Pages

12.30.2010

Tahniah Skuad Bola Sepak Malaysia & Selamat Bercuti!

Salam semua!

Pagi ni tak lain tak bukan mesti la pasal Malaysia menang AFF Suzuki Cup 2010. Tahniah dari seluruh rakyat Malaysia!!


Yeehaa!!


Dan esok PM dah umumkan sebagai public holiday. Wah!! Jeles la kami rakyat pantai timur sebab sememangnya esok our weekend. Tak boleh bagi untuk kami jugak ke? Huhu...

Tahniah untuk Safee Sali sebab jadi top scorer untuk AFF Suzuki Cup dengan 5 gol. Tahniah coach, K. Rajagobal sebab MU player, Rio Ferdinand pun puji Malaysia dalam twitter dia.


Bangga!!


Dah boleh tidur nyenyak mimpi indah dah.


And oh yes, nama paling laris disebut-sebut ialah our goolkeeper, Khairul Fahmi Che Mat. Pagi ni Fafau pun duk sebut FaraFahmi. Nora Danish pun sebut kat fb dia, Hanis Zalikha pun dah listkan dalam jejaka terhangat Malaya. Tapiiiiii... yang lain-lain tu tak payah la nak kacau. Ni belog awek dia, Elia. Gigit jari la korang... Kehkehkeh



OppsieDoppsie: Pengsan kalau dapat pakwe pujaan ramai gitu. So KFCM, jaga Cik Elia baik-baik. :)

Update: Terengganu cuti hari Ahad ni. Yabedabeduuuu!!




Tahniah!!

12.28.2010

Tak tahu nak cakap apa

Salam semua!

Aku in the middle buat post lain tadi tapi terpaksa simpan dalam draf dulu nampak gayanya. Tadi bos baru bagitau nak tukarkan aku ke Bahagian Arkitek nak suruh aku jaga projek istana. 

Aku memang dalam proses nak transfer ke KL after kawen nanti. Ni tiba-tiba bos cakap nak suruh tukar pulak. Dulu aku mintak tukar jaga projek takde respon. Ni lagi sebulan dua aku nak transfer ke KL baru nak suruh jaga projek. Dah la projek best. Awal-awal hari tu taknak bagi. 

Dan dia suruh tukar start 1 Januari 2011. Gile! Minggu depan la maknanya. Hadoi.. Rasa nak hantuk kepala kat dinding jek.


Walaupun aku tak botak tapi inila perasaan aku sekarang. Thanx Google.


OppsieDoopsie: Baru 2 bulan menyesuaikan diri di bilik baru, nama pun baru tempek kat pintu bilik semalam. Minggu depan dah kena berambus. Ohhh~~~



Danggg!

12.27.2010

Undergarment Shopping: Kenapa Perlu Bawak Husband / BF?!

Salam semua!

Baru sampai dari KL 4 am tadi. Pagi ni masuk kerja macam biasa. Ni tengah ngantuk-ngantuk kat opis. Zzzzzz...

Ok. Kita terus ke topik hari ni. Membeli-belah undergarment/underwear/lingerie. Benda ni dah lama aku tak puas hati tapi lupa nak ketengahkan. So, kebetulan minggu lepas pergi shopping a few undergarments kat Jusco, muncul balik isu ni. 


Bila sebut undergarments, haruslah terbayang Victoria's Secret Angels tengah catwalk kat runway. Woohoo!!

Aku prefer shopping undergarments kat Jusco sebab banyak selection. And also budget-wise.  So last weekend, pergi Jusco 1Utama. Ramai giler orang sebab tengah sale krismas kan. Tapi aku lagi prefer kat Jusco Sunway Pyramid sebab lebih privasi. Yang kat OU ni agak terbuka. Sebab dekat dengan perfume counters kot (?). 

So of course, bila beli undergarments ni, either panties or bras, aku memang agak segan nak memilih. Terutamanya kalau yang display kat tepi walkway. Segan beb orang duk tengok kita pilih!! Walaupun ada yang berkenan, memang lalu sepintas lalu je. Takde nak pegang-pegang tengok ada saiz ke tak. Sebab in my mind, once kita pilih-pilih tu, maybe some dudes yang just happened to be there akan nampak aku pilih-pilih dan automatically dorang tahu taste aku and silap haribulan, these dudes akan membayangkan aku dalam those undergarments!!! ***Pengsannn***

As we all know, guys are visual creatures. So, in their most wildest imagination or/and visualization, who knows apa yang dorang tengah bayangkan??? (Ok guys out there, kalau pernah buat benda camni baik ngaku jek!!). Aku tak boleh nak sekat apa yang dorang bayangkan tu, so better aku elakkan dari termasuk dalam bayangan-bayangan itu.

KPop craze?! Klik sini untuk dapatkan DiGi K-Pop Party 2011 passes!!

Now, back to the topic. So masa aku duk pilih-memilih ni, memang ada a few guys happened to be in that section too. Dangg! Aku memang tak suka ada perempuan yang tak malu segan heret laki/bf masuk section tu tolong pilih bra untuk dorang. What the f?? Fine, kalau lelaki yang diheret tu husband korang, aku paham la. Tapi kalau setakat bf, hape kejadahnya nak masuk menyibuk kat situ??? Hadoi.. 

Now, for these ladies yang bawak laki/bf, dorang ni tak fikir ke ada perempuan lain yang nak shopping bra/spender kat situ? Korang je ke yang nak beli bra? Hormat la orang lain. Even laki korang sekalipun, dia bukan laki semua perempuan kat situ. So, have some sensitivity la. Some people macam aku ni tak selesa bila ada lelaki in that section. So, kalau korang nak mintak pendapat husband korang, mintak la dia duk jauh sikit. Pick a few yang korang berkenan then tunjuk kat husband korang. Then let him pick. Tak payah la bawak dia sekali kat situ. Tak kan korang tak tahu taste laki korang kan.

And bagi yang menggedik-gedik bawak bf masuk sekali pilih bra/spender tu, rasa nak je aku lempang sedas dua. Dah alang-alang ajak pilih tu, why don't korang ajak dia masuk changing room sekali tengok sesuai ke tak? Malu pulak. So, show some respect. Bukan semua orang suka bf korang tolong pilihkan untuk kitorang sekali. Ok?


Nak mintak tolong bf korang kancingkan macam ni ke?

So, bila je ada lelaki kat section undergarments ni, agak terbatas bagi aku nak memilih. Aku tak suka ok. Sebab aku nak belek pun tak boleh. Nak check saiz lagi la payah bila ada lelaki kat situ. Lantak la kalau korang nak cakap aku ni perasan orang nak tengok aku pilih underwear tapi apapun, MEN SHOULDN'T BE IN WOMEN UNDERGARMENT SECTION!!!!


Korang patut pilih korang punya je. Pi jauh-jauh!


So, aku nak dengar jugak dari sesiapa yang pernah/selalu bawak husband/bf masuk pilih undergarment korang. Tell me your reason. Guys yang pernah meneman pun boleh share your thoughts here. Jangan malu-malu.



OppsieDoppsie:  Ada ke yang nak mengaku pernah buat cenggini??



Show some respect,

12.23.2010

Khas Untuk Adik Aku, Wan Yusnadhirah

Salam semua!

Giler ah hari ni dah 3 post berderet. Tapi aku tak kira. Aku nak jugak post entry ni. Tak kira tak kira!

Ni kalau adik aku baca harus la menangis tak renti-renti macam hujan kat luar sana. Tabahkan hati wahai adikku!


Aku & Irah time konvo Ayie.



Seperti yang aku post kat fb aku, adik aku ni dah dapat 8A untuk PMR tahun ni. Mengulang sejarah aku 12 tahun lepas. Ehem ehem. Tahniah, congrats!

Irah ni adik bongsu kami kat rumah. Paling bongsu. Nak kata manja, takde mana. Cuma malas sikit sebab kakak-kakak dah ramai nak buat kerja kat rumah. (Lepas ni kau dah kena buat kerja seperti biasa). Muehehe

Dia ni bab study, mengaji memang tip top. Takde nak ponteng-ponteng. Dari sekolah rendah lagi memang macam tu. Tu yang kami puji pasal dia ni. Study je kerjanya. Sehingga mengabaikan kerja-kerja rumah. 

Dulu masa sekolah rendah, aku tak banyak memori sangat pasal Irah. Sebab masa Form 4 aku dah duk hostel. Irah baru 4 tahun time tu. Kecik lagi. Pastu masuk UTM. Tapi tahu jugak la perangai dia ni time balik cuti sem. Dia ni ada penyakit tak boleh kerja sekolah tak siap. Memang akan jadi gila. Hahaha. Serius wei. Kalau dia tertidur sebelum sempat siapkan kerja sekolah, siap la mak aku. Dia kompom terjaga tengah-tengah malam pastu menyiapkan kerja sekolah dengan bercucuran air mata sambil mak aku temankan. Kadang-kadang dengan mak sekali join venture siapkan kerja sekolah dia. Gila kan? Aku dulu selamber je kerja tak siap, pagi esok sampai sekolah copy member punya. Kehkehkeh

Lagi satu penyakit Irah ni, dia mesti bangun awal pagi nak pergi sekolah. Dan orang lain tak boleh potong queue mandi dia. Kalau dia bangun tidur pastu dah ada orang lain mandi sebelum dia, siap la wei. Menangis la sampai ke sekolah. Gila kuasa dua!

Dia ni aku lupa darjah berapa dah khatam Quran. Siap dapat hadiah dari ustaz mengaji dia. Memang rajin kalau bab-bab mengaji dan sekolah. Kalau anak buah kitorang malas nak pergi mengaji, memang kena bebel berbakul-bakul la dari Irah. Dia ni pantang kalau orang malas-malas ni.

Tahun lepas masa aku start kerja kat Terengganu, dia dah excited sebab aku boleh jadi tutor dia mengajar Maths. Aku pulak kalau mengajar memang garang. Takde nak manja-manja. Sabar je la kan. Irah ni lost sket kalau aku ajar asyik lupa je. Tu yang jadi garang tu.

Irah ni dari kecik pegang rekod cemerlang. Masa UPSR pun dapat 5A. Dia je yang dapat straight A's UPSR. Kitorang semua sangkut kat Maths. Wakaka! 

Tadi Angah yang bagi SMS cakap Irah dapat 8A. So, dah pegang rekod straight A's dalam semua exam la. Semoga nanti dapat straight A's jugak untuk SPM. InsyaAllah.

Kepada Irah: 

Tahniah sebab berjaya dapat 8A. Walaupun banyak isu dan masalah timbul sepanjang tahun ni, alhamdulillah berjaya jugak mengharunginya dengan penuh kejayaan. Kami semua doakan sentiasa berjaya dalam apa jua perkara sekalipun. Dunia dan akhirat. Semoga dengan kejayaan ini tak buat kita lupa diri dan takbur sebab semuanya anugerah Allah dan ujian dariNya. Gunakan anugerah Allah ini ke jalan kebaikan. Jangan lupa jasa orang di sekeliling terutamanya Mak Abah, kakak-kakak (esp Angah yang macam dah mak no 2 kau), abang dan jugak kawan-kawan. Umur muda ni, belajar rajin-rajin. Sekarang ramai yang makin pandai. Masing-masing bersaing. Harapnya jangan sia-siakan masa depan dengan benda-benda tak berfaedah. Jangan lupa diri.

Ok la. Tak tahu nak bebel apa lagi dah. Petang karang kita celebrate!


OppsieDoopsie: Kami sama-sama lahir tahun babi. Oink oink!!

Walaupun mereka kategori najis berat, tapi yang 3 ekor ni buat-buat kiut pulak. Hadoi!


Yay!

SAYALAH BLOGGER ITU











Nak gak sebok,

New Header Ver. 2.0

Salam semua!

Baru semalam cakap nak cuti panjang. Dan-dan hari ni update blog. Tadi BW terjumpa entry best dari Ainismaira. DIY buat header transparent. Terus bersemangat edit-edit. Mekasih Cik Ainie!!

Try buat 2 dan akhirnya pilih yang pakai sekarang.


Header kedua

Kalau pakai header kedua ni rasa macam awkward sikit sebab entah la. Rasa pelik. So transparentkan yang kat atas sikit je la.

Ok. Tu je update hari ni. Tata



OppsieDoppsie: Boleh la buat macam-macam lepas ni. Teehee..


Mau cuti segera!

Cuti Panjang Hujung Tahun

Salam semua!

Weekend ni akan ke KL menyelesaikan pelbagai urusan kawen. Last round up. Beli mana yang patut. Jangan beli apa yang tak perlu. 

Cuti takde la panjang. Setakat 3 hari je. Luckily Xmas jatuh hari Sabtu, so Ahad kami dapat cuti ganti. So dapat la 3 hari weekend. Annual leave memang dah habis. So kena gunakan cuti yang ada ni to the max!

So, blog aku ni apatah lagi akan bercuti lagi panjang dari aku. I'm up to something sekarang ni. Macam plan nak curi chemical kat lab sekolah je kan. Hohoh.. Ada 1 little project in progress. Nanti dah siap aku update kat sini. Macam tak biasa lak kan.

Anyway, for those celebrating Xmas this coming weekend, have a jolly Xmas. And for those yang tak sambut tu, have a restful holiday. Dan pada yang sambut birthday on Xmas itself, Happy Birthday!



OppsieDoppsie: Happy birthday untuk kawan aku Izza Erdawaty Iskhak on 25th Dec. Tiap tahun satu planet bumi cuti time besday kau. Untung!


BRB,

12.21.2010

Nak iPAD PERCUMA?

Salam semua!

Dah lama tak bersiaran. Busy pergi kursus & seminar. Weekend memang malas nak online. Sanggup main game & tengok tv. Heheh

2 hari lepas pergi Karnival Telefon Bimbit & IT kat TTC. Memang hp murah tapi semua pun from China. Figures! SUNY ERICSSOM, SCNY ERICSSON, AIRPHONE. Kalau tak tahu memang nampak macam yang ori. Bila tengok betul-betul baru perasan ejaan yang salah itew. 



Baca betul-betul.



Pastu usha kat booth IT, ada jugak nampak booth yang jual iPad. Wow! Kagum je la. Nak beli tu tak la. Takde keperluan lagi nak beli iPad. Lain kali la kot (Akan beli ke??).

Harga iPad ni starts from RM1,549.00 (16GB) up to RM2,599.00 (64GB). Untuk full price list boleh tengok kat Apple Official website. Mungkin ada yang rasa tak mampu nak beli iPad ni. Tapiiiii.... ada peluang nak dapat iPAD PERCUMA. Korang nak tak?


iPhone versi besar. Maka jadila iPAD.
  

Tak susah pun nak dapatkan iPAD yang percuma ni. Bagi korang yang dah pakai iPhone regardless of iPhone 3G ke, iPhone 3GS ke or iPhone 4, aku rasa korang akan familiar dengan iPad ni. 

Maxis nak menghadiahkan kepada 2 contestant yang bukan hanya bersandar pada tuah  semata tapi yang kreatif serta realistik dan jugak kepada yang sangat tahap gaban kreatifnya serta futuristik untuk create satu App yang korang nak pada iPad. Klik pada link yang aku dah sediakan untuk tengok contoh Apps sedia ada untuk iPad. 

Yang menariknya, Maxis bukan saja bagi free 2 iPad (sorang satu ok. Jangan tamak nak dua-dua iPad), sang pemenang jugak akan dapat Maxis WiFi Modem bersama-sama iPad ni. So, 2 in 1. Rugi kalau tak join.

Aku tahu ramai blogger kat luar sana yang kreatif giler babi.  So, why don't you show out some of your creative side. Mana tahu ada rezeki dapat iPad+Maxis WiFi Modem percuma. Belum cuba belum tahu kan?

Oh ye, tarikh tutup 11.59pm, 31 December 2010 (Friday). Hurry up gals & guys!

**Updated dateline of submission: 11.59pm, 17 January 2011 (Monday).

More info here


OppsieDoppsie: Seperti ada idea untuk try out this contest :p



Idea light bulb on!

12.17.2010

My 13 Minutes Survey

Salam semua!
 
Pepagi ni nak menyelesaikan hutang dari Kerul. Heheh.. Mari mari..
 
 
My Countless Minutes Survey

Instruction : Once you are tagged, answer all the questions honestly. No lying or cheating.


Person who tagged : Kerul
Starting time : 7:55 am


Name : Yus
Full name : Wan Yusnira Wan Jusoh
Sibling(s) : 7
Eye colour :Black
Shoe size : Depends. Most of the time is 6. But can be 7 or 8 at times.
Hair :Black
Height : 153cm


What are you wearing right now : Baju tidur
Where do you live : Kuala Terengganu
Favourite number : 6
Favourite drink :Milo
Favourite month : September la kot.
Favourite breakfast :  Milo & roti


******-Have you ever-******
Broken a bone : No
Been in a police car :Never
Fallen for a friend : A few
Fallen for a guy/girl in a short period of time : Yes
Swam in the ocean : Yes
Fallen asleep in school :No
Broken someone's heart : I did?
Cried when someone died : Yes
Sat by the phone all night waiting for someone to call : No
Saved e-mails : No
Been cheated on : Never


******-What-******
Your room looks like : Disaster
What is right beside you : Catalogue
What is the last thing you ate : Cekodok


******-Ever Had-******
Chicken pox : Yep
Sore throat :Just a few days ago
Stitches : Nope
Broken nose :Nope


******-Do You-******
Believe in love at first sight : Depends who is at sight
Like picnics? : YES!


******-Who-******
Who did you last yell at? : Anak-anak buah
Who was the last person you danced with? : No one
Who last made you smile? : Aziz Hazmi in his video for Hanis Zalikha just now


******-Final Questions-******
What are you listening to right now? : Bunyi kipas
What did you do today? : Woke up, solat, surf internet
Are you the oldest?  : No
Indoors or outdoors? : Both


******-Today did you-******
Talk to someone you like? : Yes
Kiss anyone? : No
Sing? : No
Talk to an ex? : Not for ages
Miss someone ? : Yes
Eat? : Not yet


******-Last person who-******
You talked to on the phone? : Irman
Made you cry? : Movie/drama
Went to the movies with? : Irman & Ayie
You went to the mall with?  : Irman, Mak, Ayie, Chiki, Shuk, Budriz
Who cheered you up? : My loved ones


******-Have you-******
Been to Mexico? : Never
Been to USA? : Never


******-Random-******
Have a crush on someone? : Of course!
What books are you reading right now? : No books. Just mags
Best feeling in the world? : Getting married soon :)
Future kids name? : Hannah kot
Do you sleep with a stuffed animal? : A rabbit named MasriMasro (Malay name for MashiMaro)
What's under your bed? : You have no idea!
Favourite sport(s) :Football
Favourite place : Home
Who do you really hate? : A few. Not to be named.
Do you have a job? :Yes I do
What time is it now? : 8:08 am


p/s : With however long it took you to complete this, post as "My _____ Minutes Survey" and tag 15 people


So I tag: Puan Nadiah, Puan Alissa, Kak AA, Man Yusoef, Cik Baz, Syaz, Ainismara dan sape-sape yang membaca. Tak larat nak tag semua 15.



Jumaat!

12.16.2010

Apa nak jadi anak-anak zaman sekarang..?

Salam semua!

Pagi ni tengok je mukan depan Harian Metro terus geleng kepala. BUDAK TERLAMPAU. Dulu pramugara je yang terlampau. Sekarang semua nak terlampau. Melampau betul dorang ni.

Sumber dari HMetro.

Sekarang ni, kalau baca paper memang tiap-tiap hari jumpa kes bunuh, kes rogol, kes buang bayi, kes cerai-berai, kes kena tangkap khalwat, kes cabul, kes liwat dan macam-mcam kes lagi. Kalau dulu, kat Kuala Terengganu ni nak dengar bunyi siren kereta polis memang agak rare sekali, sekarang ni boleh dengar setiap jam. Dah macam kat New York dah. Serius, kalau dulu masa aku kecik-kecik, kalau dengar bunyi siren polis tu rasa macam "Wah! Macam dalam movie omputih kat tv je ada bunyi siren polis". Sekarang kau tak perlu nak tengok movie omputih untuk dengar siren polis, kat kampung sendiri pun boleh dengar. 

Bila baca pasal budak terlampau tu tadi, aku duk terfikir sape la orang ketiga yang jadi cameraman tu? Mesti la orang dewasa sebab cemana budak-budak tu nak check in kat hotel kalau takde orang dewasa? Maybe orang ketiga ni nak pasarkan video ni untuk pedophile  kot. Dah macam kat US pulak Malaysia sekarang. Dulu video panas orang dewasa, sekarang dah muncul untuk golongan yang sexually interested in kids pulak. Ayooo.. apa nak jadi ni??

Whatever the reason is, apa yang berlaku ni buatkan aku risau. Semalam main kawin-kawin kena rogol ngan sepupu. Hari ni main masak-masak kena liwat pulak dengan kawan saudara. Kalau macam ni la 10 tahun akan datang, aku rasa aku taknak beranak ramai-ramai. Bukan sebab tak sanggup nak masuk labour room 10 kali tapi sebab takut anak-anak jadi macam ni. Aku tak sanggup nak bayang apa akan jadi dengan anak-anak akan datang. This is the price we pay for all the massive growth and technologies we achieve today. I wish we could go back to the 80s and 90s where the children are just children :(

Kami reti tengok Sesame Street je dulu-dulu
Aku tak tahu nak cakap salah siapa. Mak bapak, rakan sebaya, persekitaran, media, teknologi? Apa yang pasti, semua terlibat. Mak bapak tak pantau anak-anak bersosial tak kira secara langsung atau di laman sosial. Rakan sebaya mengajak untuk mencuba benda-benda baru dan kongsi tengok benda-benda porno. Persekitaran kalau tinggal kat kawasan yang terlalu membangun memang cepat je ikut pembangunan. Media sekarang kalau tengok video klip Eminem ft Rihanna tu pun dah ada adegan ringan-ringan atas katil. Semua boleh access kat internet je. Teknologi, of course anak-anak sekarang mak bapak dah bekalkan henpon canggih manggih dan boleh kata setiap rumah dah ada laptop. Memang mudah hidup anak-anak zaman sekarang.

Anak tak reti bercakap pun dah nak bagi henpon

Pada yang ada anak-anak, awasi anak-anak korang. Kenal kawan-kawan dorang. Kalau ada henpon, try la check sekali seminggu. Tengok gambar apa yang ada, video apa yang ada dan check sms dorang. Jangan rasa korang melanggar privasi anak-anak korang sebab they are your responsibility. Kalau nak buat inspection tu pun, jangan la sampai dorang tahu. Pandai-pandai la cari masa. Even their laptops, you should browse through the folders and the hidden files. Aku memang hebat selongkar files & folders. So, parents nowadays kena tahu serba sedikit on IT & technologies. Takde la kena tipu hidup-hidup dengan anak-anak korang. 

Sekarang ni mudah sangat nak communicate dengan orang lain tak kira la kawan or strangers. Ada henpon, semua boleh sms je. Boleh mms gambar macam-macam. Kalau berkumpul dengan kawan-kawan dah boleh bluetooth all sort of videos. Dan memang ada kes budak sekolah kena tangkap dengan boyfriend dalam bilik tidur kat rumah sendiri. And how did they do it sampaikan parents tak sedar? SMS! The girl sms the boy to come dan dia bukakkan pintu dapur. That simple! So parents, maybe kita patut bela rottweiler kat pintu depan dan pintu dapur lepas ni. How far can we trust our kids?

2 ekor rottweiler untuk pintu depan & pintu dapur. Penjaga sasa itu tak perlu masuk pakej. Nanti jadi kes lain pulak.
Dan satu lagi, for parents yang ada koleksi "adult stuffs" for you and your spouse's pleasure tu, please keep them safe from your children. Jangan sepah-sepahkan je kat rumah. DVD ke, magazine ke, even sex toys, simpan la kat tempat yang rahsia dan selamat. It's not a household item macam penyapu lidi. So keep them safe. And kalau ada anak-anak kecil, even toddlers, keep your sexual life with your spouse behind CLOSED & LOCKED doors. Jangan nak tutup pintu tak rapat la, tak kunci la. Children nowadays are fast-learners thanks to all the vitamin A-Z dalam susu formula dorang. So jangan terkejut if one morning dorang tanya korang "Nape papa ngan mama berwrestling tak pakai baju semalam?" Haa.. korang nak kelentong apa?? Ingat tak cerita Dennis the Menace masa Dennis bagitau Mrs Wilson yang parents dia wrestle tiap-tiap hari Ahad dan keluarkan bunyi-bunyi pelik? Tak ke malu kalau anak korang bagitahu cerita macam tu kat jiran-jiran? So always be safe.

Dennis & Mr Wilson
Lagi satu yang aku rasa jadi punca anak-anak jadi hati gelap camni is makanan. Memang la Malaysia kaya dengan macam-macam juadah dan memang tak susah nak cari tempat makan. Sometimes we took for granted kemudahan yang ada. Sekarang ni macam-macam timbul isu status halal tak sah, daging sembelih tak ikut syarak, ramuan yang tak halal dan macam-macam lagi. Kalau kita tak pilih betul-betul tempat makan dan makanan yang kita beli, semua ni akan jadi darah daging kita. Kalau makan benda yang tak bersih, hati pun kelam. So parents, hadkan makan di luar. Masak la bila ada kesempatan. Biar anak-anak makan dari air tangan kita. Sebab tu la sekarang ramai anak-anak derhaka. Sebab banyak makan dari air tangan mamak, indon, siam. Salah siapa?

Dan bila cakap pasal makan ni, ramai yang urban nak makan kat tempat-tempat hebat je. Tak pandang warung-warung or gerai-gerai. Semua nak kat kopitiam ke, hotel ke. Kadang-kadang ada yang jenis tak kisah langsung kedai cina ke, india ke semua bedal. Aku selalu jugak makan kat food court Uptown Damansara. Memang banyak gerai dan memang 1Malaysia la. Tapi ramai yang tak kisah makan kat kedai cina ke, india ke. Kalau yang perempuan pulak lepas makan terus jadi naga. Ada yang siap share rokok dengan boyfriend lagi. Urban habis la kan.

Merokok mencepatkan penuaan!


What can I say more? Even pakcik-pakcik hari ni yang rumah kata pergi, kubur kata mari still ada kena tangkap khalwat, rogol cucu, cabul kanak-kanak. Yang muda nafsu tengah bergelora apatah lagi kan. Next 10, 20 years, yang muda nafsu bergelora ni jugak akan jadi cikgu, lawyer, manager, doktor kat Malaysia. So, what do you expect? Are they going to be the role models for your children? I hope not.

Rasanya kita patut kenakan hukuman lebih berat kat semua offenders. Mungkin kembali pada hukum hudud. Baru la kurang kes-kes jenayah yang pelbagai macam ni. Aku rasa hakim pun boleh mental sebab macam-macam kes ada sekarang. Atau dah lali kot. 

Apapun, semoga semuanya semakin baik. Bukan semakin buruk. Jangan sampai satu hari nanti kondom diedarkan kat sekolah-sekolah untuk memupuk budaya safe sex dan nak prevent anak luar nikah. 


Anak-anak hari ini, pemimpin masa depan


OppsieDoppsie: Aku pun bakal jadi parent suatu hari nanti.


All images courtesy of Google.

Risau,

12.15.2010

Alhamdulillah..

Salam semua!

Ingat tak entry aku Harapan Tinggal Harapan minggu lepas? Alaa.. yang pasal kitorang pekerja kontrak yang tak dapat lagi bantuan khas kerajaan tu. Untuk raya dan hujung tahun.. Agaknya mungkin ada orang kewangan kat atas ni yang baca entry tu lalu kesian kat kami pekerja kontrak ni dan berharap kami tak komplen lalu malas buat kerja sebab takde bonus.

Ok ok. Rekaan semata-mata. Kami tetap maintain rajin bekerja walaupun bonus tak dapat dan kerajaan tak bagi jaminan kami akan diserap sebagai pegawai tetap. Bagus kan kami? Walaupun status CFS je tapi kami redha dan tetap bersungguh-sungguh membanting tulang 4 kerat nak bagi siap projek on time. Kecuali aku yang kena timbus dengan paperwork semata, jadi urusetia macam-macam jawatankuasa yang konon-konon macam orang penting walhal sekadar siapkan borang-borang dan masuk meeting nak dapatkan kelulusan. Fuhhh.. semua orang main peranan penting tau. Tahun depan lepas kawen aku tukar ke HQ la pulak. Babai dunia keparat korporat yang penuh pancaroba!

Ok. Banyak pulak merepek yada yada yada. Kaitan entry ni dengan entry minggu lepas tu ialah, pagi semalam bukak email terus tertumpu kat email ni: NOTIS PEMBAYARAN EFT. Walaupun serentak dengan email tu ada 5-6 keping email aduan baru, mata terus bersinar bila baca subjek email tu. "Duit dah masuk!!" Langsung mengabaikan aduan-aduan buat seketika.

Terus mata aku bersinar dengan $$ cenggini!! (Sumber: Google)

Terus klik dan membaca intipati email dengan tekun. Ooo.. bonus akhir tahun. Raya punya belum masuk lagi. Ingatkan lump sum raya+bonus. Tapi syukurrr.. Dari takde langsung kan. Maka.. ada la duit sementara gaji masuk 20hb ni. Akak dah dintis nyah.. Terpaksa ikat perut hari-hari. (Tapi nape perut kau masih boroi???)

Dan tadi aku sempat borak ngan sorang lagi CFS kat sini. Dia cakap kat negeri kitorang je yang CFS belum dapat bantuan raya. Yang kat KL dah habis belanja dah. Tapi bagus jugak. Dapat cepat, habis pun cepat kan. So, timing dah ok la ni. Boleh la buat beli barang sekolah anak-anak (Macam la aku ada anak kan..)

Oh.. dan jangan risau. Aku akan berbelanja dengan bijak. Baru tadi dah habis separuh buat bayar bil. Macam tu la kan. 4 angka beberapa jam je kalau tengok dalam m2u tu. Lepas tu semua buat bayar bil sana-sini. Apa yang tinggal?


OppsieDoppsie: Semoga tak lama lagi menyusul bantuan raya pulak. Aminnn


Berduit sekejap,

Doktor Chenta: Adakah anda berdua pasangan serasi?

Cute couple! (Source)

Salam semua!

Hari ni Dr Chenta nak kongsi sikit ilmu pasal keserasian pasangan berdasarkan posisi dalam keluarga. Maksudnya anak keberapa paling ngam dengan anak keberapa. Jom!


Jika anda inginkan perkahwinan yang bahagia, carilah pasangan yang berbeza posisi dengan anda. "Makin jauh, makin baik” kata Dr Kevin Leman. Pasangan yang urutan lahirnya berbeza, biasanya saling menarik antara satu sama lain. Sehingga sangat baik dalam kehidupan perkahwinan.
 
Berikut adalah informasi mengenai kombinasi pasangan berdasarkan posisi mereka sebagai anak dalam keluarga serta saranan penting sebagai panduan.


SULUNG + SULUNG DAN TUNGGAL + TUNGGAL = PEREBUTAN KUASA
Anak sulung dan anak tunggal memiliki karakter yang sama. Masalah yang dihadapi oleh pasangan ini biasanya berkisar daripada sifat mereka sendiri yang inginkan kesempurnaan dan sentiasa memikirkan siapa yang lebih berkuasa dalam apa juga perkara.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI

Berhenti daripada terus mengkritik pasangan jika mengimpikan kehidupan yang bahagia. Kritikan pedas biasanya menjadi kebiasaan kepada anak tunggal. Jangan suka membuat andaian yang berlebihan tentang sesuatu perkara. Contohnya perkara yang belum berlaku, tetapi anda sudah menentukan IA pasti berlaku. Sesungguhnya sikap begitu menjurus menjadikan anda seorang yang keras, bukan hanya pada diri sendiri tetapi juga pada pasangan. Ini adalah sikap yang sangat tidak baik kerana setiap pasangan inginkan kelembutan bukannya kekerasan. Definisikan peranan masing-masing dengan jelas. Ini dapat mengelakkan daripada perdebatan atau pertengkaran tentang siapa yang berhak melakukan ini atau itu. Berbincang dan
putuskan sejak awal tentang tanggungjawab masing-masing. Hentikan terus sikap tamak atau mendominasi. Tidak semestinya apa yang anda inginkan akan anda dapati. Dalam mencapai sesuatu perkara, mungkin caranya lebih baik daripada cara anda. Belajarlah untuk berkata “Cara kamu juga baik. Apa kata kita cuba dulu cara yang kamu sarankan ini.”  


SULUNG + TENGAH = PARADOKS
Anak sulung harus menerima kenyataan bahawa anak tengah mempunyai karakter terbaik dalam mempertahankan sesebuah perkahwinan. Fakta penting bagi anak tengah, anak sulung adalah ‘paradoks’ (kelihatan bercanggah tetapi benar) yang membosankan. Sebagai anak yang memiliki kakak/abang
dan adik, anak tengah sudah terbiasa bertolak ansur, berbincang dan gemar memendam perasaan daripada meluahkan isi hati yang sebenar.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI

Selalu-selalulah berbincang. Jangan biarkan pasangan anda berkata, ”Semuanya ok” tanpa mengetahui hal yang sebenarnya. Berusahalah untuk berkongsi perasaan antara satu sama lain.. Buatlah pasangan anda agar merasa dirinya sentiasa istimewa. Khususnya bagi anak sulung, beri pasangan anda hadiah atau kejutan-kejutan kecil kerana kebiasaan anak tengah kurang mendapat perhatian keluarga. Jika
ada masalah, selesaikan segera. Tetapi keputusan hendaklah dibuat secara bersama. 


SULUNG + BONGSU = PASANGAN BAHAGIA
Pasangan yang ideal dan
saling tertarik antara satu sama lain. Anak sulung mengajar perkara-perkara yang berkaitan dengan prinsip hidup dan rancangan masa depan. Sementara anak bongsu membantu pasangan untuk lebih santai dalam menghadapi hidup. Sebaiknya ialah, isteri sulung sementara suami bongsu. Wanita yang lahir sebagai anak sulung, sifat keibuannya sangat tinggi. Sementara lelaki yang lahir sebagai anak bongsu pula sentiasa memerlukan kehangatan seorang ibu. Dalam hal ini, mereka saling lengkap melengkapi. Namun perlu diingat, kebahagiaan dalam perkahwinan bukan ‘dilahirkan’ tetapi ‘diciptakan’.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI

Jangan sesekali membiarkan pasangan (bongsu) mengambil kesempatan ke atas anda. Terutamanya jika pasangan anda lelaki. Berusahalah agar dia sentiasa memahami bahawa perkara remeh-temeh di rumah, bukan hanya tugas atau tanggungjawab wanita seorang. Jangan terlalu memperbesar-besarkan kelemahan pasangan anda. Kerana setiap orang mempunyai kelemahan, tetapi
ia harus diperbaiki dengan cara sebaik mungkin. Jangan terlalu drastik, tetapi pasti. Beri perhatian sepenuhnya antara satu sama lain. Komunikasi perlu sentiasa dijaga. Pastikan bahawa peranan anda dan pasangan tetap seimbang dalam posisi yang wajar.  


TENGAH + TENGAH = KACAU BILAU
Kelemahan pasangan ini ialah dari segi komunikasi. Tidak gemar berbincang kerana takut berlaku perdebatan dan
sering takut jika idea mereka tidak diterima.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI

Jika sukar utk bercakap cuba
ungkapkan isi hati melalui lukisan. Seperti surat, kad atau pun SMS. Bangunkan kepercayaan diri pasangan melalui pujian, ciuman, dakapan dan sebagainya. Luaskan pergaulan. Bergaullah dengan rakan-rakan, baik di pejabat atau pun tetangga. Tetapi elakkan daripada kecurangan atau perkara-perkara yang negatif. Sentiasa menghormati pasangan. Contoh mudah ialah jangan lupa telefon jika anda pulang lewat atau ingin pulang cepat. 


TENGAH + BONGSU + AMAN
Seorang pasif dan
seorang lagi sosial. Satu kombinasi yang baik dalam segala aspek.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI

Jangan sesekali memperlekehkan pasangan anda, walaupun mungkin idea yang dikemukakan kedengaran pelik dan
lucu. Dengar dan fikirkan. Sesekali cubalah idea-idea baru. Bukannya apa, sekadar untuk memeriahkan dan lebih menghangatkan lagi perhubungan anda berdua. Berusahalah untuk menonjolkan kelebihan pasangan anda. Berusaha untuk berkongsi dalam segala hal. Jangan menangis atau ketawa sendirian.  


BONGSU + BONGSU = KELAM KABUT
Kombinasi ini sering terjebak dengan masalah kewangan serta beberapa masalah berat lainnya. Kerana itu sejak dari awal lagi, mereka hendaklah duduk bersama berbincang tentang hak dan
kewajipan masing-masing. Juga kesepakatan untuk menerapkan disiplin dalam rumah tangga. Jika ianya diabaikan, sudah pasti segalanya menjadi kelam kabut. Kebiasaan buruk anak bongsu ialah gemar menyalahkan orang lain.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI

Jangan suka bertikam lidah, sebaliknya jadilah pendengar setia untuk pasangan. Sentiasa bersikap terbuka dan berusaha untuk menyelesaikan segala masalah. Sentiasa berkomunikasi dengan baik dan saling ingat mengingatkan, agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini. Jangan memulakan pertengkaran sebaliknya hendaklah sentiasa menghindari. Hadapi segala apa yang mendatang dengan tenang serta pasti hidup anda berdua sentiasa dipenuhi dengan keceriaan.


Ok. Cemana? Dah nampak keserasian korang dan pasangan korang? Semua ni bukanlah bermakna anda anak sulung kena cari anak bongsu dan kalau dah ada pasangan tapi yang seperti tak serasi ikut kedudukan dalam keluarga ni, tak semestinya korang tak boleh kawen dengan dorang tau! Ni hanya kebiasaan yang selalu kita lihat. Tak kira la anda dan pasangan anda anak keberapa, yang penting anda selalu berusaha untuk ke arah yang lebih baik. Dan jangan lupa, setiap individu ada kelebihan yang mengimbangi kekurangannya. Jadi, kena bersyukur dengan pasangan anda. Dan jangan lupa jugak, kena cermin diri sendiri sebelum cari kekurangan orang lain. Baru la adil kan.


OppsieDoppsie: Aku + Irman = Kacau Bilau. Woa!


DrChenta Anda,

12.14.2010

Tukar Header Baru

Salam semua!

Hari ni tetiba rasa nak tukar header. Tapi still ada motif reben & kaler purple. Tak tau nape. Memang suka kot. Heheheh

Tapi kali ni tulisan gurly sikit kot. Dah nak kawen la katakan (Ada kaitan ke??). 

Header sebelum ni

Header sekarang

Header ni semua aku buat kat Scrapblog. Aku memang sengal tak reti pakai Photoshop bagai. So pakai je Scrapblog ni. Tempek-tempek je sticker yang ada. Pastu save as JPEG pastu upload. Tapi kena crop sikit bagi kurus. Heheh..


OppsieDoppsie: Blog aku dah masuk blog list bro Ben. Horey!!


Dengan segera print screen kat blog Bro Ben :p


...