Pages

3.28.2010

Bad Hair Day

Pagi ni kul 11 akan ke KB. Kursus kaunseling sampai hari Rabu. Aku kena ganti bos aku. Aku taknak pergi sebenarnya. Huhu T.T

Ni sepatutnya ambik peluang nak siapkan kerja sebelum pergi kursus sebab for sure balik nanti mesti kerja menimbun, inbox penuh, aduan macam-macam jenis pun ada. Haru je. Tapi semenjak pagi tadi mood tak baik, hati tak gembira, fikiran kusut. Entah kenapa.

Khamis lepas pergi klinik nak check pasal sakit belakang aku yang dah 3 minggu tak elok-elok. Macam-macam ada dalam kepala masa tu. Risau ada masalah tulang belakang sebab pernah jatuh terduduk masa 1st year dulu. Bukan terduduk sikit-sikit, tapi yang tahap sampai aku rasa pandangan aku bergegar pastu. Jatuh dari tempat yang tinggi. Salah step masa nak naik trak 3 tan lepas balik training. Dah nearly 10 years baru sekarang nampak kesannya.

Bila jumpa doc, dia cakap masalah urat. Urat terkepit katanya. Dia cakap biasanya orang tua je ada masalah macam ni. Doc check BP, dia cakap ok. So dia bagi 3 jenis ubat, kena bayar 6o hengget. Masa ni hati lega, hilang semua rasa takut. Seperti satu beban yang berat di bahu dilepaskan. Terasa ringan. (^^,)

Tapi, walaupon dah 3 hari makan ubat still ada rasa sakit. Kejap belah atas, kejap kat bawah. Memang dah tak boleh nak angkat barang berat. Angkat toto pun dah rasa sakit. Teruk jugak. Harapnya tak lama.

Semalam dah siap packing beg untuk pergi kursus. Tak tahu nak expect apa. Sebab takde hati pun nak pergi. Bawak baju cukup-cukup je. Biasa aku bawak extra. Tapi memikirkan belakang yang tak best ni, kena la bawak cukup-cukup je. Pagi tadi bangun macam biasa, kemas-kemas toto. Sekarang tidur kat toto je. Tak tidur atas katil dah. Sebab nanti lagi sakit belakang.

Bila cari sikat aku takde, rasa nak marah. Aku pantang orang pakai barang aku tak letak kat tempatnya balik. Tanya mak, mak tak tahu. Sambil bersiap, hati berfikir mana pergi sikat. Aisyah kot. Mula rasa nak marah. Pastu dah lambat. Tudung pulak buat hal. Biasa senang je jadi tudung ni, tapi pagi ni buat hal pulak dia. Lagi la panas hati. Dalam hati dah menyumpah-nyumpah kat tudung ni. @!@%^#&^!#%$%$&!

Asal jadi je, terus keluar bilik. Bawak beg baju sume. Pergi dapur nak ambik ubat. Takde pulak kat tempat biasa. MANA UBAT NI???!!! Rupanya dah beralih tempat. Terus capai ubat, ambik ubat batuk dalam peti ais, naik atas. Salam dengan mak n Along. Tapi dalam keadaan marah. Tak minum milo mak macam biasa. Dah dalam kereta baru tersedar rupanya tak salam dengan abah. Apa nak jadi ni??

Nanti nak gerak nanti kena call mak. Macam ni la kalau dah marah. Semua ikut hati je. Dah la nak pergi jauh, lama. Tapi tak salam ngan abah. T.T

No comments: