Pages

10.13.2010

Genap 2 Minggu

Salam semua.


Sepanjang minggu lepas takde apa-apa update. Sebenarnya ada peristiwa sedih minggu lepas. Aku sempat update kat status fb je. Memang niat nak tulis entry pasal tu tapi tak sempat pulak. Weekend lepas Irman datang. Nak urus hal kawen :)

Masuk opis, tiba-tiba bilik aku dah hilang. Dinding dah takde. Dah start renovate rupanya. Hadoi. 3 hari jugak masa terbuang duk pindah randah kemas opis. Semalam baru dapat tempat. Bilik berkongsi 5 orang. Dah rupa ala-ala bilik gerakan banjir dah. Haha.. Tapi takpela. Janji ada tempat sementara. Kitorang akan duk kat tingkat 9 lepas ni. Dah turun 1 floor.

So balik ke kisah minggu lepas...

Ingat tak minggu lepas cuti raya yang aku cerita pasal aku melawat makcik aku kat Shah Alam? Isnin lepas, 4 Oktober 2010 lepas aku mandi, siap-siap nak gi kerja Chiki call aku. Malam sebelum tu aku, Irah, Angah tidur kat kedai abah sebab Irah nak study untuk PMR. Privasi la konon. Pelik jugak Chiki call pagi-pagi. Aku jawab je la. Tak syak pape.

Chiki: Ni, tengah watpe?
Aku: Tengah siap-siap la. Shuk dah datang ke?
Chiki: Haah. Ni, dah tau ke belum?
Aku: Apa dia?
Chiki: Mak Chik dah takde.
Aku: Innalillah wa innalillahirajiun.. Bila?
Chili: Pagi tadi. Subuh rasanya. Kak Sa call kul 7 tadi bagitau.

Lepas tu kami bincang-bincang cemana nak pergi Shah Alam. Aku masa tu dah siap dah nak pergi kerja. Kalau pape memang aku pikir nak ambik cuti pergi ziarah. So, akhirnya dah decide sape nak pergi and nak pergi ngan apa. Aku call Haji Zul kat opis bagitau aku cuti sebab makcik aku dah meninggal. Masa Chiki bagitau Mak Chik dah takde, aku tenang je. Takde nak menangis ke apa. Mungkin sebab kita dah agak umurnya tak panjang. Tapi malam sebelum tu hati aku ada teringatkan Mak Chik. Terdetik "Mak Chik apa khabar agaknya?" Tapi bila call je Hj Zul nak inform aku cuti, tak semena-mena pulak sebak. T_T

Abah datang pikap aku kat kedai. Angah ngan Irah tak dapat ikut sebab Irah nak PMR esoknya. Shuk pergi opis dulu nak selesaikan pape yang patut pastu terus apply cuti. Along tak dapat pergi jugak sebab Aleesya tidur berbuai. Susah nak bawak berjalan. Nanti menangis. So yang pergi aku, mak, abah, Abg Lim 1 kereta. Chiki, Shul, Budriz, Ayi & Sasa 1 kereta. Kitorang gerak dulu dalam kul 9.

Masa sampai rumah, semua dah siap. Aku pun kemas-kemas baju mana yang patut. Mak dah bengkak mata. Mak cakap, Ayah Chik bagitau nak kebumi lepas Asar. Paling lewat pun pukul 5. So, sempat la kami sampai. Mak pun dah pesan tunggu kitorang sampai dulu, mak nak tengok jugak jenazah sebelum kebumi. Kitorang sempat singgah rumah sedara-mara yang mak tak dapat nak call. Pastu gerak terus ke Shah Alam.

Sampai kat Temerloh kul 1. Berhenti makan, solat. Pastu tunggu Chiki. Janji nak gerak sekali dari Temerloh. Tunggu sampai 2.30, famili makcik aku yang lagi sorang, Teh pun sampai. Dorang pun gerak 2 kereta gak. Mak suruh aku call sepupu aku, Kak Lin (anak arwah Mak Chik) inform kitorang dah kat Temerloh.

