Pages

5.24.2010

Hari ini dan semalam

Bila baca tajuk macam lagu Sixth Sense tu kan? Tapi bukan nak cerita pasal lagu tu pun. Sebab takde la minat pun lagu tu. Just going to tell what happened yesterday and today.

Hari ni Ahad, as usual pergi kerja bla bla bla.. Memang bila sebut kerja semua orang tahu rutin kerja yang bosan tu so there's nothing much to be told. But what happened yesterday is the main story here. It all begins like this...

Pagi tu aku terdengar suara mak kejutkan aku. Mulanya sayup-sayup je pastu makin jelas. Aku bukak mata nampak mak kabur-kabur je. Bukan sebab still mamai ngantuk-ngantuk tapi sebab celik mata belum pakai spek maka nampak semua kabur dek kerana mata ni memang rabun habis. Maka walaupun dah lama terjaga tapi selagi tak pakai spek maka memang semua pun akan kabur. Bukan camera effect macam dalam cerita tv tu ye tapi ni fakta. 

Ok. Dalam kabur tu telinga aku still dapat menangkap sepatah demi sepatah apa yang mak cakap. "Bangun Ni, Abg Dan dah takde". Aku terus bingkas terduduk sambil mengucapkan Innalillah wa inalillahirajiun.. Aku tanya bila? Mak cakap Kak Nik Ton baru je call bagitau. Pandangan terus flashback pemandangan ketika kematian arwah Abg Man bulan Januari lepas. Abg Dan memeluk anak arwah, Yana sambil menenangkan anak buahnya itu. Dan kali ni, dia pulak yang pergi. Baru je 4 bulan arwah Abg Man pergi. Kali ni Abg Dan pulak yang pergi. Mak cakap takde sakit apa-apa. Tiba-tiba ajal datang menjemput. Siapa sangka?

Aku tidur balik. Busuk kan? :)>- Siyes memang ngantuk giler pagi tu sebab malam tu aku tidur kul 2 a.m. (:| Nonton. Maklum la. Weekend. Pastu aku terjaga balik baru la tengok jam. Kul 6.15 a.m. Kul berapa la agaknya masa mak kejut tadi. Maka sempat la tanya mak lagi pasal arwah. Mak cakap jenazah akan dibawa balik dari rumahnya di Temerloh ke KB. So approximately petang jugak baru jenazah sampai KB. So kami takde la rushing sangat. 

Lepas solat subuh, pack our stuffs. Tak sure bila akan balik rumah. Maybe akan spend the night there. So, pack extra. Abah pergi kedai kejap sebab dah janji dengan customer. So kami tunggu abah balik baru gerak. Shuk sampai dari kampung kul 9.Dah siap, tunggu abah tak balik-balik lagi. Siap tertidur lagi. Ngantuk giler babeng.(:| (:| Pasti akan tidur dalam keta nanti. I-)

Abah sampai rumah dah kul 10. So pack barang-barang masuk keta and terus gerak. Pergi 2 keta. Aku, Angah, Ayi, Sasa & Mursyid naik keta Shuk. Mak, Abah, Irah, Along, Abg Lim & Aisyah keta lagi satu. Seperti yang aku cakap tadi, naik keta memang tidur. Dah sampai Pasir Puteh baru bangun. Hohohoho.. :p

Abah berhenti lunch kat Jerteh. Tak info kitorang pulak tu. Kitorang dah lepas jauh baru Abah call cakap dorang stop makan kat Jerteh. Time tu dah kul 12. Perut dah lapar dah. Cari kedai makan banyak yang tutup. Yang bukak nampak scary je sebab takde orang. So cari punya cari, last-last dah sampai rumah Pak Ngah Li. So kami stop kat kedai makan just before rumah Pak Ngah Li. Makan-makan dulu. Lepas makan baru la pergi ke destinasi tujuan. Time sampai rumah Pak Ngah Li dah kul 2.30 ptg.

Sampai sana ramai sedar-mara yang dah ada. Pak Su, Ayah Mat dah ada. Jumpa Pak Ngah Li dan Mak Ngah. Nampak tenang tapi hati mereka siapa yang tahu. Ni anak kedua mereka yang pergi dalam tempoh 4 bulan. Takde siapa yang jangka.

Jenazah dijangka tiba antara kul 3 - 5 ptg. Tapi agak cepat jugak sebab jenazah tiba kul 4 lebih. Betul-betul sebelum  Asar. Jenazah dah siap dimandikan dan dikafan. Diletak di ruang tamu untuk beri peluang semua memberi penghormatan terakhir. Ahli keluarga mengambil peluang untuk mengucup jenazah untuk kali terakhir. Kebetulan Pak Ngah Li dah ke surau untuk solat Asar sebelum jenazah tiba. Maka tunggu sekejap kepulangan Pak Ngah Li.

Arwah pergi pada usia 44 tahun. Meninggalkan seorang balu dan 4 anak. Hati sedih melihat anak-anak arwah. Dan sekali lagi menangis ketika Pak Ngah Li mengucup jenazah. Sekali lagi Pak Ngah Li mengucup jenazah anaknya dan mengebumikan anaknya dalam tempoh yang singkat. Hati bapa mana yang tak terusik. Mungkin ini ujian untuk beliau. Melihat anak-anaknya pergi sebelumnya.

Jenazah terus dibawa ke tanah perkuburan yang sama dengan arwah Abg Man. Kali ni, urusan pengebumian lebih cepat dari sebelum ni. Mungkin sebab dah sedia maklum sejak awal pagi. Arwah dalam keadaan yang sihat sebelum meninggal. Isterinya, Kak Da memberitahu tiba-tiba arwah sesak nafas pagi sebelum subuh. Mungkin masalah jantung sebab arwah seorang perokok. Kak Da pernah bagitau mak yang dia bimbang pasal arwah tak berhenti merokok masa kematian Abg Man aritu. Tak sangka kerisauan dia tu jadi kenyataan.

Malam tu belum diadakan majlis tahlil. Maka kami semua berangkat pulang. Sebab plan asalnya mak, abah dan ahli keta mereka akan stay untuk tahlil. Kami semua ikut Shuk balik. Tapi sebab takde tahlil, semua pulang. Kami sampai ke rumah ngam-ngam kul 12.30 a.m. Ingatkan nak tidur terus tapi gosok baju dulu la. Senang nak gi kerja esok.

Dan pagi ni, pergi kerja seperti biasa. Mata mengantuk tapi hadap je la.

Dan kepada kawan-kawan yang membaca, harap sudi sedekahkan al-Fatihah buat arwah sepupu saya, Wan Azidan Wan Ali yang pulang ke rahmatullah pada jam 5 pagi, 23 Mei 2010. Genap 4 bulan 3 hari selepas kematian adiknya, Wan Azman Wan Ali pada 19 Januari 2010. 




OppsieDoppsie: Entry 19 Januari 2010 di sini.



Yours,

2 comments:

"MULAN" said...

salam singgah ..

takziah & al-fatihah..

wanyusnira said...

terima kasih..