Pages

5.06.2010

Malam Minggu

Yes! Weekend at last!! Yabedabeduuu!!!

Ok, over exaggerate pulak. Padahal weekend setakat terperap kat rumah je. Tak kisah la. Janji tak pergi kerja. Dan boleh duk rumah layan tv/dvd/tido/makan/baring-baring/gosip/apa saja. 

Hmm.. actually boring sebab tak dapat nak insert gambars dalam entry. Ok, sebenarnya nak buat cerita sedih sejak hp hilang last Dec still pakai SE k500i yang beli masa 4th year kat UTM. My first SE. Betapa tahannya hp ni dah 5 tahun still boleh pakai. Tak kisah sangat pun sebab at least still boleh call and sms. Dulu pakai hp 3g sekalipun, jarang-jarang je ber 3g sebab Ciki ngan Ayie je yang ada hp 3g. 

Ok. Kesimpulan dari perenggan di atas ialah, sesiapa yang bermurah hati nak kasi hp yang ada camera 3MP or 2MP boleh la bagi kat aku. Jasamu dikenang. Ngeh ngeh ngeh.. Boleh la aku tempek gambar banyak-banyak kat dalam post aku. Bukan kedekut nak beli sendiri tapi masih ada komitmen lain yang lebih penting. Kawen ke, kenduri kawen ke, etc etc.

Last weekend kenduri kawen Nik Sue. Teramat la grand. Sangat kagum dan berkira-kira ngan Adda berapa la agaknya terbang RM-RM dari poket beliau. Hehehe.. Sempat jumpa Sue sekejap je sebab kami dah lama giler melepek kat table tu. Kesian kat orang lain yang nak makan. Seronok sebab dapat jumpa alumni RPM yang lain esp Adda ngan Hazrin (FYI: Adda belum join alumni). Bila jumpa Hazrin a.k.a Captain H ni memang ada je benda nak gelak. Hihi.. Mereka ni la yang mengurangkan stress di opis. E pun dah berubah, Pakai spek gitu, Agaknya kerja kuat sangat masa kat Kano, langsung rabun, Jangan pakai spek tebal cam aku dah la. Jenuh nak jawab bila orang tanya power berapa. Huh. Dan sempat jumpa En Fendi ngan family dia. Tapi tak sempat nak borak. Semalam dia tegur aku kat skype je. Aritu taknak borak. Hoh.. Dan kami nampak En Jamal dari kejauhan je. Hehe.. Papa J. 

Apa lagi ye? Dah lama tak melalut kat blog sebenarnya. Bz tahap otromen yang pergi membanteras resaksa di Jepun gitu. Bila dah kat opis bz, balik rumah kul 9 mata dah kecik. Kesian aku.

Lapar la pulak. Harus pergi merantau ke dapur jap. Mengisi perut. Makan biskut ke? Bosannya. Biskut 2kg aritu tak habis lagi. Hmmmm..




OppsieDoppsie: Nak upload gambar kenduri Sue tapi slow giler internet. Malas la.

No comments: