Pages

9.27.2010

Dan pemenangnya ialah...

Kalau ingat, hari tu sebelum raya aku ada join contest kat blog Akmar+Lailie. So, semalam dorang dah umumkan pemenangnya. Aku sebagai peserta harus la berdebar-debar gitu kan. Dorang ni pulak sempat lagi wat suspen sebelum umumkan pemenang. Pandai ye korang bagi kami semua suspen dup dap dup dap.. Heheh

So, pagi ni kat opis baru bukak blog. Kat rumah semalam tidur awal. Ngantuk banget. Bila tengok je tajuk entry terbaru dorang pasal pemenang contest, terus klik dengan serta-merta. Dengan harapan rejeki aku. Hihi

Dan alhamdulillah.. Murah rezeki orang nak kawen ni kan. Hehe.. Aku dipilih sebagai PEMENANG!!! Nak baca lebih lanjut sebab-sebab aku dipilih sebagai pemenang, boleh baca di sini.

Dan bagi yang tak baca lagi entry aku untuk contest tu, nah. Baca kat sini pulak.

Anyway, mekasih banyak-banyak untuk penganjur contest ni, Akmar+Lailie sebab pilih entry aku sebagai pemenang. Nanti boleh la anjurkan contest lagi! XD


Yay!! Menang!!

OppsieDoppsie: Bertambah semangat nak join contest lagi!!


Saya menang hard disc,

9.25.2010

Breast Cancer Self-Check.. With Video!

Salam semua!

Ok. Guys and girls! Tengok tajuk macam gempak sebab perkataan WITH VIDEO. So sesapa yang betul-betul nak tahu cara self-check especially bagi mereka yang segan untuk berbicara pasal breast cancer ni secara open, this video will tell you how. So after this boleh buat self-check. Tapi kalau still ada rasa ragu-ragu, terus pergi jumpa doktor. Make sure doktor pempuan!

Have a look sebab the models are cute and good looking. Gagagagaaa..!!





So, cemane? Dah tahu cara-cara untuk self-check? Boleh DIY di rumah. Setiap bulan oke. Bagi mereka yang tak sempat catch up apa yang Henry & Amani bagitau dan tak larat nak ulang tayang video ni 2-3 kali, here are the steps. Aku salin bulat-bulat apa yang dorang cakap. Sori kalau silap dengar :p


Self Breast Examination (SBE)

Bila perlu buat SBE?
- Setiap bulan selepas 7-10 hari selepas hari pertama datang bulan.


Step 1: Look
  • Stand in front of the mirror and strip to the waist
  • Arms relaxed at the sides, hands on hips, arms raised above the head, bent forward
  • Make sure you do it on both sides
  • Look out for differences in size, shape, texture and color
  • Or orange peel skin or dimpling of the skin, inverted nipple, unusual discharge from the nipple and rashes that won't go away

Step 2: Lie Down
  • Lie flat on your back with a folded towel under your left shoulder. This allows your breast to spread thin.
  • Use your right hand to examine your left breast while you place your left hand behind your head
  • Examine the area from under the collarbone to the bra line below your breast 

Step 3: Feel Your Breasts
  • Keep your fingers together and use the flat part of your 3 middle fingers to feel the breast
  • Press gently to feel just below the skin and then press firmly to feel the deeper parts of the breast
  • The breast should feel smooth and should be no hard lumps or unusual thickening
  • Not sure how to feel it? Close your eyes and feel your eyeball
  • Imagineyour breast as a face of a clock. Start at 12 o'clock and feel along the boundary until you return to your starting position
  • Move down a finger width and repeat in smallest cycle until you reach the nipple
  • Push the aside and feel under and around the nipple. You may find firm tissue under the breast. This is normal tissue that helps to support your breast

Step 4: Your Underarm
  • Now you have to move your left arm down to your side
  • Press the underarm to feel that the emptiness in the armpit. Can't feel anything hard there right?

Step 5: The Other Breast
  • Repeat the steps for the right breast


For more breast cancer signs, visit the Radiology Malaysia website. Banyak gambar yang memerlukan keberanian dan kecekalan yang tinggi untuk dilihat. Tapi EARLY DETECTION SAVES LIVE! Jadi kena beranikan diri tengok website tu oke?!


OppsieDoppsie: Diharap viewer lelaki tak kecewa sebab Henry Golding yang jadi model instead of Sharifah Amani. Teeheee... Gotcha! Girls, cuci mata la korang ye..


I'm wearing the Pink Ribbon,

9.23.2010

Dari B2B ke Dear Diary..

Salam semua!

Malam kelmarin baru balik dari Shah Alam. Melawat Mak Chik. Sakit tenat. Aku cuti 2 hari. Isnin & Selasa. Semalam datang kerja dengan mood yang -20 darjah. Maknanya malas banget la tu.

Aku taknak cerita lanjut pasal Mak Chik sebab nanti aku nangis. Ni pun dah bergenang air mata. Jadi aku simpan je la cerita pasal tahap kesihatan Mak Chik. Yang pergi melawat: aku, mak, abah, Chiki sefamily, Ayie and Sasa. Sebelum balik salam peluk cium ngan Mak Chik. Lagikan abah pun boleh menangis masa salam ngan Mak Chik, apatah lagi aku yang berjiwa sensitip ni. Jadi aku taknak cerita. Jangan tanya.

Baiklah. Beralih kepada cerita yang lebih menggembirakan. Semalam browse blog-blog Bride-to-Be (B2B). Ni Zie la yang bagi blog-blog yang menarik. So aku pun duk la termenung membaca macam-macam kisah. Mula-mula masa terbaca blog B2B ni aku rasa pelik giler. "Ada jugak orang tulis blog semata-mata nak ceritakan perjalanan menuju hari kawen dorang ye? Aku tak pernah terpikir pun. Kagum kagum."

Aku ni memang makhluk yang secretive dan tak banyak cerita hal peribadi aku kat orang. Dengan kawan-kawan sekalipun. Kawan-kawan rapat je tau soal hati aku. Dan mereka yang aku percaya. Sebab aku memang jenis yang handle masalah sendiri. So bila baca blog pasal B2B ni, bagi aku benda-benda persiapan macam tu agak private untuk dikongsi dengan satu dunia. Bagi aku la kan. Sebab aku ni agak tradisional sket.

So bagi yang baca blog aku ni, sebenarnya kebanyakan entry dalam ni tak sentuh mendalam sangat pasal aku. Cuma highlight perkara-perkara yang aku rasa menarik untuk dikongsi. Memang on the surface je.

Bagi B2B ni pulak, mostly nak kongsi pengalaman, idea, tips, etc dengan B2B yang lain. Ada yang nak jadikan diari perjalanan mereka ke alam rumahtangga. Untuk tatapan di hari tua or untuk tatapan anak cucu nanti. Kiranya merancang jauh ke depan la kan.

Aku start menulis diari since I was 14. Awal remaja gitu. So, bila blogging ni banyak bezanya dengan menulis diari. Sebab bila blogging, kita seperti bercakap dengan audience. Bercerita. Tak kira la ada orang baca ke tidak blog kita tu tapi kita akan bercakap dengan orang ramai.

Kalau diari ni, seperti kita bercakap dengan seseorang yang sangat rapat dengan kita. Orang yang paling kita percaya. Yang takkan bocorkan rahsia kita. Walaupun sebenarnya kita bercakap dengan diri kita sendiri. Bukan maksud aku korang bercakap membebel sorang diri macam orang tak betul. Tapi menulis. Macam tulis blog jugak la kan. Bukannya kita membebel depan pc/lappie kan?

Diari aku dulu ada nama. Aku namakan dia tuuuuuuttt. Tak boleh bagitau. Nanti korang gelakkan aku sebab berangan. Haha! So tiap hari tulis diari macam bercakap dengan tuuuuuuuuutt. Selalunya tulis diari meluahkan perasaan. Tak kira la perasaan apa. Gembira, hati berbunga riang, sedih, marah, menyampah, bengang, etc etc. Tapi part paling seronok bila baca balik diari lama.

Kenapa aku cakap seronok bila baca diari lama?

Korang ingat lagi tak masa sekolah dulu, zaman study dulu? Aku ni memang takde boipren masa tu sebab fokus yang tinggi terhadap pelajaran. Cewah! Tapi biasa la. Ada la jejaka jejaki yang diminati. So, tiap kali terserempak ke ape, mesti nak tulis dalam diari. Hatta nampak sipi-sipi time assembly pun nak bagitau. Apatah lagi kalau terserempak depan-depan kat koop kan?


So, bila dah besar baca diari lama memang kelakar. Sebab kadang-kadang masa kita tulis tu tengah hangin ke, bengang ke, bila baca balik rasa "Benda kecik camni pun nak kecoh ke minah??" Kalau kat uni pun macam tu. Kadang-kadang ada event yang kita dah lupa tapi akan flashback balik bila baca diari.

Pastu. Hari ni. Kalau dalam cerita omputeh tulis PRESENT DAYS. Time reunion ke, belek fb ke, jumpa balik old flame ni kan. Dalam hati terdetik, "Ape kes la aku minat sangat mamat ni dulu?" ataupun "Eh.. dah jadi bapak orang dah pun. Nasib baik aku tak kawen ngan dia. Huduh giler sekarang!"  

Agaknya ape la secret admirer aku dulu-dulu pikir bila tengok aku sekarang agaknye ye? "Menyesal aku tak ngorat Yus dulu. Sikit punya cun sekarang. Melepas!" Bahaha!! Ini adalah perasaan seseorang yang perasan semata-mata. Sila abaikan. Tapi kalo ini benar, sape suruh korang tak ngorat aku dulu?! Kan dah gigit jari! Hahahancussss..!

Dan sekarang sebenarnya aku tak tau dah apa tujuan entry aku kali ni. Dah lari topik dah rasanya. Cuma aku ada terpikir, perlu ke aku buat catatan perjalanan kawen aku dalam blog seperti B2B lain? Blog ni pun tak ter-update. Ada hati kau nak tambah lagi blog!

Aku rasa aku nak kembali menulis diari. Rindu perasaan menulis di tengah malam sepi sambil mendengar lagu sentimental. Teringat zaman-zaman remaja. Ohhh..


OppsieDoppsie: Akan ada misi mencari diari baru lepas ni.. Oh ye. Kawan-kawan yang mengikuti perkembangan blog ni boleh la isi form dekat tab Her Wedding Invitation. Aku nak kumpul alamat korang nak hantar kad. Tapi kad belum pilih lagi!!



Diari hatiku,

9.19.2010

Edisi Raya 2 Dalam 1

Salam Syawal semua!
Raya tahun ni tak sempat nak menjenguk rumah sedara mara sebab plan raya tahunan berubah. Selalunya 1st day raya akan pergi beraya rumah sanak sedara tapi tahun ni, family abang ipar kami datang jenguk cucu mereka. Famili Abg Shuk datang jenguk Budriz. Kebetulan pulak raya tahun ni jatuh hari jumaat. So tengahari yang lelaki dah nak gi solat jumaat pulak. So sudahnya tak pergi beraya ke mana pun.

Raya kedua dan seterusnya macam biasa kaum kerabat sahabat handai datang beraya. Tapi tahun ni macam tak semeriah tahun-tahun sebelumnya. Tak tau kenapa. Musykil pulak. Tapi raya tetap raya. Duit raya tetap habis. Kuih raya pun dah tinggal serdak je. Kenduri kendara pun banyak. Mungkin aku je yang rasa kurang sesuatu di raya tahun ni..

Dan agenda penting raya dah selesai dengan lancar. Family Irman datang beraya sambil berbincang perihal kenduri kawen kami. Ya. KAWEN. Kiranya datang tetapkan tarikh. Yela. Bertunang dah setahun lebih. Takkan nak tangguh lagi kot.

Maka. Secara rasminya. Diumumkan. Akad nikah pada 4 Februari 2011. Kenduri pada 5 Februari 2011. Kenduri belah Irman seminggu lepas tu. InsyaAllah. Doakan semua berjalan lancar. 
Tinggal lebih kurang 4 bulan je lagi nak prepare. Akan melakukan persiapan secara rapi lepas ni. Sebelum ni dah ada persiapan tapi sikit-sikit je. Akhirnya giliran kami pulak. Hati gumbira tak terkata. Hihi..

Macam-macam nak kena setelkan. Paling penting borang-borang kawen tu. Pastu hal kenduri, pelamin, baju pengantin, hantaran, kad jemputan, mekap, doorgift, etc etc. Ok. Tiba-tiba rasa nak pitam. Takpe takpe. Akan diusahakan setenang yang mungkin. 

Ok la. Gambar ada dalam laptop kat rumah. Sekarang ni kat opis masih mood cuti. Malas banget!!


OppsieDoppsie: Akan mula menjemput saudara saudari tak lama lagi :)


Hati berbunga-bunga,

Enhanced by Zemanta

9.09.2010

Menjelang 1 Syawal 1431H

Salam lebaran buat semua!!!
Pagi buta dah bukak blog.. Sengal! Sepatutnya hari ni misi mengemas rumah before raya. Japgi akan tukar uniform macik cleaner untuk mengemas apa yang patut. Harap-harap hari ni tak hujan cam semalam. Nanti mood bantal & selimut je. Heh..

So sepanjang raya ni rasanya memang tak sempat nak menulis blog. Maybe sempat tinjau-tinjau blog lain je kot. So pas raya baru kembali ke dunia blogging. 

So, sempena Syawal menjelang esok aku nak ucapkan Salam Aidilfitri buat semua. Mohon maaf jika ada sape-sape yang terkecik hati, tersentap, ter'emo', terjauh hati, termakan hati, terguris hati, termakan hati, terasa hati, terabai dan segala macam ter lagi baik melalui tulisan, kata-kata atau perbuatan. Secara sengaja ataupun tidak. 

Dan bagi mereka yang sudi menjenguk blog aku ni setiap kali ada entry baru, TERIMA KASIH DAUN KELADI LAIN KALI DATANG LAGI. Dan kalau ada komen tak terbalas, mintak maap banyak-banyak. 

Cik Baz tag semua reader blog dia. So aku tempek kad raya Baz kat sini:
e-Kad Raya Baz

So aku pun ada e-KadRaya jugak. (Nak jugak hegeh-hegeh buat e-card. Huhu). Tapi rindu zaman-zaman dapat kad raya tradisional tu. Dulu masa sekolah siap berlumba-lumba ngan member sape dapat kad raya paling banyak. Tapi aku asik tewas jek. Kurang peminat. Huhu.. Last dapat kad raya masa tahun 2006 kot. Lama giler dah. Tu pun berapa keping je pun. Sekarang ni orang dah hi-tech pakai e-card, tag kat fb, SMS. Nama pun teknologi kan. 

So semua, Selamat Menyambut Syawal. Semoga kehadiran Syawal kali ini dapat membawa sejuta kebahagiaan dan kemaafan.

e-card versi tangkap muat

OppsieDoopsie: Kena maintain berat badan ideal sepanjang puasa. Semua kain baju kurung dipakai dengan selesa. Jangan pas raya kembali ketat dan sendat. Oh tidaaaaaaaakkkk!!!


Dari jauh kumohon maaf,

9.08.2010

aKu.CHapTer.KaMu Contest

Salam!

Hari ni nak cuba nasib lagi join contest. Mana tau murah rejeki di bulan Syawal ni. Hehe.. Mari kita mula!

Contest ni saya dapat tau dari owner blog tu sendiri yang drop message kat ShoutMix saya. Bijak bijak.

Thanx Akmar & Lailie!
So, saya nak cadangkan kat Akmar & Lailie fastfood buatan Malaysia. Haa.. patriotik giler kan? Kan masih mood Merdeka ni. Badan kerajaan wajib kibarkan bendera sampai Hari Malaysia tau! So, saya nak promote fastfood buatan Malaysia ni untuk korang dan jugak kawan-kawan yang lain. Boleh gitu?

Namanya Mat Salai. Nama macam sempoi je kan? Tapi jangan pandang pada nama semata sebab Mat Salai ni syarikat 100% bumiputera yang sebenarnya diwujudkan untuk bagi peluang belia menganggur berniaga dengan modal yang minima serta latihan yang mencukupi. Dan menu yang disediakan pun menarik serta murah.

Menu utama Mat Salai.. Nyam nyam
Macam mana saya boleh kenal ngan produk Mat Salai ni? Begini kisahnya...

Pada suatu petang Ramadhan di bazar ramadhan, saya, Irah, Sasa, Angah & Aisyah (pergi bazar ramadhan bawak kaum kerabat satu kapal!) dalam misi mencari ice blended drinks. Ada satu gerai yang best tutup pulak hari tu. So ternampak ada satu lagi gerai yang jual ice blended ni. So kami pun pergi la ke gerai tu dan order ice blended mengikut citarasa masing-masing.

Sambil menunggu ice blended tu siap, saya dan Irah usha-usha burger kat gerai yang sama. Hmm.. nampak menarik tertarik. Pastu berbisik dengan Irah, "Macam sedap je burger tu".  Siap celup daging dalam black pepper sauce gitu. Dah setaraf Prosperity Burger McD nih! Irah pun angguk setuju. Sebab beli 5 cup, maka lama jugak la tunggu abang tu blend ais tu semua. Cis.. ni menyebabkan saya ngan Irah membuat keputusan. "JOM BELI BURGER TU DIK". Heheh.. Kalah pada nafsu makan. Muahaha

Packaging menarik. Makan Tanpa Was-was oke.
So, petang tu berbuka dengan Mat Beef. Wah! Sedap!! Boleh di bawak ke tengah ni. So esoknya pesan kat Abah ngan Sasa nak burger Mat Salai lagi. Ketagih pulak haku..

Obses dengan Mat Salai..
So tiap kali pergi bazar ramadhan tu, mesti cari gerai Mat Salai. Tapi hampa. 2-3 kali pergi gerai tu takde. Oh.. keciwa...

Keciwa sampai tahap main gitar.. (Boleh gitu?)
Sebab keciwa dengan gerai brader Mat Salai yang asyik tak buka (mungkin dorang meniaga kat bazar lain kot), maka kembali makan GCB di McD. Sanggup tengah malam buta pergi walaupun mata dah tak larat nak bukak.

Relevan tak gambar TANGAN saya tengah makan french fries tu untuk cukupkan syarat contest??
Dan semalam, balik dari opis singgah lagi kat bazar ramadhan tersebut. Abah nak beli murtabak. Dengan harapan setinggi semut hitam, saya dan Sasa pergi meninjau gerai Mat Salai. Mana tau kot-kot ada pulak. Dan di kejauhan, ternampak kopiah brader yang meniaga Mat Salai tu. Yabedabeduuu!! Terubat rinduku nak makan burger Mat Salai!!!!

Maka apa lagi, terus order Mat Chicken 5 BIJIK! Giler. Bukan saya sorang melantak Mat Chicken tu ye. Tu order untuk saya, Irah, Sasa, Aisyah & Mak (Mak dah 2hari berturut-turut sahur makan GCB. Urban gitu!). Dan jugak ice blended of course.

Dan pagi tadi, selamat bersahur dengan Mat Chicken. Alhamdulillah.. Hehe.. Tapi tak sempat nak snap gambar tengah makan Mat Chicken sebab makan dengan pantas (Sebenarnya tak sanggup nak upload gambar keadaan diri yang sememeh sewaktu bersahur. Ngeh3..). Maka letak gambar ketika makan yang lain. Boleh kannn?

Makan di Hartz Chicken Buffet @ Sunway Pyramid lepas penat bermain air di Sunway Lagoon.
So nanti terserempak gerai Mat Salai di mana-mana tak kira la kat pasar malam ke, pesta konvo ke, uptown ke, taman-taman perumahan, etc, jangan ragu-ragu nak cuba. MAKAN TANPA WAS-WAS. Gerai Mat Salai boleh didapati hampir di seluruh negara seperti di Terengganu, Pulau Pinang, Johor, Melaka, Kelantan, Kedah dan Selangor.

Macam ni la rupa gerai Mat Salai.. (Sumber: Website MatSalai)
Di website Mat Salai ada macam-macam maklumat pasal produk Mat Salai dan peluang perniagaan. Dan jangan terkejut, ada syarikat bukan bumiputera yang meniru logo dan produk Mat Salai. Maka awas ya! Sebab produk Mat Salai telah diperakui HALAL oleh JAKIM. Boleh check sijil halal di website serta sijil-sijil lain.

Dan mungkin produk Mat Salai boleh dijadikan fastfood alternatif dalam usaha umat Islam memboikot produk-produk Yahudi. Dan pastinya, kempen kerajaan kita sendiri, BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA!

Oh ye. Saya dah pun jadi follower blog aKu.CHapTer.KaMu. Sebagai syarat contest ni. Hehe..

Bukti pembelian. Eh bukan. Bukti dah jadi Follower :p
Dan akhir sekali, saya nak tag:
Info lanjut tentang produk Mat Salai dan peluang perniagaan, boleh check website mereka.


Hadiah yang dipertaruhkan (Sekadar gambar hiasan kata tuan contest)

OppsieDoppsie: Dah macam jurucakap Mat Salai dah promote baik punyer.. Haha



Saya mau menang!

9.07.2010

Sept 11 - International Burn A Quran Day

Salam semua. Bulan Ramadhan ni macam-macam dugaan yang dihadapi. Nama pun nak menguji tahap kesabaran kita kan. Baru tadi aku ada terima emel dari skot aku, Megat. Emelnya ringkas je. Ada satu attachment. Bila tengok attachment tu, terus terpanggil untuk warwarkan di sini.

Ni attachmentnya. Klik untuk lebih jelas.
So, kawan-kawan yang mengaku dirinya Islam berpuasa di bulan Ramadhan ni, harap dapat sebarkan hal ni. InsyaAllah, usaha kita ada hasilnya.

Kalau rasa ragu-ragu, berita ni turut disiarkan dalam CNN. Join group One Ummah One Truth di fb untuk more info on what to do.

Wassalam,

9.06.2010

Telefon Awam

Kalau 10-15 tahun lepas, telefon yang selalu kita guna kalau kat luar pasti la telefon awam. Kat rumah sah-sah dah ada telefon Telekom tu kan. So bila gi shopping pastu tiba-tiba lupa milo ada lagi ke tak kat rumah, harus la melilau cari telefon awam nak call rumah tanya milo ada lagi ke tak. Tu pun nasib baik kalau ada orang kat rumah la kan.

Masa tu pun dah wujud telefon bimbit. Memang betul-betul bimbit macam handbag la sebab tak leh masuk poket cam handphone zaman sekarang ni. Saiz besar gedabak sampaikan kalau baling anjing konpem anjing tu biol langsung lupa kenapa dia kejar kita. Ni orang cakap la kan. Aku tak pernah test baling anjing ngan handphone sebab takde handphone masa tu. So handphone dulu-dulu ni memang multi-function sebab selain boleh guna untuk call, terima call, boleh jugak jadi penyelamat kalau terdesak. Hehehe

Handphone besar gedabak multi-fungsi (Sumber: selangor2u.com)

Dan jangan lupa, bagi yang tak mampu nak miliki handphone ni boleh la beli botol air design handphone ni. Memang aku pun ada botol air handphone ni masa tadika dulu.  Memang sejibik macam handphone kat atas ni cuma kaler pink. Antenna tu straw so boleh slurp-slurp time kelas cikgu tak perasan. Air pun tak tumpah. Efisien giler!

So, berbalik pada telefon awam ni. Setelah handphone berevolusi dari saiz gajah ke saiz anak kucing ni, aku memang dah lama giler tak guna telefon awam ni kan. Punya la berlagak. Dulu masa 1st sem kat UTM hari-hari call rumah pakai public phone sebab takde handphone. Tapi masa tu untung sebab ada satu public phone yang pakai kad ni kurang siuman. So kami boleh call rumah di Terengganu dari Johor cakap lama giler sampai habis tanya kabar kucing-kucing kat rumah tapi duit gerak dalam singgit dua je. Untung siot! So time tu memang aku beli uniphone card tu.

Dah masuk sem 2, dah beli handphone hasil duit PTPTN. So tiada lagi zaman public phone sejak dari itu. Kita clash! Sian public phone. Semakin dilupakan. Kadang-kadang ada booth je. Telefonnya takde. So boleh la berteduh di kala hujan panas. Atau menunggu awek/pakwe nak gi dating. 

Satu pagi nak gi kerja, masa stop kat traffic light aku terpandang public phone tepi jalan tu. Dalam hati terdetik, "Ada lagi ke orang guna public phone ni..?" Agak kerek jugak persoalan tu tapi aku takde la tanya sape-sape lepas tu. So soalan tu berlalu begitu saja..
Public phone yang dah clash ngan aku.
Dua tiga hari lepas tu, aku temankan adik aku, Ayie pergi interview kat AgroBank Dungun. So aku ambik cuti hari tu dan pagi-pagi dah gerak ke Dungun. Dalam kereta macam biasa la borak-borak, layan perasaan dengar lagu. Godek-godek handphone bateri dah oren. Nyaris nak merah dah. Adoi.. lupa pulak nak cas semalam. Bateri tu dah kong. Maklumla, dah 5 tahun berkhidmat ngan aku.

SE k500i aku yang berjasa semenjak 5 tahun lepas T_T

Ayie start interview kul 10.30am. Orang ketiga sampai tapi tiba-tiba arrangement interview ikut alphabet pulak. Harus la kami yang initial W ni jatuh ke tangga tercorot. Tak pasal-pasal orang yang datang kemudian dapat masuk interview dulu sebab nama kat atas. Kambing betul.

Akhirnya Ayie interview dah kul 12 dah. 12.30 siap and terus gerak balik. Terus pikap Irah kat sekolah. Ngam-ngam sampai kul 2. Angah balik kul 2.45 so ada masa tu aku pergi ASB jap. Masa tu bateri handphone dah nyawa-nyawa ikan sebab dah call rumah, call abah cakap interview dah abis, dah nak gerak balik. 
Sampai ASB, Ayie turunkan je depan tu sebab tak leh park kat situ. Mulanya pikir nak turun sorang je sekali Irah pun turun sekali. So ok la ada orang temankan. Kami pun pegi la ASB. Setel semua SMS Ayie nak bagitau dah siap, tunggu kat mana. Dah taip-taip pastu tekan send tiba-tiba tak send pulak. Eh, apsal pulak? Try lagi sekali langsung padam. DAH ABIS BATERI!!!

Hadoi... Irah sah-sah la tak bawak handphone gi sekolah. Cemane nak bagitau Ayie ni??? Aku ni dah la spesis tak hafal nombor. No plat kereta pun aku tak ingat. Ingat huruf-huruf kat depan je. Inikan pulak nombor handphone 10 digit! Mampos!

Tapi memang nasib baik la si Irah ikut aku gi ASB. Dia ni hafal semua no kami satu rumah. So dia ingat la no Ayie. Kami pun ternampak public phone kat seberang jalan. Apa lagi, melintas macam anak ayam berlari-lari pergi ke public phone depan tu.

Bukak purse syiling cukup makan je ada 20sen. So terus la dail no Ayie. Ayie pun jawab.

Aku: Ayie, Kak Noni ni.
Ayie: Ok
Aku: Kak Noni ada kat... 
Tetiba aku teringat soalan kerek aku 2-3hari sebelum tu pastu aku dah tak leh sambung cakap nak bagitau kitorang kat mana. Terus aku gelak macam orang jakun 1st time guna telefon. Memang gelak sampai perut senak wei)
Aku: Kak Noni kat.. warghahahahahhahahahhahahahhahahahha!!! (Gelak tak abis-abis sambil tekan perut)
Ayie: Ada katne??

Sebab dah tak leh nak sambung cakap, aku suruh Irah yang sambung. Minah ni dari tadi duk gelakkan aku. Bila time dia cakap ngan Ayie, benda sama cam aku. (Tu la.. Ko gelakkan lagi kakak ko ni.. hambik kau!) Dia pun gelak jugak. Dalam hati duk risau duit tak cukup. Akhirnya Irah berjaya jugak cakap kami tunggu katne. Hadoi.. azab betul nak cakap kitorang kat mana.

Lepas tu kembali melintas jalan seperti anak ayam berlari-lari. Dah sampai destinasi menunggu sambung gelak ngan Irah sampai terduduk-duduk. Time ni memang dah tak peduli orang lalu lalang. Lantak la korang nak cakap apa kat kitorang. Mesti orang cakap tak senonoh betul budak-budak ni gelak sakan tepi jalan macam kat rumah sendiri. Hadoiii

Bila dah dalam kereta, aku certa la kat Ayie ngan Irah pasal soalan kerek aku tu. Terus kena kutuk ngan dorang sebab aku kerek sangat. Angah pun cakap PADAN MUKA KAU. SAPE SURUH EKSEN SANGAT?!

Maka, moral of the story, jangan la kita lupa diri dan berlagak dengan apa yang kita ada sekarang. Walau pakai handphone canggih ada GPS bagai, pakai postpaid dan takde masalah kredit abis, kalau HANDPHONE KAU TAKDE BATERI semua tu sampah belaka! Ko akan terkedek-kedek cari public phone, selongkar beg cari syiling guna public phone jugak. Tapi kalau yang jenis muka tebal dan menjaga martabat, mungkin korang akan pinjam handphone kawan-kawan hantar SMS. Tapi kalau sorang-sorang tak ke haru?



OppsieDoppsie: Aku dah rujuk semula dengan public phone.


Terkena,

9.05.2010

Featured Blog

Salam semua!

Dah lama tak update blog. Bajet-bajet busy giler kira besday present padahal takde pun. Berangan je la. Tunggu adiah dari Irman je la jawabnya. Mekasih! (awal-awal cakap mekasih muahaha!)

Sekarang ni mengira hari nak raya je la. Baju raya tak siap lagi. Sepatutnya ada 4 pasang (3 baru beli, 1 stok tertunggak). Macam biasa, dah dekat nak raya baru siap. Baru thrill nak raya. Kuikuikui..

Dua tiga hari ni aku duk ralit membaca blog seseorang. (Ala-ala stalker pun ada :p) Blog ni kawan Angah yang bagitau. So malam tu kami pun search la blog tu. Angah dengan poyo siap amik link blog tu ngan kawan dia. Pemiliknya Kak Senduk. Nama blog dia meriahuoll.

Aku memang tak pernah feature any other blog dalam blog aku ni. So kira blog Kak Senduk ni yang first la. So, mesti korang terpikir kenapa aku feature blog Kak Senduk ni kan? 

Selalu kita baca blog gadis-gadis cantik macam Hanis Zalikha, Fatin Liyana or ibu berkarier seni Sue Anna Joe. Kebanyakan blogger tegar mesti kenal ngan nama-nama ni. So siapa Kak Senduk ni pulak? Supermom? Gadis cantik kerjaya hebat? Mama bosan?

Kak Senduk ni sebenarnya lelaki berjiwa lembut. Kalau bahasa pasarnya orang sebut pondan. So kenapa aku excited nak feature blog Kak Senduk ni??? Bila dah beberapa hari duk menelaah blog Kak Senduk ni, kebanyakan entrynya menghiburkan dan memang boleh buat aku gelak sorang-sorang. Kalau tengah sendu sorang-sorang or bosan, boleh tinjau blog Kak Senduk tuk hiburkan hati. :p

Dan kalau korang ni sensitip, mungkin bila baca entry-entry Kak Senduk ni korang sentap sebab bahasa yang diguna agak kasar dan kadang-kadang 18SX. So bagi yang ada lemah jantung tu, kena bersedia la dengan ayat-ayat Kak Senduk. Kurus semangat..

So bila baca blog Kak Senduk ni, dapat la kita lihat dunia dari perspektif lelaki lembut. Selalunya kita tengok je mereka dari jauh. Nak tegur jauh sekali la kan. So selalu bisik-bisik ngan kawan sebelah or bisik-bisik dalam hati je sorang-sorang kan. So kali ni, boleh la kita baca apa dalam pikiran dorang ni.

Yang menariknya, entry Kak Senduk ni bukan la selalunya cerita pasal anak-anak ikan comel or hal kawan-kawan seperjuangan dia je tapi banyak entry dia berkisar kehidupan dia di rumah dengan famili dia, kejadian sekeliling dan jugak perkara-perkara yang kita rasa remeh tapi sebenarnya penting. 

Selalu jugak Kak Senduk cerita pasal mak dia sound dia sebab dia ni lembut. Siap suruh anak buah dia sound lagi. Haha! Kadang Kak Senduk ni cerita pasal peristiwa kat area rumah dia di Puchong. Info berguna untuk jiran-jiran. Kadang-kadang pasal adab orang kita yang makin hari makin kurang. Cerca mencerca rakan seperjuangan pun ada. Dan juga menceritakan pengalaman berhadapan ngan macam-macam orang.

Kak Senduk ni pun rajin mengedit gambar kat photoshop. Kira berbakat la. Kebanyakan header blog dia diedit guna photoshop. Dan menjadi la jugak. Kak Senduk ni rajin selitkan gambar-gambar dalam entry dia. So takde la bosan.

Paling penting, Kak Senduk ni jujur berblog. Dia tulis je apa yang terlintas kat hati dia. Takde cover-cover pun. Kita ni kadang-kadang tapis jugak apa yang kita nak tulis demi menjaga sensitiviti masyarakat sejagat tapi Kak Senduk ni takde tapis-tapis. So, korang dapat la pandangan jujur seorang pondan.

Ok la. Kalau nak tau lebih lanjut pasal Kak Senduk dan kehidupannya, boleh la terjah blog dia.

Meriah gitew!
Aku nak gi mandi pulak. Lepas ni nak siapkan baju raya. (Macam aku bertungkus lumus menjahit. Padahal aku dah peringkat final touch up).


OppsieDoppsie: Bukan nak menggalakkan Kak Senduk dan kawan-kawan terus begitu atau kita terus memandang sinis golongan lembut, tapi kadang kala apa yang diceritakan ada benarnya.


Aku,