Pages

4.11.2010

Movie review

Yay! Bila tengok tajuk dah tau mesti pergi nonton movie last weekend. Yep. Another 3D movie version.

Last weekend pergi rumah Chiki kat Kuantan. Dah banyak kali postpone nak gi sana. Finally pergi jugak last weekend just to release some stress (Stress la sangat..) and tukar angin. Dah lama sangat menyedut udara Kuala Terengganu, so rasanya nak gi sedut udara Kuantan pulak. Well, sama je perasaannya cuma Kat rumah Chiki lagi panas dan berbahang. Angin kipas pun rasa panas. Huhu.. Ingatkan nak lari dari cuaca panas tepi pantai Terengganu rupanya lagi haru keadaannya.. :(

So seperti yang di plan awal-awal lagi, kitorang pergi East Coast Mall (ECM). Kat situ la tempat paling happening kat Kuantan sekarang. Ok la mall tu. Banyak outlet yang menarik. Cuma aku kureng suka dengan kedudukan escalator kat situ. Kalau nak turun dua floor secara terus menerus, kena pusing dulu kedai-kedai baru jumpa balik escalator. Biasa pusing escalator je. Ni maybe nak bagi pengunjung pusing dan singgah semua kedai kat situ kot. And agak pelik layout kedai-kedai sebab ada yang macam tersorok dan terperuk sket. Kalau kaki malas jalan memang takkan perasan ada kedai-kedai lagi kat celah-celah tu. Huh.. banyak pulak aku komplen. Sori ECM!

 Ok. Back to the topic. Aku, Sasa and Irman gi nonton How To Train Your Dragon. Hari tu ada 1 je tayangan untuk 3D. Kul 6.30 pm. Bajet-bajet timing nak gi solat magrib etc, so kami beli jugak tiket. Chiki and Shuk tak ikut nonton sebab Shuk tak minat tengok kartun. So kami bertiga je la. Nasib baik ada seat yang ok so dapat la kami nonton dengan rilek tanpa sakit leher (Kalau dapat seat yang depan-depan).

 The movie poster. Very cute.

Movie ni bagi aku memang lagi best dari Alice in Wonderland. Last time pergi tengok Alice in Wonderland pun 3D jugak. Tapi bagi aku jalan ceritanya agak mendatar dan lower than my expectation. 3D pun tak banyak sangat. Penat je pakai spek 3D besar gedabak tapi kesannya sikit je. So this time bila tengok How To Train Your Dragon ni at least banyak unsur kelakar, kiut, sedih dan ada naik turunnya. Dan dragon tu, namanya Toothless sangat comel macam kucing!! Kiut giler!! Sape-sape yang suka kucing mesti rasa macam nak bela je dragon ni. Sebab comel!! 

Dragon slayer new recruits. The teenage vikings.

Perlu ke aku cerita serba sedikit pasal movie ni? Atau kalau aku cerita nanti akan jadi spoiler pulak bagi sape-sape yang nak gi tengok cerita ni nanti?? Ok la. Sebab tajuk entry kali ni movie review bukan movie synopsis or movie spoiler, aku tak cerita pasal jalan cerita movie ni. Cuma aku rekemen pada sape-sape yang minat tengok animation movies, you'll be walking out of the cinema dengan perasaan yang puas hati dan rasa berbaloi bayar tiket 15 hengget untuk tengok movie ni. And the 3D is good. The voice talents pun from famous actors and actresses. Mostly yang kita kenal dan pernah tengok their work.

 Hiccup (Jay Baruchel), Chief Stoick the Vast (Gerard Butler), Astrid (America Ferrera)

Tapi bagi sape-sape yang pernah tengok 3D presentations kat iMax, do not expect 3D qualities of that level sebab yang kat iMax tu memang bertujuan untuk 3D so 3Dnya sangat banyak and very amazing. Anda akan nampak semua benda tu ada depan mata and boleh dicapai dengan tangan anda. 3D yang kat movies ni tak sehebat iMax la. Since aku first time aku tengok 3D kat iMax so bila aku tengok 3D movies, aku rasa a bit disappointed dengan the 3D effects sebab it was lower than my expectations. So lower your expectations dan jangan kecewa kalau the 3D effects tak sekerap or sehebat iMax. Tapi you can still experience the 3D effects here and there. Don't worry k.

Apapun, this movie suits for all ages. Tak kisah la anda tengok movie ni sebab nak bawak anak-anak or adik-adik anda, but you still can enjoy the movie and have a good laugh. Dan of course, it have the moral of the story. For this movie, I can conclude it as Be your true self. You don't have to be similar to others to be accepted or do what other people do to be a part of the community because every people is unique and great because who they are. For more info about this movie, you can find it here.


OppsieDoppsie: Tak sabar nak tengok Toy Story 3 & Shrek 4 in 3D!!


Puas Hati,

No comments: