Pages

11.29.2010

Siap-siap dan Hadir

Salam semua!

Lama giler tak update. Huhuu.. Busy banget ah! Hari Rabu pergi tengok rehearsal Hari Inovasi. Hari Khamis dah Hari Inovasi. Masuk opis tengahari terus tungkus lumus siapkan kerja sebab nak cuti hari Ahad. Malam tu dah berambus ke KL. Fuhhh

Plan weekend lepas tercapai. Pergi Jalan TAR+Sogo cari barang-barang kawen. Pergi Nilai 3 cari barang-barang kawen lagi (kempis poket kat Nilai.. hadoi..). Dan akhir sekali pergi kenduri trainee aku masa kat RPM, Cik Puan Zie. Tercungap-cungap kejar masa. Kaki lenguh bagai sebab berjalan 2 hari non-stop. 

Membeli barang kawen ni rambang mata jugak sebab banyak betul yang cantik-cantik dan menarik tertarik. Kalau nafsu tinggi memang banyak la yang aku borong. Tapi memandangkan poket tak berapa tebal, tinggi Everest sekalipun nafsu itu, takde la kau nak borong semua kan?? Nasib baik aku sedar diri. Jadi, beli ikut bajet walaupun ada sedikit frust sebab jumpa bekas hantaran yang aku memang berkenan tapi boleh dapat promotion BUY 1 FREE 1 lepas aku dah beli bekas hantaran kat kedai lain. Takkan la nak burn pulak 11 dulang yang haku dah beli tu???? Maka aku pasrah je la. Irman dah cakap, "Sabar je la awak". Maka aku sabar tapi still ada frust la sikit-sikit.


Cantik pulak benda alah ni kat pintu masuk kedai ZC yang baru tu..

Pastu kat kedai tu duk pilih-pilih bunga, jumpa pulak batu berlumut yang tipu macam kat hantaran kawen Raja Farah tu. Entah kenapa aku macam suke giler kat batu berlumut tu. Aku pun tak paham. Padahal kalau batu yang betul-betul berlumut tu, memang aku geli nak pegang sebab lembik-lembik licin sejuk je kan. Tapi batu berlumut aritificial ni, bukan main suka pulak aku. Pelik tapi benar betul. 


Batu berlumut tipu bertaburan kat lantai

Hantaran kawen Raja Farah

Zoom part batu berlumut tu. Kiut!

Balik dari Nilai, memang penuh satu kereta barang-barang kawen. Dah la aku ngan mak nak balik Terengganu naik bas. Harus la kena letak semua tu dalam kotak. Harap-harap pakcik drebar bas tak marah kitorang bawak barang banyak-banyak ni. 

Hari Ahad 28/11/2010, pergi kenduri Zie. Zie ni trainee aku masa kat RPM. So of cos la lagi muda dari aku kan. Dan seperti yang aku bajet dulu la, Zie yang kawen dulu daripada kitorang semua. Kan betul. Aku ngan Irman dah agak lewat jugak la sampai kat kenduri tu. Kenduri sampai kul 4, kitorang sampai dah kul 3 lebih. Orang pun dah tak ramai. Tapi tak kesah la. Janji datang kan. Dan dapat la jumpa Amar. Geng kitorang kat RPM dulu. Mamat ni dah selamat kerja kat Petronas sekarang. Still available. So, sape-sape nak kenal Amar yang kerja kat PETRONAS ni, boleh PM aku. Hahaha

Nak amik gambar pelamin sebenarnya. Abaikan orang ramai depan tu.

Yes. Puan Ziana posing depan pelamin. En hubby dah MIA time nih.

Kami bakal pengantin sebuk nak ambik berkat katanya.

Kami lagi :p

Amar dan GF kontraknya.

Tiba-tiba aku rasa Irman tak tinggi mana bila si Amar 6-footer ni ada dalam frame nih. Zie takyah komen la kan. Hahah

Lepas je kitorang abis bergambar, barula muncul husband Zie. Masa tu kitorang pun dah nak blah, maka tak sempat snap gambar dorang berdua. So Puan Nurulziana & En Khuszaimie, kami doakan semoga kekal bahagia ke akhir hayat. Cepat-cepat dapat baby! Hahah

Semalam bas kul 10. Memang penuh satu compartment tempat simpan barang tu ngan barang-barang aku. Nasib baik pakcik drebar bas tak cakap pape. Tapi masa nak turun tu, dia tanya aku ni kuat smoking ke sampai beli rokok berkotak-kotak? FYI, Irman yang bagi kotak-kotak tu kat aku. KOTAK ROKOK!!! Tapi takpe, janji kami dan barang-barang selamat sampai. Alhamdulillah!

Dan hari ni kat opis, aku terjumpa website yang boleh buat ni:

Mangatar aku!

Tu rambut khayalan dan impian. Kalau boleh buat yang pakai tudung, memang aku buat Mangatar aku bertudung la kan. Boleh customize semua dari bentuk muka sampaikan nak pakaikan mekap ke tak. Walaupun aku rasa aku tak sekiut ni tapi boleh la. Bila lagi nak berangan kan? Bahaha!! Kalau korang nak buat Mangatar korang jugak, sila klik link ini

Ok. Malas dah nak tulis lagi. Nanti aku update lagi. Tata!



OppsieDoppsie: Nak guna Mangatar aku tu kat FB dan macam-macam lagi. Hahaha


Fenat,

4 comments:

kEruL said...

serius kak yus nak kawen da.....waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh =)

wanyusnira said...

serius kerul... woohoooooooooooooooooo!!! XD

amaruddin said...

yus, apekah pencahayaan agung tu kat muka aku.hahaha.
btw, tengs promote.nak hubungi saya sila ON SUNYI ke 32999. ;)

wanyusnira said...

amar, mungkinkah cahaya keimanan?? hahaha!! pasni ramai la nk kejar jejaka petronas ni.. ngehngehngeh