Pages

2.02.2010

Rollercoaster of Emotions

Hai.. finally berpeluang jugak aku nak cerita perihal minggu yang panjang ini. Inilah cerita sepanjang minggu tersebut, 17 Jan 2010 – 23 Jan 2010. Very lengthy entry. Baca la sampai habis ya!

Early of the week, on Sunday masa pikap abah kat kedai, abah bagitau Pak Ngah Li call dia. Bagitau Abg Nan, sepupu aku ada kat ICU. Tengah tenat. Doc still tak tau sakit apa. Ada H1N1 symptoms tapi still tengah check. Dia masuk wad since Thursday. So, bila balik rumah petang tu, abah dah bincang-bincang dengan mak. Nak balik Kelantan ke tak. So dorang decide nak balik pagi esok (isnin). Balik berdua naik bas je. Kat sana nanti Kak Pah pikap dorang.  So malam tu aku pegi beli tiket bas untuk dorg. Bas pukul 8 pagi, balik sini kul 5.30 petang. Bila pikir-pikir, risau jugak nak biar mak n abah balik berdua je. Tapi semua kerja. Takpe la. Terpikir jugak pasal Abg Nan. Teringat last jumpa dia masa kenduri Ngah Mak Su Yah bulan 7 tahun lepas.









Pagi isnin, kami drop off mak abah kat stesen bas. Lepas salam peluk cium, terpaksa tinggalkan kat situ walaupun bas tak sampai lagi sebab masuk kerja kul 8. kalau aku sorang mesti aku tunggu sampai mak abah naik bas, baru aku pergi ofis. Lambat sikit pun takpe. Hati rasa agak ralat sebab tak dapat tunggu lama. =(





Dah sampai ofis, duduk kejap cek email n pape yang patut. Tengok jam dah kul 8.10. Call abah tanya bas dah gerak belum. Abah cakap bas belum gerak lagi. Tapi dorang dah ada dalam bas. So agak lega. Estimated time to arrive on 11 am. Awal pagi macam ni memang lambat mood kerja nak datang. So, belek-belek fb, papers n so on. Tapi sebenarnya memang rutin setiap pagi cek email, godek-godek fb, post status kalau ada keinginan n baca paper. Lagi pun, pagi ni ada Taklimat Produk. Aku attend dengan Kak Ja. So lepak je la sambil menunggu pukul 8.30. Masa belek-belek fb, Ngah Mak Su Yah ada tag aku kat satu gambar. Dia tulis kat situ Wan Azman Wan Ali – 17/01/2010, ICU Hosp. Raja Perempuan Zainab II. Gambar Abg Man di bilik ICU dengan alat bantu hidup. Ada tiub-tiub yang bersambung dan agak berselirat. Dalam hati aku masa tu satu je, "Abg Man ke Abg Nan?” Semalam abah sebut Abg Nan. Mana satu ni? Sungguh mengelirukan… Hmmm





Dah dekat kul 9, baru la aku dan Kak Ja bergerak ke Pejabat Daerah untuk Taklimat Produk. Sampai dah lewat. Patutnya daftar kul 8.30. tapi takpe la. Heheh.. Terpaksa duk depan sebab seat yang belakang-belakang semua dah penuh. Biasa la.. Bila dah lambat terpaksa la duk depan. Huhu.. Sepanjang taklimat, aku macam biasa khusyuk dengar taklimat tu. Masa ni dah lupa kerisauan dan kekeliruan pagi tadi. Memang aku dengan Kak Ja pergi taklimat ni nak release tension sebenarnya. Bosan terperap kat opis. Hehe =)





Taklimat ni abis awal pulak. Dalam kul 11.30 dah selesai. Sementara menunggu TP datang untuk penutup n bagi sijil, aku jenguk hp aku yang dah bisu tu. Ada miscall dari kedai spek. Haa.. Ni mesti nak bagitau spek abah dah siap. Mesti abah gumbira sebab hari-hari dia tanya bila spek dia nak siap. Aku pun tak sabar nak ambik spek baru aku sekali. First time aku buat spek mahal. Hohoh.. So aku call balik kedai spek n buat-buat tanya ada call aku ke. Padahal dah tau motif kedai tu call nak suruh ambik spek. Hehe.. Lepas tu aku call abah pulak. Tanya dah sampai ke belum. Abah dah dalam kereta Kak Pah masa tu. Otw pergi hospital. Aku tanya sekali pasal spek dia. Nak tunggu dia balik baru ambik or nak aku ambikkan dulu. Abah suruh aku ambikkan dulu. Ok. Masa ni gumbira n lega sebab mak abah dah selamat sampai n spek kami pun dah siap (^^,) Horey!





Lepas penutup, dapat sijil masing-masing. Macam biasa, tiap kali taklimat produk mesti dapat goodies dari suppliers yang bagi taklimat ni. Hari tu taklimat dari Niro Granite n Colourland. Belek-belek dalam beg, ada pen, cap. Pastu ada paperbag kecik dari Niro. Dalam tu ada 2 batang pen n PENDRIVE. Haa.. seronok la kami sebab dapat pendrive free. Padahal dah ada sorang satu tapi still nak jakun dapat yang free. Ngeh3.. Lunch provided n makan free la kami. Lepas tu Kak Ja drop me off kat opis. Dia pergi pikap anak dia kat sekolah pulak. Hati masih gumbira dengan pendrive free itu and tak sabar-sabar nak tengok berapa gig pendrive tu. Hohoh.. macam budak kecik dapat eskrem je lagaknya. Hihihi





Masuk opis terus godek-godek pendrive tu. Rupanya dalam tu ada e-catalogue produk Niro. Tapi kami boleh je delete catalogue tu n pakai pendrive tu. Hehe.. Masa tengah jakun dengan pendrive tu, mak call. Bagitau dia dah ada kat hospital. Doc cakap, Abg Nan dah tenat. Masih tak tahu sakit apa. Tapi doc cakap kuman dah merebak ke paru-paru, hati n buah pinggang. Suara mak dah sebak-sebak dah. Aku dah sebak bila dengar nada mak tu. So mak tanya kami nak balik kampong ke tak. Aku cakap aku boleh ambik cuti. Tapi tunggu orang lain la macam mana. Aku ikut je. Lepas tu terus tanya Angah macamane. Angah cakap nanti dia tanya Along sebab dia dah apply cuti untuk hari rabu sebab dia ada appointment doctor. Aku cakap aku ikut je suara ramai. Masa ni, awan mendung dah ada atas kepala. Risau, sedih, sebak semua ada. Aku tunggu keputusan dari Angah.





Tunggu punya tunggu, tiba-tiba Angah call. Dia cakap Kak Nik Ton baru call dia cakap Abg Man dah takde. Angah cakap sambil menangis dah ni. Aku pun memang terkejut. Pastu Tanya Angah, Abg Man ke Abg Nan? Dia cakap dia pun tak sempat nak tanya tadi. Tapi yang dia dengar Kak Nik Ton sebut “Abg Man takde dah ” (sila baca ayat ni dalam bahasa kelantan, maka akan rasa keliru Man & Nan tu). Angah cakap dia call Along tak dapat tadi. Aku cakap apa-apa nanti bagitau la aku. Masa ni aku dah terbayang-bayang Abg Nan duk gelak-gelak dengan kami masa kenduri Ngah hari tu. Sedihnya..





Lepas tu aku call abah. Abah jawab, pastu terus pass kat mak. Dalam hati aku, “Sedih betul abah, sampai tak dapat nak bercakap”. Mak bercakap dengan aku dengan nada biasa je. Takde bunyi sedih-sedih macam tadi. Aku pun cakap la berita yang Angah bagitau aku kejap tadi. Mak pulak tak dengar apa aku cakap. Terjerit-jerit aku bagitau dia berita tu. Rupanya mak tak tahu lagi. Dorang ada kat kedai makan dengan Ayah Mat. Apa lagi, terus la mak aku cakap nak pergi ICU. Aku cakap apa-apa nanti aku inform. Masa ni aku dah nangis-nangis kat opis sorang-sorang. Kebetulan masa ni baru nak zohor. Aku pergi toilet basuh muka. Angah cakap nak datang pikap aku kat opis. Kitorang nak balik kampung petang tu jugak. Betul-betulkan tudung, n turun bawah tunggu Angah. Aku sempat inform En Dandan je sebab dia je yang ada kat opis masa tu.





Tunggu Angah amik. Dah dalam kereta, dua-dua berderai air mata lagi. Hadoi.. Angah cerita dia dah menangis-nangis inform kat pengetua dia nak mintak balik awal + cuti. Huhu.. aku pulak belum inform bos. Nanti la aku call. Bila dah kat rumah, baru call bos aku, En Wan. Mula-mula dia tak jawab. So aku call TA Zul. Pun dah sebak-sebak bagitau sepupu meninggal. Pastu bos aku call balik. Aku pun bagitau la aku balik sebab sepupu meninggal. Banyak pulak dia tanya. Sepupu umur berapa, kat mana, sakit apa, aku nak balik dari opis macam mana. Bila state of emotions macam ni, mana boleh tanya banyak-banyak. Tak pasal-pasal aku menangis pulak masa cakap dengan bos aku. Hadoi… Nasib baik dalam fon je. Takde la malu sangat. Haha!





Then masa kat rumah, Angah inform Ayi. Dia cakap dia nak ikut balik KB. So pack our things up and get ready. Angah call mak nak tanya status terbaru. Rupa-rupanya tak meninggal lagi. Ya Allah! Lega ada, lawak pun ada. Kami dah berlinangan air mata ni, rupanya silap info daa. Pastu, yang lagi menarik, mak cakap bukan Abg Nan tapi Abg Man. Ya ampun.. Banyak benor silap info nih! Pening betol!! So masa ni, kami takde la gopoh-gopoh nak balik KB. Dah boleh bawak bertenang dah. Hehe.. Ayi sampai je aku bagitau info sebenar. Macam ktorang jugak, dia pun dah sedih-sedih masa bawak motor balik rumah tadi. Hehe.. Semua tertipu. Kuikuikui..





So, plan untuk balik KB diteruskan. Aku, Angah, Ayi, Along, Abg Lim & Mursyid. Yang lain tak ikut. Sampai KB kul 6.30. Terus ke Hosp. Raja Perempuan Zainab II. Terus pergi ICU. Semua ada kat situ. Boleh masuk 2 orang at a time je. Aku sempat masuk dengan Mak Su ngam-ngam sebelum habis waktu melawat. Tapi pintu bilik Abg Man dah tutup. Kami intai dari celah-celah langsir je. Sempat jugak aku tengok skrin heart rate yang macam dalam cerita Grey’s Anatomy tu. Ada nombor-nombor yang aku sendiri tak faham. Tapi aku tahu la tu heart rate dia. Sayu bila tengok Kak Da & anak-anak. Lepas tu kami terus pergi rumah Pak Ngah Li. Ada bacaan Yasin. Penat jugak sebab dari tadi tak sempat rehat. Pukul 10.30 baru selesai. Malam tu kami 1 famili tidur kat rumah Kak Pah kecuali the guys tidur kat chalet kawan Mie. Jeles betul!





The next day, 19 Jan 2010, bangun, breakfast & borak-borak. Kami gerak ke rumah Pak Ngah Li dulu sebab abah, Ayi & Abg Lim ada kat sana. Then pergi hospital. Pukul 12 we reached the hospital. Masa tu yang ada kat hospital Pak Ngah Li, Mak Ngah, anak-anak Abg Man: Yana & Dayah, Abg Dan, Ayah Su, Abg Yie. Kak Da tak sampai lagi. Kami just duduk-duduk je kat hall tu. Masa tu Mak Ngah ada kat dalam dengan Kak Nik Ton. Tak lama lepas tu, Mak Ngah keluar. Dia nak pergi toilet. Dia suruh sapa-sapa pergi masuk dalam. Bebel-bebel kat Pak Ngah Li suruh masuk dalam dari duk borak kat luar. So Ayah Su cakap dia nak masuk. Tengah duk tanya sapa lagi nak masuk, tiba-tiba ada announcement. "Kepada waris Wan Azman Wan Mamat Ali, sila masuk ke ICU sekarang”.

Masa tu aku dah tak sedap hati. So kami semua masuk.  Nak masuk ke bilik ICU tu kena pakai selipar getah crocs yang hospital provided. Dan memang la selipar tu tak sebanyak waris-waris yang datang ni. Aku antara yang terkemudian masuk. So dah tak ada selipar. Pak Ngah Li tunggu kami semua masuk. Dia pun tak tukar selipar. So aku pun masuk tak tukar selipar. Baru halfway nak sampai ke bilik Abg Man, nurse tu nampak pulak kami tak tukar selipar. So dia suruh kami pergi tukar selipar. Aku pun patah balik dengan Pak Ngah Li. Kebetulan masa tu Kak Pah keluar balik nak call yang lain. Pak Ngah Li ambik selipar Kak Pah, aku rembat je selipar atas rak tu. Tak tau untuk visitor ke, staff punya. So masuk balik.

Bila dah sampai depan bilik Abg Man, tak semua dapat masuk. Mak, abah, Kak Nik Ton, Abg Dan, Yana & Dayah ada kat dalam. Yang lain kat luar. Tengok dari cermin & pintu je. Aku terus tengok skrin heart rate yang aku tengok petang semalam. Dah 0. Garis lurus je. Masa tu aku dah tahu Abg Man dah takde. Then doctor cabut tiub-tiub yang ada. Masa tu la aku dengar Yana & Dayah nangis makin kuat dan teresak-esak. Aku pun tak dapat nak tahan air mata. Melihat anak-anak arwah menangis ditenangkan oleh pakcik mereka. Innalillah..





Al-Fatihah kepada Allahyarham Wan Azman Wan Mamat Ali. Pergi pada 12.40 tengahari, 19 Jan 2010 meninggalkan seorang balu dan 7 orang anak pada usia 43 tahun.





Kak Da belum sampai lagi masa tu. Lepas tu kami semua keluar. Baru duk kejap kat luar, Kak Da sampai. Dia tak sempat jumpa arwah. Dia datang dengan mak dia n 3 anak dia. Anak paling bongsu baru umur 3 bulan. Tak tahu pun ayah dia dah takde. Tengok dorang je air mata laju je turun. Lama jugak nak berenti menangis. Lepas tu kami balik rumah Pak Ngah Li untuk persiapan menanti jenazah. Tinggal yang lelaki je kat hospital untuk uruskan jenazah. Masa ni terfikir, kalau ada yang meninggal di rumah aku, siapa la agaknya nak uruskan. Ayi je adik beradik kami yang laki. Dia tu dah la cepat panik. Harapkan abang ipar aje la agaknya.





Kami siapkan apa-apa yang patut di rumah. Alih perabot n all. Nak kebumi lepas asar. Jenazah sampai dalam kul 2 lebih. Selepas mandikan, keluarga diberi peluang untuk memberi penghormatan terakhir kat arwah. Masa ni air mata mengalir lagi melihat Kak Da an anak-anak. Lagi sedih bila tengok Pak Ngah Li menangis sebelum dan selepas mengucup arwah. Ayah mana yang nak kebumikan anak mereka. Ok. Tak pasal-pasal pulak menangis sambil menaip ni. Huh.. T.T

Jenazah disembahyangkan di masjid n dikebumikan di kampung Mak Ngah kat Banggol. Sementara menunggu kaum adam pulang dari sana, kami makan. Semua baru rasa lapar. Tengahari dah menguruskan hal-hal jenazah etc. Lepas makan-makan, aku n Angah lepak kat sofa kat porch. Memerhati orang lalu lalang. Tengah kami duk leka melayan perasaan (cewah!), tiba-tiba muncul Mursyidul Am PAS, Tok Guru Hj Nik Aziz. Datang bersama drebarnya. Aku ngan Angah tak tau nak buat apa. Terdiam je kat sofa tu. Takkan nak sengih-sengih macam kerang busuk pulak. Kami pun sekadar memerhati aje la. Orangnya kecik je. Tapi macam tak berapa sihat. Jalan perlahan, berhati-hati. Pakai baju melayu kuning/oren, berserban putih dan berkasut hitam. Masa tu dah kul 5 lebih. Mula-mula beliau duduk kat kerusi depan kami. Tapi beliau tak dapat nak tunggu lama sebab tak berapa sihat. So dia just jumpa Mak Ngah dan bagi sedikit wang bantuan. Sampai la dia naik kereta dan pergi, baru la aku dan Angah buka mulut. Hehe.. Masih kagum+terkesima (0_o) Tu 2nd time aku jumpa beliau. 1st time pun kat rumah Pak Ngah Li. Aku lupa event apa masa tu, tapi dah lama dah.

Kaum adam pulang dah kul 6 lebih. Lepas tu kami terus balik rumah Kak Pah mandi-manda, rehat-rehat. Malam tu ada kenduri arwah. Kami plan nak balik lepas kenduri tu. Tapi akhirnya, abah suruh kami balik je dulu. Tak perlu singgah sebab takut balik lewat. Lagipun esoknya nak kerja. So kami gerak dalam kul 9. Sampai rumah dah kul 12 midnite. Langsung padam.. Penat wooo.. Emotionally and physically drained!

Esoknya pergi kerja dengan mode penat. Terus busy. Cet! Tak bagi can langsung! Petangnya, Ayi pulang membawa balik spek baru aku dan abah. Horey!! Aku suruh dia aje ambikkan sebab dekat dengan opis dia.


Aku & Abah berposing dengan spek baru
masing-masing XD

Khamis pagi meeting kat JKR Marang. Balik kul 3.30. Seronok!! Plannya weekend ni nak pergi Kuantan tolong Ciki pindah rumah. Tapi rasa tak larat pulak. Gaji pun belum masuk. So dah bagitau Ciki tak jadi pergi sana. Bila balik rumah, mak tanya jadi tak nak ikut. Aku cakap la tak jadi. Tapi lepas mandi tu, mak tanya lagi. “Betul la ni tak jadi ikut?”. Ok. Bila tanya banyak kali ni maknanya nak suruh ikut kan? Kan? So akhirnya aku akur dan pack barang. Mak ngan abah baru je sampai dar KB tengahari semalam. Larat ke mak ni? Tapi takpe la. Ikut kan aje.

Kami gerak pergi Kuantan kul 8 lebih. Sampai rumah De kul 11.20. Speedy Gonzalez jugak. Yang pergi Kuantan malam tu aku,
mak, Ayi, Shuk n adiknya Kiman. Shuk n Kiman akan pergi KL angkut barang Ciki dengan Ayah De n lorinya. Aku, mak n Ayi akan pergi basuh rumah sewa. Ciki tak boleh kerja berat sebab preggy. Takut miscarriage macam sebelum ni.

Pagi esoknya, seawal pagi lepas subuh (ok, aku subuh dinasor, dah dekat kul 7.. hehe), dorang bersiap-siap nak g KL. Kami yang tak pergi just tengok je la. Masa dah nak gerak, tiba-tiba Shuk turun dari lori. Dia cakap lori Ayah De permit untuk naik 2 orang je, bukan 3 orang. Pulak dah! Apsal la tak cakap esok je? Huh! Dah nak gerak dah. So Shuk kena drive jugak ke KL. Jadi guide. So memandangkan kereta kosong,dia ajak Ayi ikut dia. Tiba-tiba mak suruh aku ikut sekali pulak. Eh mak ni. Mula-mula suruh ikut pergi Kuantan, ni nak suruh pergi KL pulak?? Dah la tak mandi lagi. Biar betik???

Ayi pun ajak aku ikut dia. So, aku cuci muka, gosok gigi, tukar baju dan tidak lupa memakai deodorant. Ya. Deodorant penting untuk keyakinan diri. Hahahahaha! Maka ini la rupa aku ke KL dan TIDAK MANDI.

Aku & Ayi masa stop kat Shell. (Muka
control senyum sebab tak mandi lagi)


Fashion faux pas
: Sangat inappropriate memakai tudung belang2
dan baju penuh dengan corak sampai ke lengan dan lagi beg kucing kaler pink pulak. Tapi gred A+ untuk spek Coach baru. Yeah!

Memandangkan aku sorang aje kat seat belakang, aku telah mengambil kesempatan untuk tidur dengan bestnya kat situ. Hohoho! Dah puas tidur, bangun dah dekat masuk tol Gombak. Dah dekat dah! Aku dah bagitau Irman aku gi KL. So boleh la jumpa. Tak kesah la tak mandi pun. Hehe.. Lepas tol Gombak, Ayah De ada kat belakang kami. Shuk drive slow je bagi Ayah De follow. Masuk je Gombak lepas MRR2, tiba-tiba Ayah De dah tersalah masuk lorong. Hadoi. Macam mana la dia boleh tak nampak kereta kitorang. So kami pun berhenti kat petronas, tunggu dorang. Lama jugak menunggu. Last2 Shuk call, dorang dah ada kat Sg. Buloh. Aku pun tak tahu macam mana so, kami meneruskan
perjalanan ke KJ.

