Pages

1.05.2011

Community Service: Derma Kilat Untuk Mangsa Kebakaran

Salam semua,

Pagi tadi cek email dapat email dari kawan aku berbunyi begini:


Salam Untuk Semua,
 
Pada 3 Januari 2011, satu kemalangan telah menimpa keluarga adik Suhaida. Rumah beliau telah hangus dijilat api sehingga menyebabkan mereka 6 sekeluarga tinggal sehelai sepinggang. Mujur tiada nyawa yang terkorban.

Namun disaat persekolahan baru sahaja bermula, mereka kini dirundung kesukaran. Pakaian dan peralatan sekolah yang baru dibeli, kini telah lenyap menjadi abu. Jadi bagi mereka yang budiman, tampillah menghulur bantuan bagi meringankan beban. Walaupun sedikit, ianya amat membantu. Salurkan derma anda melalui akaun ibu Suhaida seperti di bawah:

Asiah Mashud
Maybank :162197332531

Bagi yang ingin mendapat kepastian, boleh berhubung dengan ibu atau Ayah Suhaida sendiri:

Puan Asiah: 019-6730970
En Sari Sulong: 012-2945067

Sila panjangkan email ini sekiranya anda seorang yang prihatin.


Adik Suhaida






Bila baca nama ibu Suhaida tu, terkejut sebab bintinya sama dengan kawan yang hantar email. Aku terus reply email tu dan tanya kakak dia ke? Dia cakap ya. Rumahnya kat Sungai Besar, Selangor.

Ni kawan aku masa kat UTM dulu. Skot ROTU. Dia ni kubumate aku. So agak terkejut bila biasanya baca paper tengok berita pasal rumah terbakar, tak pernah terlintas pulak hal tu terjadi kat orang yang kita kenali. 

Dan bila tahu memang kakak kawan aku, hati aku lebih cepat simpati. Mungkin sebab kita kenal. Walaupun aku tak kenal kakak dia, tapi sebab dia antara skot ROTU yang ngam dengan aku maka aku rasa aku kena bantu dia. 

Dan bagi sesiapa yang membaca dan ingin membantu, boleh la terus bank in ke akaun Pn Asiah atau hubungi beliau di nombor yang dah diberi. Mudah-mudahan bantuan anda dapat meringankan beban beliau sekeluarga. Dan insyaAllah, Allah juga membantu anda kelak.

Dan bagi skot ROTU yang membaca, mangsa ialah kakak pada Aziz Mashud, husband Musdalillah (junior kami).



Semoga mudah semuanya,

2 comments:

lagi belajar ngeblog said...

salam wan,,sudah lama nih saya tak tengok blog ini,,

wanyusnira said...

salam.. saya pun dah lama tak ke blog kamu