Pages

5.09.2010

The Stranger Inside Me

**The title is inspired from the book The Stranger Beside Me by Ann Rule about the serial killer Ted Bundy. Never read the book but did watch the TV movie on Hallmark.

Ok. Bila baca the double asterisks note explaining on why I pick the title, mesti korang ingat aku ni pun serial killer. Bukan la weh. Aku bukan serial killer la. Tapi just that the title reminds me of what I'm about to tell today. 

Kalau ada sesiapa yang pernah baca or tengok the TV movie with the same title, maybe korang paham maksud aku ni. Cuma dalam kes Ann Rule, the stranger was beside her. In my case, the stranger is within me. It's not my alter ego as Beyonce's Sasha Fierce, cuma some little thing that people didn't notice about me.

Human personalities are like icebergs. What you see on the surface doesn't show what lies beneath. Pengarah kami suka ingatkan kami pasal ni. Moralnya, jangan terlalu percayakan orang kerana kita tak tahu apa yang tersirat dalam hati manusia. Apa yang kita nampak di luaran setiap hari only reflects 5 - 10% of who they really are. 

Iceberg = Human Personality

So only people around us 24/7 je yang betul-betul kenal siapa kita. Paling pasti is famili. Kawan-kawan rapat. Room mates. Housemates. So, kalau nak kenal siapa wanyusnira sebenarnya, tanya la orang-orang di atas. Hohoho.. 

We tend to have split personalities. Tapi tak sekronik Gollum/Smeagol dalam LOTR tu kan. Cuma biasanya kita berbeza bila di rumah dan di tempat kerja, bersama kawan dan awek/boipren dan yang sewaktu dengannya. Some people are hypocrites yang suka berpura-pura but I prefer being me. Kalau yang kenal mesti tahu wanyusnira/kermit/yus ni selalunya cakap dengan volume yang tinggi, selalu gelak besar tak sempat nak cover, sometimes can be very blunt where I'm being too honest and it hurts other people and so on and so forth. Ok. These are the 5 - 10% of me that surfaced when I'm around people. The deep, dark secret life of mine are yet to be told.


Orang jarang nampak aku marah. Aku komplen here and there, mengomel, mengeluarkan rasa tidak puas hati, gossips, etc etc. Selalunya kalau aku marah someone, aku akan bebel-bebel kat belakang. Tapi if it goes too far, I spit it out loud pada mereka yang bertanggungjawab. Papa J dah pernah kena sembur ngan aku. Tapi selalunya I prefer to rebel. Sebab gaduh mulut ni bingit dan menyakitkan hati. So aku lagi suka taking action. Bit by bit. 


Dulu masa ROTU, in 4th year batch kami still ada another batch of senior YOs (Young Officer).  So mereka ni memang our arch enemy. And usually, the guys doesn't have much problem with us than the girls. Masa tu annual camp. Skot aku yang ladies ada aku, Fida & Kak Kila je. Our seniors ada 2 orang ladies yang semenjak azali menyampah ngan kami. Their names will not be disclosed here. We name them A and B. Masa tu aku jadi seketeri kehormat. Orang kedua lepas YDP. YDP tu senior kami yang merupakan boipren pada B. A bit complicated but I done my work. 


So, towards the end of the camp tu ada jamuan berbuka puasa. Kebetulan bulan puasa. Majlis kat Tasik UTM. Kebetulan pulak aku ngan Fida takde transport. One of the b****y senior tu, A mintak kitorang pergi awal. Kami pun sengal jugak pergi lewat. Hahaha.. tu pun tumpang Pn Norafiza. Kami sampai dah time buka. Sampai je, si A tu terus sound kitorang. Langsung terbantut niat nak berbuka. Of course la ramai yang sedar insiden kami kena sound tu. Skot-skot kami suruh abaikan je and ajak kami makan. Makan la sikit. Si A tu pun sempat suruh kitorang tunggu lepas majlis buat clean up. Aku ngan Fida time tu dah pikir-pikir, dorang ni mesti nak buli kitorang ni. So kitorang plan nak blah je. Terus blah. Jalan kaki je. Balik bilik, call teksi pergi City Square JB tengok wayang. Otw tu dah sms YDP cakap sory, kitorang tak pergi roll call malam tu. Then inform skot kitorang kami g CS tengok wayang. Cover for us. Sori kalau menyusahkan dorang nanti. Of course, the spirit of brotherhood yang tinggi, dorang sokong je. Cakap jangan join roll call malam tu sebab sure dorang bagi 'ubat' kat kitorang. 


As we expected, memang dorang cari aku ngan Fida. Skot kitorang memang kena denda malam tu. Ada yang sms suruh kitorang off hp so dorang tak leh call. Ada yang suruh jangan keluar bilik, etc etc. Aku still ingat masa tu kitorang tengok cite A Shark's Tale. Hambar je aku rasa. Tengok cerita tapi hati entah kemana. Kesian kat kawan-kawan. 


Kitorang balik dah midnight. Sampai bilik, pintu kitorang dah ternganga. Barang-barang Fida dah sepah-sepah sebab dia ada menjawab masa A sound kitorang. So aku bagitau la best cadet kitorang, Talahah (memang kaki repot betul aku ni). Dia siap bengang pastu suruh kitorang jangan balik bilik. Tumpang tidur kat bilik sape-sape. Maka kami menumpang kasih kat bilik Pn Norafiza. Dia ada cerita sikit-sikit pasal roll call tu. Teruk jugak dorang kena. Tidur pun tak lena. Huhu..


The next morning, pulang ke bilik. Bersiap-siap. Ada post mortem. Biasa post mortem ni time untuk hentam-menghentam dan meluahkan rasa tak puas hati. Kecut perut jugak dowh. Kompom la insiden roll call semalam masih segar dan hangat untuk di-postmortem-kan. Tapi harus la kontrol macho sebab aku rasa tu bukan salah aku. sape suruh mulut cabul sangat nak sound-sound kitorang. Macam la dorang tu bagus sangat. 


Sesi post mortem. Semua orang diberi peluang untuk bercakap. Si A dan boiprennya tak nampak batang hidung. Proceed jugak walaupun target untuk dihentam adalah mereka. Sampai turn aku, aku ngaku yang kami gi tengok wayang. Pastu tiba-tiba sebak pulak terus menangis. Aku insan teraniaya!! T.T Dan siapa sangka, ramai giler back up kitorang. Semua cakap memang patut pun kitorang lari semalam. Skot aku mesti la back up aku. Tapi ada gak yang back stabbing a.k.a ass kisser yang salahkan kitorang. Yang penting, YDP sendiri cakap sepatutnya si A tak boleh treat kitorang macam tu. Walaupun A tu batch dia, YDP tak leh nak kenakan aku sebab time kerja aku buat betul-betul. See?? VICTORY IS OURS!!!

Kami setelah tauliah. kalau mata tak rabun cari la aku. Ni baru a part of us.



Sampai sudah aku tak tegur ngan si A. Walaupun salam tapi aku tak maafkan dia. Sebab dia perut sotong! Hati busuk!! Menyampaaaaaaahhhhhh!!!!!!!!!!! But insiden ni menguatkan lagi frenship kitorang. I mean with my squads la. Bukan ngan si A atau B. Terharu giler bila dorang cover kitorang macam tu sekali. Sobsob.. terima kasih skot!


Ok. That is a story of my rebellious side. Sebenarnya aku juga seorang yang grumpy. And very moody. Tak ramai yang tahu. Yang tersenarai dalam perenggan awal-awal tu je tahu. Termasuk Irman. Esp time PMS. Time ni la title entry ini perlu di tukar kepada THE MONSTER INSIDE ME. Baru sesuai. Kadang-kadang bila aku moody, aku tak bercakap dengan semua orang dalam rumah. Mak ngan abah ada exception. Tapi kadang-kadang mak pun kena tempias emosi aku. AMPUN MAK!! Abah tak berani la nak emo-emo. Nanti aku pulak yang sentap. T.T


Angah cakap mood aku mudah berubah. Tengah elok-elok gelak tiba-tiba senyap. Ye kot. Dan yang selalu jadi punching bag aku bila aku marah tak lain tak bukan, Irman. Ni la mangsanya. Kesian betul. Kadang-kadang benda kecik jadi besar. Selalu sangat la tu. Mintak maaf la pada semua yang terlibat (Ni mintak maaf secar terbuka ni).


Ok la. Dah panjang sangat ni. Ada banyak lagi yang belum cerita. Mungkin di episod lain pulak. Atau aku sendiri pun tak perasan part tu. Kadang-kadang orang lagi nampak perangai kita berbanding diri kita sendiri. 


Till then. Adios muchachos!








OppsieDoppsie: Rindu zaman kadet. T.T

No comments: