Pages

1.04.2011

Hello Twenty Eleven!

Salam semua!

First post for the new 2011. Lambat giler. Dah 4 hari orang kecoh wish happy new year, aku baru nak kecoh arini. Whatever la.

Anyway. Last week ada banyak crappy events. Dari hal kat pejabat agama, kad kredit Bank Rakyat, bos nak tukarkan aku ke Bahagian Arkitek dan even semalam pun hati kejap kembang kejap kuncup.

But petang semalam time tunggu Along datang pick up aku from work, received one phone call yang menghilangkan segala crappy events itu dan mengembalikan senyuman. Senyum lebar oke. Oh dan bukan phone call yang bagitahu aku menang loteri USD16 mil yang tak perlukan aku bekerja seumur hidup. Bukan bukan.

Well, kawan aku yang MIA aku rasa since before her birthday in November tiba-tiba call semalam. Lama hilang makcik ni. Tanpa jejak pulak tu. Aku sms birthday wish, status FAILED. Wish kat fb pun takde respon. YM pun tak on. Ghaib terus! So bila dapat je call dari dia memang happy giler! Lenyap segal kekusutan. Haha!

Dia cakap dia terpisah dari dunia luar. Account Yahoo dia tetiba tak boleh nak masuk. Macam ada orang dah hack in. Bila keluar security question nak retrieve password, soklannya "Where did you go for honeymoon?" Dia cakap dia tak pergi honeymoon!! Cemana nak jawab tu kan.

Dan dia dah diserap permanent as PTD. Alhamdulillah. Tarikh lantikan backdate masa lapor diri bulan April tahun lepas. Murah betul rezeki kawan aku ni. Dan lepas tu dia bagitahu aku lagi..

Dia: Mit, aku ada berita gembira nak bagitahu kau ni.
Aku: Kau mengandung lagi eh?!
Dia: Haah. Aku mengandung lagi!

Dua-dua menjerit.

Hadoi.. hari tu dah risau takut tak dapat pakai baju kebaya time aku kenduri. Sekali dah preggy lagi. Pengsannn. Ni anak dia yang ketiga. Korang bayangkan. Aku baru terhegeh-hegeh buat persiapan kawen, kawan aku dah nak dapat anak ketiga. Terpaksa la aku beranak kembar tiga lepas ni nak catch up kawan-kawan aku ni. Semua anak dah dua tiga.

Dan pagi tadi, on the way pergi kerja Diana sms bagitahu dia dah book Permai Inn dari 3-5 Feb. Excited betul. Yang ni dah konpom datang time akad nikah nanti. Seronok dapat jumpa kawan-kawan lama ni. Tambah-tambah time hari bahagia kita. Tak sabar nak jumpa dorang semua!

Oh ye. Lupa nak dedahkan identiti kawan aku yang call petang semalam tu kan. 



Naufal. Anak kedua. 15 Mac 2010.

OppsieDoppsie: Umi Naufal, agak-agak kalau aku tempek gambar kita masa kau lepas pantang tu kau marah tak? Aku nak letak tapi takut kau belasah aku pulak. Kehkehkeh

Update (10.54 am) : Baru je skype ngan Zie. Dia pun dah preggy. Wah! Tahniah! Kisah Zie kawen di sini. Doakan semuanya selamat untuk pasangan baru ni k!



One month to go,

No comments: