Pages

3.24.2010

Menunggu sebuah jawapan

Sebenarnya tadi dah tulis separuh. Ingatkan dah save. Rupenye terus pangkah dan tidak di save. Oh.. Harus la letih nak cerita balik. Tapi takpela. Idea menulis pun dah jadi lain.

Semalam meeting di KL, kata-kata tuan pengerusi bagaikan suntikan semangat yang baru. Cewah! Rasa macam berkobar-kobar nak buat kerja dengan bersungguh-sungguh dan penuh integriti. (Hohoh.. poyo gler!) Tapi hari ni masuk je opis, mana suntikan, mana semangat, mana berkobar-kobar, mana integriti? Semua tercicir kat airport semalam kot. Ohhh... Terus malas dan hati rasa gundah-gulana. Toloooonngggggggg~~~~~~~~~~~~

Macam biasa, sampai opis mestila jenguk anak-anak ikan (macam lain je maksudnya bila sebut 'anak ikan'). Semuanya berenang dengan girang gembira tanpa tujuan. Dalam hati terfikir seronoknya tengok ikan-ikan ni. Carefree and tak perlu pergi kerja cari duit macam aku. Seronok kan? Takde masalah macam kita ni. Tapi mungkin minggu depan mereka akan ada masalah bila aku kena pergi kursus 4 hari di KB. Sape nak bagi kau makan hah?? Nanti kena cari jalan. Jangan risau.

Berbalik pada aku ni, sebenarnya aku kureng dengan kerja-kerja pengurusan ni. But I'm good at it (Masuk bakul angkat sendiri. Bakul berlubang). So bila sekarang kerja aku ni ala-ala top management di JKR Terengganu ni, makin hari makin bosan. Minat nak gi kerja makin pudar. Hati makin suram (Betul ke ayat ni??). Mungkin kurang rakan-rakan sebaya di sekitar yang menyebabkan jiwa semakin kacau. Kesian aku. T.T

Tapi, setiap kali diberi tugasan baru pasti akan dilaksanakan dengan sempurna dan tangkas dan harus la proaktif. So bila kerja dah di tahap bagus begini (Ok. Masuk bakul berlubang lagi sekali dan angkat sendiri), harus la kerja makin bertambah dan hidup semakin mencabar. (Apa aku merepek merapu ni..). Aku tak suka sebenarnya. Aku dah bosan buat kerja-kerja paperwork. Aku nak buat kerja teknikal. Nama pun engineer. Harus la pakai safety helmet & safety boots a.k.a but Phua Chu Kang. Plus memegang gulungan-gulungan pelan  di  project site ala-ala watak dalam drama Rosyam Noor yang bila mana je kaya dan ada syarikat sendiri harus la jadi engineer/kontraktor/arkitek yang bz dengan projek mega tapi masih bujang dan ada konflik cinta 3/4 segi. Huh.. panjang lebar description engineer. Ni la persepsi awal orang ramai bila sebut engineer. Kan? Kan??

Tapi aku ni engineer korporat. So duk opis je. Attend meeting. Buat paperwork. Etc etc. Orang cakap untung la. Tak yah pergi site panas-panas. Nanti hitam! Habis tu, bajet duk kat opis dalam econ jadi putih ke?????!! Sebenarnya dah bosan tahap gaban dah ni. Semua kerja-kerja teknikal dah lupa. Otak pun dah kosong je. Hati pun kering. Hidup tak ceria. Suram. Kelam. Kelabu. Blur. TAPI. Ni rezeki yang Allah dah tetapkan. Patut bersyukur. Dulu nak sangat kerja gomen. Dah dapat banyak komplen pulak!! (-.-) Oh tidaaakkk~~

Dan ada satu keputusan yang aku dan Irman dah buat semalam. Perlu ke aku bagitau kat sini? Pada kawan-kawan yang membaca blog ini dan mengambil masa untuk melihat perkembangan hidup seorang wanyusnira, mungkin ini dapat menjawab persoalan anda semua.

Dah jadi satu cycle seorang manusia lepas sekolah, masuk U, pastu kerja, pastu kawen, pastu ada anak and so on. Soklan-soklan seperti SPM dapat berapa A? Dapat U mana? Bila habis belajar? Dah kerja ke? Kerja kat mana? Pakai kereta apa (Bila dah kerja la kan)? Bila nak kawen? Bila nak ada anak? Anak dah berapa? Yang sulung umur berapa? Anak sekolah mana? Etc etc.. Ni la ibarat soklan SPM yang bocor tapi setiap jawapan takde betul dan salah. Orang cakap, subjektif. Bergantung pada individu. Dan kadang-kadang, kita akan mendengar soklan yang sama ditanya berulang kali dan sungguh cemuih (kata org utara) nak jawap. Letih.

