Pages

7.17.2010

Si Sombong

"Kalau tak kenal nampak macam sombong". Tu la lebih kurang ayat yang aku terima dari sorang CFS masa seminar khamis lepas. Aku memang tak pernah borak pun ngan dia sebelum ni. Pagi tu masa breakfast aku join meja dia. Sebelum aku duduk dia dah tanya, "Orang Terengganu ke?" Aku cakap ye la. Kenapa? Dia tak jawab pulak soklan aku tu.

Dan kebetulan masa seminar tu, dia duduk sebelah aku. Baru je aku duduk dia bagi statement sombong tu. Nak kata terkejut tu takde la sebab aku memang sombong. Eh bukan. Sebab aku pernah dapat impression macam tu sebelum ni. Tapi for someone yang baru aku kenal tak sampai sejam dan dengan jujur dia cakap macam tu on my face, she was very bold. Ok. Tapi masa breakfast tu, dia ni memang banyak cakap. I guess she expects everyone to be a chatter box like her and for those who are not, they are stuck-up and snobbish. That's why she labeled me as "sombong" because I don't talk much with people I just met. Hpfhskjdk!

That wasn't the first time I heard people saying I'm "sombong". Kawan aku kat UTM, Zura pun at first cakap aku sombong. Hehe.. Sebab tu la ada pepatah tak kenal maka tak cinta kan? Masa tu, course aku ni SAP just ada 4 malay girls. Aku, Aishah, Jaja and Ading. And 4 amoi, Ting Fang, Iris, Ai Wei and Ming Hui. So, like it or not, 8 orang ni jela cewek-cewek dalam kelas kami.

 Jaja, Ai Wei, me, Aishah, Ting Fang, Iris and Ming Hui.
 
 Amoi comel berbaju kurung :)


Masuk 2nd year, baru la ada gabung-gabung kelas dengan seksyen lain. SAP ada 1 seksyen je. SAS 1 seksyen and SAW ada 8 sections. So kami selalu gabung kelas ngan seksyen SAW. Seksyen 2 kot. Aku dah lupa dah. Seksyen 2 ni ada Zura, Min and Izza. Selalu bertemu time kelas tapi kami tak berapa kenal sebab kitorang SAP girls ni tercampak ke kolej lain dari batch civil yang lain. Just Ading je kenal Izza sebab sama sekolah teknik. Selain tu, just senyum-senyum je (aku la tu). Aku ni bukan la ramah orangnya. So memang tak pernah tegur kalau terserempak dorang. Just senyum je.
Semua batch civil intake kitorang duk Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) but us, the SAP girls plus the SAS girls tercampak kat Kolej Tun Dr Ismail (KTDI). So obviously, kami ni kalau gi kuliah, tak kenal other civil students. Just kenal our coursemates je. Kat kolej ramai kawan-kawan course lain. Course kimia and cikgu-cikgi. Kalau duk KTHO I guess, my campus life would only revolves around civil students je la. So, mesti la boring kan?

Back to Zura, kitorang kenal masa Khemah Ukur. Masa cuti sem before naik third year. Aku tukar group ukur dan masuk satu group dengan Zura. So malam kami nak naik bas ke Perak tu, baru la aku tegur Zura. And throughout the 11 days of khemah ukur tu, kami berkawan. And a few events yang menyebabkan kami rapat :) Even after khemah ukur, kitorang still rapat hingga la sekarang. Dan kebetulan pulak, sekarang ni Zura kena secondment di RPM, my previous office. Haha.

Dah lama kenal Zura, dia cakap yang mulanya dia rasa aku sombong. Sebab aku ni tak tegur-tegur dorang. Dia cakap kalau Jaja ngan Aishah ada jugak tegur dorang. Ading takyah cerita la. Dia memang ramah dengan semua orang. Kalau aku ni langsung tak. And they addressed me as budak yang pakai kurung kedah sebab aku selalu pakai kurung kedah pergi kelas. Haha. Rupanya somebody talks behind my back walaupun aku tak ambik tahu pun pasal dorang. Hehehe.. Dan setelah kenal masa khemah ukur tu, baru la dia tahu aku ni cemane. Bukan la sombong seperti yang disangka. So people, don't judge people you barely know. You'll give them the wrong impressions. Period.

Group ukur: Soo, Caus, Suzana, Zura & me. Our lecturer, En Md For.

Ading, Izza, Zura, Min, me & Jaja. Dah macam koboi dah. Or pekebun, Hehe

Min, Ading, me & Zura with Hj Khaidzir & En Rosli.

Zura and me kayaking.


Now, after a year kat JKR ni, I sensed myself being less than my normal self. I mean, aku kurang cakap and turned out to be a boring person. Seriously. Maybe the surroundings and the colleagues around me made me be this way. Turned me into a zombie who just goes to work, finish up my works and go home. Bosan tau. Dah jarang nak gelak besar, giggles around and talk a lot. Dan sememangnya, aku bukanlah manusia yang peramah. Memang aku tak reti nak ramah-tamah tegur semua orang yang aku jumpa. Aku senyum je kalau terserempak ngan orang yang aku familiar with. Unless they came and talk to me, baru la aku borak-borak. Bukan aku memilih bulu ke apa, it's just aku ni memang macam ni. So pada sesapa yang nampak aku ni sombong ke apa, I'm not.


OppsieDoppsie: Sombong ke aku?



I'm Friendly,

4 comments:

Amla said...

Xdela sombong.. Tp aku rase kekdg ko ade mase moody time.. Hehe.. Time moody takut ooo nk tegur ko.. Hehe

wanyusnira said...

Miahaha... kawan2 rapat je jumpa moody time.. org yg xkenal akan jumpa si sombong.. haha

nieta said...

hahaha.. i think it runs in the family. i dun have mood swings as bad as u but i receive the same impression n comments way b4 ppl know me just by looking at my face. wat2do, the sour face is inheritance. haha

wanyusnira said...

yeke u dont have mood swings? tp bab sour face tu mmg diakui.. haha