Pages

12.23.2010

Khas Untuk Adik Aku, Wan Yusnadhirah

Salam semua!

Giler ah hari ni dah 3 post berderet. Tapi aku tak kira. Aku nak jugak post entry ni. Tak kira tak kira!

Ni kalau adik aku baca harus la menangis tak renti-renti macam hujan kat luar sana. Tabahkan hati wahai adikku!


Aku & Irah time konvo Ayie.



Seperti yang aku post kat fb aku, adik aku ni dah dapat 8A untuk PMR tahun ni. Mengulang sejarah aku 12 tahun lepas. Ehem ehem. Tahniah, congrats!

Irah ni adik bongsu kami kat rumah. Paling bongsu. Nak kata manja, takde mana. Cuma malas sikit sebab kakak-kakak dah ramai nak buat kerja kat rumah. (Lepas ni kau dah kena buat kerja seperti biasa). Muehehe

Dia ni bab study, mengaji memang tip top. Takde nak ponteng-ponteng. Dari sekolah rendah lagi memang macam tu. Tu yang kami puji pasal dia ni. Study je kerjanya. Sehingga mengabaikan kerja-kerja rumah. 

Dulu masa sekolah rendah, aku tak banyak memori sangat pasal Irah. Sebab masa Form 4 aku dah duk hostel. Irah baru 4 tahun time tu. Kecik lagi. Pastu masuk UTM. Tapi tahu jugak la perangai dia ni time balik cuti sem. Dia ni ada penyakit tak boleh kerja sekolah tak siap. Memang akan jadi gila. Hahaha. Serius wei. Kalau dia tertidur sebelum sempat siapkan kerja sekolah, siap la mak aku. Dia kompom terjaga tengah-tengah malam pastu menyiapkan kerja sekolah dengan bercucuran air mata sambil mak aku temankan. Kadang-kadang dengan mak sekali join venture siapkan kerja sekolah dia. Gila kan? Aku dulu selamber je kerja tak siap, pagi esok sampai sekolah copy member punya. Kehkehkeh

Lagi satu penyakit Irah ni, dia mesti bangun awal pagi nak pergi sekolah. Dan orang lain tak boleh potong queue mandi dia. Kalau dia bangun tidur pastu dah ada orang lain mandi sebelum dia, siap la wei. Menangis la sampai ke sekolah. Gila kuasa dua!

Dia ni aku lupa darjah berapa dah khatam Quran. Siap dapat hadiah dari ustaz mengaji dia. Memang rajin kalau bab-bab mengaji dan sekolah. Kalau anak buah kitorang malas nak pergi mengaji, memang kena bebel berbakul-bakul la dari Irah. Dia ni pantang kalau orang malas-malas ni.

Tahun lepas masa aku start kerja kat Terengganu, dia dah excited sebab aku boleh jadi tutor dia mengajar Maths. Aku pulak kalau mengajar memang garang. Takde nak manja-manja. Sabar je la kan. Irah ni lost sket kalau aku ajar asyik lupa je. Tu yang jadi garang tu.

Irah ni dari kecik pegang rekod cemerlang. Masa UPSR pun dapat 5A. Dia je yang dapat straight A's UPSR. Kitorang semua sangkut kat Maths. Wakaka! 

Tadi Angah yang bagi SMS cakap Irah dapat 8A. So, dah pegang rekod straight A's dalam semua exam la. Semoga nanti dapat straight A's jugak untuk SPM. InsyaAllah.

Kepada Irah: 

Tahniah sebab berjaya dapat 8A. Walaupun banyak isu dan masalah timbul sepanjang tahun ni, alhamdulillah berjaya jugak mengharunginya dengan penuh kejayaan. Kami semua doakan sentiasa berjaya dalam apa jua perkara sekalipun. Dunia dan akhirat. Semoga dengan kejayaan ini tak buat kita lupa diri dan takbur sebab semuanya anugerah Allah dan ujian dariNya. Gunakan anugerah Allah ini ke jalan kebaikan. Jangan lupa jasa orang di sekeliling terutamanya Mak Abah, kakak-kakak (esp Angah yang macam dah mak no 2 kau), abang dan jugak kawan-kawan. Umur muda ni, belajar rajin-rajin. Sekarang ramai yang makin pandai. Masing-masing bersaing. Harapnya jangan sia-siakan masa depan dengan benda-benda tak berfaedah. Jangan lupa diri.

Ok la. Tak tahu nak bebel apa lagi dah. Petang karang kita celebrate!


OppsieDoopsie: Kami sama-sama lahir tahun babi. Oink oink!!

Walaupun mereka kategori najis berat, tapi yang 3 ekor ni buat-buat kiut pulak. Hadoi!


Yay!

5 comments:

nadiah said...

cit!! yg bc ni pon dh terharu, ini pula Irah, kompem lagi terharu-biru..

emm Ji sejibik mcm Irah. patutlah diorg leh dpt straight A's. Jeles!!

tahniah again. nak join celebrate gak boleh. hehe!

wanyusnira said...

tharu jgk ke?? heheheh.. ptut la mereka cerdik.. agaknye org cerdik mmg perangai camni kot..

xtau lg celeb ktne ni.. mlm ni nk chow g kl.. huhuh

Fitrah Adnan said...

wahh..tahniah kepada adik anda..semoga menjadi generasi yg cemerlang di msa hadapan*dah melalut dah..haiisshhh

nazirulhazwan~ said...

tahniah3, nak selebrate jgn lupe ajak.hehe

wanyusnira said...

fitrah: hehe.. thanx! harap2 jadi generasi yg cemerlang jgk nnt.. :)

nazirul: tenkiu3.. oke! nnt ajak.. hehe