Pages

10.29.2010

Bundle Update

Salam semua!


Dah lama giler tak update. So arini nak update apa dah berlaku since last weekend. Semua short and simple aje. Malas nak cerita panjang-panjang.

______________________________


Jumaat & Sabtu - 22 & 23 Okt 2010

Konvo Ayi @ PICC Putrajaya.  Aku ngan Ayi pergi KL dulu naik bus malam Khamis. Irman pick us up at Hentian Putra and terus pergi Shah Alam. Ayi pergi rumah member dia kat Seksyen 13, aku pergi rumah Ayah Chik. Abah, Mak, Shuk, Ciki, Budriz & Irah arrived malam tu dari Kuantan. Pagi Sabtu before pukul 7 dah gerak pergi Putrajaya. 2 kereta, Shuk & Irman. Penat giler. Tapi all went well. And dapat jumpa Ayah Chik. He was admitted to Putrajaya hospital for 4 days sebab jangkitan kuman kat paru-paru. Ni kes Ayah Chik smoking heavily masa arwah Mak Chik meninggal aritu.  Tapi nasib baik sempat detect awal. So sempat rawat awal.

Now layan gambar pulak:

Aku duk sibuk masa ni mencari Ayi
2 orang paling sibuk masa konvo Ayi. Fuhhh
Lepak dulu kat taman dalam PICC.
Mama Budriz tidur keletihan setelah balik lewat malam sebelumnya.
Nasib baik ada taman ni. Irah sebagai model.
Selesai majlis. Sesi bergambar. Ayi dengan Mak & Abah.
Antara kawan-kawan Ayi yang ada hari tu


Ahad - 24 Okt 2010


Parcel received. Yay! Pagi tu sampai dari KL, Angah bagi parcel PosLaju. Walaupun tak bukak lagi tapi dah tahu parcel apa. Ni parcel dari Akmar. Hadiah aku.cHapter.Kamu contest aritu. Yippee!! Terus bukak parcel itu dengan rakusnya excitednya. Hehe.. Ini la rupa hard disk itu..

WD 250GB. Horey!!
Intipati dalam kotak tadi
Rupa hard disk ituu
Tak sempat snap gambar before bukak parcel. Ni la hasil lepas dah bukak. Hehe
Fragile oke
Fragile. Mudah pecah.
Nama salah eja "Wan Yusmira" tapi takpe la. Heheh
Belum guna lagi. Tak berkesempatan. Hehe.. Neway, thanks Akmar+Lailie for the contest! :)

Isnin - 25 Okt 2010

HIV Test at KK Hiliran, KT. Dah buat appoinment minggu lepas. Ayi yang hantar pergi klinik. Sebab appoinment kul 2, so lepas zohor terus pergi. Sampai klinik orang tak ramai. Ada 3 orang je. Pergi kaunter ambik borang, pastu tunggu dorang panggil nama. Memang sekejap giler. Kul 2.20 dah setel. Dan resultnya. NEGATIF. So boleh kawen. Haha!

Malam tu bertungkus lumus siapkan projek baik punyer. Ni kontes yang aku cakap aku nak join tu. Kontes dari majalah Ratu Sehari. Hadiahnya sangat menarik. Honeymoon to Bali. So kena cuba nasib. Mana tau ada rezeki kan. So malam tu  tidur 2 jam je. Sebab nak pos esok (Selasa). Dateline kontes 1 November. Ada a few days lagi so kena siapkan jugakkkk!!!

Dan hasilnya...

Couple's Tees Frame
Her Tee
His Tee
Belakang: Borang penyertaan.


Terima kasih pada Irman yang tolong belikan kain felt and wooden peg kecik-kecik tu. Aku guna wooden peg yang ada kucing sebab aku kan suka kucing. Heheh.. So harapnya ada rezeki untuk kali ni. Kontes ni nak kita create something creative to express our love to our loved ones.Dalam bentuk puisi ke, scrapbook ke, CD or apa-apa aje. So aku try la buat frame ni. Tapi ni pun dah buat masa suntuk. So tak sempat nak decorate lebih-lebih. Plus dah mengantuk. Memang sloppy kalau tengok dari dekat. Huhuuu

Selasa - Khamis

Menjalani kehidupan di opis yang masih tak siap lagi. Malam tidur awal sebab ngantuk tahap gaban. So arini ambik kesempatan update blog. Huh..

Till then.. adios!


Hectic,

4 comments:

nadiah said...

comelnyaaa frame tuuu...

psst : harap2 kali ni ade luck lagi la. ^___^

wanyusnira said...

hehe.. mekasih.. dengan gigih menjahit.. haha..

arap2nye rezeki murah kali ni.. hehe

EiL said...

kretip la ko kermit!!! @_@ aku doakn ko menang lg! yeaaaa!!

wanyusnira said...

mekasih eil! arap2 menang la jgk.. hehehe