Pages

8.31.2010

Hari Terakhir

Ok. Tajuk macam nak meninggalkan alam fana je. Bukan bukan. Tapi kalau dah diseru memang tak leh elak. Maka mintak maaf pada semua yang mengenali. 

Sebenarnya, tiap tahun pada tarikh 31 Ogos ni, Malaysia menyambut hari kemerdekaan sejak 53 tahun yang lalu. Aku pulak, tentu la menikmati cutiiiiiiiiiiii. Gile kalau tak suka cuti. Ada ke orang tak suka cuti??? Workaholics kot.

Ok. Hari ni merupakan ari terakhir berumur 26 tahun. Kul 8.15 pagi esok dah jadi 27 tahun. Ish.. dah di ambang 30-an. Mak eh!! Makin tua!!! Taknak terima kenyataan pulak haku. 

Tapi orang cakap age is just a number. Fine. Aku pun anggap macam tu la. (Positif la konon). Harapnya umur 27 ni akan memberi rezeki yang mencurah-curah kat aku. Tak kesah la dari segi mana. Dan most importantly, ada misi tertunda yang perlu dicapai pada usia 27 tahun ni. \(^o^)/

Ok la. Malas banyak cakap. Sebenarnya nak bagi hint. ESOK BESDAY AKU. Jangan lupa bagi adiah. Hehehhe

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 53.



OppsieDoppsie: Diharap semalam takde pesta mengawan sambut merdeka. Nanti bulan April/Mei tahun depan muncul lagi kes buang baby macam sekarang ni. Yang sekarang ni konpem pesta mengawan sambut New Year 2010. Bertobat la semua...


Catatan terakhir di usia 26,

8.30.2010

As Promised...

Sori dah lama tak update berita kat sini. Agak busy semenjak duamenjak ni. Kat opis lepas satu, satu kerja. Kat rumah lepas berbuka, solat terawih dah ngantuk. Paling lewat tidur kul 12. Tapi biasanya kul 10.30 dah padam. Ape daa...

Ok. Hari tu janji nak upload gambar Aleesya kan? Kan?? So hari ni akan menunaikan janji-janji manis tu. Dan ada bonus ye kawan-kawan. Sebab lama sangat tak update, sekadar jenguk blog tengok update kawan-kawan je, bukan setakat gambar Aleesya je akan di upload sebentar lagi. Sepupu Aleesya sekali. Jeng jeng...

Kak Chik saya selamat bersalin 26 Ogos lepas di HSNZ. Baby boy, Wan Muhammad Budriz. So tahun ni kitorang bukan setakat dapat sorang tapi DUA anak buah. (Oh.. berganda duit raya kena bagi..) Selama ni kami ada 2 orang je anak buah, Aisyah and Mursyid. Tahun ni terus double. Gandaan 2 ok. Jadi 4. Amik kau! So lepas ni kami akan jumpa keturunan Kak Chik pulak. Selama ni keturunan Along je. Hehe..

Ok ok. Taknak bebel panjang. Ni gambar anak buah kami yang terbaru. Sorang baby 1 Ramadhan, sorang lagi baby 15 Ramadhan. FYI, Budriz ni maksudnya Bulan Purnama. Tu pasal la dia lahir tengah-tengah bulan. Time bulan penuh. Tapi bila sebut je Budriz, ramai yang cakap "Haa.. playboy tu nanti.." Tak pasal-pasal je cop camtu. Agaknya kes Fauziah Latiff ngan Syed Budriz dulu-dulu kot. :p Eh. tak abis lagi haku membebel.. Ok. Sori sori..

Aleesya demam time ni. Tido tak pakai baju.
Aleesya comot minum susu :p
Budriz yang kurus
Budriz kecik kecik dah hip hop.. Heppp
 OppsieDoppsie: Walopun bapak dua orang ni takde Wan, tapi memandangkan mak mereka (kakak-kakak saya) ada Wan, so boleh letak nama anak dorang Wan jugak. Sekian, terima kasih.

Mak buah,

8.21.2010

Ralat (Updated Pix)

Updated 31 Aug 2010

Tajuk ala-ala surat khabar salah khabarkan berita kat orang ramai. :p

Oke. Actually the ralat is gambar Hunni Bunni tak kelihatan dalam post sebelum ni. Masa saya post memang ada je Hunni Bunni membuat aksi bersenam. Soriiiii...

So kalau rasa nak tengok demo Hunni Bunni senam tu leave me your email. Nanti saya emailkan. InsyaAllah.

Ok. Kali ni update tempek gambar Hunni Bunni. Patutnya Hunni Bunni buat live demo n bergerak-gerak. Tapi sebab print screen je, so takde la Hunni Bunni gerak-gerak. Rugi betol.

OppsieDoppsie: Bajet-bajet macam ramai je nak tengok Hunni Bunni tuuu


Hari ni bangun awal,

8.18.2010

Senaman Hilangkan Mengantukkk!!

Ok. Bulan-bulan puasa gini pasti ramai yang takde mood, malas, mengantuk (sebab bangun bersahur etc etc), suram, muram, kelam, gelap (tido la maknanya tu!) dan yang sewaktu dengannya.

Maka. Hari ni saya nak kongsi kaedah senaman ringkas dan pasti berkesan yang boleh kita semua praktikkan tak kira kat opis ke, kelas ke, dalam kereta ke, dalam tren ke, bas dan mana saje anda berada. Bagi cikgu cikgi yang nak take 5 dalam kelas sebab student atau diri sendiri yang mengantuk, boleh la ajak 1 kelas buat senaman ni. Pasti segar bijik mata 1 kelas bahkan sesape yang kebetulan lalu lalang tepi kelas time tu pun akan turut hilang mengantuk. Hihi.

Baiklah. Tanpa berlengah lagi. Saya wakilkan Bunni Wunni untuk memberi demo senaman yang dimaksudkan sebentar tadi ye. Jangan malu-malu mencuba. Kalau rasa segan nak senam sorang-sorang, boleh ajak kawan-kawan join. Ala-ala senamrobik gitu. Hiks!

Q music please! (ala-ala audition So You Think You Can Dance ~ Sila sebut gaya Cat Deeley please!)

 
ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up..
 

 
tiru la macam ni...
untuk melegakan bahu dan leher..
 

 
wa..wa.. aaa
 

 
gerak kekanan kemudian ke kiri..
 

 
gerak ke kiri kemudian ke kanan
 

 
ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..
 

 
tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..
 

 
dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..
 

 
kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...
buat macam takde masalah...
 

 
buat secara aggresive  pula...
jangan peduli apa orang lain kata..
 

 
hilangkan semua stress...
 

 
pusingkan kepala...
 

 
tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak...sape kulit gelap jgn terase pulak
 

 
akhir sekali
buat joget kucing...
kalau tak hilang juga
ambil bantal kecik gi tidur bawah meja
 
 
 


Amacam? Ada rasa mengantuk lagi tak?:p

OppsieDoopsie: Trimas pada kakak saya, Chiki sebab forward email senaman ni kat saya. Heheh


SegarBertenaga!

8.17.2010

Pesanan Rasulullah SAW Dalam Mendapatkan Zuriat

Cute!!
Salam semua!

Ramai kawan-kawan saya yang dah kawen dan mostly dah ada anak. Anak dua pun dah ada. Tapi still ada yang masih belum ada rezeki untuk dapat cahaya mata. Saya pulak masih bujang. Jadi mungkin ada banyak benda yang saya tak tahu hal-hal alam berumah tangga ni. Bukan mungkin, tapi memang tak tahu langsung sebab lain pasangan, lain cabarannya kan. 

So pagi ni saya nak kongsi pesanan dari Rasulullah SAW dalam mendapatkan zuriat yang elok. Boleh la jadi panduan untuk kawan-kawan yang tengah berusaha mendapatkan baby.  Dan yang merancang untuk tambah baby ;p Colleague saya forward email pasal ni. Maka saya tempek saje la kat sini macam biasa. :)

Wasiat Rasululullah s.a.w

ADAB UZ-ZIFAF

Ahmad telah menceritakan :
"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

1. "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera da! ri penyakit gila, sawan (gila b**i) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :

1. Susu 2. Cuka 3. Coriander (Ketumbar) 4. Epal Masam"

Saidina Ali r.a bertanya :
"Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab :
"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."

Saidina Ali r.a bertanya :
"Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."

Baginda menjawab :
"Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran.

Tentang epal masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."

2. "Wahai Ali..! janganlah engkau berjima' dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila b**i dan sopak mudah mengenainya dan anaknya."

3. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu selepas zohor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima' pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling."

4. "Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima', sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima' yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu."

5. "Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah pandanganmu sewaktu berjima', (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta – iaitu anak."

6. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina."

7. "Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua."

8. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala."

9. "Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat ke atas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak."

10. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu secara berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan keldai, jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat tidur seperti keldai yang suka kencing di merata-rata tempat."

11. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu pada malam 'Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua."

12. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam 'Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima' pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat."

13. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung – direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati."

14. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,"

15. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqamah, jika berjima' pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah."

16. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu', jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan."

17. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya'ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya."

18. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta."

19. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia."

20. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas."

21. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq," dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : "Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin."

22. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim."

23. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat."

ANJURAN BERJIMA'

24. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu bacalah : "Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani." Maka yang demikian itu kalau Allah s.w.t . mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya. "

25. "Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima' dengan isterimu pada malam Isnin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah (Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik dan buruk Qada' dan Qadar Allah)."

26. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Selasa, Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati Syahid sesudah syahadah : 'Anla ilahaillallah wa anna Muhammada ar-Rasulullah' dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya) bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu-domba. "

27. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu malam Khamis, maka Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau seorang yang alim di kalangan orang-orang yang alim."

28. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu sewaktu matahari di tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia."
29. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan petah."

30. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada hari Jumaat, selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal, masyhur dan alim."

31. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti menjadi seorang yang abdal (terkemuka), "

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."…..1*

(1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms 17
Selamat mencuba!

8.15.2010

Oh!

Dah masuk hari ke-5 berpuasa hari ni. InsyaAllah. Masih berpuasa hari ni :)

Apa nak membebel hari ni ye? Tengah bosan kat opis ni. Meja bersepah (konon busy) tapi macam ni la. Nak start kerja-kerja rearrange filing untuk internal audit hujung bulan ni tapi orang yang berkaitan takde pulak. Hmmmmmm...

Oh. Anak buah baru saya dah ada nama. Alisya Dania. Tak sure betul tak ejaan Alisya tu. Aleesya kot. Nanti saya reconfirm. Gambar? Ada. Tapi Irah tak transfer lagi dari henpon dia. Malam karang la saya minta dia transfer. Nanti saya upload kat sini k.

Alisya ni tak banyak songeh setakat ni. Tapi asyik nak minum susu je. Kalau start merengek kena cepat-cepat sumbat botol susu kat mulut terus dia diam. Harus la jadi baby sihat pasni. Pastu memilih pulak si kecik ni. Taknak minum air masak. Nak minum susu je. Hadoi. Ni ikut perangai umi dia yang tak gemar minum air masak la ni. Tak bagus untuk proses penghadaman nih. Ish ish ish..

Minggu lepas saya dengan gigih carikan nama untuk anak buah saya ni. Along memang ada sebut nak letak nama Alisya. So saya pun tolong la carikan maksud Alisya ni kat website Nama Nama Islam. Maksud Alisya ni . Ada banyak nama-nama cantik kat website ni. So kalau sesape dalam proses mencari nama untuk anak sendiri ke, anak menakan ke, anak kawan-kawan ke, boleh la suggest site ni. Kalau sesape yang ada facebook tu (rasanya hampir semua orang ada fb zaman skrang ni), boleh masuk facebook Nama Nama Islam ni.

Apa lagi nak membebel ye? Takde idea dah. Hmm.. selamat berbuka untuk semua! (Awal giler! Haha)



OppsieDoppsie: Saya tak pergi mana-mana bazar ramadan lagi tahun ni.Tapi tak pernah gagal pesan murtabak kat abah setiap hari. Muahaha!


&^$^$&*@$&*,

8.11.2010

Salam Ramadhan

Selamat berpuasa buat semua. Mohon maaf mana tersilap dan mengecikkan hati. Semoga ramadhan tahun ni lebih baik dari yang sebelumnya.

Tak banyak benda nak mengomel hari ni. Malas. Oh. My eldest sister, Along dah selamat deliver pagi tadi. Baby 1 Ramadhan. Baby girl. We'll be expecting another anak buah by the 23rd August. Anak Chiki pulak. Meriah la raya tahun ni ngan babies ni :)

Nanti dah ada gambar saya upload. Saya pun tak sempat jumpa Along lagi. Saya tidur awal semalam. Tau-tau bangun sahur tadi mak cakap dah bersalin. Huhu


OppsieDoppsie: Kesimpulannya Along berpantang sepanjang bulan puasa ni. Jenuh nak ganti puasa sebulan. Dush!!


Selamat Berpuasa!

8.08.2010

I'm Outdated!

Actually bukan la outdated mana. Cuma terlepas pandang one entry in my Reading List. Baru hari ni belek dan terjumpa pasal entry Friendship day one my old buddy in SS. Sory Lissa!!

Anyhow. For all my friends out there. It's a bit late but Happy Friendship Day. Hope our friendship lasts forever. 

Catch what I missed here.

OppsieDoppsie: I guess everyday is friendship day because friends are around us day in day out. :)


Me,

Enhanced by Zemanta

8.05.2010

Bicara Cinta

Baca tajuk rasa nak tampar muka sendiri laju-laju. Sebab jiwangs tak hengat. Muahaha!! Hadoi. Tetiba je jiwangs. Sebab sejak 2-3 hari aku baca novel Damya Hanna - Bicara Hati. Hihi..

Ni la novelnya itu
Biasa la. Bila baca novel chenta ni hati rasa berbunga-bunga. Nama pun cerita rekaan. Semua pun indah-indah aje. Kalau la realitinya macam tu kan? Sebelum ni dah pernah baca novel tu. Masa kat uni dulu. Sebabnya kawan-kawan cakap novel tu best. So try la. Memang best pun. Sebab novel tu kadang-kadang lawak, kadang-kadang romantik. Lawak bila 2 watak utama tu duk bercakap dalam hati pasal masing-masing. Nasib baik kita tak dapat dengar apa orang cakap dalam hati. Kalau dapat, semua kantoi. Haha.

Mula-mula takde niat pun nak baca novel tu lagi sekali, tapi 2 malam lepas mata tak ngantuk pulak. Tak dapat nak tidur. FYI, kejadian susah nak tidur bagi aku amat luar biasa sebenarnya. Sebab biasanya aku memang cepat padam. Letak kepala kat bantal je terus lelap. Jaja selalu tensen ngan aku sebab dia cakap tengah borak-borak bedtime stories ngan aku tiba-tiba dia bercakap sorang-sorang. Hehe.. Sori Ja! 

So bila dah terbaca sikit mula la bersungguh baca dengan penuh penumpuan. Dulu kalau study takde pun beria macam tu baca sampai tak tidur malam. Selak buku je terus sangap. Baca novel, magazine, komik, etc, takde pulak sangap-sangap. Sanggup tak tidur sebab nak habiskan novel. Hampes betul.

So, lepas dua malam baca Bicara Hati, still tak habis lagi. Malam ni boleh habis kot. Kalau tak layan tv la. 

Sebenarnya tengah takde kerja kat opis. Sebab tu la rajin menulis. Kalau tak memang takdenya nak update blog. Owh. Blog Jasmin The Wife will soon be a private blog. Aku suka baca blog dia. Tapi still ada Swimming Words. Takpela. And blog cousin aku, Na pun dah private. Nape semua orang nak private-private pulak ni??


OppsieDoopsie: Aku sendiri ada 2 blog private and 2 blog public. Muahaha!!


Mode Jiwangs,

8.04.2010

Petua Kekal Dara

Tengok tajuk mesti korang pikir "Weh ape ni??!!". Jangan gelabah anak-anak. Ni bukan entry 18SX ye. Boleh dibaca oleh kaum hawa dan jugak kaum adam. Tak kira peringkat umur. Dan jugak bukannya nak galakkan yang belum kawen buat projek suka-suki bila-bila masa dan mengekalkan dara mereka tanpa risau. Oh tidak tidak. Heppp heppp.. 

Kawan saya forward email pasal petua ni. Yang menariknya kawan saya ni lelaki. Dan sudah berkawen dan ada anak sorang dah pun. Maybe wife dia amalkan petua ni. Dan rasanya sesuai dikongsi dengan korang semua. Saya malas nak forward email sebab bila nak hantar kat ramai recipient Yahoo banyak cekadak la pulak. Suruh masukkan verification code la, hape la. Maka baik saya share kat sini je.
Ok. Dari tadi duk bebel tapi petuanya tak share lagi. Mesti ramai yang nak tahu petua ni. Tak kira la laki ke perempuan ke. Betul tak?? Ok ok. Meh saya tempek kat bawah ni. (Copy paste lagi entry aku kali ni)


ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA
 
PETUA DARI
Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.


Ok. Ni la petua dari Dr. Fatimah Az-Zahra untuk semua. Saya belum kawen jadi belum amalkan lagi. Maka jangan la tanya berkesan ke tak. Jawapannya TAK TAU. Kawan-kawan saya pun ramai yang dah kawen. So boleh la cuba petua ni. Bagi sang suami pulak, jangan malu-malu nak bagi petua ni isteri anda kat rumah. Kalau malu nak cakap, print je. Letak dalam sampul surat cantik-cantik bagi kat wife anda. Mesti dia suka. Tak pun susah sangat bagi je link entry ni kat dia. Lagi senang.
Ada macam-macam lagi tips/petua dalam inbox saya tu. Nanti kalau malas nak menulis saya tempek lagi kat sini. Hehe..

OppsieDoppsie: Dah boleh slow-slow hafal ayat 35-38 surah al-Waqiah tu. Tee hee. 


Sharing is caring,

8.03.2010

Blog Hopping

Sebab kerja dah setel maka tak tahu nak buat apa. Try siapkan fail meja tapi tengah takde idea lagi. Buat fail meja pun nak ada idea ek?? Perlu la sikit-sikit skill mereka ayat. Huhu

So sebab masih mood mencari mood maka akhirnya gi merayau di alam maya (poyosnye ayat) membaca blog sesiapa saja. Ok. Bukan sebarangan orang. Tengok blogroll kawan-kawan dan pilih mana yang berkenan serta macam best. Hehe.. Memilih ye kau.

Dan tiba-tiba terserempak blog junior masa kat Besut dulu, Pijah. Dia berkawan dengan anak sepupu saya, Nik Norehan a.k.a Nikky. Belek-belek, jumpa entry pasal zikir ni. Maka, tanpa membuang masa di sini saya terus kasi link saje la. Malas nak copy paste. 2-3 ari ni asyik entry copy paste aje. Nampak sangat malas. Ok ok. Membebel pulak kau. Sila klik disini.

Pasni blog Pijah akan ada dalam Reading List saya la pulak. Hehe.


OppsieDoppsie: Aku telah bertukar menjadi saya. Kenapa? Sebab most blog yang saya baca menggunakan "saya". Nampak lebih mesra alam kot. Kalau aku tu macam kasar ke? Tapi kalu borak ngan kawan-kawan memang la guna "aku". Ke perlu guna I-U? Bajet bandar abis la konon. Hadoi. Takpela. Tengok mood swings cemana.


I, Me, My, Mine,

8.02.2010

Baiki cara solat khas utk perempuan

 Received via email from a friend. 


Sebagai panduan untuk kita mengadap Allah Yang Maha Esa
UTK RENUNGAN BERSAMA....

Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din sebentar tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah mengikuti kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah kualitinya.

Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh dikategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita d ijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan   sambil
membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan,sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga

iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2  dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke
atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti
tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7
iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara : i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh. .." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat   ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit,maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3)
Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat. Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi. Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar susah sekarang, jgn susah di alam baqa'.

Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap, harap dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu dari saya.

:)