Pages

8.04.2010

Petua Kekal Dara

Tengok tajuk mesti korang pikir "Weh ape ni??!!". Jangan gelabah anak-anak. Ni bukan entry 18SX ye. Boleh dibaca oleh kaum hawa dan jugak kaum adam. Tak kira peringkat umur. Dan jugak bukannya nak galakkan yang belum kawen buat projek suka-suki bila-bila masa dan mengekalkan dara mereka tanpa risau. Oh tidak tidak. Heppp heppp.. 

Kawan saya forward email pasal petua ni. Yang menariknya kawan saya ni lelaki. Dan sudah berkawen dan ada anak sorang dah pun. Maybe wife dia amalkan petua ni. Dan rasanya sesuai dikongsi dengan korang semua. Saya malas nak forward email sebab bila nak hantar kat ramai recipient Yahoo banyak cekadak la pulak. Suruh masukkan verification code la, hape la. Maka baik saya share kat sini je.
Ok. Dari tadi duk bebel tapi petuanya tak share lagi. Mesti ramai yang nak tahu petua ni. Tak kira la laki ke perempuan ke. Betul tak?? Ok ok. Meh saya tempek kat bawah ni. (Copy paste lagi entry aku kali ni)


ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA
 
PETUA DARI
Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.


Ok. Ni la petua dari Dr. Fatimah Az-Zahra untuk semua. Saya belum kawen jadi belum amalkan lagi. Maka jangan la tanya berkesan ke tak. Jawapannya TAK TAU. Kawan-kawan saya pun ramai yang dah kawen. So boleh la cuba petua ni. Bagi sang suami pulak, jangan malu-malu nak bagi petua ni isteri anda kat rumah. Kalau malu nak cakap, print je. Letak dalam sampul surat cantik-cantik bagi kat wife anda. Mesti dia suka. Tak pun susah sangat bagi je link entry ni kat dia. Lagi senang.
Ada macam-macam lagi tips/petua dalam inbox saya tu. Nanti kalau malas nak menulis saya tempek lagi kat sini. Hehe..

OppsieDoppsie: Dah boleh slow-slow hafal ayat 35-38 surah al-Waqiah tu. Tee hee. 


Sharing is caring,

No comments: