Pages

11.30.2010

DVD Review: Meat Grinder

"SAW was just an appetizer. Welcome to the Main Course"

Salam semua!

Hari ni aku nak bagi DVD review pasal movie Thai ni, Meat Grinder. Cerita ni released tahun lepas. Aku tahu pasal movie ni pun kebetulan masa duk browse YouTube tengok trailer movies. Dan kebetulan weekend lepas masa gi KL, sempat singgah kedai DVD feveret aku dan terjumpa pulak DVD ni. Terus sambar la wei!

Some details on Meat Grinder:

Title: Cheuuat Gaawn Chim (Meat Grinder)
Duration: 90 min
Genre: Horror
Director: Tiwa Moeithaisong
Writer: Tiwa Moeithaisong
Stars: Mai Charoenpura, Anuway Niwartwong and Wiradit Srimalai


Meat Grinder ni berlatarbelakangkan tahun 70an. Kisah Buss yang bukak gerai noodle bergerak. Gerai dia ni agak kurang laris. So setiap hari Buss tunggu je pelanggan datang. Sehingga la satu hari, ada rusuhan kat laluan gerai dia tu. Sorang lelaki, Attapon tolong Buss lari selamatkan diri. Lepas semua dah reda, Buss pergi ke gerai dia dan bawak balik gerai dia ke rumah. Bila dah kat rumah, baru dia sedar ada mayat mangsa rusuhan kat dalam cart dia tu. So, dia pun taknak membazirkan daging segar tu maka dia gunakan daging mangsa rusuhan tu untuk buat meatball dalam noodle dia. Nyum nyum!

Buss mula bukak kedai noodle kat rumah dia dan kedai dia memang laris giler! Customer dia tak tahu dorang duk makan meatball manusia. Yucks!!

Movie ni banyak flashback kisah Buss dari kecik dan sebab-sebab dia jadi psiko. Dan banyak persoalan time tengok movie ni terjawab di akhir cerita. Dan.. kalau korang ni ngeri tengok SAW, aku sarankan korang takyah la nak beranikan diri tengok cerita ni sebab bagi aku, Meat Grinder lagi ngeri dari SAW. Aku still boleh tengok maraton SAW 1-4 serentak. Tapi yang ni aku serender la wei. Tak sanggup nak tengok lagi sekali. Ampunn..

Dan penghujung cerita, walaupun Buss tu psiko dan hati kering bunuh orang sana sini sebenarnya kehidupan dia sangat menyedihkan. Kitorang kesian kat watak Buss ni. Keadaan yang buat dia jadi macam ni.

Aku tak sure aku beli DVD ni version cut ke uncut sebab kalau yang version Thai, dah banyak yang cut. Kalau version UK, full uncut. Kalau nak tau lebih lanjut pasal ni, bole tengok perbezaan cut & uncut version kat sini dan sini

Okela. Dah azan dah ni. Sebelum chow, aku tinggalkan korang dengan trailer Meat Grinder. Enjoys!







OppsieDoppsie: Kudos Thai film makers for great movies!



Seram nak makan bihun sup,

11.29.2010

Siap-siap dan Hadir

Salam semua!

Lama giler tak update. Huhuu.. Busy banget ah! Hari Rabu pergi tengok rehearsal Hari Inovasi. Hari Khamis dah Hari Inovasi. Masuk opis tengahari terus tungkus lumus siapkan kerja sebab nak cuti hari Ahad. Malam tu dah berambus ke KL. Fuhhh

Plan weekend lepas tercapai. Pergi Jalan TAR+Sogo cari barang-barang kawen. Pergi Nilai 3 cari barang-barang kawen lagi (kempis poket kat Nilai.. hadoi..). Dan akhir sekali pergi kenduri trainee aku masa kat RPM, Cik Puan Zie. Tercungap-cungap kejar masa. Kaki lenguh bagai sebab berjalan 2 hari non-stop. 

Membeli barang kawen ni rambang mata jugak sebab banyak betul yang cantik-cantik dan menarik tertarik. Kalau nafsu tinggi memang banyak la yang aku borong. Tapi memandangkan poket tak berapa tebal, tinggi Everest sekalipun nafsu itu, takde la kau nak borong semua kan?? Nasib baik aku sedar diri. Jadi, beli ikut bajet walaupun ada sedikit frust sebab jumpa bekas hantaran yang aku memang berkenan tapi boleh dapat promotion BUY 1 FREE 1 lepas aku dah beli bekas hantaran kat kedai lain. Takkan la nak burn pulak 11 dulang yang haku dah beli tu???? Maka aku pasrah je la. Irman dah cakap, "Sabar je la awak". Maka aku sabar tapi still ada frust la sikit-sikit.


Cantik pulak benda alah ni kat pintu masuk kedai ZC yang baru tu..

Pastu kat kedai tu duk pilih-pilih bunga, jumpa pulak batu berlumut yang tipu macam kat hantaran kawen Raja Farah tu. Entah kenapa aku macam suke giler kat batu berlumut tu. Aku pun tak paham. Padahal kalau batu yang betul-betul berlumut tu, memang aku geli nak pegang sebab lembik-lembik licin sejuk je kan. Tapi batu berlumut aritificial ni, bukan main suka pulak aku. Pelik tapi benar betul. 


Batu berlumut tipu bertaburan kat lantai

Hantaran kawen Raja Farah

Zoom part batu berlumut tu. Kiut!

Balik dari Nilai, memang penuh satu kereta barang-barang kawen. Dah la aku ngan mak nak balik Terengganu naik bas. Harus la kena letak semua tu dalam kotak. Harap-harap pakcik drebar bas tak marah kitorang bawak barang banyak-banyak ni. 

Hari Ahad 28/11/2010, pergi kenduri Zie. Zie ni trainee aku masa kat RPM. So of cos la lagi muda dari aku kan. Dan seperti yang aku bajet dulu la, Zie yang kawen dulu daripada kitorang semua. Kan betul. Aku ngan Irman dah agak lewat jugak la sampai kat kenduri tu. Kenduri sampai kul 4, kitorang sampai dah kul 3 lebih. Orang pun dah tak ramai. Tapi tak kesah la. Janji datang kan. Dan dapat la jumpa Amar. Geng kitorang kat RPM dulu. Mamat ni dah selamat kerja kat Petronas sekarang. Still available. So, sape-sape nak kenal Amar yang kerja kat PETRONAS ni, boleh PM aku. Hahaha

Nak amik gambar pelamin sebenarnya. Abaikan orang ramai depan tu.

Yes. Puan Ziana posing depan pelamin. En hubby dah MIA time nih.

Kami bakal pengantin sebuk nak ambik berkat katanya.

Kami lagi :p

Amar dan GF kontraknya.

Tiba-tiba aku rasa Irman tak tinggi mana bila si Amar 6-footer ni ada dalam frame nih. Zie takyah komen la kan. Hahah

Lepas je kitorang abis bergambar, barula muncul husband Zie. Masa tu kitorang pun dah nak blah, maka tak sempat snap gambar dorang berdua. So Puan Nurulziana & En Khuszaimie, kami doakan semoga kekal bahagia ke akhir hayat. Cepat-cepat dapat baby! Hahah

Semalam bas kul 10. Memang penuh satu compartment tempat simpan barang tu ngan barang-barang aku. Nasib baik pakcik drebar bas tak cakap pape. Tapi masa nak turun tu, dia tanya aku ni kuat smoking ke sampai beli rokok berkotak-kotak? FYI, Irman yang bagi kotak-kotak tu kat aku. KOTAK ROKOK!!! Tapi takpe, janji kami dan barang-barang selamat sampai. Alhamdulillah!

Dan hari ni kat opis, aku terjumpa website yang boleh buat ni:

Mangatar aku!

Tu rambut khayalan dan impian. Kalau boleh buat yang pakai tudung, memang aku buat Mangatar aku bertudung la kan. Boleh customize semua dari bentuk muka sampaikan nak pakaikan mekap ke tak. Walaupun aku rasa aku tak sekiut ni tapi boleh la. Bila lagi nak berangan kan? Bahaha!! Kalau korang nak buat Mangatar korang jugak, sila klik link ini

Ok. Malas dah nak tulis lagi. Nanti aku update lagi. Tata!



OppsieDoppsie: Nak guna Mangatar aku tu kat FB dan macam-macam lagi. Hahaha


Fenat,

11.23.2010

Perkara-perkara Menyekat Rezeki

Mudah-mudahan dimurahkan rezeki kita. Aminn
Salam semua!

Tadi terbaca 1 entry menarik kat blog delarocha dan rasanya wajar dikongsi bersama nih! Maka, toksah cakap banyak, kita tempek aje kat sini pulak:

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1.
tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid. (Jangan tidur kat masjid pas solat Jumaat ye)
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri. (Yang ni rasanya majoriti orang buat)
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.


Banyak kan benda-benda kecik yang kita sedar boleh sekat rezeki kita. Maka, lepas ni kena cuba elakkan benda-benda kecik ni supaya muraaaaahhh rejeki kita. InsyaAllah.
OppsieDoppsie: Kena tempek list ni kat rumah baru tak lupa kot. Owh!

Saya mau murah rezeki!

Terima kasih daun keladi..

Macam-macam bahasa nak cakap TERIMA KASIH

Salam semua!

Pagi buta dah tulis blog. Kehkehkeh.. Well.. sebab semalam buat entry dari blog sifu Ben Ashaari, maka bertambah la kenalan blogosphere dan bertambah la aktiviti melompat dari satu blog ke blog yang lain. Hohoo.. Boleh la tambah idea kan.. Dan kudos untuk Ben Ashaari yang bagi peluang kat blogger-blogger baru (dan lama) ni nak kena-kenal.

So, pada yang sudi singgah ke blog aku ni, TERIMA KASIH DAUN KELADI, JANGAN JENGUK SEKALI JE, JENGUK LA BERKALI-KALI (dah macam bagi warning pulak tulis pakai caps lock. Bos aku dulu cakap kalau tulis SMS semua huruf besar maknanya tengah marah.. Kikiki..). Jangan malu-malu nak tinggalkan komen/kritikan/cadangan/idea/kutukan/cercaan dan yang sewaktu dengannya. Semua dialu-alukan. 

"Aku bersyukur sebab ramai unique visitor semalam, bertambah follower, bertambah kawan, bla bla bla.."

Ok. Nak sambung kerja pulak. Adios!! 

**credit to Google for images


OppsieDoppsie: Semalam tak abis lagi jelajah semua yang komen kat blog BA. Sambung malam karang pulak. 


Yeah!

11.22.2010

BLOGGER IN DA HOUSE : KHAS BUAT BLOGGER BARU

Salam all!

Tadi jenguk blog lain, terserempak pasal entry ni. So, aku pun mau bikin jugak la entry cenggini walopun aku bukan blogger baru.. Hohoho


Ini linknye..

Blog aku ni, kadang-kadang aku cerita pasal kehidupan harian aku, kadang-kadang aku post email-email menarik yang aku terima dan rasanya wajar dikongsi dengan semua, kadang-kadang tips dan macam-macam ikut mood. Aku ni kalau berpeluang, memang akan update. Tapi bukan la blogger hardcore yang akan update entry setiap 3 jam sekali. Tak sempat meh.. So, selalu kalau ada benda best yang aku rasa nak share, aku akan post kat sini.

So blogger baru, boleh la jenguk-jenguk blog akak yang tak seberapa ni (merendah diri gitu) dan kalau yang dah follow, trimas! Yang belum follow, jangan malu-malu k. Nanti I follow U balik k!


OppsieDoppsie: Layak ke masuk entry ni En Ben? Huhuh


Blogger oldtimer bukan otai,

11.20.2010

Hari Raya Haji

Salam semua!

Kalau kat Terengganu kitorang sebut Raya Aji. Hehe.. Tahun ni raya macam biasa. Pergi rumah family Shuk sebab dia buat akikah Budriz. Pastu malam pergi rumah Teh pulak. Esoknya, pergi beli barang-barang kawen sket, barang dapur. Petang pergi raya rumah Ayah Long pulak. Sakan jugak kan.


Kat rumah Shuk

Budriz tidur tersenyum-senyum :p

Aku pulak yang tertidur kat kerusi. Abah eksen pakai spek itam dalam umah.

Ayi dan kasut baru. Semua orang menyampah tengok kasut tu. Yucks!

Di rumah Teh pulak. Budriz masih tidur. ZZZzzz

Ni kat rumah Ayah Long.


Kat rumah Ayah Long lagi.

Aleesya kat rumah. Tak beraya sebab nak tidur buai. Huhu

Oke. Tu je update. Malas nak tulis lagi. Tata




OppsieDoppsie: Nasib baik tak hujan time raya :D

11.11.2010

HHD Birthday Giveaway. Yay!!

Salam semua!


Pagi-pagi dah nak bagitau ada birthday give away. Yay!! Bukan birthday aku, tapi birthday tauke Hazdi Home Decor. Kalau korang suka buat kerja-kerja kreatif inovatif yang kiut-kiut tu, mesti korang takkan lepaskan peluang jenguk & shopping kat HHD ni. Macam-macam ada. Kain felt yang macam-macam kaler & corak, buttonierres, reben, decoupage kit, wooden pinch dan macam-macam lagi la. Spesis aku yang suke kumpul benda-benda kiut walaupun tak tau bila nak pakai memang suka beli benda ni semua. Dah penuh satu kotak dah. Hehe..

Oke. Dah bagi serba-sedikit info pasal HHD. So meh aku tempek pulak pasal HHD birthday give away pulak. Mari kita tengok apa syaratnyaaaa...!

senang sangat2 nak join HHD Birthday Giveaway ni :

  • Duration : 11.11.2010 => 21.11.2010
  • Step :
  1. NEED TO FOLLOW HHD => 2nd para of this blog)
  2. ADD HHD IN YOUR BLOGLIST/FACEBOOK
  3. NEED TO SHARE THIS GIVEAWAY => STATE THE LINK HERE => in your BLOG or FACEBOOK
  4. DON'T FORGET TO LEAVE YOUR NAME =>choose u as the LUCKY WINNER
On top of that PLEASE WRITE ALL OF YOU PARTICIPATING DETAILS IN THIS POST COMMENTS


Saya akan menggunakan khidmat anak-anak saya utk memilih :
5 PEMENANG BERTUAH dan memenangi HADIAH MISTERI
Gambar hadiah akan dipaparkan kemudian...




Oke. Sekarang mari aku cukupkan syarat penyertaan aku pulak.


Syarat #1:  NEED TO FOLLOW HHD


Awal-awal lagi dah Follow HHD. Sebelum GA ni lagi. Jadi nampak sangat memang bukan follow HHD semata-mata untuk menang kan?? Haha.. Aku dah siap beli wooden pinch lagi dari HHD. Oke... mari kita buktikan:

Circled in red.

Syarat #2: ADD HHD IN YOUR BLOGLIST/FACEBOOK

Sememangnya HHD dah ada dalam list Shop Online! blog aku. Tak perlu susah-susah tambah lagi. Bukti lagi?

Memang dah dalam list. Bersama online shop kawan-kawan. Heheh

Syarat #3: NEED TO SHARE THIS GIVEAWAY

Syarat #4: DON'T FORGET TO LEAVE YOUR NAME

Ok. Segera tinggalkan permalink entry anda kat ruangan comment post GA tadi k. Aku pun nak tempek satgi.

Hadiah tak diumumkan lagi. Tapi GA lepas, HHD bagi ni:



Hadiah bernilai RM150 dari HHD store. Sape taknak wei??!!

So, adakah hadiah kali ni sinonim dengan yang sebelum ni? Kita tungguuuuuuu!!


OppsieDoopsie: Sape la gamaknya anak-anak taukeh HHD ni? Cepat ngaku! Aku nak belanja eskrem Royal Dutch sorang satu. Boleh gitu?


Saya mau!!

11.08.2010

Waiting For The End - Linkin Park

Linkin Park acronymImage via Wikipedia


First time dengar lagu ni time siap-siap nak gi kerja. Masa dengar tu dah tanya Sasa, "Sa, ni lagu Linkin Park ke?" Rasa macam suara Chester tapi pelik sebab tak jerit-jerit sakit tekak tu. Then DJ tu bagitau tu single baru LP. Wow.

At first macam tak suka. Tapi bila dengar for the second time, terus teringat-ingat lagu ni. Tadi baru teringat nak search lagu ni. Tak tahu tajuk apa. And nak download kat 4shared takde lagi. So tengok official video kat LP YouTube channel je la. And sadly, tak boleh nak embed the video just yet T_T

So, let me just share this static video from youtube so you can enjoy the song :)




 

Waiting for the End


This is not the end, this is not the beginning
Just a voice like a riot rocking every revision
But you listen through the tone and the violent rhythm and
Though the words sound steady, something empty's within 'em
We say yeah / with fists flying up in the air
Like we're holding onto something that's invisible there
'Cause we're living at the mercy of the pain and fear
Until we dead it / forget it / let it all disappear

Waiting for the end to come / wishing I had strength to stand
This was not what I had planned
It's out of my control
Flying at the speed of light / thoughts were spinning in my head
So many things were left unsaid
It's hard to let you go

I know what it takes to move on
I know how it feels to lie
All I want to do is trade this life for something new
Holding on to what I haven't got

Sitting in an empty room / Trying to forget the past
This was never meant to last
I wish it wasn't so

I know what it takes to move on
 I know how it feels to lie
All I want to do is trade this life for something new
Holding on to what I haven't got

What was left when that fire was gone
I thought it felt right but that right was wrong
All caught up in the eye of the storm
And trying to figure out what it's like moving on
And I don't even know what kind of things I said
My mouth kept moving and my mind went dead so
Picking up the pieces now where to begin
The hardest part of ending is starting again

All I want to do is trade this life for something new
Holding on to what I haven't got

This is not the end, this is not the beginning
Just a voice like a riot rocking every revision
But you listen through the tone and the violent rhythm and
Though the words sound steady, something empty's within 'em
We say yeah / with fists flying up in the air
Like we're holding onto something that's invisible there
'Cause we're living at the mercy of the pain and fear
Until we dead it / forget it / let it all disappear

 
(Lyrics taken from Linkin Park Official website. Not to forget the awesome official HD video for this song.)



Love this!

11.04.2010

1001 Renungan

Salam semua!


Hari ni tak sempat nak update tapi tadi terjumpa artikel menarik untuk di share. So, seperti biasa. Aku tempek aje kat sini. Minggu ni bizi giler! Huh!!


AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Hikmah sujud -

Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan

1. Biarkan posting ini tetap dalam blog ini. Insya Allah tidak akan ada sesuatu yang terjadi pada diri anda.

2. Share info ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah redha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.

AMIN.

Surah Al-Munaafiquun :
Ayat : 9
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi.
Ayat : 11
Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT, ia adalah WAJIB:


Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya. Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.....


Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.

Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita yang nyata.



Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan - As-Syuraa: 25



Insaf,