Sampai KJ kul 12. Shuk drop kami dulu. Aku suruh dia call dulu tanya diorang kat mana. Dorang ada kat petronas Damansara Jaya. Eh, dah dekat tu. Agak pelik la sebab tadi before sampai KJ, dorang cakap ada kat Mont Kiara. Tiba2 ada kat Damansara Jaya pulak. Tu dah the
other way around. Agak ajaib la. Shuk ajak aku ikut sekali sebab dia tak tahu petronas tu kat mana. Ayi pun ikut. Nasib baik dekat je. Berjaya la bawak mereka ke jalan yang benar. Hehe.. Berguna jugak aku ikut sebab kali ini aku berjaya menjadi navigator yang baik. Selalunya aku punya built-in GPS ni malfunction. FYI, I have poor sense of direction. Selalu lupa jalan dan ambik masa yang lama nak ingat jalan. Teruk betul. Sigh.

Sampai rumah Ciki, terus mengemas. Tak sempat duduk ambik nafas pun. Ayah De selaku mandur terus arahkan kami pekerja binaan buat kerja. Dia duduk je tengok kami. Hehe.. Dan agak terkejut sebab Ciki tak packing apa2 pun!! Mak cakap barang dapur je tak kemas lagi. Rupanya langsung tak kemas lagi!!! Arghh!! Dia tinggalkan rumah ala2 balik kampung di hujung minggu. WTF??? Maka aku kena la kemaskan barangan Ciki sebab aku je kenal mana satu barang dia. The guys mengangkut furnitures yang besar2 tu. Fuh! Memang banyak kerja dowh!

Kami berhenti lunch kejap. Pastu sambung bekerja. Nasib baik kami ikut. Kalau Shuk + Kiman je, memang sampai malam pun tak habis. Silap2 angkut barang orang lain sekali. Irman datang lepas solat jumaat. Masa tu dah banyak benda masuk lori. Tapi ada lagi la sikit2 yang belum angkut. So, mujur la ada ramai. Dapat la siap cepat. Siap kemas semua kul 3 lebih. Kami mandi-manda n solat jamak siap2. Kul 4.30 kami gerak ke Kuantan. Terus ke rumah sewa Ciki, Taman Indera Mahkota berapa entah. Dah lupa. Rumah sepupu mak, Kak Pah depan rumah sewa Ciki je.

Sampai akhirnya. Terus unload barang dan kemas sikit-sikit. Malam tu tidur di rumah Kak Pah. Penat tahap gaban. Memang semua stok tidur ternganga malam tuh. Pagi esoknya lepas breakfast terus kerja2 pembersihan. Memang sangat hazab la rumah tu. Toilet lagi teruk dari tandas awam. Dinding berkerak. Jubin pecah2. Toilet bowl jangan cakap la. Sampai tahap kena bersihkan pakai asid. YA, ASID. Musykil aku apa tenant sebelum ni buat sampai jadi macam tu. Aku+Ayi menyental dinding toilet yang berkerak tu. Memang tahap keluar muscle kat lengan la. Amar pun takde muscle macam tu (tiba2 jual nama Amar pulak). Memang penat.
Tengahari tu sempat aku tidur barang sejam dua. Lepas makan duduk2 bertenang tengok tv dengan Ayi. Yang lain keluar pergi kedai hardware beli barang. Dah kul 6 baru dorang balik. Terus sambung kerja. Memang dedikasi gler!

Kami pasang langsir, hamper tikar kat 2 bilik lagi etc. Oh. Lupa nak cerita serba sedikit perihal rumah sewa Ciki tu. It’s a corner lot terrace. Single storey with 3 bedrooms and a shower n toilet. Sewa RM450 sebulan. Very cheap sebab dulu kat KJ sewa flat PKNS yang ada 2 bilik tu je dah RM600 sebulan. Nice neighborhood and convenient. Dekat dengan bandar.

Finally, kami gerak balik ke rumah dekat kul 11. Mak stay sebab still ada benda yang tak siap kemas. We reached home by 2 am. Keesokkan harinya pergi kerja with yet another mode penat dengan mata yang kecik dan kepala yang berat. Sangat mengantuk dan sakit kepala. Huh!

Ok. That was the event throughout week 4 of 2010. Long and hectic, full of mixed emotions. Fuhh.. finally selesai la tugas aku nak bercerita perihal minggu yang panjang ini. Thanks for reading this =)


OppsieDoopsie:
Dah jadi macam cerita flashback
pulak. Huhu..

No comments: