Pages

6.23.2010

The Personality Test: Answers

**Sila baca entry INI dahulu sebelum baca entry ni. :)

Now it's time to reveal your personality. Yay!!

Jeng jeng jeng...

Sila keluarkan lukisan anda kelmarin dan mari kita membaca erti setiap satu darinye.. Hoohoo.. (Dah macam dalam majalah Remaja pulak..) :P

This is what I initially drew back in 1998. Lebih kurang la..
Ok. Kalau nak tengok lukisan tu klik la bagi besar sket. Kalau takat saiz ni tak nampak jelas ni... Hehehe... Aku dah letak nombor-nombor ikut giliran kita melukis semalam.

Now. Let's begin!

No 1: Rumah
 Rumah ni represents pendirian anda. Contoh rumah yang aku lukis tu. Rumah kayu pastu macam senget je kan? Well, it means aku ni berpendirian kurang teguh. Tak semestinya bila korang lukis rumah kayu ni maknanya tak teguh pendirian, tapi cemana korang lukis. Kalau macam senget, tiang lidi je, nampak la kurang stabilnya.
**Maybe korang cakap sketch je, memang la tak stabil. NO NO NO. Kakak aku lukis rumah beria siap porch bagai.

No 2: Pokok
Pokok represents your hope on something. Tengok level pokok dengan rumah. If korang lukis pokok lagi tinggi dari rumah means korang meletakkan harapan yang tinggi on something. The higher the tree, the higher your hopes are.
**Setakat ni, semua aku jumpa lukis pokok lagi tinggi dari rumah. Maknanya most people give high hope on something. :)

No. 3: Pagar
 Pagar pulak melambangkan pemikiran korang. Contohnya pagar yang aku lukis tu. Walaupun ala-ala longkang tepi rumah tapi aku maksudkan pagar disitu ye. Pagar yang aku lukis tu tak completely nampak mengelilingi rumah kan? So it means in certain things, aku berfikiran terbuka and in other things aku tertutup sket. So if korang lukis pagar tu ada rongak-rongak sket maknanya pemikiran korang sama ngan aku la.
**Jangan pikir semua orang lukis benda yang sama cam kita. Aku pernah jumpa yang lukis pagar rumah ni betul-betul keliling rumah tu macam trek balapan kat stadium! Tertutup habis!

No. 4 & 5: Bunga & rama-rama
Bunga & rama-rama ni related to each other. It represents keyakinan anda. If korang lukis rama-rama tu dekat dengan bunga, it means bila korang suka someone, korang yakin korang boleh dapat orang tu. So pada yang dah kawen, korang dan spouse korang dulu cemana? Sape tekel sape dulu? Hehe..
**Aku memang lukis rama-rama tu melekat kat bunga. Kira tahap yakin abis la ni kononnya. And aku pernah jugak jumpa yang lukis rama-rama kat dinding rumah, bukan kat bunga.

No. 6: Ular
Ular pulak represents percakapan korang. If korang lukis ular ni lurus je, maknanya korang ni jenis yang bercakap lurus. Tak putar alam. If ular korang tu berlingkar, so it means korang ni putar alam la orangnya. Kalau lebih kurang macam ular yang aku lukis tu makna lurus tak lurus sangat tapi takde la berputar belit.
**Aku pernah jumpa ular yang straight dan yang berlingkar macam ubat nyamuk tu!

No. 7: Bukit
Bukit pulak represents your ego. If tinggi bukit yang korang lukis tu jauh lagi tinggi dari rumah korang tu, maknanya memang tinggi la ego korang. If lower than the house you drew, than you have a lower ego.
**Most people yang aku jumpa memang lukis bukit yang tinggi dari rumah tu la.

No. 8: Matahari
Last but not least, the sun. It represents your future. If matahari yang korang lukis tu penuh dan bersinar-sinar, means you'll have a bright future ahead. If matahari korang tu malu-malu, sembunyi belakang bukit or not in the full circle, it means your future will not be that bright. But friends, yang ni bukan represents your future in exact. Your future is not in my hand. I'm not a fortune teller. And this is not a tarot card reading. So, this part tak perlu dipercayai 100% sebab you shape your own future. Jangan rasa down pulak bila matahari korang lukis tu doesn't read the bright future. It's just a reading from your drawing. Tuhan yang tentukan takdir korang semua ok?


Ok. That's all for the personality test. What do you think? Does your drawing represents who you really are? Mine hampir tepat. Most of it are true. So kalau korang rasa test ni proves who you are, you can try this on your friends. Good luck!


ProvenTrue,

Saudara-mara, Kekayaan Dan Amal Perbuatan

Something picked up from my mailbox. Hope it'll benefit us all. InsyaAllah. 

Kata Kumail, "Saya bersama-sama Ali telah berjalan ke arah padang pasir pada suatu hari. Dia telah mendekati tanah perkuburan yang terdapat di situ sambil berkata, "Ya ahli-ahli kubur ! Wahai kamu yang telah menghuni di tempat sunyi ini ! Bagaimanakah keadaan kamu di dunia sana ?Setahu kami segala harta peninggalan kamu telah habis dibahagi-bahagikan, anak-anak kamu telah menjadi yatim dan janda-janda yang kamu tinggalkan telahpun berkahwin semula. Sekarang ceritakan sedikit perihal diri kamu."

Kemudian sambil menoleh kepada saya, dia berkata, "Ya Kumail! Seandainya mereka boleh bercakap sudah tentu mereka akan mengatakan sebaik-baik bekalan ialah taqwa." Airmata berhamburan dari kedua-dua belah matanya. Katanya lagi, "Ya Kumail, perkuburan merupakan tempat menyimpan segala perbuatan manusia. Tetapi kita menyedari hakikat ini hanya selepas memasukinya."

Mengikut sebuah hadith tiap-tiap manusia akan menemui perbuatan-perbuatannya yang baik. Perbuatan-perbuatan baiknya itu akan berupa seorang manusia yang akan menjadi sahabat dan penawar hatinya. Sebaliknya kejahatan-kejahatannya akan berupa seekor binatang yang hodoh yang mengeluarkan bau yang busuk dan yang menambahkan kesengsaraannya. Nabi s.a.w telah bersabda dalam sebuah hadith, "Hanya tiga benda saja yang mengikuti seseorang ke kuburnya; harta-bendanya, kaum kerabatnya dan amal perbuatannya. Harta benda dan akrib kerabatnya akan kembali selepas upacara pengkebumiannya. Yang tinggal bersama-samanya hanyalah amalannya saja."

Pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w telah bertanya kepada para sahabatnya, "Tahukah kamu tentang perhubunganmu dengan saudara-maramu, kekayaan dan amal perbuatanmu?"

Sahabat-sahabat semua ingin mendengar penjelasan baginda. Nabi pun berkata, "Perhubungan itu bolehlah diumpamakan dengan perhubungan seorang manusia dengan tiga orang adik-beradiknya. Apbila manusia hampir-hampir hendak mati dia pun memanggil salah seorang daripada saudara-saudaranya tadi lalu berkata, "Saudara, engkau tahu keadaan aku bukan ? Apakah pertolongan yang dapat engkau berikan aku ?" Saudaranya menjawab, "Aku akan memanggil doktor untuk merawati kamu dan aku akanmenjaga kamu. Kalau engkau mati, aku akan mandikan kamu, mengkafankan kamu serta mengusung jenazahmu ke perkuburan. Kemudian aku akan mendoakan kamu. Saudaranya ini ialah kaum kerabatnya. Soalan yang sama dikemukakan kepada saudaranya yang kedua. Jawapannya begini, "Aku akan berada bersama-sama dengan engkau selama engkau masih bernyawa. Sebaik-baik saja engkau meninggal, aku akan pergi kepada orang lain." Saudaranya yang kedua ini ialah harta kekayaannya. Apabila soalan itu dihadapkan kepada saudaranya yang ketiga, dia menjawab, "Aku tidak akan meninggalkan kamu walaupun di dalam kubur. Aku akan bersama-sama kamu ke tempat itu. Ketika amal perbuatanmu dipertimbangkan, aku akan memberatkan perbuatanmu yang baik." Saudara yang terakhir ini ialah kebaktian yang telah diperbuatkan.

