Pages

8.31.2010

Hari Terakhir

Ok. Tajuk macam nak meninggalkan alam fana je. Bukan bukan. Tapi kalau dah diseru memang tak leh elak. Maka mintak maaf pada semua yang mengenali. 

Sebenarnya, tiap tahun pada tarikh 31 Ogos ni, Malaysia menyambut hari kemerdekaan sejak 53 tahun yang lalu. Aku pulak, tentu la menikmati cutiiiiiiiiiiii. Gile kalau tak suka cuti. Ada ke orang tak suka cuti??? Workaholics kot.

Ok. Hari ni merupakan ari terakhir berumur 26 tahun. Kul 8.15 pagi esok dah jadi 27 tahun. Ish.. dah di ambang 30-an. Mak eh!! Makin tua!!! Taknak terima kenyataan pulak haku. 

Tapi orang cakap age is just a number. Fine. Aku pun anggap macam tu la. (Positif la konon). Harapnya umur 27 ni akan memberi rezeki yang mencurah-curah kat aku. Tak kesah la dari segi mana. Dan most importantly, ada misi tertunda yang perlu dicapai pada usia 27 tahun ni. \(^o^)/

Ok la. Malas banyak cakap. Sebenarnya nak bagi hint. ESOK BESDAY AKU. Jangan lupa bagi adiah. Hehehhe

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 53.



OppsieDoppsie: Diharap semalam takde pesta mengawan sambut merdeka. Nanti bulan April/Mei tahun depan muncul lagi kes buang baby macam sekarang ni. Yang sekarang ni konpem pesta mengawan sambut New Year 2010. Bertobat la semua...


Catatan terakhir di usia 26,

2 comments:

Bazilah Hashim said...

INI kombo wishes; happy merdeka day and HAPPY SWEET 27th! Hee.

wanyusnira said...

hoh! Kombo kfc xde ke baz? hehe.. thanx! XD