Pages

2.18.2010

Post-holiday Entry

Ok. Hari ni baru ada mood nak update on my holidays whereabouts. Actually takde banyak benda pun yang nak di highlight. But some plans terlupa di execute. So, early planning ada yang kena reschedule.

On thursday, balik rumah dengan hati yang berbunga riang sebab dah start cuti :) Angah already gone to Seremban for her skool event. Mak, abah & Shuk pulak will be goin to Kuantan later that evening. Nak attend wedding at Putrajaya on Saturday. So Kuantan will be their pit-stop before proceeding to Putrajaya. So, malam tu yang tinggalnya just aku, Ayie a.k.a Dave Nuku (perasan), Sasa & Irah. Lalala~~

The next day, Jumaat. The program is to clean up the whole house. Memandangkan takde orang yang ramai & anak-anak buah-buahan tak datang, it's the perfect time to go & clean the house. Kalau dorang ada, memang tak dapat. Menambah-semak-kan rumah boleh la. Quite hectic sebab aku je yang ke hulu ke hilir mengemas rumah. 3 orang adik aku tu kena literally shout on their faces baru la nak gerak. Kalau tak buat camtu, memang tercegat depan tv je la. So Sasa mengemop lantai dapur, menjemur baju & stuff. Ayie pulak membasuh keta abah & motor-kapcai-pinjam nye sekali. Irah... aku lupa dia buat apa. tapi ni paling terer bab-bab escapism. Akan cepat-cepat bagi alasan buat homework. Bajet kitorang nak bagi can la sebab dia nak PMR tahun ni. NOT!

Pagi-pagi tu dah siap-siap pergi pasar tani beli makanan for the whole day. Bukan beli lauk nak masak k. I repeat: BELI MAKANAN FOR THE WHOLE DAY. So masing-masing dah beli siap-siap sampai lunch. Dinner will be some where else. Sebab malam nanti Irman sampai, so kami terus pergi makan. Planning kena bagus ok :)

Malam, Irman arrive just about 8pm. Only me and Nuku yang pergi pikap dia. Sasa & Irah tak nak join pulak. So kena tapau je la. We went to Restoran BEST IN TOWN. Just beside Petronas Batu Burok. For those yang tinggal kat Terengganu, I STRONGLY do not recommend this restaurant. BAD SERVICE! Walaupun tulis kat situ "Under New Management" which I tot would be better in every way, it didn't. Very slow & boleh salah bagi order pulak!! Gosh! We ordered Nasi goreng paprik 1, nasi goreng pataya 1, nasi goreng USA 1, nasi putih + tomyam seafood 1 & mi goreng + telur mata. Aku punya nasi goreng USA. We waited for about an hour. Dalam masa sejam tu sempat la aku kutuk-kutuk Irman order mi goreng je. Yela, datang dari KL, order itu je. Buang karan betul. We picked the place sebab Ciki pernah tapau tomyam kat situ. Memang kaw! So we tot the other menu will be kaw as well la kan. Tunggu punya tunggu, sejam baru siap.

So bagi sesiapa yang degil nak pergi jugak makan kat restoran tu walopun tadi dah warning cakap bad service, you better be there before you're hungry. So nanti your order will eventually arrive bila anda benar-benar lapar. Seriously.

Setelah mendapat makanan yang kami order itu, maka berlari la kami bertiga melintas jalan kembali ke kereta. We parked our car on the other side sebab kami dah otw back home. Sampai rumah terus la makan sambil mengadap tv. Tengok movie The Blind Side. Owh. Before tu, bila check the food, my Nasi Goreng USA turned out to be Mi Goreng Basah + Telur Mata. Cilabai Hampeh betul! punya la aku kutuk Irman makan mi goreng, last-last aku pun kena makan benda sama ngan dia. Dah kena gelak kaw-kaw. Kambing betul. Hmpfhnarfjwhe~!!! Dah la mi goreng basah yang dah kembang. Memang tak abis makan la. Huh! So, the restaurant is BANNED from my list!

So teruskan menonton The Blind Side. One great movie. Based on a true story and I like Sandra Bullock's role! 2 thumbs UP! So bagi sape-sape yang teragak-agak nak tengok movie ni or beli dvd cite ni, I totally recommend this. During the credits, ada tunjuk the actual characters. Then you know why Sandra Bullock is blond in that movie. Memang layak dia tercalon untuk Best Actress for Oscar & Best Picture for the movie itself. (Meriah pulak bagi critics ala-ala pengacara E! News.. Ngeh3..) You can watch the preview and more about the movie on the official website here.

Ok. Enough of the movie reviews. The next morning, we sort of went for a picnic. Me, Irman, Ayis, Sasa & Irah plus our 4 kittens. Setelah selesai prepare makanan untuk dimakan (nama pun piknik kan), maka kami pun pergi la ke pantai. Sunyi je. Cuaca pun mendung. Anak-anak kucing tu pulak jakun-jakun je kat pantai. Mengiau2 ketakutan. Pelik betul. Padahal sebelum ni dah pernah pergi pantai. Makan-makan, berjalan-jalan di pesisir pantai (cewah!), tangkap-tangkap ketam angin dan makan lagi. Tak lama tu hujan turun rintik-rintik. Maka segera la kami berkemas dan meninggalkan pantai. Hehehe... tak mandi pun sebab air pasang plus takde orang. Bahaya kalau jadi pape nanti.

Sepanjang hari tu, just lepak kat rumah je. Angah dah sampai pagi tu. So dia la yang masak. Hehehe.. Duk rumah rilek-rilek menonton dvd. Irman pulak duk leka main rubik's cube tu. Kitorang ajar dia camana nak solve the cube. Ada step-step yang boleh dipelajari. Dulu aku tengok rubik's cube tu dengan pandangan kosong je sebab aku tak pernah berjaya selesaikan cube tu. Nak dapat solve 1 side pun tak dapat. Pernah tengok dalam cite Pursuit of Happyness yang Will Smith & anak dia berlakon tu, dia solve cube tu dalam keta to impress that guy to give him a job. So agak impress sebab boleh siapkan kejap je. Sekarang aku pun boleh solve the cube within 5-10 min (Poyo gler statement nih!). World record 7.08 sec ok! Read it more in wikipedia. Disebabkan sangal leka sepanjang hari, aku & Irman lupa nak pergi maxis + celcom!! We planned to change to celcom. Dah fedap dengan maxis. Haha! Tapi lupa pulak. So next time aje la. Malamnya pergi giant beli hadiah kawen Acid, makan-makan plus mengabiskan duit. Huh.

Sunday, 14 Feb 2010, V-Day. Ok. We don't celebrate v-day. It's time for Acid's wedding. We departed approximately at 11.15am. Irman drive. Ayie as the co-pilot & of cos aku boss kat belakang. Ngeh3.. Kitorang memang gerak lewat sket sebab nak sampai ngam-ngam masa pengantin tiba. So boleh la tengok dorang berarak masuk diiringi kompang. Hehe.. As planned, sampai kat rumah pengantin after 2 hours at 1.15pm. Nasib baik rumah Ana ni tepi jalan besar, so senang je nak jumpa. Btw, kami pergi belah pengantin perempuan sebab kenduri Acid kat Muar. Jauh sangat. Dia jemput yang kat Kerteh ni sebab aku dah kat Terengganu. Setiba je kami kat rumah pengantin, dah dengar bunyi kompang. Uiks? Pengantin sampai awal ke? Jenguk-jenguk rupanya pengantin dah kat pelamin tengah ditepung tawar. Awal pulak pengantin kali ni. Biasa pengantin selalu lambat dari jadual. Aku masuk ke dalam tengok-tengok pengantin bersanding & snap gambar. Tapi gambar ada dalam fon Ayi. Belum transfer lagi. Pastu letak adiah & pergi makan dulu la. Lauk sedap, tapi pedas sket. Hehe.. Lepas makan, pengantin dah kat meja makan. Ingat nak tunggu dorang habis makan tapi sebab ada event lain seterusnya, aku pun pergi tunjuk muka kat depan meja pengantin tu. Hehehe.. salam-salam dengan Ana dan borak sikit-sikit dengan Acid. Kenduri dia kat Muar 20 Feb. Ada sword barrel. Dia cakap Syawal ada sekali. Tak dapat la nak tengok dorang sword barrel. Tunggu sword barrel Syuk la bulan depan. Lepas bertanya kabar, kami pun meneruskan event seterusnya. Sepupu Irman bertunang kat Kuala Abang. Seremm jugak nak join family event ni. Huhuu..

Majlis sepupu dia katanya kul 2 tapi dorang pun macam lambat je. Kitorang join konvoi dorang just after Dungun. Dorang stay kat Dungun. Agak pelik sebab sewa homestay yang agak jauh tapi takpe la. Sampai kat rumah bakal tunang sepupu Irman dalam kul 3. Turun keta, salam-salam dengan Mak Ngah & family members yang lain. Aku just terkulat-kulat je sebab macam segan pun ada. Tapi still kontrol macho la. Hehe.. In between tu kami pergi masjid sebab tak solat lagi. Dah balik dari masjid, dorang dah tengah makan dah. Kitorang just minum and makan kuih-kuih je. Still kenyang. Borak-borak ngan Mak Ngah, kenal-kenal sepupu sepapat Irman. Ok la. Takde menyeramkan sangat. Hehe... Dah 4 lebih baru la gerak balik.

Sampai rumah kul 6, then pergi pantai lagi. Mentang-mentang rumah dekat pantai, pagi petang pergi pantai. Hehehe.. kali ni ramai giler orang. Dah macam Miami Beach. Dari hujung ke hujung ada orang. Plannya nak mandi pantai, tapi Angah cakap baru je ada budak lemas kat situ. So kensel la. Sekali bila tengok dah ramai giler orang, rugi pulak tak bawak bikini baju tukar tadi. ayie ngan Irman je yang mandi. Aku, Sasa, irah, Mursyid & Ecah just duk main pasir je. Inesen giler. Dah kul 7, harus la balik rumah.

Malam tu, memang dah ngantuk giler. Irah duk sibuk ajak aku main monopoly. Bukan yang board game tu tapi versi card game je. Mata memang dah ngantuk pastu aku tak berapa nak paham camane nak main, tapi main je la. Irman yang bawak game tu. So mula-mula just aku, Irman n Irah yang main. 1st game aku menang. Main lagi sekali, aku menang lagi. WAH! Tiba-tiba dah tak ngantuk kan. So bermain la benda alah tu sampai kul 4.30am. Sasa join, Ayie join, Ciki, Shuk & Angah. Heheheh.. Aku menang 4 times in a row. Terus kalah bila Ciki join. Terus tak main pastu. Haha.. Seronok tau main walaupun bukan versi board game yang kita selalu jumpa tu tapi it was still fun. Recommended for family time!


Ni la rupa monopoly bila dah jadi card game.

Esoknya bas Irman kul 10am. Dia cakap dah takde tiket. Rasanya mesti la KL cuti Isnin+Selasa tapi dia cakap ari Isnin je. Tapi takpela. Dah beli tiket dah. Pagi tu dah kelam kabut bangun lewat gara-gara monopoly malam tu. Sempat singgah kedai kuih beli jala mas + mas sejemput kirim kat family Irman. Dorang suka makan kuih-kuih tu. Kul 10, time to leave. Sekejap je dah kena balik. Huhu.. He arrived in KL at 5.30pm.

Esoknya, kerja seperti yang sepatutnya. Still ada yang sambung cuti. And Irman called me in the morning cakap "Saya rasa hari ni tak kerja la" dengan nada malu-malu kambing. Apa lagi. Harus la kena gelak + kena kutuk!! Hehehe.. Degil sangat. Kepada Irman, jika anda terbaca entry ini, nasihat saya ialah: "Sila semak jadual cuti dengan kawan-kawan sekerja anda dan pastikan anda tak mengulangi insiden ini di masa akan datang. Harap maklum." Hehehehhehe...

Btw, tidak lupa mengucapkan terima kasih kat Irman sebab sudi mengabiskan cuti di rumah kami, terima kasih atas ole-ole dari Brunei dan juga dvd-dvd yang tak habis lagi tengok. Hehehe.. Jasamu dikenang.

**This is Wan Yusnira. Signing off.


OppsieDoppsie: ** Menukar ayat "This is John Connor" dari Terminator Salvation sebab baru tengok dvd cite tu. Obviously outdated. Huh.

2 comments:

ELLY NOR SURIA MD.ZAINUDIN+HAZROL SALLEH+KASIH DARIA DAMISHQA HAZROL said...

HAI,kermit,..elly nis,..bestla blog,..aneway,nanti nak kawen jgn lupe contact elly k,..by the way,ble majlisnye,..elly dah pindah kdai,..kat besut,tp xper,elly amik area trganu n kelantan n just tambah xtra 50 for transportation charge,..nanti elly email kermit pakej kahwin yang ada k,..thanx dear n take care,..

wanyusnira said...

sory lmbt reply ur comment.. dh pndh besut rupenye.. insyaAllah kermit g usha2 ur package.. tau tau lg bile majlisnye.. papepun.. hugs+kisses for kasih.. really cute!