Pages

12.15.2010

Doktor Chenta: Adakah anda berdua pasangan serasi?

Cute couple! (Source)

Salam semua!

Hari ni Dr Chenta nak kongsi sikit ilmu pasal keserasian pasangan berdasarkan posisi dalam keluarga. Maksudnya anak keberapa paling ngam dengan anak keberapa. Jom!


Jika anda inginkan perkahwinan yang bahagia, carilah pasangan yang berbeza posisi dengan anda. "Makin jauh, makin baik” kata Dr Kevin Leman. Pasangan yang urutan lahirnya berbeza, biasanya saling menarik antara satu sama lain. Sehingga sangat baik dalam kehidupan perkahwinan.
 
Berikut adalah informasi mengenai kombinasi pasangan berdasarkan posisi mereka sebagai anak dalam keluarga serta saranan penting sebagai panduan.


SULUNG + SULUNG DAN TUNGGAL + TUNGGAL = PEREBUTAN KUASA
Anak sulung dan anak tunggal memiliki karakter yang sama. Masalah yang dihadapi oleh pasangan ini biasanya berkisar daripada sifat mereka sendiri yang inginkan kesempurnaan dan sentiasa memikirkan siapa yang lebih berkuasa dalam apa juga perkara.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI

Berhenti daripada terus mengkritik pasangan jika mengimpikan kehidupan yang bahagia. Kritikan pedas biasanya menjadi kebiasaan kepada anak tunggal. Jangan suka membuat andaian yang berlebihan tentang sesuatu perkara. Contohnya perkara yang belum berlaku, tetapi anda sudah menentukan IA pasti berlaku. Sesungguhnya sikap begitu menjurus menjadikan anda seorang yang keras, bukan hanya pada diri sendiri tetapi juga pada pasangan. Ini adalah sikap yang sangat tidak baik kerana setiap pasangan inginkan kelembutan bukannya kekerasan. Definisikan peranan masing-masing dengan jelas. Ini dapat mengelakkan daripada perdebatan atau pertengkaran tentang siapa yang berhak melakukan ini atau itu. Berbincang dan
putuskan sejak awal tentang tanggungjawab masing-masing. Hentikan terus sikap tamak atau mendominasi. Tidak semestinya apa yang anda inginkan akan anda dapati. Dalam mencapai sesuatu perkara, mungkin caranya lebih baik daripada cara anda. Belajarlah untuk berkata “Cara kamu juga baik. Apa kata kita cuba dulu cara yang kamu sarankan ini.”  


SULUNG + TENGAH = PARADOKS
Anak sulung harus menerima kenyataan bahawa anak tengah mempunyai karakter terbaik dalam mempertahankan sesebuah perkahwinan. Fakta penting bagi anak tengah, anak sulung adalah ‘paradoks’ (kelihatan bercanggah tetapi benar) yang membosankan. Sebagai anak yang memiliki kakak/abang
dan adik, anak tengah sudah terbiasa bertolak ansur, berbincang dan gemar memendam perasaan daripada meluahkan isi hati yang sebenar.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI

Selalu-selalulah berbincang. Jangan biarkan pasangan anda berkata, ”Semuanya ok” tanpa mengetahui hal yang sebenarnya. Berusahalah untuk berkongsi perasaan antara satu sama lain.. Buatlah pasangan anda agar merasa dirinya sentiasa istimewa. Khususnya bagi anak sulung, beri pasangan anda hadiah atau kejutan-kejutan kecil kerana kebiasaan anak tengah kurang mendapat perhatian keluarga. Jika
ada masalah, selesaikan segera. Tetapi keputusan hendaklah dibuat secara bersama. 


SULUNG + BONGSU = PASANGAN BAHAGIA
Pasangan yang ideal dan
saling tertarik antara satu sama lain. Anak sulung mengajar perkara-perkara yang berkaitan dengan prinsip hidup dan rancangan masa depan. Sementara anak bongsu membantu pasangan untuk lebih santai dalam menghadapi hidup. Sebaiknya ialah, isteri sulung sementara suami bongsu. Wanita yang lahir sebagai anak sulung, sifat keibuannya sangat tinggi. Sementara lelaki yang lahir sebagai anak bongsu pula sentiasa memerlukan kehangatan seorang ibu. Dalam hal ini, mereka saling lengkap melengkapi. Namun perlu diingat, kebahagiaan dalam perkahwinan bukan ‘dilahirkan’ tetapi ‘diciptakan’.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI

Jangan sesekali membiarkan pasangan (bongsu) mengambil kesempatan ke atas anda. Terutamanya jika pasangan anda lelaki. Berusahalah agar dia sentiasa memahami bahawa perkara remeh-temeh di rumah, bukan hanya tugas atau tanggungjawab wanita seorang. Jangan terlalu memperbesar-besarkan kelemahan pasangan anda. Kerana setiap orang mempunyai kelemahan, tetapi
ia harus diperbaiki dengan cara sebaik mungkin. Jangan terlalu drastik, tetapi pasti. Beri perhatian sepenuhnya antara satu sama lain. Komunikasi perlu sentiasa dijaga. Pastikan bahawa peranan anda dan pasangan tetap seimbang dalam posisi yang wajar.  


TENGAH + TENGAH = KACAU BILAU
Kelemahan pasangan ini ialah dari segi komunikasi. Tidak gemar berbincang kerana takut berlaku perdebatan dan
sering takut jika idea mereka tidak diterima.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI

Jika sukar utk bercakap cuba
ungkapkan isi hati melalui lukisan. Seperti surat, kad atau pun SMS. Bangunkan kepercayaan diri pasangan melalui pujian, ciuman, dakapan dan sebagainya. Luaskan pergaulan. Bergaullah dengan rakan-rakan, baik di pejabat atau pun tetangga. Tetapi elakkan daripada kecurangan atau perkara-perkara yang negatif. Sentiasa menghormati pasangan. Contoh mudah ialah jangan lupa telefon jika anda pulang lewat atau ingin pulang cepat. 


TENGAH + BONGSU + AMAN
Seorang pasif dan
seorang lagi sosial. Satu kombinasi yang baik dalam segala aspek.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI

Jangan sesekali memperlekehkan pasangan anda, walaupun mungkin idea yang dikemukakan kedengaran pelik dan
lucu. Dengar dan fikirkan. Sesekali cubalah idea-idea baru. Bukannya apa, sekadar untuk memeriahkan dan lebih menghangatkan lagi perhubungan anda berdua. Berusahalah untuk menonjolkan kelebihan pasangan anda. Berusaha untuk berkongsi dalam segala hal. Jangan menangis atau ketawa sendirian.  


BONGSU + BONGSU = KELAM KABUT
Kombinasi ini sering terjebak dengan masalah kewangan serta beberapa masalah berat lainnya. Kerana itu sejak dari awal lagi, mereka hendaklah duduk bersama berbincang tentang hak dan
kewajipan masing-masing. Juga kesepakatan untuk menerapkan disiplin dalam rumah tangga. Jika ianya diabaikan, sudah pasti segalanya menjadi kelam kabut. Kebiasaan buruk anak bongsu ialah gemar menyalahkan orang lain.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI

Jangan suka bertikam lidah, sebaliknya jadilah pendengar setia untuk pasangan. Sentiasa bersikap terbuka dan berusaha untuk menyelesaikan segala masalah. Sentiasa berkomunikasi dengan baik dan saling ingat mengingatkan, agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini. Jangan memulakan pertengkaran sebaliknya hendaklah sentiasa menghindari. Hadapi segala apa yang mendatang dengan tenang serta pasti hidup anda berdua sentiasa dipenuhi dengan keceriaan.


Ok. Cemana? Dah nampak keserasian korang dan pasangan korang? Semua ni bukanlah bermakna anda anak sulung kena cari anak bongsu dan kalau dah ada pasangan tapi yang seperti tak serasi ikut kedudukan dalam keluarga ni, tak semestinya korang tak boleh kawen dengan dorang tau! Ni hanya kebiasaan yang selalu kita lihat. Tak kira la anda dan pasangan anda anak keberapa, yang penting anda selalu berusaha untuk ke arah yang lebih baik. Dan jangan lupa, setiap individu ada kelebihan yang mengimbangi kekurangannya. Jadi, kena bersyukur dengan pasangan anda. Dan jangan lupa jugak, kena cermin diri sendiri sebelum cari kekurangan orang lain. Baru la adil kan.


OppsieDoppsie: Aku + Irman = Kacau Bilau. Woa!


DrChenta Anda,

2 comments:

nadiah said...

dR.chenta : i ni kedua, suami bongsu cmne lak tu? hehe!

wanyusnira said...

pn nad: tengah+bongsu=aman. hehe..