Pages

12.15.2010

Alhamdulillah..

Salam semua!

Ingat tak entry aku Harapan Tinggal Harapan minggu lepas? Alaa.. yang pasal kitorang pekerja kontrak yang tak dapat lagi bantuan khas kerajaan tu. Untuk raya dan hujung tahun.. Agaknya mungkin ada orang kewangan kat atas ni yang baca entry tu lalu kesian kat kami pekerja kontrak ni dan berharap kami tak komplen lalu malas buat kerja sebab takde bonus.

Ok ok. Rekaan semata-mata. Kami tetap maintain rajin bekerja walaupun bonus tak dapat dan kerajaan tak bagi jaminan kami akan diserap sebagai pegawai tetap. Bagus kan kami? Walaupun status CFS je tapi kami redha dan tetap bersungguh-sungguh membanting tulang 4 kerat nak bagi siap projek on time. Kecuali aku yang kena timbus dengan paperwork semata, jadi urusetia macam-macam jawatankuasa yang konon-konon macam orang penting walhal sekadar siapkan borang-borang dan masuk meeting nak dapatkan kelulusan. Fuhhh.. semua orang main peranan penting tau. Tahun depan lepas kawen aku tukar ke HQ la pulak. Babai dunia keparat korporat yang penuh pancaroba!

Ok. Banyak pulak merepek yada yada yada. Kaitan entry ni dengan entry minggu lepas tu ialah, pagi semalam bukak email terus tertumpu kat email ni: NOTIS PEMBAYARAN EFT. Walaupun serentak dengan email tu ada 5-6 keping email aduan baru, mata terus bersinar bila baca subjek email tu. "Duit dah masuk!!" Langsung mengabaikan aduan-aduan buat seketika.

Terus mata aku bersinar dengan $$ cenggini!! (Sumber: Google)

Terus klik dan membaca intipati email dengan tekun. Ooo.. bonus akhir tahun. Raya punya belum masuk lagi. Ingatkan lump sum raya+bonus. Tapi syukurrr.. Dari takde langsung kan. Maka.. ada la duit sementara gaji masuk 20hb ni. Akak dah dintis nyah.. Terpaksa ikat perut hari-hari. (Tapi nape perut kau masih boroi???)

Dan tadi aku sempat borak ngan sorang lagi CFS kat sini. Dia cakap kat negeri kitorang je yang CFS belum dapat bantuan raya. Yang kat KL dah habis belanja dah. Tapi bagus jugak. Dapat cepat, habis pun cepat kan. So, timing dah ok la ni. Boleh la buat beli barang sekolah anak-anak (Macam la aku ada anak kan..)

Oh.. dan jangan risau. Aku akan berbelanja dengan bijak. Baru tadi dah habis separuh buat bayar bil. Macam tu la kan. 4 angka beberapa jam je kalau tengok dalam m2u tu. Lepas tu semua buat bayar bil sana-sini. Apa yang tinggal?


OppsieDoppsie: Semoga tak lama lagi menyusul bantuan raya pulak. Aminnn


Berduit sekejap,

2 comments:

nadiah said...

wah bestlah dah dapat duit. yay!! blnja burger mat salai 1. HEHE!

wanyusnira said...

Hehe.. kne cari gerai mat salai dulu.. rasenye kt kuala ibai ada 1 kot.. hihih