Pages

4.29.2010

Blast from the past

Dah lama tak menulis tiba-tiba muncul tajuk ala-ala gempak (kononnye la..) pulak. Huh! Mula-mula berfikir-fikir apa tajuk entry kali ni, tiba-tiba dapat idea ni. Ok. Of kos la ada kaitan dengan isi kandungan entry kali ni. Let's begin the story-telling.

Semalam macam biasa di hujung bulan setelah dapat gaji pergi bayar hutang kad kredit. Hmm.. Bila nak habis bayar hutang ni...? Hong Leong Bank dekat je dengan opis, belakang ni je. Kena pergi sana thru pintu masuk Wisma Persekutuan sebab tu je shortcut yang ada. Dan pintu padar kecik antara Wisma Negeri & Wisma Persekutuan ni pulak ada timing bila masa nak bukan n bila nak tutup. So kena plan betul-betul kalau tak sia-sia kena pusing jauh nak balik opis. Jenuh describe kedudukan bank. Dah makan 1 perenggan dah. Dan biasanya aku pergi bank time pagi sebab duration gate dibuka tu lebih lama, 2jam. Kalau petang sejam je. Terkocoh-kocoh nak kejar pintu. Walaupun pintu tu takkan lari ke mana tapi nanti kena kunci pulak. Lagipun time pagi takde la panas macam petang. Sekarang kan musim panas. Tak larat nyah nak meredah panas. Cair mekap!

So petang tu lepas aku bayar pape yang patut, aku singgah kat kedai runcit dekat situ. Beli biskut timbang. Beli biskut jagung 1kilo, biskut gula 1kilo. Haa.. mesti korang cakap aku gile melantak. Lantak la korang nak cakap apa, aku selalu beli banyak tu sebab ramai je orang akan makan kat rumah. Letak setengah kilo kat opis. Boleh la buat minum petang. So aku pun berjalan la pulang ke opis. Nak sampai ke Wisma Negeri akan lalu kat bangunan PPD KT dulu sebab teduh n pintu pagar kecik tu kat tepi bangunan tu je. Sambil berjalan tu aku ternampak 3 orang tengah bincang-bincang dekat parking tu. Masa aku melepasi dorang tu, perempuan yang sorang tu cakap something dan ayatnya berakhir dengan perkataan cikgu. Aku baru je melepasi lelaki yang ketiga masa dia sebut perkataan cikgu tu. Aku pandang la lelaki tu dan terus tersentap (Macam ayat novel je). Macam kenal je pakcik ni. Konpom!! Tu cikgu kelas aku masa form 3!! Cikgu Wan Zid! Tapi aku tak pergi tegur dia sebab aku tengah bawak 2kilo biskut dalam plastik besar kaler oren. Segan dowh!

Cikgu Wan Zid ni ajar kitorang Maths. Aku paling ingat cikgu ni sebab beberapa perkara. Sampai hari ni pun aku ingat lagi. Masih jelas terpahat dalam memori gitu.

Tahun 1998, form 3, tahun PMR. SMKSS. Kelas paling pandai, 3K1 (Ehem ehem). Walaupun ni tahun PMR, tahun ni la result paling sengal. Dapat no 1 dari belakang. Markah maths paling rendah dalam kelas, 3 kali berturut-turut kena ketuk ketampi depan kelas sebab markah ujian sejarah bawah target cikgu, etc etc.

Dapat no 1 dari belakang. Hehe.. Kiranya aku paling bodoh/malas dalam kelas masa tu. Aku dapat 1 A je. Hohoh.. Seram nak bagitau abah. Huhu..

Markah maths paling rendah. Cikgu aku tu = cikgu kelas = Cikgu Wan Zid siap susun kertas ujian tu dan panggil sorang demi sorang. Yang paling tinggi of kos la paling atas, paling corot kat bawah. Nama aku la paling last dipanggil masa tu. 65% je. FYI, famili aku memang kurang terer maths kalau nak dibanding dengan english. So no wonder la aku pun sama. Sekarang ni pandai maths terima kasih pada cikgu maths masa form 2, Cikgu Anan Muda. Kalau tak kerana cikgu Anan, memang sampai la ni aku bingai maths. Terima kasih cikgu!

3 kali berturut-turut ketuk ketampi depan kelas. Tahniah pada aku sebab pegang rekod hatrik ketuk ketampi depan kelas sebab markah sejarah rendah dari target cikgu. Tiap-tiap bulan muka lain tapi muka aku je yang tak berubah. Keji kan?

Tapi yang buat aku sangat ingat pada cikgu Wan Zid ni bukan sebab-sebab di atas, tapi sebab lain. Minggu terakhir sebelum PMR, dia sebagai guru kelas kami ni bagi kata-kata terakhir buat studentnya sebelum PMR. Aku memang dah lupa dah apa kata-kata azimat dia tu tapi sampai sekarang ada 1 line dari ucapan dia tu yang masih aku ingat. Lebih kurang macam ni bunyinya:

"Saya tahu ada antara kamu yang tak konsisten.. bla bla bla.."

Baris tu je yang aku ingat. Selebihnya semua dah delete. Kenapa aku ingat? Sebab seraya dia menuturkan baris di atas, mata dia memandang aku di sudut paling belakang kiri kelas. Dan aku serta-merta faham dia menujukan perkataan tak konsisten tu pada aku. Nampaknya dia tak yakin aku akan dapat result yang bagus untuk PMR sekaligus memburukkan graf kelas paling pandai ni. Sesungguhnya cikgu, usaha seorang pelajar tidak boleh dinilai dari keputusan ujian bulanan semata-mata. Doa restu ibu bapa pun memainkan peranan penting di sini ye. Dalam hati bila mendengar kata-kata cikgu tu membuat aku rasa sedikit tercabar. Hohoho..

Dan bila keluar result PMR, alhamdulillah aku dapat straight A. Masuk form 4 dah tak jumpa cikgu Wan Zid sebab bulan februari aku dah blah ke Besut. Yet another hellish experience! Yang ni cerita lain kali. Dan sebelum aku chow ke Besut, aku tak jumpa pun dengan dia. Teruk kan aku?

Kepada Cikgu Wan Zid yang merupakan guru matematik, saya pasti cikgu berbangga dengan saya yang tak konsisten ni sebab untuk SPM saya still dapat A1 untuk Mod Maths dan A2 untuk Add Maths. Jangan disangka air yang tenang takde boya (aku tak tau apa relevannya di sini..).

Maka, jika dia terbaca pasal ni, saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih pada cikgu sebab kata-katanya tu sedikit sebanyak mendorong saya dan membakar semangat juang saya (Cewah!). I'm a fighter and not a quitter. 

Walaupun minggu-minggu terakhir aku ada terserempak dengan cikgu tapi aku tak tegur pun dia. Aku rasa dia tahu aku dapat result bagus tapi dia pun tak ucap tahniah kat aku. Aku pun eksyen sebab aku dah menyangkal persepsi dia pada aku. Dua-dua ego. Nampak dia hari tu tak banyak berubah. Cuma dah beruban skit. Tak tahu la kalau dia still cam aku.

Maka, ini la yang dikatakan a blast from the past. Menggamit memori zaman remaja. Ahaks!

2 comments:

IrmaN said...

hehe.. kire boleh la.. cikgu tu jd sebagai pembakar semangat.. tp awok no1 dr belakang.. hmm... hehe

wanyusnira said...

hohoh.. no 1 dari belakang.. bkn slalu nak dapat tu..