Pages

10.31.2010

Halloween Special: Berani atau Bangang?

Salam semua!

Kalau tahun lepas aku cerita pasal pengalaman aku menginap kat Hotel Samudera, Besut maka hari ni aku nak cerita kisah yang berlaku lebih kurang 2 minggu lepas. Bukan pengalaman ternampak entiti ke apa, cuma pengalaman kisah benar. Hehehe..

Jumaat lepas ada cerita Exorcist kat SMV. Aku pulun jugak tengok cerita tu walaupun dah tengok sebelum ni. Tapi tak tengok sampai habis sebab serem pulak tengok sorang-sorang kul 4 pagi. Kurus semangat weiii..

The Exorcist


Pastu ada satu scene masa mak Regan naik ke loteng sebab dengar bunyi bising yang disangkakan tikus. Masa mak dia bukak lampu loteng tu, tak menyala pulak. Sanggup mak dia naik atas pakai lilin je. Creepy giler. Dalam hati dah berdebar-debar takut terserempak hantu atau dalam erti kata lain muncul hantu secara tiba-tiba dan aku menjerit sorang-sorang tengah malam mengejutkan seisi rumah. Harus cover macho sebab nanti kena marah sebab menjerit tak tentu pasal. Dan kita sebagai penonton ni dalam hati memaki mak Regan sebab berani tak bertempat. "Bongok!! Tunggu je la esok!! Tak pun suruh pakcik tukang kebun tu tengokkan nanti!!!"

Scene mak Regan baru balik dari spital. Dia dah rasa seram sejuk time nih.


Haa... Korang yang tengok movie seram ada tak cakap camtu tiap kali hero/heroin bajet-bajet macho pergi siasat bunyi/suasana pelik semacam? Tapi kan, kalau benda camni terjadi kat korang, agak-agak korang semua akan pergi investigate tak? Ada berani? Atau tunggu esok je? Tapi aku rasa naluri ingin tahu manusia lagi tinggi dari perasaan takut tu sebab kita akan cuba siasat punca bunyi pelik tu, betul tak? Boleh ke korang tidur dengan tenang tanpa tahu punca bunyi tu? Mungkin ranting pokok, atau kucing cakar pokok atau sesuatu lain yang duk mencakar pokok sebelah bilik kita..? Tak siapa tahu selagi tak siasat kan...

Ok. Sekarang pengalaman aku pulak. Kisah aku bukan terdengar bunyi pelik tapi kisah di malam hujan lebat....

Sekarang ni dah nak start musim monsun kat pantai timur. So kebanyakan hari dah mula hujan. Sepanjang hari atau waktu-waktu tertentu saja. Malam tu aku tidur macam biasa la. Aku lupa masa aku tidur tu dah start hujan ke belum.

Tengah syiok tidur nyenyak tanpa mimpi seperti kebiasaannya, tiba-tiba aku rasa ada air menitik kat muka aku. Ish.. spoil je. Rupanya bocor pulak sebab hujan lebat. Tengok jam baru kul 2.30am. Terus pergi bukak lampu, alihkan tilam. Aku tidur kat tilam bawah. So angkat tilam ketepi. Pastu turun ke dapur ambik baju yang dah nak basuh nak lap lantai. Dah lap lantai, tengok kat tingkap pun dah masuk air sebab tempias. Hujan lebat bercampur angin kencang. Memang tempias teruk la. Turun ke dapur sekali lagi ambik baju kotor. Letak kat tingkap pulak. FYI bilik aku ni pakai tingkap naco.

Tingkap naco ye anak-anak. Abaikan background laut & yacht ituu


Salah satu tingkap tu banyak giler air masuk sebab daun pokok pisang (tanaman abah tercinta) betul-betul sebelah tingkap tu dah jadi macam gutter alir air hujan mencurah-curah ke tingkap. Kebetulan pulak kat bawah tingkap tu ada plag banyak-banyak. Bimbang pulak takut ada short circuit ke apa nanti. Kang rentung rumah tu, naya la wei..


Sketch kedudukan tingkap kat bilik


Bila dah risau ni aku tak pikir panjang. Korang tau aku buat apa? Aku bukak tingkap, hulur tangan ke luar, patah-patahkan daun pisang tu. Haa.. korang jangan lupa masa tu kul 2.30 am dan hujan tengah lebat. Ditambah pulak hujan lebat giler memang tak nampak clear kat luar. Pencahayaan pun malap-malap je dari bilik aku. Tengah aku patah-patahkan daun pisang tu, tetiba aku teringat scene cerita The Haunting In Connecticut yang roh budak tu mengintai-ngintai dari luar tingkap. Terus bulu tengkuk berdiri, cepat-cepat aku tarik tangan aku, tutup tingkap. Teringat jugak yang pokok pisang ni sinonim ngan orang minyak. Hish! Nasib baik takde pape. Terus tarik tilam tidur kat luar.


Roh budak tu mengintai kat tingkap tu..


Esoknya aku cerita kat family aku pasal tindakan refleks aku semalam reaksi dorang semua sama; KAU GILE???!!



OppsieDoppsie: Ni bukan lagi bangang tapi dah tahap gile. Aku pun tak percaya aku buat camtu T.T



Gile,

10.29.2010

Bundle Update

Salam semua!


Dah lama giler tak update. So arini nak update apa dah berlaku since last weekend. Semua short and simple aje. Malas nak cerita panjang-panjang.

______________________________


Jumaat & Sabtu - 22 & 23 Okt 2010

Konvo Ayi @ PICC Putrajaya.  Aku ngan Ayi pergi KL dulu naik bus malam Khamis. Irman pick us up at Hentian Putra and terus pergi Shah Alam. Ayi pergi rumah member dia kat Seksyen 13, aku pergi rumah Ayah Chik. Abah, Mak, Shuk, Ciki, Budriz & Irah arrived malam tu dari Kuantan. Pagi Sabtu before pukul 7 dah gerak pergi Putrajaya. 2 kereta, Shuk & Irman. Penat giler. Tapi all went well. And dapat jumpa Ayah Chik. He was admitted to Putrajaya hospital for 4 days sebab jangkitan kuman kat paru-paru. Ni kes Ayah Chik smoking heavily masa arwah Mak Chik meninggal aritu.  Tapi nasib baik sempat detect awal. So sempat rawat awal.

Now layan gambar pulak:

Aku duk sibuk masa ni mencari Ayi
2 orang paling sibuk masa konvo Ayi. Fuhhh
Lepak dulu kat taman dalam PICC.
Mama Budriz tidur keletihan setelah balik lewat malam sebelumnya.
Nasib baik ada taman ni. Irah sebagai model.
Selesai majlis. Sesi bergambar. Ayi dengan Mak & Abah.
Antara kawan-kawan Ayi yang ada hari tu


Ahad - 24 Okt 2010


Parcel received. Yay! Pagi tu sampai dari KL, Angah bagi parcel PosLaju. Walaupun tak bukak lagi tapi dah tahu parcel apa. Ni parcel dari Akmar. Hadiah aku.cHapter.Kamu contest aritu. Yippee!! Terus bukak parcel itu dengan rakusnya excitednya. Hehe.. Ini la rupa hard disk itu..

WD 250GB. Horey!!
Intipati dalam kotak tadi
Rupa hard disk ituu
Tak sempat snap gambar before bukak parcel. Ni la hasil lepas dah bukak. Hehe
Fragile oke
Fragile. Mudah pecah.
Nama salah eja "Wan Yusmira" tapi takpe la. Heheh
Belum guna lagi. Tak berkesempatan. Hehe.. Neway, thanks Akmar+Lailie for the contest! :)

Isnin - 25 Okt 2010

HIV Test at KK Hiliran, KT. Dah buat appoinment minggu lepas. Ayi yang hantar pergi klinik. Sebab appoinment kul 2, so lepas zohor terus pergi. Sampai klinik orang tak ramai. Ada 3 orang je. Pergi kaunter ambik borang, pastu tunggu dorang panggil nama. Memang sekejap giler. Kul 2.20 dah setel. Dan resultnya. NEGATIF. So boleh kawen. Haha!

Malam tu bertungkus lumus siapkan projek baik punyer. Ni kontes yang aku cakap aku nak join tu. Kontes dari majalah Ratu Sehari. Hadiahnya sangat menarik. Honeymoon to Bali. So kena cuba nasib. Mana tau ada rezeki kan. So malam tu  tidur 2 jam je. Sebab nak pos esok (Selasa). Dateline kontes 1 November. Ada a few days lagi so kena siapkan jugakkkk!!!

Dan hasilnya...

Couple's Tees Frame
Her Tee
His Tee
Belakang: Borang penyertaan.


Terima kasih pada Irman yang tolong belikan kain felt and wooden peg kecik-kecik tu. Aku guna wooden peg yang ada kucing sebab aku kan suka kucing. Heheh.. So harapnya ada rezeki untuk kali ni. Kontes ni nak kita create something creative to express our love to our loved ones.Dalam bentuk puisi ke, scrapbook ke, CD or apa-apa aje. So aku try la buat frame ni. Tapi ni pun dah buat masa suntuk. So tak sempat nak decorate lebih-lebih. Plus dah mengantuk. Memang sloppy kalau tengok dari dekat. Huhuuu

Selasa - Khamis

Menjalani kehidupan di opis yang masih tak siap lagi. Malam tidur awal sebab ngantuk tahap gaban. So arini ambik kesempatan update blog. Huh..

Till then.. adios!


Hectic,

10.25.2010

Aku Marah

Minggu lepas aku tuka henpon ngan adik aku. Sekali arini aku baru perasan dia pergi delete sume SMS dalam inbox. Haraaaaaaaaaaaaaaaammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!!!!!!!!!!!!!!!!!






Semua mesej aku simpan dari tahun 2007 lagi ade dalam tu... Aku rasa nak sumpah jadi tenuk je. 

10.20.2010

Kenapa Aku Jarang Update

Salam semua!


Aritu aku YM ngan Amar dia cakap sejak aku menang contest aritu aku dah jarang update blog. Aku pun kurang jelas ngan motif statement Amar tu tapi aku tafsirkan sebagai "Ko eksen eh Yus sejak menang kontes". Sila baca ayat tafsiran aku tu dalam nada yang agak dengki berbaur jeles. (Amar, jangan marah kalau aku silap tafsir. Hehe). Mari aku bagitau kenapa aku jarang update bulan ni. Mari mari..


Sebab No. 1:


Aku busy tahap gaban kat opis. Kalau gaban sempat tukar baju dalam masa 0.00007 saat di belakang batu, aku tak sempat langsung nak tukar baju. Bukan sekadar tugas harian yang tak menentu kadar dan kapasitinya tapi jugak hal pindah-randah opis. Kami ni ibarat orang nomad yang berpindah-randah tak tentu pasal bawak kerusi meja komputer printer scanner mesin fotostat fail-fail dan yang sewaktu dengannya dari tingkat 10 ke tingkat 9. Serius aku tak tipu bila aku cakap kitorang bawak barang-barang yang aku sebut tadi sebab memang kitorang literally mengusung segala macam harta karun kami tu turun bawah. Yang sadisnya, kitorang nak taknak kena turun bawah walaupun tempat untuk kami kat bawah belum clear lagi untuk diduduki dan masih berpenghuni. So, terpaksa la buat penempatan sementara (rujuk entry sebelum ni pasal bilik gerakan banjir tu). Dan dah masuk 2 minggu, still tak setel lagi urusan pindah-randah ni. Cuma aku baru dapat bilik aku semalam. Walaupun still tak sempurna dan still ada saki-baki barang empunya bilik terdahulu iaitu 2 bijik almari fail besar gedabak lengkap dengan fail-failnya sekali, tapi aku pasrah je la. Tapi still ada barang-barang aku yang belum unpack still duk dalam kotak. Esok la kot. Hari ni baru datang geng wireman nak tentukan point internet & telefon.


Sebab No.2:


Aku sebagai bakal pengantin harus la busy (lagi sekali alasan busy) pasal preparation kawen. Hahah.. Tapi takdela tahap berkejar ke sana kemari sampai tak sempat duduk kan. Kad kawen dah siap design. Tinggal nak touch up sket lagi before hantar printing. Photog dah book. Tapi belum bayar deposit lagi sebab photog tu belum bagi n akaun bank lagi. Appoinment HIV test dah buat. Isnin depan. Tempah baju belum lagi tapi dah tahu nak tempah kat mana. Idea kek kawen dah ada dalam kepala :) Weekend ni pergi KL untuk konvo Ayie. Sambil pergi cari kain untuk baju pengantin and try cari cadar sekali kalau ada. Yang lain akan update kemudian.


Sebab No.3:


Ni sebenarnya paling banyak consume masa aku. Side project. Aku sekarang dah registered as consultant Tupperware Brands. So, sekarang tengah set up blog untuk jual online. So banyak masa habis kat sini. Edit gambar, upload gambar, scan katalog dan sewaktu dengannya. So, kalau korang berminat nak beli barang Tupperware, boleh browse blog Tupperware aku. Baru je launch. Still banyak lagi nak update. So kalau korang geng parti Tupperware, moh la jenguk  blogshop aku ni. Nanti aku nak adakan promotion untuk opening so korang jenguk-jenguk la. Mana tahu dapat diskaun ke, harga ahli ke. Nak?


Sebab No.4, 5, 6 dan seterusnya:


Sebab ni adalah perkara-perkara emergency yang tak dapat dielakkan lagi. Contohnya malas, nak tengok tv, ada cerita best, mengantuk, malas, idea banyak sangat sampai bercabang-cabang, side project lain, malas, malas menaip dan takde masa. Tapi sebab aku ulang perkataan malas 3 kali, korang paham-paham la maksud aku. Hahahah!


Oke la. Dah sakit bahu menaip. Lain kali aku cerita lagi. Kalau berkesempatan, aku update pasal pindah-randah opis. Tempek gambar sekali. Baru korang paham maksud aku. Dan nampak situasi aku dan sahabat seperjuangan. Heheh.. Ok. Adios muchahos!


OpssieDoppsie: Dalam minda ada rancangan nak join satu lagi kontes. Nanti dah submit aku bagitau kontes ape. Shhhhh...



AkuStatik,

10.13.2010

Genap 2 Minggu

Salam semua.


Sepanjang minggu lepas takde apa-apa update. Sebenarnya ada peristiwa sedih minggu lepas. Aku sempat update kat status fb je. Memang niat nak tulis entry pasal tu tapi tak sempat pulak. Weekend lepas Irman datang. Nak urus hal kawen :)

Masuk opis, tiba-tiba bilik aku dah hilang. Dinding dah takde. Dah start renovate rupanya. Hadoi. 3 hari jugak masa terbuang duk pindah randah kemas opis. Semalam baru dapat tempat. Bilik berkongsi 5 orang. Dah rupa ala-ala bilik gerakan banjir dah. Haha.. Tapi takpela. Janji ada tempat sementara. Kitorang akan duk kat tingkat 9 lepas ni. Dah turun 1 floor.

So balik ke kisah minggu lepas...

Ingat tak minggu lepas cuti raya yang aku cerita pasal aku melawat makcik aku kat Shah Alam? Isnin lepas, 4 Oktober 2010 lepas aku mandi, siap-siap nak gi kerja Chiki call aku. Malam sebelum tu aku, Irah, Angah tidur kat kedai abah sebab Irah nak study untuk PMR. Privasi la konon. Pelik jugak Chiki call pagi-pagi. Aku jawab je la. Tak syak pape.

Chiki: Ni, tengah watpe?
Aku: Tengah siap-siap la. Shuk dah datang ke?
Chiki: Haah. Ni, dah tau ke belum?
Aku: Apa dia?
Chiki: Mak Chik dah takde.
Aku: Innalillah wa innalillahirajiun.. Bila?
Chili: Pagi tadi. Subuh rasanya. Kak Sa call kul 7 tadi bagitau.

Lepas tu kami bincang-bincang cemana nak pergi Shah Alam. Aku masa tu dah siap dah nak pergi kerja. Kalau pape memang aku pikir nak ambik cuti pergi ziarah. So, akhirnya dah decide sape nak pergi and nak pergi ngan apa. Aku call Haji Zul kat opis bagitau aku cuti sebab makcik aku dah meninggal. Masa Chiki bagitau Mak Chik dah takde, aku tenang je. Takde nak menangis ke apa. Mungkin sebab kita dah agak umurnya tak panjang. Tapi malam sebelum tu hati aku ada teringatkan Mak Chik. Terdetik "Mak Chik apa khabar agaknya?" Tapi bila call je Hj Zul nak inform aku cuti, tak semena-mena pulak sebak. T_T

Abah datang pikap aku kat kedai. Angah ngan Irah tak dapat ikut sebab Irah nak PMR esoknya. Shuk pergi opis dulu nak selesaikan pape yang patut pastu terus apply cuti. Along tak dapat pergi jugak sebab Aleesya tidur berbuai. Susah nak bawak berjalan. Nanti menangis. So yang pergi aku, mak, abah, Abg Lim 1 kereta. Chiki, Shul, Budriz, Ayi & Sasa 1 kereta. Kitorang gerak dulu dalam kul 9.

Masa sampai rumah, semua dah siap. Aku pun kemas-kemas baju mana yang patut. Mak dah bengkak mata. Mak cakap, Ayah Chik bagitau nak kebumi lepas Asar. Paling lewat pun pukul 5. So, sempat la kami sampai. Mak pun dah pesan tunggu kitorang sampai dulu, mak nak tengok jugak jenazah sebelum kebumi. Kitorang sempat singgah rumah sedara-mara yang mak tak dapat nak call. Pastu gerak terus ke Shah Alam.

Sampai kat Temerloh kul 1. Berhenti makan, solat. Pastu tunggu Chiki. Janji nak gerak sekali dari Temerloh. Tunggu sampai 2.30, famili makcik aku yang lagi sorang, Teh pun sampai. Dorang pun gerak 2 kereta gak. Mak suruh aku call sepupu aku, Kak Lin (anak arwah Mak Chik) inform kitorang dah kat Temerloh.

Aku: Kak Lin, ni kitorang dah kat Temerloh.
Kak Lin: Ni kitorang nak ke kubur. Baru je abis solat jenazah.
Aku: Eh? Dah nak kebumi ke? Tadi Ayah Chik cakap nak kebumi lepas Asar.
Kak Lin: Orang masjid taknak tunggu sampai petang sebab mak meninggal Subuh tadi. Dorang nak terus kebumi. Ramai tak sempat jumpa. Ayin (adik Kak Lin) pun baru sampai LCCT. Dia pun tak sempat. Takpela. Jangan risau.
Aku: Kalau gitu takpela. Nanti pape kitorang call balik la.

Aku pun bagitau kat mak abah. Mak setentunya sedih sebab hasratnya nak tengok tatap wajah arwah  kakaknya buat kali terakhir. Mak pesan jangan bagitau Teh sebab risau Teh terkejut. Tapi rupanya Teh dah tahu. Chiki sampai hentian Temerloh dah kul 2.40. Kitorang gerak dulu. Memang tahu dah tak sempat nak tengok jenazah. So terus ke rumah Ayah Chik kat Seksyen 24. Sampai sana kul 4.

Masa kitorang sampai, dorang baru lepas kebumi. Salam dengan semua yang ada. Mak masa tu dah tak dapat nak cover dah. Menangis teresak kat tepi tangga. Aku pulak, bila tengok mak nangis ni hati pun sedih. Tengok tangki oksigen arwah pun tersentuh. Baru je 2 minggu lepas kitorang melawat arwah. Lama jugak mak menangis kat situ. Aku cuba la pujuk mak jangan menangis sangat. Anak-anak arwah pun sama. Dengan aku sekali menangis kat situ T_T

Petang tu, kitorang pergi ziarah kubur arwah. Sedekahkan bacaan Yasin. Masa mula-mula baca Yasin, hati duk sebak terpikir pasal arwah. Mula la air mata meleleh, hidung tersumbat, suara pun dah tenggelam timbul. Aku perasan abah kat sebelah aku duk kesat-kesat mata. Suara Ayi yang awal-awal dengar jelas baca Yasin sama-sama makin hilang. Dengar suara Shuk je. Selesai baca Yasin, Shuk bacakan doa. Masa tu famili Teh pun dah sampai. Mak sempat siram air bacaan Yasin kat kubur arwah.

Malamnya ada majlis tahlil. Lepas tahlil sempat borak ngan Kak Lin pasal waktu arwah meninggal.

Esoknya, lepas lunch gerak balik Terengganu. Before balik, sempat salam dan peluk Ayah Chik. Masa peluk Ayah Chik, sempat dia pesan "Kau tolong la doakan Mak Chik. Ayah Chik ni dah tinggal sorang-sorang dah". Apa lagi, berjurai-jurai la air mata aku keluar. Laju je. Sebelum tu dah sebak-sebak ngan Ayi tengok abah kesat-kesat mata lepas peluk Ayah Chik. Haduiii...

Dalam kereta pun menangis lagi teringat ayat Ayah Chik tu. Huuuhhh.. Memang ratu air mata aku ni!

Apa pun, ni pun dah seminggu lebih arwah pergi. Doanya, arwah berada di kalangan orang beriman. Dan sesiapa yang baca entry ni, harap dapat la sedekahkan al-Fatihah untuk Allahyarhamah Mahani bt Othman. Semoga rohnya tenang di sana. Aminnnn.



OppsieDoppsie: Ni entry ketiga kisah kematian saudara-mara untuk tahun 2010. Al-Fatihah buat semua. Sesungguhnya, mati itu adalah benar dan setiap hari makin menghampiri kita. Semoga kita mati dalam iman yang sempurna dan terpelihara. InsyaAllah.


Bersediakah aku?

10.07.2010

Sunnah Nabi: Cara Potong Kuku

Salam.


Ada banyak berita yang nak dikongsi tapi belum ada masa nak bagitau. So arini just nak share sunnah Nabi Muhammad SAW pasal potong kuku. Dapat dari fb. So rasanya boleh share kat sini pulak. Boleh la diamalkan.

So lepas ni semua yang aku copy dari fb. Layannn..

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

Sunnah Nabi jarang nak ikut ..
 
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..Oppss khinzir lembut sikit, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... Bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... Potonglah kuku anda.

The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cekodok pisang, uli tepung, dll. Apa ilmu pun yang diajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya.

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali KWJ sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian:
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: Saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi SAW memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi SAW senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARELAH PADA KEKAWAN YANG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)


Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadith pun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! Memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.

Wallahu a'lam.
Sekarang dah tau, boleh la amalkan.

Jom ikut sunnah!

10.04.2010

TopsyTurvyMum 1st Lucky Draw: Set Corelle Uollsss!!

** Sticky mode post. Entry baru sila scroll ke bawah..**

Hari ni terbaca entry FK pasal Lucky Draw TTM. Wah wah! Masih mood rasa-diri-bertuah maka nak join lucky draw ni. Mana tau dapat set pinggan Corelle pulak kannn...

Syarat penyertaan pun senang. Takyah nak ampu tuan blog lebey-lebey sebab lucky draw ni digenerate automatically online. So korang tak perlu jadi ass-kisser untuk join.


Oke. Babak seterusnya dicopy terus dari entry TTM. Nak penuhi syarat katanye.. Hehe


TOPSYTURVYMUM FIRST LUCKY DRAW!


INI HADIAHNYERR..

TENG TENG TENG!







16 Pc Dinner Set
Click on above image to view full picture

16 Pc Dinner Set

Product Information

4 Dinner Plates, 4 Bread & Butter Plates, 4 Soup / Cereal Bowls, 4 Stoneware Mugs

Additional Information

Item Code
1065856
Weight
4,275g
Category
Dinnerware
Pattern
Geometric

Product Descri

ption

Corelle Dinnerware range is break, chip, scratch and stain resistant. Its made from a unique material called Vitrelle which compresses two layers of different glass compositions, so it's incredibly tough. It's microwave. Dishwasher and oven safe.


Syarat-syarat penyertaan:


Syarat-syarat penyertaan:

1. Anda adalah seorang blogger. (InshaAllah lain kali aku buat lucky draw utk blogger dan reader pulak ye)

2. Beralamat/mempunyai alamat di Malaysia.(Bermakna yang berada di luar negara juga boleh menyertai kalau ada alamat di Malaysia.) 

3. Penyertaan mesti dibuat di dalam bentuk entry secara STICKY POST(Tutorial utk sticky post klik SINI) di blog anda. Caranya, copy je la entry ni.(1 profile cuma layak masuk satu penyertaan sahaja.)

4. Setelah siap buat entry, sila hantar link penyertaan anda di ruangan komen entry ini. (Nanti aku masukkan link blog anda kat entry ni)

5. Tarikh tutupnya adalah bila-bila masa sahaja dalam minggu ni(Sebelum Isnin depan 04/10/2010). Aku akan buat entry kalau dah tutup. Bila dah tutup, maka boleh hilangkan sticky post tu.

6. Pemenang akan dipilih DI SINI.



Walaupun raya dah lepas, tapi still boleh pakai masa Raya Haji nanti. Ngeh3
Ok. Maklumat lanjut boleh terjah entry TTM di sini. Cepaaaaaaaaaaaaaaattttttttttttttttttt!!!!!!!!!!!


OppsieDoppsie: Moga bertuah kali ini!


I feel Lucky!