Pages

10.20.2010

Kenapa Aku Jarang Update

Salam semua!


Aritu aku YM ngan Amar dia cakap sejak aku menang contest aritu aku dah jarang update blog. Aku pun kurang jelas ngan motif statement Amar tu tapi aku tafsirkan sebagai "Ko eksen eh Yus sejak menang kontes". Sila baca ayat tafsiran aku tu dalam nada yang agak dengki berbaur jeles. (Amar, jangan marah kalau aku silap tafsir. Hehe). Mari aku bagitau kenapa aku jarang update bulan ni. Mari mari..


Sebab No. 1:


Aku busy tahap gaban kat opis. Kalau gaban sempat tukar baju dalam masa 0.00007 saat di belakang batu, aku tak sempat langsung nak tukar baju. Bukan sekadar tugas harian yang tak menentu kadar dan kapasitinya tapi jugak hal pindah-randah opis. Kami ni ibarat orang nomad yang berpindah-randah tak tentu pasal bawak kerusi meja komputer printer scanner mesin fotostat fail-fail dan yang sewaktu dengannya dari tingkat 10 ke tingkat 9. Serius aku tak tipu bila aku cakap kitorang bawak barang-barang yang aku sebut tadi sebab memang kitorang literally mengusung segala macam harta karun kami tu turun bawah. Yang sadisnya, kitorang nak taknak kena turun bawah walaupun tempat untuk kami kat bawah belum clear lagi untuk diduduki dan masih berpenghuni. So, terpaksa la buat penempatan sementara (rujuk entry sebelum ni pasal bilik gerakan banjir tu). Dan dah masuk 2 minggu, still tak setel lagi urusan pindah-randah ni. Cuma aku baru dapat bilik aku semalam. Walaupun still tak sempurna dan still ada saki-baki barang empunya bilik terdahulu iaitu 2 bijik almari fail besar gedabak lengkap dengan fail-failnya sekali, tapi aku pasrah je la. Tapi still ada barang-barang aku yang belum unpack still duk dalam kotak. Esok la kot. Hari ni baru datang geng wireman nak tentukan point internet & telefon.


Sebab No.2:


Aku sebagai bakal pengantin harus la busy (lagi sekali alasan busy) pasal preparation kawen. Hahah.. Tapi takdela tahap berkejar ke sana kemari sampai tak sempat duduk kan. Kad kawen dah siap design. Tinggal nak touch up sket lagi before hantar printing. Photog dah book. Tapi belum bayar deposit lagi sebab photog tu belum bagi n akaun bank lagi. Appoinment HIV test dah buat. Isnin depan. Tempah baju belum lagi tapi dah tahu nak tempah kat mana. Idea kek kawen dah ada dalam kepala :) Weekend ni pergi KL untuk konvo Ayie. Sambil pergi cari kain untuk baju pengantin and try cari cadar sekali kalau ada. Yang lain akan update kemudian.


Sebab No.3:


Ni sebenarnya paling banyak consume masa aku. Side project. Aku sekarang dah registered as consultant Tupperware Brands. So, sekarang tengah set up blog untuk jual online. So banyak masa habis kat sini. Edit gambar, upload gambar, scan katalog dan sewaktu dengannya. So, kalau korang berminat nak beli barang Tupperware, boleh browse blog Tupperware aku. Baru je launch. Still banyak lagi nak update. So kalau korang geng parti Tupperware, moh la jenguk  blogshop aku ni. Nanti aku nak adakan promotion untuk opening so korang jenguk-jenguk la. Mana tahu dapat diskaun ke, harga ahli ke. Nak?


Sebab No.4, 5, 6 dan seterusnya:


Sebab ni adalah perkara-perkara emergency yang tak dapat dielakkan lagi. Contohnya malas, nak tengok tv, ada cerita best, mengantuk, malas, idea banyak sangat sampai bercabang-cabang, side project lain, malas, malas menaip dan takde masa. Tapi sebab aku ulang perkataan malas 3 kali, korang paham-paham la maksud aku. Hahahah!


Oke la. Dah sakit bahu menaip. Lain kali aku cerita lagi. Kalau berkesempatan, aku update pasal pindah-randah opis. Tempek gambar sekali. Baru korang paham maksud aku. Dan nampak situasi aku dan sahabat seperjuangan. Heheh.. Ok. Adios muchahos!


OpssieDoppsie: Dalam minda ada rancangan nak join satu lagi kontes. Nanti dah submit aku bagitau kontes ape. Shhhhh...



AkuStatik,

No comments: