Pages

10.31.2010

Halloween Special: Berani atau Bangang?

Salam semua!

Kalau tahun lepas aku cerita pasal pengalaman aku menginap kat Hotel Samudera, Besut maka hari ni aku nak cerita kisah yang berlaku lebih kurang 2 minggu lepas. Bukan pengalaman ternampak entiti ke apa, cuma pengalaman kisah benar. Hehehe..

Jumaat lepas ada cerita Exorcist kat SMV. Aku pulun jugak tengok cerita tu walaupun dah tengok sebelum ni. Tapi tak tengok sampai habis sebab serem pulak tengok sorang-sorang kul 4 pagi. Kurus semangat weiii..

The Exorcist


Pastu ada satu scene masa mak Regan naik ke loteng sebab dengar bunyi bising yang disangkakan tikus. Masa mak dia bukak lampu loteng tu, tak menyala pulak. Sanggup mak dia naik atas pakai lilin je. Creepy giler. Dalam hati dah berdebar-debar takut terserempak hantu atau dalam erti kata lain muncul hantu secara tiba-tiba dan aku menjerit sorang-sorang tengah malam mengejutkan seisi rumah. Harus cover macho sebab nanti kena marah sebab menjerit tak tentu pasal. Dan kita sebagai penonton ni dalam hati memaki mak Regan sebab berani tak bertempat. "Bongok!! Tunggu je la esok!! Tak pun suruh pakcik tukang kebun tu tengokkan nanti!!!"

Scene mak Regan baru balik dari spital. Dia dah rasa seram sejuk time nih.


Haa... Korang yang tengok movie seram ada tak cakap camtu tiap kali hero/heroin bajet-bajet macho pergi siasat bunyi/suasana pelik semacam? Tapi kan, kalau benda camni terjadi kat korang, agak-agak korang semua akan pergi investigate tak? Ada berani? Atau tunggu esok je? Tapi aku rasa naluri ingin tahu manusia lagi tinggi dari perasaan takut tu sebab kita akan cuba siasat punca bunyi pelik tu, betul tak? Boleh ke korang tidur dengan tenang tanpa tahu punca bunyi tu? Mungkin ranting pokok, atau kucing cakar pokok atau sesuatu lain yang duk mencakar pokok sebelah bilik kita..? Tak siapa tahu selagi tak siasat kan...

Ok. Sekarang pengalaman aku pulak. Kisah aku bukan terdengar bunyi pelik tapi kisah di malam hujan lebat....

Sekarang ni dah nak start musim monsun kat pantai timur. So kebanyakan hari dah mula hujan. Sepanjang hari atau waktu-waktu tertentu saja. Malam tu aku tidur macam biasa la. Aku lupa masa aku tidur tu dah start hujan ke belum.

Tengah syiok tidur nyenyak tanpa mimpi seperti kebiasaannya, tiba-tiba aku rasa ada air menitik kat muka aku. Ish.. spoil je. Rupanya bocor pulak sebab hujan lebat. Tengok jam baru kul 2.30am. Terus pergi bukak lampu, alihkan tilam. Aku tidur kat tilam bawah. So angkat tilam ketepi. Pastu turun ke dapur ambik baju yang dah nak basuh nak lap lantai. Dah lap lantai, tengok kat tingkap pun dah masuk air sebab tempias. Hujan lebat bercampur angin kencang. Memang tempias teruk la. Turun ke dapur sekali lagi ambik baju kotor. Letak kat tingkap pulak. FYI bilik aku ni pakai tingkap naco.

Tingkap naco ye anak-anak. Abaikan background laut & yacht ituu


Salah satu tingkap tu banyak giler air masuk sebab daun pokok pisang (tanaman abah tercinta) betul-betul sebelah tingkap tu dah jadi macam gutter alir air hujan mencurah-curah ke tingkap. Kebetulan pulak kat bawah tingkap tu ada plag banyak-banyak. Bimbang pulak takut ada short circuit ke apa nanti. Kang rentung rumah tu, naya la wei..


Sketch kedudukan tingkap kat bilik


Bila dah risau ni aku tak pikir panjang. Korang tau aku buat apa? Aku bukak tingkap, hulur tangan ke luar, patah-patahkan daun pisang tu. Haa.. korang jangan lupa masa tu kul 2.30 am dan hujan tengah lebat. Ditambah pulak hujan lebat giler memang tak nampak clear kat luar. Pencahayaan pun malap-malap je dari bilik aku. Tengah aku patah-patahkan daun pisang tu, tetiba aku teringat scene cerita The Haunting In Connecticut yang roh budak tu mengintai-ngintai dari luar tingkap. Terus bulu tengkuk berdiri, cepat-cepat aku tarik tangan aku, tutup tingkap. Teringat jugak yang pokok pisang ni sinonim ngan orang minyak. Hish! Nasib baik takde pape. Terus tarik tilam tidur kat luar.


Roh budak tu mengintai kat tingkap tu..


Esoknya aku cerita kat family aku pasal tindakan refleks aku semalam reaksi dorang semua sama; KAU GILE???!!



OppsieDoppsie: Ni bukan lagi bangang tapi dah tahap gile. Aku pun tak percaya aku buat camtu T.T



Gile,

No comments: