Pages

11.30.2010

DVD Review: Meat Grinder

"SAW was just an appetizer. Welcome to the Main Course"

Salam semua!

Hari ni aku nak bagi DVD review pasal movie Thai ni, Meat Grinder. Cerita ni released tahun lepas. Aku tahu pasal movie ni pun kebetulan masa duk browse YouTube tengok trailer movies. Dan kebetulan weekend lepas masa gi KL, sempat singgah kedai DVD feveret aku dan terjumpa pulak DVD ni. Terus sambar la wei!

Some details on Meat Grinder:

Title: Cheuuat Gaawn Chim (Meat Grinder)
Duration: 90 min
Genre: Horror
Director: Tiwa Moeithaisong
Writer: Tiwa Moeithaisong
Stars: Mai Charoenpura, Anuway Niwartwong and Wiradit Srimalai


Meat Grinder ni berlatarbelakangkan tahun 70an. Kisah Buss yang bukak gerai noodle bergerak. Gerai dia ni agak kurang laris. So setiap hari Buss tunggu je pelanggan datang. Sehingga la satu hari, ada rusuhan kat laluan gerai dia tu. Sorang lelaki, Attapon tolong Buss lari selamatkan diri. Lepas semua dah reda, Buss pergi ke gerai dia dan bawak balik gerai dia ke rumah. Bila dah kat rumah, baru dia sedar ada mayat mangsa rusuhan kat dalam cart dia tu. So, dia pun taknak membazirkan daging segar tu maka dia gunakan daging mangsa rusuhan tu untuk buat meatball dalam noodle dia. Nyum nyum!

Buss mula bukak kedai noodle kat rumah dia dan kedai dia memang laris giler! Customer dia tak tahu dorang duk makan meatball manusia. Yucks!!

Movie ni banyak flashback kisah Buss dari kecik dan sebab-sebab dia jadi psiko. Dan banyak persoalan time tengok movie ni terjawab di akhir cerita. Dan.. kalau korang ni ngeri tengok SAW, aku sarankan korang takyah la nak beranikan diri tengok cerita ni sebab bagi aku, Meat Grinder lagi ngeri dari SAW. Aku still boleh tengok maraton SAW 1-4 serentak. Tapi yang ni aku serender la wei. Tak sanggup nak tengok lagi sekali. Ampunn..

Dan penghujung cerita, walaupun Buss tu psiko dan hati kering bunuh orang sana sini sebenarnya kehidupan dia sangat menyedihkan. Kitorang kesian kat watak Buss ni. Keadaan yang buat dia jadi macam ni.

Aku tak sure aku beli DVD ni version cut ke uncut sebab kalau yang version Thai, dah banyak yang cut. Kalau version UK, full uncut. Kalau nak tau lebih lanjut pasal ni, bole tengok perbezaan cut & uncut version kat sini dan sini

Okela. Dah azan dah ni. Sebelum chow, aku tinggalkan korang dengan trailer Meat Grinder. Enjoys!







OppsieDoppsie: Kudos Thai film makers for great movies!



Seram nak makan bihun sup,

2 comments:

Anonymous said...

Hi! I just wanted to ask if you ever have any trouble
with hackers? My last blog (wordpress) was hacked and I ended up losing months of
hard work due to no backup. Do you have any methods
to prevent hackers?
my web site > slow computer

Anonymous said...

reported the majority settle their own lending products promptly and without the need of penalty charges
A top arrears charitable organisation wants the sheer number of people switching to these folks meant for allow above payday loans loans to help you two times that. debts nonprofit charities affirms near used the actual payday, excessive fascination borrowing products this year. Typically the charitable suggests a couple of years previously the sheer number of customers with them ended up being small.
polecana witryna
szybka pożyczka
pożyczka na dowód
szybka pożyczka
kredytybezbik24.net.pl
pozyczki-prwatne.com.pl
pożyczka przez internet dla zadłużonych
najlepsza pożyczka gotówkowa ranking
pożyczka na dowód
pożyczka na dowód