Pages

4.02.2010

Setelah berkursus 4 hari...

Ok. Pasti semua perasan dah tukar layout, background dan macam-macam lagi. Hehe.. Aku memang ada penyakit suke nak tukar-tukar benda cenggini.. Ngeh3..

Ok, hari tu cakap giler-giler taknak pergi kursus kan? Paksarela kan?? Haa.. Setelah kat sana, punya la enjoy. Gelak je setiap sesi sampai keluar air mata. Haa kau! Aritu berlagak kan, belum pergi belum tau. Hohohoh!

Kitorang stay kat Hotel Grand Riverview (GRV), KB. 4 star. Betul-betul mengadap Sg Kelantan yang luas tu. Sangat tenang. Cewah! Roomate aku pulak Kak Ani dari Bhgn Arkitek. Ok la. Sebab Kak Ani ni originnya Kelantan maka senang la nak bawak kami gi jalan-jalan. Dia la tour guide kami. Ngeh3..

Sepanjang kursus tu, memang most of the time aku dengan Kak Ani la. Dan masa dalam kelas, kami duk meja sedert bertiga. Kebetulan aku duk tengah, dan sorang lagi kat sebelah aku pun namanya Kak Ani jugak, dari JKR Kemaman. Yang bestnya, kami ada 10 sesi/kelas/modul, ada 4 penceramah. Dan semua penceramah ni tak bosan. Bagi aku la kan. Semua pun pandai menyampaikan cerita dan masing-masing ada gaya tersendiri. Ada yang kelakar giler sampai tahap gelak tak ingat dunia, ada yang penuh dengan cerita-cerita yang sangat menarik. En Faeez, orang Kelantan yang sangat lawak dan kelakar. Pn Juwairiyah yang banyak kes-kes menarik. Pn Azura yang kecik dan nampak macam siyes tapi bila bercakap mak kau! Memang penuh aksi yang sangat lawak dan tak disangka-sangka!! Giler lawak!! Last sekali En Riziandy. Namanya unik! Orang Sarawak dan bila berceramah cool je bercakap pasal mental disorders esp pasal flasher tu. Haha!

Maka, memang sepanjang 4 hari kursus ni aku takde pun rasa ngantuk (walaupon mata aku kecik sepanjang masa macam aku ngantuk), rasa motivated dan inspired (WAH!!). Dan kalau pergi kursus ni, memang sangat bagus kalau duk sebelah orang yang suke gelak jugak. Memang dua-dia Kak Ani pengapit aku sepanjang kursus ni kaki gelak. Haa.. harus la kami bertiga ni asik gelak je sepanjang kursus. Hohohoh.. jumpa geng akhirnya!!

Kursus ni kursus kaunseling tahap 2. Aku ni kira dah lompat kelas/ Tahap 1 tak pergi, tiba-tiba dah tahap 2. Kami yang pergi kursus ni patutnya akan ditauliahkan sebagai Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) bulan 11 tahun ni oleh Dato' KPA sendiri. Ala-ala konvo gitu. Tapi aku tak tahu la aku dapat tauliah ke tak sebab aku tak pergi tahap 1. Konpius kan? Nanti la aku update balik pasal ni nanti. 

Attendees lebih kurang 30 orang. Wakil dari setiap bahagian dan daerah JKR di Terengganu. Urusetia dalam 10 orang la kot termasuk technical support. So dalam ramai-ramai ni ada 13 orang peserta wanita aje termasuk aku. Dan aku la awek paling muda dan available. YA, PALING MUDA DAN BUJANG. Yang lain dah kawen dan mostly makcik-makcik average age 50-54. Dah nak pencen dah. Ada jugak yang muda sket dari julat umur tu. Tapi yang aku banyak join time makan, kelas, jalan-jalan are those peeps la. Mula-mula masa tengok list nama dan IC tu, cari jugak yang sebaya aku tapi yang ada guys je 2 orang. So redha je la. Tapi tak sangka, dapat jugak aku mix up dengan dorang ni. Aku ni bukan la ramah tamah orangnya, lambat nak warm up to new people. Tapi rupanya, it wasn't that hard. And talking to those around their age, the topics are very different and very inspiring! Banyak dapat tips-tips kehidupan yang berguna dan ilmu-ilmu berguna. Seriously!

Jadual kursus memang pack. Malam pun ada kelas sampai kul 10. Tapi makan tak pernah mengecewakan. Memang best, sedap dan kenyang setiap kali. Perut pun boroi. Hohoh.. Tapi sempat jugak keluar pergi shopping-shopping lepas kelas petang. Aku sempat la beli tudung dan brooch untuk bawak balik. Kali ni tak beli murtabak raja ke, akok ke. Semua tak beli sebab abah still pantang lepas operate mata aritu. So tak beli pape sebab nanti kesian abah just dapat tengok kami makan. SO SEMUA TAK LEH MAKAN!!

On the last day, mesti la excited sebab dah nak abis kursus and nak balik rumah. Tapi rupanya ada exam before abis kursus tu. MAK EH!! Panik jugak ni. Nasib baik objektif je. 30 soalan. Markah lulus 15/30. Dah la tak pergi yang tahap 1. Takpe takpe. Boleh tembak je. Ngeh3.. Ada soalan teori, teknik dan yang berkaitan sepanjang kursus tu la. Mana yang aku tahu aku jawab dengan yakin la. Mana yang aku tak tau tu aku tembak dengan akal logik la. Standard la tu. Heheheh..

Ingatkan abis pekse, hantar jawapan kat penceramah. Rupanya kena periksa sesama kami pulak. Wah!! Harus la terus tahu markah pasni!! Maka setelah diperiksa, cuba anda teka berapa markah aku? Agak-agak pelajar lompat kelas ni dapat berapa? 26/30 hokay! Haa kau! Cemerlang tak aku?? Hahahahahah!!! Bila En Riziandy tanya sape dapat 25 ke atas dengan excitednya aku angkat tangan sambil menjerit SAYE!! Hahaha! Poyo giler kan aku. Mesti orang lain menyampah. Dah la gelak banyak. Haha! Ada 4 orang yang dapat 25 ke atas ni. Hehehe.. Best student la ni. Hohohoh

Lepas bergambar ramai-ramai, maka check out dan lunch. Naik bus dan pulang ke Terengganu kite. Yay!!

Esoknya sampai opis, surat berlamabak ats meja, emel aduan pun banyak. Ikan guppy masih berenang tanpa tujuan. En Allauddin ngan Kak Nor tolong bagi ikan aku makan. MEKASEH!! (Sebut gaya Alleycats hokay!). Dan sepanjang hari khamis tu sibuk tahap gaban. Ada meeting la ape la. Huh! Penat!!!!

Ok la. Nanti ada gambar kursus aku tempek kat sini ok. Daa


Saya Rakan Kaunseling Anda,

No comments: