Pages

6.19.2010

The Action Plan

Cewah! Baca tajuk poyo tak hengat, Haha!

Angah yang guna term action plan ni. Aku tag along je. Hehe.. Kami ni dalam proses mengurangkan berat badan. Diet macam tak mampu je. So kami kena gi exercise la sikit. Bagi kuar peluh. Dah lama aku tak buat aktiviti berpeluh ni. Harus la dah pancit.

Sebenarnya dah lama plan nak bersenam ni. Almaklum la. Umur makin meningkat, berat badan makin bertambah, perut makin boroi. Opps.. Harus la take action!!

Angah dengan penuh semangat kesukanan siap beli kasut jogging + mp3 player lagi untuk jogging. Aku?? Sekadar menggunakan kasut jogging masa tauliah dulu. Dah lusuh dah. Bukan sebab selalu sangat berjogging tapi sebab tak pakai. Huhu.. :p

So tepat 5.30 ptg, aku, Irah n Angah berjalan ke pantai. Kami just jalan je. Takde nak lari poyo-poyo. Sebab rasa macam dah takde stamina nak lari-lari. Dan rasa cam buruk je pemandangan tepi pantai tu kalau ada aksi kami lari ala-ala Baywatch tu. Ahaks!

Tapi otw sebelum sampai kat pantai, lalu depan rumah just before simpang ke pantai tu tuannya ada bela sepasang angsa. Masa lalu tu aku tak nampak angsa tu. Biasa angsa tu ada je around rumah tu. FYI, rumah tu takde pagar so angsa-angsa tu will roam freely around the yard la. Biasa angsa-angsa tu akan jalan-jalan around rumah tu sama-sama. Tapi aku nampak sekor je. Aku tanya Angah "Mane lagi sekor?". Pastu Angah tunjuk la lagi sekor kat ceruk tu sket. Ok. Sambil melintasi rumah tu aku pandang lagi sekali angsa-angsa tu. Tiba-tiba sekor tu dah datang meluru kat kitorang. Apa lagi. Aku terus jerit kat Angah "ANGSA TU DATANG SINI!!!"
Apa lagi. Terus bukak langkah sejuta! Angah dah siap lari sambil menjerit. Aku pun sama agaknye. Irah kat belakang dah gelakkan kitorang. Dah sampai kat simpang toleh belakang tengok angsa tu dah takde. Selamaaaatt.. Aku perasan anak-anak tuan rumah tu duk perhatikan kami yang baru abis 100m sprint nih. Haha! Malu pun ada. Tak pasa-pasal warm up sampai berpeluh-peluh. Hohohoh.. Pastu dah tergelak-gelak sampai la ke pantai. Hahaha... :D

Ni gambar-gambar Irah and her friends pergi pantai a few days back. Kebetulan pulak ada gambar rumah tu and the goose itself!!

Bulatan kuning tu mark the spot masa aku tersedar angsa tu meluru ke arah kitorang.

Cicled in red tu ialah 2 ekor angsa tuh!!

Sampai pantai kitorang just berjalan je. Dari hujung ke hujung. Ramai family duk picnic. Still mood cuti sekolah. Dan sempat jugak tangkap ketam angin. Hehe

Ni la ketam angin. Abah yang cakap nama dia ketam angin.

Walaupun setakat berjalan je dari hujung ke hujung, tapi still peluh-peluh. Peha pun rasa sakit-sakit jugak. Tanda-tanda otot-otot dah lama tak bekerja keras. Sekarang ni naik tangga 2 tingkat pun semput. Hadoi.. So bagus la pergi exercise ni..

The beach. Sejak kecik selalu g mandi kat sini.

Sebelum balik, sempat kutip-kutip kerang yang berterabur tepi pantai. Saje je nak kumpul. Dah lama tak kutip kerang. :)

Seashells by the seashore.

Dan semoga action plan ni akan diteruskan lagi. Target nak kurus sebelum raya. \(^o^)/

Aku dan Angah. (Pls ignore the yet another fashion faux pas. Memakai terlalu banyak stripes. Di seluar dan juge the stripey tudung (again!) plus the granny socks. Teruknye aku berfesyen!!!)

Semoga dapat menurunkan kg-kg menjelang raya nanti. Heheh..



Kurus kurus kurus,

3 comments:

nieta said...

huhu.. i love the fact that u realised the misleading faux pas which caused the brave goose to attack us. hopefully we'll shed a few kg b4 raya ^^

nadiah,wan said...

kurus kurus kurus (suka statement tu)

haha. doa moga2 noni cepat kurus. aminn.

^__^

wanyusnira said...

angah: hope not just a few.. more kgs pls!

na: aminnnn... doa2 la ye.. heheh