Pages

8.15.2010

Oh!

Dah masuk hari ke-5 berpuasa hari ni. InsyaAllah. Masih berpuasa hari ni :)

Apa nak membebel hari ni ye? Tengah bosan kat opis ni. Meja bersepah (konon busy) tapi macam ni la. Nak start kerja-kerja rearrange filing untuk internal audit hujung bulan ni tapi orang yang berkaitan takde pulak. Hmmmmmm...

Oh. Anak buah baru saya dah ada nama. Alisya Dania. Tak sure betul tak ejaan Alisya tu. Aleesya kot. Nanti saya reconfirm. Gambar? Ada. Tapi Irah tak transfer lagi dari henpon dia. Malam karang la saya minta dia transfer. Nanti saya upload kat sini k.

Alisya ni tak banyak songeh setakat ni. Tapi asyik nak minum susu je. Kalau start merengek kena cepat-cepat sumbat botol susu kat mulut terus dia diam. Harus la jadi baby sihat pasni. Pastu memilih pulak si kecik ni. Taknak minum air masak. Nak minum susu je. Hadoi. Ni ikut perangai umi dia yang tak gemar minum air masak la ni. Tak bagus untuk proses penghadaman nih. Ish ish ish..

Minggu lepas saya dengan gigih carikan nama untuk anak buah saya ni. Along memang ada sebut nak letak nama Alisya. So saya pun tolong la carikan maksud Alisya ni kat website Nama Nama Islam. Maksud Alisya ni . Ada banyak nama-nama cantik kat website ni. So kalau sesape dalam proses mencari nama untuk anak sendiri ke, anak menakan ke, anak kawan-kawan ke, boleh la suggest site ni. Kalau sesape yang ada facebook tu (rasanya hampir semua orang ada fb zaman skrang ni), boleh masuk facebook Nama Nama Islam ni.

Apa lagi nak membebel ye? Takde idea dah. Hmm.. selamat berbuka untuk semua! (Awal giler! Haha)



OppsieDoppsie: Saya tak pergi mana-mana bazar ramadan lagi tahun ni.Tapi tak pernah gagal pesan murtabak kat abah setiap hari. Muahaha!


&^$^$&*@$&*,

2 comments:

nadiah said...

alisya - mcm nama anak ngoh dulu, tp xjdi, pastu dia tukar lak Aisyah Hanan.

emm alisya Dania, comel2...bila nk upload gmbrnya, nk tgk..^__^

wanyusnira said...

Yela. Apsal tak jadi letak nama Alisya tu?

Malam kat rumah pas tarawih ngantuk. Tak dan nak upload. InsyaAllah nnt Noni upload k :)