Sekarang yang mana satu yang menjadi pilihanmu?" Jawab para sahabat, "Ya Rasulullah tidak syak lagi yang saudaranya yang terakhir ialah yang paling berguna untuk dirinya."


Wassalam,

6.21.2010

The Personality Test

Yay!! Memang favorite aku bila sebut personality test. Konon nak mengenal diri dengan lebih mendalam. (Ataupun aku tak sedar diri???) Ok. Let's move on!

I did this test back in 1998. Masa form 3. It wasn't a formal test given by teachers tapi one of my classmate yang bagi. Fatimah Suhana. It's not a test that requires you to answer questions but just need you to draw. Yep. Melukis. Resultnya dari lukisan anda. Maka, sila la sediakan kertas dan pensil or pen. Tak perlu kertas lukisan bagai. Just one plain paper. A4 pun dah memadai. And be spontaneous. Jangan baca entry ni sampai habis baru nak lukis. Once baca terus je lukis. And you don't need to query a lot sebab the first thing come across your mind is what you should draw.

Now, shall we?

Firstly, draw a house. Sila lukis rumah ye anak-anak. Tak kisah la rumah kayu ke, batu ke, ape ke, draw the first thing that come across your mind. 

Ok. The next thing is to draw a tree. Pokok. Anywhere you want to. What ever type of tree you think of.

Next, draw the fence. Lukis pagar. Tak kisah la pagar kayu ke, pagar batu ke, kawat duri penjara ke. It doesn't matter. And doesn't matter where you wanna place it.


Sekarang, lukis pulak bunga. Tak kisah la nak lukis bunga raya ke, bunga tulip ke. Or you wanna draw a single flower or a bushes of roses, it's up to you.



Ok. Setelah selesai dengan bunga ni, sila lukis rama-rama. Butterfly.

Ok now. Lukis pulak ular. Ok. It sounds weird but just do it ok. Jangan banyak tanya, banyak songeh. Lukis je. Tak kisah la nak lukis kat mana tapi must be in the same drawing la. Jangan lukis kat kertas lain pulak... 

Ok. Seterusnya. Lukis bukit. Jangan banyak tanya. Lukis je.

Ok. Mesti korang dah fedap lukis macam budak darjah 1 ni kan? Sabar sabar. Ni item last. Satu je lagi. Lukis matahari. Senang je. Matahari. Takkan tak pernah lukis matahari..?

Now, dah siap lukisan anda, sila scan dan email kepada saya untuk penilaian. :D 

Ok. Tipu je. Poyo je nak buat penilaian satu-satu. Macam la aku rajin sangat. :P




Nak tahu apa result personality test korang? Wait for the next entry!!!



OppsieDoppsie: I'll explain the meaning of every single item in the next entry k!


Selfconcious,

6.20.2010

Missed The OSTs

This entry is related to my previous OST entry here.

Ok. I forgot to list down these two songs. Which actually also my favorite songs too. Cemane boleh lupa pulak niiiii...??

Someday We'll Know - Mandy Moore & Jonathan Freeman (OST A Walk To Remember)







Ok. Sape yang tak pernah tengok movie ni?? (Marah sebab sangat tak romantik!!) Any hopeless romantic will definitely watch this and yes, love this! Based on a novel by Nicholas Sparks, it is a great love story. Just watched it again last night and still in the romantic mood. :D Sangat suka lagu ni, meaningful lyrics and this is another one of my favorite love story to date. Love most of the songs in this movie. Banyak kenangan. But this one is the one I like the most. :)


Fallen - Lauren Wood (OST Pretty Woman)






AMLA, THIS ONE'S FOR YOU! 
This number here is Amla and my own personal favorite. Yaa.. Bila dengar lagu ni both of us imagining ourselves sunbathing on a beach. Ok. Tipu babak sunbathing tapi babak pantai is for real. Ngeh3.. The song is soothing to the ears. And of course, everybody knows this hit movie starring Julia Roberts and Richard Gere, Pretty Woman. Hehe.. (Tak jumpa any video clip from the movie with this song. Or malas nak search banyak-banyak. Jumpa yang dengan lirik ni kira bagus la kan. Dan kebetulan pulak background video kat pantai. So betul apa yang aku and Amla imagine selama ni. Hehe..)


After a while, I realised that I enjoy watching novel adaptations. Tapi aku pemalas amat nak membaca novel. I need full concentration to read. So rather watch than read. And yes, I'm a visual person. Doesn't mean that I'm not good with imaginations but I like to see the beauty of a story from another creative mind. :)



OppsieDoppsie: Masih mood hati berbunga-bunga. Mencari The Notebook pulak. :D


TheHopelessRomantic,

6.19.2010

The Action Plan

Cewah! Baca tajuk poyo tak hengat, Haha!

Angah yang guna term action plan ni. Aku tag along je. Hehe.. Kami ni dalam proses mengurangkan berat badan. Diet macam tak mampu je. So kami kena gi exercise la sikit. Bagi kuar peluh. Dah lama aku tak buat aktiviti berpeluh ni. Harus la dah pancit.

Sebenarnya dah lama plan nak bersenam ni. Almaklum la. Umur makin meningkat, berat badan makin bertambah, perut makin boroi. Opps.. Harus la take action!!

Angah dengan penuh semangat kesukanan siap beli kasut jogging + mp3 player lagi untuk jogging. Aku?? Sekadar menggunakan kasut jogging masa tauliah dulu. Dah lusuh dah. Bukan sebab selalu sangat berjogging tapi sebab tak pakai. Huhu.. :p

So tepat 5.30 ptg, aku, Irah n Angah berjalan ke pantai. Kami just jalan je. Takde nak lari poyo-poyo. Sebab rasa macam dah takde stamina nak lari-lari. Dan rasa cam buruk je pemandangan tepi pantai tu kalau ada aksi kami lari ala-ala Baywatch tu. Ahaks!

Tapi otw sebelum sampai kat pantai, lalu depan rumah just before simpang ke pantai tu tuannya ada bela sepasang angsa. Masa lalu tu aku tak nampak angsa tu. Biasa angsa tu ada je around rumah tu. FYI, rumah tu takde pagar so angsa-angsa tu will roam freely around the yard la. Biasa angsa-angsa tu akan jalan-jalan around rumah tu sama-sama. Tapi aku nampak sekor je. Aku tanya Angah "Mane lagi sekor?". Pastu Angah tunjuk la lagi sekor kat ceruk tu sket. Ok. Sambil melintasi rumah tu aku pandang lagi sekali angsa-angsa tu. Tiba-tiba sekor tu dah datang meluru kat kitorang. Apa lagi. Aku terus jerit kat Angah "ANGSA TU DATANG SINI!!!"
Apa lagi. Terus bukak langkah sejuta! Angah dah siap lari sambil menjerit. Aku pun sama agaknye. Irah kat belakang dah gelakkan kitorang. Dah sampai kat simpang toleh belakang tengok angsa tu dah takde. Selamaaaatt.. Aku perasan anak-anak tuan rumah tu duk perhatikan kami yang baru abis 100m sprint nih. Haha! Malu pun ada. Tak pasa-pasal warm up sampai berpeluh-peluh. Hohohoh.. Pastu dah tergelak-gelak sampai la ke pantai. Hahaha... :D

Ni gambar-gambar Irah and her friends pergi pantai a few days back. Kebetulan pulak ada gambar rumah tu and the goose itself!!

Bulatan kuning tu mark the spot masa aku tersedar angsa tu meluru ke arah kitorang.

Cicled in red tu ialah 2 ekor angsa tuh!!

Sampai pantai kitorang just berjalan je. Dari hujung ke hujung. Ramai family duk picnic. Still mood cuti sekolah. Dan sempat jugak tangkap ketam angin. Hehe

Ni la ketam angin. Abah yang cakap nama dia ketam angin.

Walaupun setakat berjalan je dari hujung ke hujung, tapi still peluh-peluh. Peha pun rasa sakit-sakit jugak. Tanda-tanda otot-otot dah lama tak bekerja keras. Sekarang ni naik tangga 2 tingkat pun semput. Hadoi.. So bagus la pergi exercise ni..

The beach. Sejak kecik selalu g mandi kat sini.

Sebelum balik, sempat kutip-kutip kerang yang berterabur tepi pantai. Saje je nak kumpul. Dah lama tak kutip kerang. :)

Seashells by the seashore.

Dan semoga action plan ni akan diteruskan lagi. Target nak kurus sebelum raya. \(^o^)/

Aku dan Angah. (Pls ignore the yet another fashion faux pas. Memakai terlalu banyak stripes. Di seluar dan juge the stripey tudung (again!) plus the granny socks. Teruknye aku berfesyen!!!)

Semoga dapat menurunkan kg-kg menjelang raya nanti. Heheh..



Kurus kurus kurus,

6.07.2010

Random Hearts

Rasanya ada satu movie dengan tajuk ni. Rasanya la. 

My so-called random hearts bukan la disebabkan hati berubah pada orang lain. Nope. Not at all. It's just something about me all around me. More to making decision. Walaupun masa kat UTM belajar pasal decision making, life isn't what it is in your text book. 

Actually banyak benda circling my mind these days. Hari ni kat opis dapat berita pasal Kak Ja dapat tukar ke JKR KT. Still in the same building but yet in a different work space. Ni je la colleague yang close dengan aku kat Korporat tu. So, it is quite heart breaking. 

Cukup bulan ni equals to setahun aku kat JKR. Setahun aku tinggalkan RPM. Setahun aku kat Korporat. Setahun aku kembali hidup di rumah mak abah. Setahun bunyinya tak lama. Tapi kalau sebut 12 bulan mungkin macam lama sebab angka 12. 365 hari. Lagi lama bunyinya. Yet, in a year so many things happened.

I'm torn apart between my needs and others' needs. My initial plan doesn't turn out to be as planned. So many things had to be sacrificed yet so many things to gain along the way. 

Rumours spreading fast saying CFS contracts will not be continued. So, aku ada another year to serve the government. So kena la ambik this opportunity to pick up everything as much as possible. Tapi bila melihat situasi sekarang kat korporat, what more can I learn? Semua paperwork. And my technical skills are getting low. Memang tak rasa macam engineer pun sebab tiap kali masuk meeting and they talk about projects, banyak terms yang aku tak paham. Seriously, what the heck I'm doin here??

So, memang ramai yang suruh aku mintak tukar pergi district. At least boleh belajar banyak benda on projects. JD Marang dah banyak kali cakap ngan aku pasal ni. And it made me feel bad most of the time. Rasa useless. Tapi apa yang dorang cakap ni betul. I admit it.

Memang aku pernah cakap kat bos aku tu pasal nak tukar. He knows aku kalau boleh taknak tukar pergi district jauh-jauh. My intention memang la nak stay ngan famili je sebab bila lagi nak duk ngan famili? Nanti dah kawin dah tak merasa semua tu. Baru la time tu nak homesick ke hape. Lagipun since working, aku memang dah duk jauh dari family. At least I'm at home, I can help here and there. And yes, thinking that kita ni tiap hari bukan makin muda tapi makin menghampiri mati aku rasa ada baiknya aku spend more time with my parents. Aku nak ganti balik all the time loss.

Dan juga memikirkan nak kawen tahun depan, at least I wanna be there during the preparations. Takdela nanti aku lepaskan bulat-bulat kat famili aku doing most of the preps. 

And for some current issues in the family, it would be selfish of me to just walk away. Many things happen and if I'm just thinking about myself, memang awal-awal lagi aku mintak pergi district jauh dari rumah. Besut ke, Kemaman ke. Tapi why must we be selfish? Dalam famili ni banyak kena sacrifice. So takpela. I'm a tough cookie! So kena la berhati kering dan banyak bersabar...

Banyak hati perlu dijaga sampai hati sendiri tak terjaga. Owh....



DividedHearts,

6.01.2010

My All Time Favorite OSTs

Ok. Memandangkan aku memang suka nonton movie, kali ni aku nak selitkan my all time favorite OSTs. These are among the songs yang aku tak jemu dengar. We'll do it in a time line ok?

Beauty and the Beast - Celine Dion & Peabo Bryson (OST Beauty and the Beast)





Ni memang my all time favorite Disney movie. Tengok banyak kali pun takpe. 

Because You Loved Me - Celine Dion (OST Up Close & Personal)



Tertipu bila tengok movie ni. Ingatkan happy ending. Rupanya Robert Redford mati la pulak!! Movie ni masa Form 1 kalau tak silap aku. Yep. I'm also a Celine Dion fan. Hiks!


Lovefool - The Cardigans (OST Romeo and Juliet)




Suka lagu ni. Tak tau kenapa. Tapi bila tengok movie tu rasa Ish.. peliknya bila Romeo & Juliet dimodenkan. 
  

Say What You Want - Texas (OST Picture Perfect)





I remembered seeing the music video in ntv7. Masa ntv7 baru start operating. Like the song so much but never really watched the movie. Dunno why.


I Don't Want To Miss A Thing - Aerosmith (OST Armageddon)



Ok. Sape tak tau lagu ni? Dengar lagu ni ingat Bruce Willis. Or Liv Tyler. Or Ben Affleck(?). Memang lagu ni most people's all time favorite jugak. Not just me. It was in 1998 kot. Masa form 3. 




Iris - Goo Goo Dolls (OST City of Angels)




Ok. Bila tengok video klip lagu ni nampak macam happy ending. Bila tengok movie ni rupa-rupanya watak Meg Ryan tu mati katak je kena langgar ngan lori. Penat si guardian angel jadi mortal sebab nak hidup ngan manusia. Huhuh.. Sekali lagi tertipu...


Kiss Me - Sixpence None The Richer (OST She's All That)





Lagu ni caught me the first time I saw the music video on MTV. Terus minat lagu ni and tengok She's All That. Masa tu Form 4. Rachel Leigh Cook memang cute giler!! And of course la the charming Freddie Prinze Jr. Hehe.. This song is still in my playlist! (Tapi dalam ni cerita Dawson's Creek. Bukan She's All That!! Takde pulak kat youtube)




Rule The World - Take That (OST Stardust)




Ok. Ni mulanya aku tak tau movie ni kisah apa. First time tengok kat HBO kot. Terus suka. And yes, the song was during the credits. Tapi still suka lagu ni. And I like the story very much!


Never Knew I Needed - Ne-yo (OST The Princess and The Frog)



The latest OST on my playlist. Like the song, like the movie. A little twisted fairytale but still a happily ever after Disney movie. Tapi this song during the credit movie tu was a duet. Dan aku ni memang peminat Disney's productions. Heheh


Ok. Ni je yang aku ingat buat masa ni. Maybe ada a few yang tertinggal. Tapi most of them are here. These are the songs yang selalu ada dalam playlist aku. Maybe banyak lagu lama but I'm a Mix.fm person. Haha!