Aku: Kak Lin, ni kitorang dah kat Temerloh.
Kak Lin: Ni kitorang nak ke kubur. Baru je abis solat jenazah.
Aku: Eh? Dah nak kebumi ke? Tadi Ayah Chik cakap nak kebumi lepas Asar.
Kak Lin: Orang masjid taknak tunggu sampai petang sebab mak meninggal Subuh tadi. Dorang nak terus kebumi. Ramai tak sempat jumpa. Ayin (adik Kak Lin) pun baru sampai LCCT. Dia pun tak sempat. Takpela. Jangan risau.
Aku: Kalau gitu takpela. Nanti pape kitorang call balik la.

Aku pun bagitau kat mak abah. Mak setentunya sedih sebab hasratnya nak tengok tatap wajah arwah  kakaknya buat kali terakhir. Mak pesan jangan bagitau Teh sebab risau Teh terkejut. Tapi rupanya Teh dah tahu. Chiki sampai hentian Temerloh dah kul 2.40. Kitorang gerak dulu. Memang tahu dah tak sempat nak tengok jenazah. So terus ke rumah Ayah Chik kat Seksyen 24. Sampai sana kul 4.

Masa kitorang sampai, dorang baru lepas kebumi. Salam dengan semua yang ada. Mak masa tu dah tak dapat nak cover dah. Menangis teresak kat tepi tangga. Aku pulak, bila tengok mak nangis ni hati pun sedih. Tengok tangki oksigen arwah pun tersentuh. Baru je 2 minggu lepas kitorang melawat arwah. Lama jugak mak menangis kat situ. Aku cuba la pujuk mak jangan menangis sangat. Anak-anak arwah pun sama. Dengan aku sekali menangis kat situ T_T

Petang tu, kitorang pergi ziarah kubur arwah. Sedekahkan bacaan Yasin. Masa mula-mula baca Yasin, hati duk sebak terpikir pasal arwah. Mula la air mata meleleh, hidung tersumbat, suara pun dah tenggelam timbul. Aku perasan abah kat sebelah aku duk kesat-kesat mata. Suara Ayi yang awal-awal dengar jelas baca Yasin sama-sama makin hilang. Dengar suara Shuk je. Selesai baca Yasin, Shuk bacakan doa. Masa tu famili Teh pun dah sampai. Mak sempat siram air bacaan Yasin kat kubur arwah.

Malamnya ada majlis tahlil. Lepas tahlil sempat borak ngan Kak Lin pasal waktu arwah meninggal.

Esoknya, lepas lunch gerak balik Terengganu. Before balik, sempat salam dan peluk Ayah Chik. Masa peluk Ayah Chik, sempat dia pesan "Kau tolong la doakan Mak Chik. Ayah Chik ni dah tinggal sorang-sorang dah". Apa lagi, berjurai-jurai la air mata aku keluar. Laju je. Sebelum tu dah sebak-sebak ngan Ayi tengok abah kesat-kesat mata lepas peluk Ayah Chik. Haduiii...

Dalam kereta pun menangis lagi teringat ayat Ayah Chik tu. Huuuhhh.. Memang ratu air mata aku ni!

Apa pun, ni pun dah seminggu lebih arwah pergi. Doanya, arwah berada di kalangan orang beriman. Dan sesiapa yang baca entry ni, harap dapat la sedekahkan al-Fatihah untuk Allahyarhamah Mahani bt Othman. Semoga rohnya tenang di sana. Aminnnn.



OppsieDoppsie: Ni entry ketiga kisah kematian saudara-mara untuk tahun 2010. Al-Fatihah buat semua. Sesungguhnya, mati itu adalah benar dan setiap hari makin menghampiri kita. Semoga kita mati dalam iman yang sempurna dan terpelihara. InsyaAllah.


Bersediakah aku?

2 comments:

Iron Lady, Lisa said...

lisa yg xde kene mengene pn boleh begenang air mata baca entry ni. hukkk.. sedih.. teringat famli member lisa yg dh pergi dlu. tah bile2 masa kte pulak kn.. da la dosa bnyk, amal x cukup ni. ya Allah takutnye.. =(

alfatihah juga buat arwah..

wanyusnira said...

tula lisa.. sampai arini still bergenang air mata kalo teringat.. beringat jgk utk diri sendiri.. doakan kita semua dalam keadaan bersedia bila sampai masa kita nnt.. insyaAllah.. :)