibu ni mahir dalam pelbagai perkara kan? Setiap soalan pasti ada jawapannya! Terima kasih mak!! =)


1 comment:

Sharinginfoz said...

thanks kena cuba ni....