Pages

12.16.2010

Apa nak jadi anak-anak zaman sekarang..?

Salam semua!

Pagi ni tengok je mukan depan Harian Metro terus geleng kepala. BUDAK TERLAMPAU. Dulu pramugara je yang terlampau. Sekarang semua nak terlampau. Melampau betul dorang ni.

Sumber dari HMetro.

Sekarang ni, kalau baca paper memang tiap-tiap hari jumpa kes bunuh, kes rogol, kes buang bayi, kes cerai-berai, kes kena tangkap khalwat, kes cabul, kes liwat dan macam-mcam kes lagi. Kalau dulu, kat Kuala Terengganu ni nak dengar bunyi siren kereta polis memang agak rare sekali, sekarang ni boleh dengar setiap jam. Dah macam kat New York dah. Serius, kalau dulu masa aku kecik-kecik, kalau dengar bunyi siren polis tu rasa macam "Wah! Macam dalam movie omputih kat tv je ada bunyi siren polis". Sekarang kau tak perlu nak tengok movie omputih untuk dengar siren polis, kat kampung sendiri pun boleh dengar. 

Bila baca pasal budak terlampau tu tadi, aku duk terfikir sape la orang ketiga yang jadi cameraman tu? Mesti la orang dewasa sebab cemana budak-budak tu nak check in kat hotel kalau takde orang dewasa? Maybe orang ketiga ni nak pasarkan video ni untuk pedophile  kot. Dah macam kat US pulak Malaysia sekarang. Dulu video panas orang dewasa, sekarang dah muncul untuk golongan yang sexually interested in kids pulak. Ayooo.. apa nak jadi ni??

Whatever the reason is, apa yang berlaku ni buatkan aku risau. Semalam main kawin-kawin kena rogol ngan sepupu. Hari ni main masak-masak kena liwat pulak dengan kawan saudara. Kalau macam ni la 10 tahun akan datang, aku rasa aku taknak beranak ramai-ramai. Bukan sebab tak sanggup nak masuk labour room 10 kali tapi sebab takut anak-anak jadi macam ni. Aku tak sanggup nak bayang apa akan jadi dengan anak-anak akan datang. This is the price we pay for all the massive growth and technologies we achieve today. I wish we could go back to the 80s and 90s where the children are just children :(

Kami reti tengok Sesame Street je dulu-dulu
Aku tak tahu nak cakap salah siapa. Mak bapak, rakan sebaya, persekitaran, media, teknologi? Apa yang pasti, semua terlibat. Mak bapak tak pantau anak-anak bersosial tak kira secara langsung atau di laman sosial. Rakan sebaya mengajak untuk mencuba benda-benda baru dan kongsi tengok benda-benda porno. Persekitaran kalau tinggal kat kawasan yang terlalu membangun memang cepat je ikut pembangunan. Media sekarang kalau tengok video klip Eminem ft Rihanna tu pun dah ada adegan ringan-ringan atas katil. Semua boleh access kat internet je. Teknologi, of course anak-anak sekarang mak bapak dah bekalkan henpon canggih manggih dan boleh kata setiap rumah dah ada laptop. Memang mudah hidup anak-anak zaman sekarang.

Anak tak reti bercakap pun dah nak bagi henpon

Pada yang ada anak-anak, awasi anak-anak korang. Kenal kawan-kawan dorang. Kalau ada henpon, try la check sekali seminggu. Tengok gambar apa yang ada, video apa yang ada dan check sms dorang. Jangan rasa korang melanggar privasi anak-anak korang sebab they are your responsibility. Kalau nak buat inspection tu pun, jangan la sampai dorang tahu. Pandai-pandai la cari masa. Even their laptops, you should browse through the folders and the hidden files. Aku memang hebat selongkar files & folders. So, parents nowadays kena tahu serba sedikit on IT & technologies. Takde la kena tipu hidup-hidup dengan anak-anak korang. 

Sekarang ni mudah sangat nak communicate dengan orang lain tak kira la kawan or strangers. Ada henpon, semua boleh sms je. Boleh mms gambar macam-macam. Kalau berkumpul dengan kawan-kawan dah boleh bluetooth all sort of videos. Dan memang ada kes budak sekolah kena tangkap dengan boyfriend dalam bilik tidur kat rumah sendiri. And how did they do it sampaikan parents tak sedar? SMS! The girl sms the boy to come dan dia bukakkan pintu dapur. That simple! So parents, maybe kita patut bela rottweiler kat pintu depan dan pintu dapur lepas ni. How far can we trust our kids?

2 ekor rottweiler untuk pintu depan & pintu dapur. Penjaga sasa itu tak perlu masuk pakej. Nanti jadi kes lain pulak.
Dan satu lagi, for parents yang ada koleksi "adult stuffs" for you and your spouse's pleasure tu, please keep them safe from your children. Jangan sepah-sepahkan je kat rumah. DVD ke, magazine ke, even sex toys, simpan la kat tempat yang rahsia dan selamat. It's not a household item macam penyapu lidi. So keep them safe. And kalau ada anak-anak kecil, even toddlers, keep your sexual life with your spouse behind CLOSED & LOCKED doors. Jangan nak tutup pintu tak rapat la, tak kunci la. Children nowadays are fast-learners thanks to all the vitamin A-Z dalam susu formula dorang. So jangan terkejut if one morning dorang tanya korang "Nape papa ngan mama berwrestling tak pakai baju semalam?" Haa.. korang nak kelentong apa?? Ingat tak cerita Dennis the Menace masa Dennis bagitau Mrs Wilson yang parents dia wrestle tiap-tiap hari Ahad dan keluarkan bunyi-bunyi pelik? Tak ke malu kalau anak korang bagitahu cerita macam tu kat jiran-jiran? So always be safe.

Dennis & Mr Wilson
Lagi satu yang aku rasa jadi punca anak-anak jadi hati gelap camni is makanan. Memang la Malaysia kaya dengan macam-macam juadah dan memang tak susah nak cari tempat makan. Sometimes we took for granted kemudahan yang ada. Sekarang ni macam-macam timbul isu status halal tak sah, daging sembelih tak ikut syarak, ramuan yang tak halal dan macam-macam lagi. Kalau kita tak pilih betul-betul tempat makan dan makanan yang kita beli, semua ni akan jadi darah daging kita. Kalau makan benda yang tak bersih, hati pun kelam. So parents, hadkan makan di luar. Masak la bila ada kesempatan. Biar anak-anak makan dari air tangan kita. Sebab tu la sekarang ramai anak-anak derhaka. Sebab banyak makan dari air tangan mamak, indon, siam. Salah siapa?

Dan bila cakap pasal makan ni, ramai yang urban nak makan kat tempat-tempat hebat je. Tak pandang warung-warung or gerai-gerai. Semua nak kat kopitiam ke, hotel ke. Kadang-kadang ada yang jenis tak kisah langsung kedai cina ke, india ke semua bedal. Aku selalu jugak makan kat food court Uptown Damansara. Memang banyak gerai dan memang 1Malaysia la. Tapi ramai yang tak kisah makan kat kedai cina ke, india ke. Kalau yang perempuan pulak lepas makan terus jadi naga. Ada yang siap share rokok dengan boyfriend lagi. Urban habis la kan.

Merokok mencepatkan penuaan!


What can I say more? Even pakcik-pakcik hari ni yang rumah kata pergi, kubur kata mari still ada kena tangkap khalwat, rogol cucu, cabul kanak-kanak. Yang muda nafsu tengah bergelora apatah lagi kan. Next 10, 20 years, yang muda nafsu bergelora ni jugak akan jadi cikgu, lawyer, manager, doktor kat Malaysia. So, what do you expect? Are they going to be the role models for your children? I hope not.

Rasanya kita patut kenakan hukuman lebih berat kat semua offenders. Mungkin kembali pada hukum hudud. Baru la kurang kes-kes jenayah yang pelbagai macam ni. Aku rasa hakim pun boleh mental sebab macam-macam kes ada sekarang. Atau dah lali kot. 

Apapun, semoga semuanya semakin baik. Bukan semakin buruk. Jangan sampai satu hari nanti kondom diedarkan kat sekolah-sekolah untuk memupuk budaya safe sex dan nak prevent anak luar nikah. 


Anak-anak hari ini, pemimpin masa depan


OppsieDoppsie: Aku pun bakal jadi parent suatu hari nanti.


All images courtesy of Google.

Risau,

3 comments:

nadiah said...

yes!! org pon jd risau pkir anak2 zaman skrg. moden terlampau. bila bc paper pg td terus terpikir, cmne lah anak-anak aku akn dtg. jd, memang xbolehlah lahirkan anak ramai2. sebab anak sikit ni sng dipantau, berbanding anak ramai. x boleh dh jd zaman mak ayah kita dulu, anak2 ramai. huh!

Iron Lady, Lisa said...

nice entry yus! lisa pn rs nk post entry psl adik bradik terlampau tu td. tp tetibe dtg rs sakit hati n benci sgt. lps tu trus malas da nk wat ape2. risau.. mmg risau.. faheem tu nt membesar kt kota metropolitan kuala lumpur. mcm mane tah nk control die nt =( haihh.. lindungilah kami semua ya Allah..

wanyusnira said...

pn nad: memang pun. kalau dulu anak sedozen pun tak risau. tapi sekarang, anak sepasang pun belum tentu boleh jaga betul2. memang bsr cabaran & tekanan nak jadi parents nowadays. Banyak nak kena jaga.

Lisa: thanx! yela. yus pun nanti silap2 membesarkan anak2 di kota metropolitan kolumpo tu. ohh... sometimes i wish to be somewhere else yang aman damai dan tak terdedah dengan macam2 budaya pelik kat bandar2 ni. semoga anak-anak kita semua tak terpengaruh dengan semua tu aminnn