Pages

7.20.2010

Reminiscence

Last few days, aku ada upload gambar-gambar masa kat uni dulu. Beria belek album dan scan gambar-gambar kenangan kodak tu. Rindu. 

Dah 4 tahun tinggalkan alam kampus. Dulu tak sabar nak grad sebab malas nak study plus exam. Bosan. Nak kerja cari duit sendiri. Tapi bila dah upload gambar-gambar tu, semua cakap rindu nak balik ke zaman uni. Sape tak? 

Dan bila tengok balik gambar-gambar masa zaman muda-muda dulu (sekarang usia dah hampir angka 30), gambar masa 1st year paling kelakar. We were 18. Belasan tahun lagi masa tu. Masing-masing masih mencari identiti sendiri. Aku tak banyak berubah. Kecuali dari pakai spek ke pakai contact lens. Sekarang dah pakai spek balik. Haha. Malas nak pegang bijik mata pagi-pagi nak gi kerja. Dulu spek besar semacam. Sekarang dah bingkai tebal. Lawa la dari dulu. Pakaian tak banyak beza. Still dengan jeans dan tshirt. Takdela pakai jubah ke, ape. I didn't change much.

Dan dalam banyak benda yang kita rindu tu, mestila paling rindu kat kawan-kawan rapat kita. Terutamanya yang sehati sejiwa, susah senang bersama. Tak ramai kawan macam ni. Ada yang bergaduh dan things didn't turn out to be the same again. Ada yang masa senang je sama-sama, susah terus hilang. Ada kawan yang suka menumpang or kaki pow. Ada yang kita kongsi macam-macam cerita dengan mereka. Ada kawan-kawan merambu. Kawan-kawan gi makan. Kawan-kawan jogging. Kawan-kawan ketawa. I found so many kinds of different friends out there. I miss most of them :)

Aku memang ramai kawan masa kat uni. Aku bukan jenis yang ada just one friend that I'm stuck with. And I wasn't in a group of friends. Sebab aku tak suka being too dependent on only one group of people. Aku ada kawan kat kolej, kawan kat kelas, kawan-kawan rotu and of course some besties yang tak kira berapa kali kitorang bergaduh, mesti baik balik lepas tu. We forgive and forget. Lets not mention names here sebab nanti ada yang kecik hati kalo tak mention nama mereka kat sini. For my friends out there, you know who you are.

I also had a few events yang menyebabkan aku lebih suka bergerak sendiri. I mean being independent. starting the 4th year, aku start duk kat Kolej 11. Kolej untuk budak-budak rotu. So, since that aku banyak buat hal sendiri. I have my rotu friends and yes, they knew me very well. But friends come and go. Aku lagi suka berkawan dengan ramai orang rather than being in a group of friends. We get hurt less when we didn't get attach to particular people. Aku lagi suka hidup yang less complicated.

Aku rindu pergi kelas. Rindu jogging ke balai cerap. Rindu makan bakso kat kafe Kolej 11. Rindu pergi Jusco Taman U. Rindu makan cendawan goreng Pak Ali. Atau makan kat Mampir Meneh. Makan murah dan banyak. Kadang-kadang makan mewah kat Stulang or Restoran Singgah Selalu. Makan steamboat kat Dataran. Ronda-ronda naik motor pusing JB. Aku membonceng je. Hehe. Tengok wayang di City Square (CS). Mandi air terjun Kota Tinggi. Study week di Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ). Habis exam berkemas untuk cuti sem. Tapi cuti sem aku kejap je sebab ada training rotu. Tapi tetap seronok pergi training. Wahhh... Rindunya suasana tu. RINDU KAWAN-KAWAN!!!!!

But after we graduated, those friends are still there. We're still contacted each other occasionally. Attend their weddings. Stay connected. And after a while, we realized we missed each other dearly. Forget the old scars, celebrate our life today. We only remember the happy moments. I really miss my friends. Our memories are cherished forever.








OppsieDoppsie: I'm dedicating this song to all my friends out there. Miss you guys!

Missing the good times,

2 comments:

jaja_rosnan said...

aku rindu ko sgt2..!!
pak ali+mampir+bakso k11..hmm, mcm kuat mkn je dulu..tu sume bab mkn kan tu.hehe

wanyusnira said...

bahaha! tu ko tak kira lagi stulang, singgah selalu, dataran. dulu takpe makan banyak sebab menten 46kg. sekarang dh cecah 52kg baru nak tobat. hadoi..

aku pun rindu ko la!!