Pages

3.28.2010

Bad Hair Day

Pagi ni kul 11 akan ke KB. Kursus kaunseling sampai hari Rabu. Aku kena ganti bos aku. Aku taknak pergi sebenarnya. Huhu T.T

Ni sepatutnya ambik peluang nak siapkan kerja sebelum pergi kursus sebab for sure balik nanti mesti kerja menimbun, inbox penuh, aduan macam-macam jenis pun ada. Haru je. Tapi semenjak pagi tadi mood tak baik, hati tak gembira, fikiran kusut. Entah kenapa.

Khamis lepas pergi klinik nak check pasal sakit belakang aku yang dah 3 minggu tak elok-elok. Macam-macam ada dalam kepala masa tu. Risau ada masalah tulang belakang sebab pernah jatuh terduduk masa 1st year dulu. Bukan terduduk sikit-sikit, tapi yang tahap sampai aku rasa pandangan aku bergegar pastu. Jatuh dari tempat yang tinggi. Salah step masa nak naik trak 3 tan lepas balik training. Dah nearly 10 years baru sekarang nampak kesannya.

Bila jumpa doc, dia cakap masalah urat. Urat terkepit katanya. Dia cakap biasanya orang tua je ada masalah macam ni. Doc check BP, dia cakap ok. So dia bagi 3 jenis ubat, kena bayar 6o hengget. Masa ni hati lega, hilang semua rasa takut. Seperti satu beban yang berat di bahu dilepaskan. Terasa ringan. (^^,)

Tapi, walaupon dah 3 hari makan ubat still ada rasa sakit. Kejap belah atas, kejap kat bawah. Memang dah tak boleh nak angkat barang berat. Angkat toto pun dah rasa sakit. Teruk jugak. Harapnya tak lama.

Semalam dah siap packing beg untuk pergi kursus. Tak tahu nak expect apa. Sebab takde hati pun nak pergi. Bawak baju cukup-cukup je. Biasa aku bawak extra. Tapi memikirkan belakang yang tak best ni, kena la bawak cukup-cukup je. Pagi tadi bangun macam biasa, kemas-kemas toto. Sekarang tidur kat toto je. Tak tidur atas katil dah. Sebab nanti lagi sakit belakang.

Bila cari sikat aku takde, rasa nak marah. Aku pantang orang pakai barang aku tak letak kat tempatnya balik. Tanya mak, mak tak tahu. Sambil bersiap, hati berfikir mana pergi sikat. Aisyah kot. Mula rasa nak marah. Pastu dah lambat. Tudung pulak buat hal. Biasa senang je jadi tudung ni, tapi pagi ni buat hal pulak dia. Lagi la panas hati. Dalam hati dah menyumpah-nyumpah kat tudung ni. @!@%^#&^!#%$%$&!

Asal jadi je, terus keluar bilik. Bawak beg baju sume. Pergi dapur nak ambik ubat. Takde pulak kat tempat biasa. MANA UBAT NI???!!! Rupanya dah beralih tempat. Terus capai ubat, ambik ubat batuk dalam peti ais, naik atas. Salam dengan mak n Along. Tapi dalam keadaan marah. Tak minum milo mak macam biasa. Dah dalam kereta baru tersedar rupanya tak salam dengan abah. Apa nak jadi ni??

Nanti nak gerak nanti kena call mak. Macam ni la kalau dah marah. Semua ikut hati je. Dah la nak pergi jauh, lama. Tapi tak salam ngan abah. T.T

3.24.2010

Menunggu sebuah jawapan

Sebenarnya tadi dah tulis separuh. Ingatkan dah save. Rupenye terus pangkah dan tidak di save. Oh.. Harus la letih nak cerita balik. Tapi takpela. Idea menulis pun dah jadi lain.

Semalam meeting di KL, kata-kata tuan pengerusi bagaikan suntikan semangat yang baru. Cewah! Rasa macam berkobar-kobar nak buat kerja dengan bersungguh-sungguh dan penuh integriti. (Hohoh.. poyo gler!) Tapi hari ni masuk je opis, mana suntikan, mana semangat, mana berkobar-kobar, mana integriti? Semua tercicir kat airport semalam kot. Ohhh... Terus malas dan hati rasa gundah-gulana. Toloooonngggggggg~~~~~~~~~~~~

Macam biasa, sampai opis mestila jenguk anak-anak ikan (macam lain je maksudnya bila sebut 'anak ikan'). Semuanya berenang dengan girang gembira tanpa tujuan. Dalam hati terfikir seronoknya tengok ikan-ikan ni. Carefree and tak perlu pergi kerja cari duit macam aku. Seronok kan? Takde masalah macam kita ni. Tapi mungkin minggu depan mereka akan ada masalah bila aku kena pergi kursus 4 hari di KB. Sape nak bagi kau makan hah?? Nanti kena cari jalan. Jangan risau.

Berbalik pada aku ni, sebenarnya aku kureng dengan kerja-kerja pengurusan ni. But I'm good at it (Masuk bakul angkat sendiri. Bakul berlubang). So bila sekarang kerja aku ni ala-ala top management di JKR Terengganu ni, makin hari makin bosan. Minat nak gi kerja makin pudar. Hati makin suram (Betul ke ayat ni??). Mungkin kurang rakan-rakan sebaya di sekitar yang menyebabkan jiwa semakin kacau. Kesian aku. T.T

Tapi, setiap kali diberi tugasan baru pasti akan dilaksanakan dengan sempurna dan tangkas dan harus la proaktif. So bila kerja dah di tahap bagus begini (Ok. Masuk bakul berlubang lagi sekali dan angkat sendiri), harus la kerja makin bertambah dan hidup semakin mencabar. (Apa aku merepek merapu ni..). Aku tak suka sebenarnya. Aku dah bosan buat kerja-kerja paperwork. Aku nak buat kerja teknikal. Nama pun engineer. Harus la pakai safety helmet & safety boots a.k.a but Phua Chu Kang. Plus memegang gulungan-gulungan pelan  di  project site ala-ala watak dalam drama Rosyam Noor yang bila mana je kaya dan ada syarikat sendiri harus la jadi engineer/kontraktor/arkitek yang bz dengan projek mega tapi masih bujang dan ada konflik cinta 3/4 segi. Huh.. panjang lebar description engineer. Ni la persepsi awal orang ramai bila sebut engineer. Kan? Kan??

Tapi aku ni engineer korporat. So duk opis je. Attend meeting. Buat paperwork. Etc etc. Orang cakap untung la. Tak yah pergi site panas-panas. Nanti hitam! Habis tu, bajet duk kat opis dalam econ jadi putih ke?????!! Sebenarnya dah bosan tahap gaban dah ni. Semua kerja-kerja teknikal dah lupa. Otak pun dah kosong je. Hati pun kering. Hidup tak ceria. Suram. Kelam. Kelabu. Blur. TAPI. Ni rezeki yang Allah dah tetapkan. Patut bersyukur. Dulu nak sangat kerja gomen. Dah dapat banyak komplen pulak!! (-.-) Oh tidaaakkk~~

Dan ada satu keputusan yang aku dan Irman dah buat semalam. Perlu ke aku bagitau kat sini? Pada kawan-kawan yang membaca blog ini dan mengambil masa untuk melihat perkembangan hidup seorang wanyusnira, mungkin ini dapat menjawab persoalan anda semua.

Dah jadi satu cycle seorang manusia lepas sekolah, masuk U, pastu kerja, pastu kawen, pastu ada anak and so on. Soklan-soklan seperti SPM dapat berapa A? Dapat U mana? Bila habis belajar? Dah kerja ke? Kerja kat mana? Pakai kereta apa (Bila dah kerja la kan)? Bila nak kawen? Bila nak ada anak? Anak dah berapa? Yang sulung umur berapa? Anak sekolah mana? Etc etc.. Ni la ibarat soklan SPM yang bocor tapi setiap jawapan takde betul dan salah. Orang cakap, subjektif. Bergantung pada individu. Dan kadang-kadang, kita akan mendengar soklan yang sama ditanya berulang kali dan sungguh cemuih (kata org utara) nak jawap. Letih.

Aku sekarang di soklan BILA NAK KAWEN? Memang sangat letih nak menjawab. Dan jawapannya kalau boleh, nak kawen sekarang jugak! Bila umur dah 27 (tua dah aku.. huhuh), sepupu yang lagi muda dah kawen, jiran yang lagi junior pun dah kawen, kawan-kawan dah ada anak dua, semua orang pantang ada peluang mesti nak tanya tu. Ni la orang cakap, kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Dan apa jua pelan yang Allah sediakan untuk kita, itu la yang terbaik. Terima la dengan hati yang terbuka. Dan aku sebagai orang yang optimis dan sangat berpegang pada rezeki, jodoh dan ketentuan Allah yakin setiap yang berlaku ni pasti ada hikmahnya.

4 April ni genap la setahun aku dan Irman bertunang. Orang cakap jangan tunang lama-lama. Banyak dugaannya. Memang pun. Awal-awal bertunang dulu, hari-hari bergaduh. Letih betul. Bila dah kerja kat Terengganu dan berjauhan ni, baru la menjadi pasangan tunang yang tenang. Mak cakap sebab tu rezeki aku kat sini, sebab tuhan tahu kalau duk dekat asyik gaduh je kan. Betul tu. Maka kami menghadapinya dengan hati yang tenang, macho dan cool.

Rancang nak langsung tahun ni. Barang-barang persiapan dah ada. Semua dah beli sikit-sikit. Beberapa hari lepas, ayah Irman pun dah tanya pasal ni. Haaa.. bila orang tua dah berbunyi, harus la bagi jawapan. Kalau ikutkan, memang la nak langsung tahun ni. Bulan 6 atau 7. Bulan 8 dah puasa. Bulan 10 ke atas dah tak sesuai nak buat kenduri. Musim hujan kat Terengganu. Bila fikir balik, macam suntuk jugak masa nak langsung bulan 6 atau 7. Lagi 3 bulan. Kelam kabut jugak tu. Lepas tu, baru teringat bulan 8 ni Along n Ciki due bersalin. Harus la mak tak menang tangan nak jaga cucu-cucu dan ibu-ibu dalam pantang. Kesian pulak kat mak. Kalau buat bulan 7 dua orang tu tengah sarat. Macam tak sesuai je. Orang kata, nak buat kenduri ni bukan pikir kita 2 orang je, harus pikir untuk banyak pihak. Maka, banyak pertimbangan nak kena buat.

Aku pun taknak buat kenduri dalam keadaan kelam kabut macam tu. Biar la dalam keadaan tenang dan semua orang boleh senyum. Nanti pengantin je syok sendiri. Belakang tabir orang bising-bising. Kami decide, plan kawen kami ni akan di postpone ke tahun depan. Ye. TAHUN DEPAN. Sedih bila pikir nak kena korban sebab hal-hal lain. Tapi takpe la. Sekurang-kurangnya biar la semua dalam keadaan bersedia nanti. Hati pun senang. Dan kalau boleh, nak jemput semua kawan-kawan datang. Semua dah warning. Kalau nak kawen, kena bagitau awal so boleh prepare nak apply cuti ke ape. Aku cuba la memenuhi hasrat kawan-kawan tu. Sebab aku pun, seboleh-bolehnya akan attend kenduri kawan-kawan bila dijemput. Suka pergi kenduri sebab boleh jumpa kawan dan meraikan hari bahagia diorang.

Maka, dengan ini diharap kawan-kawan rentikan la duk tanya soklan bonus tu kat aku. Aku dah malas nak jawab. Ingat aku taknak kawen ke???

Dan dengan itu jugak, bos aku akan masih mempunyai pekerja cemerlang ini untuk sekurang-kurangnya setahun lagi di JKR Terengganu ni. Ya. Impian nak posting ke bahagian teknikal harus la masuk balik dalam sampul surat. Tahun depan baru boleh bukak balik impian tu. Sob sob.. (T.T) Kena jadi engineer korporat lagi.. Huhuhu


OppsieDoppsie: Pergi kenduri Farah sabtu lepas dengan Engku, sempat borak bila nak kawen. Engku pun rasa tak sempat tahun ni. Tahun depan jugak agaknya. Maka, tinggal la kami berdua yang masih bujang. Farah dah kawen dah. (Engku ngan Farah ni BFF aku masa form 1. Kami sekelas =))


20 Mac 2010: Farah Waheda, Engku Fadhlina, Wan Yusnira

3.22.2010

Little Guppies

Oh.. Pagi ni datang opis dengan lots of little surprises. (^^,) Yep. My guppy dah membiak! Horey!! Yabedabeduuu!!! \(^^)/ Rasa nak jerit bagitau 1 opis je sebab EXCITED GILER!!!!

Tapi harus la control macho and sengih-sengih sendiri sambil kira berapa ekor anak guppy yang ada. Hehe.. Semalam datang opis tengok guppy jantan dah kojol. (x x) Terus alih guppy yang tinggal sekor tu masuk balang. Dari 4, tinggal 2 dan tinggal 1. Huh... Kecewa je sebab tak dapat nak bela elok-elok. Tapi dalam hati asyik bertanya "Bila guppy ni nak beranak? Perut dah besar." Siap buat research lagi kat wikipedia. Dalam tu tulis guppy akan membiak dalam suhu air 27ºC. Bila dah kat opis pakai econ, mesti la air dalam balang tu sejuk. So aku pun berkorban la bukak tingkap and guna kipas je kat bilik aku ni instead of econ. So bila buat kerja, kertas terbang-terbang. Hoho..

So aku rasa guppy aku ni takkan membiak kot. Dan bila tinggal sekor je semalam, dalam hati dah terfikir nak beli kawan untuk dia ke tak? Hmmm.. Sampai je opis pagi ni terus tengok balang. Oh.. Ikan tu still berenang-renang. Bukan kojol terapung macam semalam. Lega.. Dan bila gi jenguk, tengok ada objek kecik bergerak-gerak. WAH!!! ANAK IKAN!!! Terujanye!! Terus sms Irman bagitau dah ada anak ikan. 10 ekor! Dia cakap aku penternak berjaya. Hohoho (-.-)

Tiba-tiba je excited cerita pasal guppy. Sebenarnya tengah banyak kerja ni. Nanti akan update lagi. Ni piccas of the guppies. Tak berapa clear la tapi.



Yang nampak macam titik-titik hitam tu la anak ikan.


Dah circle anak ikan dan mak ikan.


Ok la kot. Nanti akan update lagi. Esok ada meeting kat KL pulak. Ok la. Tata



OppsieDoppsie: Abah operate mata last wednesday. So sekarang abah kena rehat kat rumah. 24jam kena pakai spek hitam. Spek Rayban ok. Klinik tu dah bagi. Abah boring kat rumah. Sian pulak.. Huhu





3.10.2010

Rezeki anak

Ok. Tajuk kali ni memang takde kena mengena dengan aku. Sebab aku takde anak lagi. Ada anak kucings je.. Hehehe.. Tapi ada sedikit tempias kat aku la sebagai kawan empunya diri itu.. =)

Dua malam lepas, one of best mates masa kat UTM suddenly sms. Dia bagitau dia dah lulus interview PTD. Yay!!! \(^^)/ Memang sangat excited untuk dia sebab dia memang tengah cari kerja sebab sebelum ni dia jadi cikgu ganti. Apply KPLI tak lepas. Sama la macam aku. And aku sangat excited sebab aku ni pun dah banyak kali apply PTD and dah 3 kali pergi PAC tapi semua pun GAGAL. Huish.. Terus patah hati. Langsung tak apply post PTD dalam borang SPA8 tahun ni. Keciwa hokay. Pergi PAC sampai 3 kali, mengabiskan cuti dan duit serta penat lelah segala tapi masih gagal. Malu je. So tahun ni dah malas nak apply PTD sebab nanti kena pergi exam yang makan masa 1 hari dan memerah otak nak menjawab soalan isu semasa, matematik, (tanpa kalkulator ok! budak form 3 pun pakai calculator scientific! Hish!!), esei BM & BI bagaikan SPM. Otak memang jem bila balik dari test PTD. Tapi setakat 4x pergi test PTD, 4x tu la aku lulus and dapat mara ke peringkat seterusnya iaitu PAC. Tapi last year aku tak pergi PAC kali ke 4 sebab dah dapat JKR. HOHOHO.. Eh.. kenapa aku bercerita pasal pengalaman PTD aku pulak?? Kawan aku yang dapat, bukan aku daaa.. Ok. Spotlight on the wrong person.. NEEEEXT!!

Berbalik pada kawan aku ni, lupa pulak nak bagitau siapa gerangannya. Tak lain tak bukan, orang ini ialah Jaja. Aku ingat lagi dia sms aku bulan 1 aritu. Dia cakap dia dapat interview PTD on 13 Feb tapi dia due bersalin on 12 Feb. Macam mana tu? Panik jugak kan bila pikir. Tapi rupanya rupanya, manusia memang hanya sekadar merancang tuhan menentukan segalanya. Cewah! Dia bersalin awal. Aku lupa exact date tapi tak silap aku 25 or 29 Jan. So dia proceed pergi interview tu walaupun still dalam pantang. Bukan senang nak dapat interview PTD ni kan. Dan aku sebagai sahabat mestila mendoakan dia berjaya (Untung sape kawan ngan aku).

Alhamdulillah, berjaya jugak. Ini la agaknya orang kata rezeki anak. Ni anak dia yang kedua (?!). Mohd Naufal. Yang 1st Mohd Naqib. Ok. Sebenarnya masing-masing ada 3 patah nama tapi aku dah lupa. Short term memory betul! Belum jumpa lagi Naufal. Naqib dah jumpa. InsyaAllah kalau ada rezeki, ujung minggu ni nak jugak jenguk Jaja. Dia pun dah abis pantang time tu. Boleh la masak untuk kami. Hahahah!!



OppsieDoppsie: Jaja dah anak kedua. Aku bujang lagi. Yikes!!

3.02.2010

Sigh!

Everyday is a new day. Yet everyday emerges new problems to be solved, new issues to be raised and new extra works to be finished. Gosh! Actually I'm piled up with works but I'm actually lost in the middle of nowhere not knowing how to finish my work and obviously didn't know where to start!!!

It's 12.42 pm and I'm still haven't finish up anything. I got works to be done and things are hazy! I don't know where to start and suddenly I had to replace other people's work and I'm completely lost!!!This is not my productive week at all. I need to submit things by tomorrow and I need someone to help me up. To begin with, I don't really understand what to do and I need someone to guide me!!!!!!!

Ok. Enough of this dizzy izzy thingy, I need to clear up my mind. Something came up and I need to focus on work for the time being. I need a nap. Just to clear up things. I hate doing things I don't understand....



T.T



OppsieDoppsie: Brought abah to clinic yesterday due to his swollen foot. Doc said it was caused by bronchitis. He need to stop smoking. Plus, his blood pressure was higher than the last time he checked. Reduce salty food. I guess he's bothered with some things back at home that cause all these. I'm worried. All of us.

3.01.2010

T-A-B

T-A-B. Take-A-Break. Ok. I need this now. I need to take a break for a while. Head spinning. Not literally but quite a headache. Ugh. Sangat banyak kerja sekarang. Bertimbun-timbun. So few people but so many works to be done. Huh.

Macam-macam kena buat sekarang. Dulu mengeluh sebab so laid back. Takde kerja. Sekarang mengeluh jugak bila kerja dah banyak. Ambik kau! Dulu ada 2 benda je yang aku incharge, JPPPA ngan JKPMK. Sekarang dah ada JKPA, SSR, e-aduan, mesyuarat dengan meriahnya setiap minggu!! @_@ Paling boring bila meeting dah jadi makin kerap sebab kena attend meeting yang paaanjaaang mendengar macam-macam karenah dan pastu nak kena check all those minutes means I have to be the extra ears during the meeting and take note all the way during the meetings. T.T Aku tak suka masuk meeting sebab selalu je raise issue yang sama tak kira meeting pengurusan ke, meeting pemantauan ke, meeting mingguan ke, it revolves around the same things!! Huh! Ok. Kena bertenang sebentar...

Irman is here in Terengganu since last Tuesday. Dia kena pergi site and pick up some data plus doing his traffic surveys. Esok dah nak balik KL. Hmmm.. kejap je seminggu. Dah la demam since khamis and still not fully recovered. Hopefully he'll be fine by tomorrow. Or dia kena stay here for another day. (YAY!!) Oh, and another happy thought during this headache is that khamis ni cuti pertabalan Sultan Terengganu. So kerja sampai hari rabu je. Hip hip horey! 3 days weekend. Heaven!

I got few things in my draft. Didn't have the time to finish it up and post it. Nanti bila dah settle all the works, I'll finish up and post it here. The post title pun dah kena ubah sebab dah tak relevan. Eww.. I always raise up old issues.. sorry guys!

Ok. Guess it's time to get back to work. Talk to you another day. Ciao!


OppsieDoppsie: It's already March! Time flies so fast these days...