Aku sekarang di soklan BILA NAK KAWEN? Memang sangat letih nak menjawab. Dan jawapannya kalau boleh, nak kawen sekarang jugak! Bila umur dah 27 (tua dah aku.. huhuh), sepupu yang lagi muda dah kawen, jiran yang lagi junior pun dah kawen, kawan-kawan dah ada anak dua, semua orang pantang ada peluang mesti nak tanya tu. Ni la orang cakap, kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Dan apa jua pelan yang Allah sediakan untuk kita, itu la yang terbaik. Terima la dengan hati yang terbuka. Dan aku sebagai orang yang optimis dan sangat berpegang pada rezeki, jodoh dan ketentuan Allah yakin setiap yang berlaku ni pasti ada hikmahnya.

4 April ni genap la setahun aku dan Irman bertunang. Orang cakap jangan tunang lama-lama. Banyak dugaannya. Memang pun. Awal-awal bertunang dulu, hari-hari bergaduh. Letih betul. Bila dah kerja kat Terengganu dan berjauhan ni, baru la menjadi pasangan tunang yang tenang. Mak cakap sebab tu rezeki aku kat sini, sebab tuhan tahu kalau duk dekat asyik gaduh je kan. Betul tu. Maka kami menghadapinya dengan hati yang tenang, macho dan cool.

Rancang nak langsung tahun ni. Barang-barang persiapan dah ada. Semua dah beli sikit-sikit. Beberapa hari lepas, ayah Irman pun dah tanya pasal ni. Haaa.. bila orang tua dah berbunyi, harus la bagi jawapan. Kalau ikutkan, memang la nak langsung tahun ni. Bulan 6 atau 7. Bulan 8 dah puasa. Bulan 10 ke atas dah tak sesuai nak buat kenduri. Musim hujan kat Terengganu. Bila fikir balik, macam suntuk jugak masa nak langsung bulan 6 atau 7. Lagi 3 bulan. Kelam kabut jugak tu. Lepas tu, baru teringat bulan 8 ni Along n Ciki due bersalin. Harus la mak tak menang tangan nak jaga cucu-cucu dan ibu-ibu dalam pantang. Kesian pulak kat mak. Kalau buat bulan 7 dua orang tu tengah sarat. Macam tak sesuai je. Orang kata, nak buat kenduri ni bukan pikir kita 2 orang je, harus pikir untuk banyak pihak. Maka, banyak pertimbangan nak kena buat.

Aku pun taknak buat kenduri dalam keadaan kelam kabut macam tu. Biar la dalam keadaan tenang dan semua orang boleh senyum. Nanti pengantin je syok sendiri. Belakang tabir orang bising-bising. Kami decide, plan kawen kami ni akan di postpone ke tahun depan. Ye. TAHUN DEPAN. Sedih bila pikir nak kena korban sebab hal-hal lain. Tapi takpe la. Sekurang-kurangnya biar la semua dalam keadaan bersedia nanti. Hati pun senang. Dan kalau boleh, nak jemput semua kawan-kawan datang. Semua dah warning. Kalau nak kawen, kena bagitau awal so boleh prepare nak apply cuti ke ape. Aku cuba la memenuhi hasrat kawan-kawan tu. Sebab aku pun, seboleh-bolehnya akan attend kenduri kawan-kawan bila dijemput. Suka pergi kenduri sebab boleh jumpa kawan dan meraikan hari bahagia diorang.

Maka, dengan ini diharap kawan-kawan rentikan la duk tanya soklan bonus tu kat aku. Aku dah malas nak jawab. Ingat aku taknak kawen ke???

Dan dengan itu jugak, bos aku akan masih mempunyai pekerja cemerlang ini untuk sekurang-kurangnya setahun lagi di JKR Terengganu ni. Ya. Impian nak posting ke bahagian teknikal harus la masuk balik dalam sampul surat. Tahun depan baru boleh bukak balik impian tu. Sob sob.. (T.T) Kena jadi engineer korporat lagi.. Huhuhu


OppsieDoppsie: Pergi kenduri Farah sabtu lepas dengan Engku, sempat borak bila nak kawen. Engku pun rasa tak sempat tahun ni. Tahun depan jugak agaknya. Maka, tinggal la kami berdua yang masih bujang. Farah dah kawen dah. (Engku ngan Farah ni BFF aku masa form 1. Kami sekelas =))


20 Mac 2010: Farah Waheda, Engku Fadhlina, Wan Yusnira

No comments: