Pages

11.23.2010

Perkara-perkara Menyekat Rezeki

Mudah-mudahan dimurahkan rezeki kita. Aminn
Salam semua!

Tadi terbaca 1 entry menarik kat blog delarocha dan rasanya wajar dikongsi bersama nih! Maka, toksah cakap banyak, kita tempek aje kat sini pulak:

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1.
tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid. (Jangan tidur kat masjid pas solat Jumaat ye)
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri. (Yang ni rasanya majoriti orang buat)
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.


Banyak kan benda-benda kecik yang kita sedar boleh sekat rezeki kita. Maka, lepas ni kena cuba elakkan benda-benda kecik ni supaya muraaaaahhh rejeki kita. InsyaAllah.
OppsieDoppsie: Kena tempek list ni kat rumah baru tak lupa kot. Owh!

Saya mau murah rezeki!

9 comments:

Fitrah Adnan said...

macam mana pula kalau rumah orang tu hanya ada 1 bilik mandi?? mknenye tempat berhadas sama dengan tempat ambil wuduk...makruh ke??

lagi belajar ngeblog said...

assllmkm ,,salam jumpa sobat

wanyusnira said...

Fitrah: tula kan.. xsure la hukumnya.. kena tanya yg lebih pakar

lagi belajar ngeblog: salam jumpa! :)

suhaila said...

thanks for sharing..byk yg saya x tahu..

lagi belajar ngeblog said...

assllmkm,,terima kasih atas kunjungan baliknya,,salam hangat dari indonesia,,dan semoga kita akan selalu menjadi saudara selama-lamanya
sukses terus buat dakwahnya
semoga islam tetap berjaya

yahaya said...

bagus entri ini...

Cik Ila said...

Cik Ila ade tag kat blog tau! :)

wanyusnira said...

suhaila: sama2. saya pun byk tak tahu. huhu

lagi belajar ngeblog: sama2. insyaAllah.. :)

yahaya: mekasih! ni saya dapat dari blog delarocha. byk entry menarik kat sana :)

cik ila: oke!

Amy Syaquena said...

salam kenal..

amy singgah sini baca entry sambil follow , jemput ke sinar raudah ye n happy blogging...