Pages

5.23.2011

Happy As A Pig In Mud

Salam!
 
Sebenarnya dalam dilemma nak guna tajuk tu sebab babi tu najis berat bagi umat Islam. Tapi aku sekadar nak gunakan idiom yang aku jumpa dalam buku Idioms kakak aku tu je. Mesti korang tanya, takde cara lain ke nak bagitau kau extremely happy???? Perlu ke sebut najis mughallazah itew??? 
 
Bagi yang tak tahu, maksud idiom tu ialah happy and content. So, that is the issue for today.
 
 
Babi jelmaan? Source
 
 
Kenapa sangat gembira seperti babi dalam lumpur? Sebab pencarian rumah sewa dah berakhir. Horay!!
 
Setelah beberapa bulan mencari, akhirnya jumpa one nice cute little flat kat Bandar Sunway.  Deposit dah bayar, kunci dah ambik semalam. Literally, bukan aku yang ambik kunci. Irman yang pergi tengok rumah tu dengan ayah, jumpa tuan rumah dan ambik kunci. Aku just tengok gambar rumah tu dalam iklan kat Mudah je. Dan aku sekadar membayangkan keadaan rumah tu dari gambar and description yang Irman bagitau.
 
Seriously, memang giler excited sebab ye la kan. Living together as husband and wife after 4 months menjalani perkahwinan jarak jauh ni. Then, rumah tu dekat je dengan stesen komuter. So, in case Irman balik lambat ke, outstation ke, aku boleh naik komuter direct ke MidValley (Even though the thought of waiting for the trains dreads me, tapi it's an option). Dan yang paling excited, rumah sewa kitorang ni dekat giler dengan Sunway Pyramid!!! *Pops confetti* Irman cakap jalan kaki pun boleh. Ewah, nampak sangat malas nak pusing-pusing cari lampu hijau kat parking lot Sunway Pyramid. Tapi nak tengok wayang boleh la kot gi jalan kaki. Kalau nak beli barang, tak koser aku nak usung barang-barang berjalan balik rumah (Irman Haizal, please take note!)
 
FYI, rumah tu cat kaler pink. Kat ruang tamu sampai dalam bilik. Dah tema Hello Kitty dah. Memang girly habis. Aku takde la kisah sangat. Tapi kesian kat Irman la. Terpaksa hidup dalam warna merah jambu itu. Semoga Irman tak jadi jambu selepas ini. Kesian laki haku.
 
So, sekarang sangat excited nak berpindah masuk ke rumah Hello Kitty dan menghias rumah. Macam-macam plan dah nak beli barang untuk hias rumah. Nasib baik rumah kecik je. Kalau rumah besar, jenuh aku nak penuhkan rumah. Habis duit haku.

 
 
Agak-agak Irman marah tak kalau aku tempek telinga+reben Hello Kitty macam ni kat dinding rumah tu?
 
 
OppsieDoppsie: Kisah melawat anak Farah & BBQ ditunda ke episod akan datang. Harap maklum.
 
 
 
Oinks!
{wanyusnira}
 
 
 

5.16.2011

Rasmi

Salam!

Pagi tadi, secara rasminya aku dah terima surat dari CPK pasal transfer ke CKK. Maka, dengan pantas dan tuntas menyiapkan NOTA SERAH TUGAS. Teehee

Bunyi macam excited giler nak blah kan? Padahal terpalit sedikit sedih meninggalkan keluarga dan bumi Terengganu terchenta. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat membesar. Kampung halaman. Walaupun orang cakap Terengganu ni tak membangun pesat dan tak urban, aku tetap gembira duk Terengganu. Bersyukur pun ye sebab pembangunan pesat banyak bagi kesan buruk dari kesan baik. Tapi apa-apa pun ada pros and cons kan. Terpulang pada individu. Dulu aku duk sebatang kara kat Johor 5 tahun takde pulak aku terpengaruh jadi Johorean pulak kan. Tapi pemikiran berkembang la. Hehe

Panjang pulak melalut.

Apapun, banyak aktiviti hari ni. Plan petang ni nak melawat anak saudara baru, Abyad Syafi. Eceh. Bila pulak kakak aku beranak lagi sorang ni?? Ni anak BFF aku, *Farah Waheda. Aku ngan Engku nak pergi melawat Farah dan anaknya petang ni. Baby dah nak masuk 2 bulan dah rasanya, baru terhegeh-hegeh nak gi jenguk. Sorry Farah!! 

Malam ni nak buat barbeku (dan-dan kau eja BM..) sempena Hari Wesak. Ok tipu. BBQ ni macam-macam event combine sekali. All inclusive gitu. Birthday tertunggak anak-anak bulan Februari (Ayi - 2Feb, Irah - 24Feb), Hari Ibu (kata haram. Tapi kitorang sekadar buat alasan untuk BBQ. Hoho), Hari Guru (Khas untuk Teacher Yusnita) dan family gathering. FYI, sang suami terchenta ada di sini sempena cuti Hari Wesak esok (bajet-bajet sambut Wesak cuti lebih-lebih, tapi terima kasih!). Maka dapat la berkumpul sama-sama dan makan-makan menggemukkan diri.

Sebenarnya ni dua plan semalam tapi postpone atas sebab-sebab tertentu. Maka ditunda ke hari ini dan sama-samalah kita berdoa agar segala program berjalan lancar (Semoga tidak hujan agar boleh BBQ di bawah langit dan bintang serta bulan penuh.), selamat segalanya dan dapat bertemu my two BFFs and BFF junior petang ni. Hadiah dah ready, bahan-bahan rempah ratus BBQ dah beli semalam.


Robert Rainford akan didatangkan khas ke laman rumah kami malam ni untuk BBQ Partayyy All Inclusive ini. Ok. Tipu.




* Kisah kawen Farah dalam post Menunggu Sebuah Jawapan.



OppsieDoppsie: Mungkin akan update gambar-gambar di sekitar event hari ini bila berpeluang. (Kisah kawen pun kau tak update lagi kan?)



Ecstatic!
{wanyusnira}


5.11.2011

Servis Bertukar Tangan

Salam!

Selepas 5 bulan hantar permohonan dan bulan lepas hantar permohonan buat kali kedua dan berkali-kali call pegawai berkenaan nak tahu status pertukaran akhirnya semalam aku dapat jugak bercakap dengan pegawai tersebut. Fuhh.. giler panjang ayat pertama. Dah makan satu perenggan dah. 

Baiklah. Mulai bulan 6 ni, servis aku akan bertukar ke Cawangan Kerja Kesihatan, KL. Surat pertukaran tak keluar lagi tapi semalam dah disahkan oleh CPK. Hoh.. bukan senang aku nak dapat bercakap dengan pegawai tu. Asyik takde je. Bos dia ada pulak kalau aku cal. Musykil sungguh.

So, sekarang dah boleh mula buat handing over note. Teringat masa nak berambus dari RPM dulu. Excited giler taip handing over note. Tak sabar-sabar nak hand over the note kat bos-bos. Kekeke.. Habuannya, dapat jam Casio seketul. Dan ex-bos aku itu, MAMN datang masa reception kat rumah Irman. Tergezut kami. Terharu pun ye jugak. Ingat lagi dia kat kami. T_T (He taught us so many things. Seriously)

Dan petang semalam, lepas dapat tahu pasal tukar ni terus call Irman. Mula-mula excited lagi. Pastu jadi down. Entah apesal. Rumah sewa tak dapat-dapat lagi. Tapi nasib baik CKK kat Midvalley. Irman cakap 10 minit je dari opis dia. If aku dapat kat HQ Jalan Sultan Salahuddin, jenuh jugak la. Irman cakap nak lunch sekali pun boleh (Nak menunjukkan dekatnya Midvalley dengan opis dia tu ok).

The bright side is, boleh pergi balik kerja dengan Irman. Kalau petang dia balik lambat, at least aku boleh tunggu kat dalam mall tu. So takdela menakutkan sangat sebab sebelum ni aku duk terpikir if Irman ada meeting pukul 5, takkan aku nak tunggu sorang-sorang kat opis?? (Sila bayangkan diri anda keseorangan di dalam bangunan lama HQ JKR tu di kala petang. Bayangkan pula hari hujan renyai-renyai, cuaca gelap je, dan sunyi sepi je kat opis. Suasana suram dan muram macam dalam cerita Dark Water. Sanggup??!) 


Dark Water (Aku tengok sekali je. Takut nak tengok lagi)


Tapi bila pikir nak ke tempat baru ni, risau jugak. Nak berjumpa orang baru, bos baru, colleague baru, tugas baru. Dah dekat 2 tahun aku kat sini. Dah selesa dan mahir dah dengan tugas sedia ada. So, nak kena start anew tu yang letih tu. Tapi selalu positif. Semoga semuanya akan lebih baik dan urusan dipermudahkan. InsyaAllah.

Dan tak sanggup nak keluar seawal jam 6.30 pagi untuk gi kerja. OMG!! Dulu masa kerja RPM masuk kerja kul 9. So, boleh rilek je. Ni paling lewat pun kena ambik time 8.30 - 5.30. Sama dengan timing Irman. Nak mengadap jem tiap-tiap hari. Dah lama bertenang di Terengganu. Kul 5.30 dah ada kat rumah. Heaven! So, kena la mengadap semua ni balik. Oh tidaakkkK!!!!


Roti Gardenia. Persediaan menghadapi jem. Sapu je jem kat roti. (Kalau la semudah itu)

Kalau dah tak larat nak bedal roti Gardenia pagi petang, kami naik mop je la T_T


Perlindungan dari panas dan hujan tidak disediakan. Harap maklum.


**Credit goes to Google image search and our wedding photog, Ocham Pedro Photography


OppsieDoppsie: Album kawen tak ambik lagi kat Ocham.



...
{wanyusnira}

5.10.2011

Kanser dan Darah Manis

Salam!

Pagi tadi JKR KT anjurkan Kempen Kesedaran Kanser Di Kalangan Wanita. Yang bagi ceramah tu doktor dari Klinik Kesihatan Hiliran. Muda lagi doktor tu. Tapi bila dengar dia bercakap dan slide yang dia tunjuk tu, she's good at it. Dan I learnt a few things further about cancer. Tadi specifically just about breast cancer and cervical cancer. 

Doktor tadi ada tunjukkan a few pictures of breast cancer symptoms. Very disturbing graphics. Dan ada ditunjuk gambar after mastectomy. Sebelum ni aku bayangkan aje tapi bila dah tengok gambar tu, it was beyond what I've imagined. So terjawab teka-teki aku selama ni. Aku tak pernah cuba cari image after the surgery sebab tak pernah terpikir pun nak cari. Tapi aku rasa, kalau korang google mesti ada. 

Ada jugak gambar-gambar kanser serviks. Risiko lebih tinggi pada golongan yang dah menopause. Dan doktor tu pesan pada all the ladies yang "sexually active", anda perlu buat ujian PAP smear. Kenapa doktor tu sebut "sexually active" bukan yang dah kawin? Sebab dia cakap sekarang ni, even yang belum kawin pun dah sexually active. Means, seks luar nikah la kan. Dan especially pada yang ada multiple partners. Yang ada multiple partners ni berpeluang nak dapat HPV = Human Papilloma Virus. Tapi doktor tu cakap, HPV ni can be passed to when we use public toilets too! Bukan tandas cangkung tapi tandas duduk tu. Mak eh, risau pulak haku nak pakai public toilet pasni. 

Dan bersempena kempen ni, ada sekali medical check up. Check BMI, kandungan gula dalam darah and blood pressure. So, aku pun memang ambil epluang nak buat these check ups. Kalau harapkan nak pergi klinik sendiri, entah bila la kan. So, dah ada peluang ni kita gunakan aje.

Mula-mula cek tinggi dan berat. Ni untuk kira BMI. Pastu check darah. Lastly check blood pressure. This is my result:

Agak-agak rabun tak leh baca, sila klik gambar di atas. Terima kasih.

  1. Tinggi: 154.5 cm (Aku makin tinggi ke? Biasa 153 cm je)
  2. Berat: 47 kg (Makin kurus???)
  3. BMI: 19.8 (Normal weight: 18.5 - 24.9)
  4. BP: 120/70 mmHg (Normal blood pressure)
  5. Random Blood Sugar Test: 9.6 (Normal : <7.0, suspected diabetes: >11.0)
Korang nampak aku punya kandungan gula tu? Habis makcik pakcik kat situ terkejut dengan result aku tu. Paling banyak pun aku jumpa 8.1 je. Sampai kat aku terus sky-high, 9.6. Dah nyaris-nyaris suspected diabetes dah. Misi yang cek darah tu siap tanya, ada family history yang ada diabetes ke? Setahu aku takde. Mak abah takde diabetes. Terkesima jugak aku tengok result tu. Nasib baik BP normal. 

Tapi aku perlu ambil prevention la. Kena kurangkan makan manis and banyak minum air kosong. Tapi agaknya sehari dua ni aku kurang minum air kosong. Dah 2 malam berturut-turut minum Nescafe 2in1. Semalam pun banyak jugak makan kuih belimbing kat opis. 

Kuih belimbing manis.

Jadi aku rasa tu la faktor darah aku manis pagi ni. Tapi risau jugak kan. Semua tak percaya bila tengok result aku tu. Dorang cakap aku kurus cenggini macam tak logik je. Siap cakap alat test darah tu rosak lagi. Heheheh.. Aku pun harap camtu. Kuikuikui

Okla. Dah time rehat. Nak berehat pulak. Kalau nak tahu cara self breast examination, cekidaut kat sini. Ada video sekali ok. 


PREVENTING IS BETTER THAN CURING


Wake up call,
{wanyusnira}

5.09.2011

Poll #1

Salam!

Rajin pulak aku menambah poll. Sila la pilih bahasa mana yang anda lagi suka baca dan mudah paham. Tapi aku jamin aku tak mampu tunaikan pilihan no. 4: 1Malaysia (BM+BC+BT). Aku reti BM je. Ampun!!!

Anyway and anyhow, hope you enjoy reading what I wrote in the past years and many years to come (hopefully). It's a good thing seeing the stats keep going up though I haven't write for some while.

Thanks!



{wanyusnira}

Here It Goes

[This  post was written a few days prior and a few lines might sounds irrelevant to the current situation. Thank you]

Salam.

Been off the blogsphere for quite awhile. But I still catching up with other blogs. And left a few comments here and there. 

For today, just made a few changes on the background and colors. It's a start after a while.  I had plenty of things to be told here but I don't have the mood to write. It's not that I don't have the time but I didn't make the effort to spare some time for writing in.

Well, if you ask "What's up?" then I guess there's nothing much to tell. Same old, same old. 

Ok. Malas nak pikir dah. Jenuh nak tulis bahasa mat saleh. 

Mari martabatkan Bahasa Melayu!! (Dengan ejaan, tatabahasa dan susunan ayat yang betul lagi skema)

Sekarang ni, masih meneruskan tugas-tugas harian di Terengganu. Belum dapat keputusan pasal transfer ke KL. Tapi bos sebut-sebut bulan 6. Mungkinkah? Maka perlu bersedia dengan Nota Serah Tugas (Hand Over Note kalau tak paham). Fail Meja pun dah hilang entah ke mana masa pindah-randah tahun lepas. So, kena print balik ok.

Interview SPA. Dah keluar result bulan lepas. Aku sah-sah dah tak tersenarai tapi one of my fellow CFS colleague bagitau yang 14 post tu semua dapat kat outsiders. Maksudnya di sini, takde sorang pun CFS dapat post tetap yang 14 itu. All the 600+ CFS civil tak berjaya. JKR Terengganu, ada 9 orang dapat masuk list simpanan. So, chances of getting the permanent post lasts for a year. And believe me, the districts will suffer the most since most of the J41 are CFS. Who will run the projects once all of the existing CFS will be banished from JKR by the end of the year?? Kesian kat JD nak restructure their district with remaining staffs. (Eh, apasal aku cakap bahasa mat saleh balik nih??)

Of course, aku memang dah mula cari kerja sana-sini. Not literally all over Malaysia la tapi area Klang Valley. It worries me when it comes to getting a new job. Bukan sebab aku dah selesa kerja kat gomen tapi sebab aku rasa I'm lacking technical skills since I've been in the management level kat sini. Banyak benda nak kena brush up balik. Aku dah lupa keyboard shortcuts untuk AutoCAD. Dulu aku sempat belajar a few shortcut keys, sekarang langsung dah lupa. Aku pun tak tahu sekarang ACAD dah version berapa. Should be version 2011 la kot.

Aku risau aku tak dapat kerja baru before the end of the year. Siapa tak risau kan. Takkan la aku nak jobless pulak. Walaupun post surirumah tu agak menarik tapi aku rasa it's not a good idea since we're starting a new life. Unless Irman bergaji 5 angka, maka aku rasa boleh je jadi surirumah. Memandangkan tak cecah 5 angka lagi, maka kita batalkan dulu hasrat murni itu.

For the time being, aku banyak apply kerja-kerja management. Somewhere in my heart says I don't want to be in this industry anymore. Aku pun tak tahu kenapa. Rasa macam dah letih nak jadi engineer. I've lost the passion and think that I need to do something that makes me happier. You're not happy with what you are doing when you say, "Crap, esok kerja". Or "Malasnya nak pergi kerja". I'm not enjoying what I'm doing. Seriously.

I have a few things in mind. But let things stable first. I need to settle down and get a few things done. If you ask me what I enjoy doing, I'll say crafty things. Tengok la macam mana. I love doing cute little things. It satisfies me. Tapi nak kata kreatif sangat tu takde la. There are many creative people out there and they never fail to amaze me every time I see their works. Kadang-kadang aku terfikir jugak, macam mana la all these people can be so damn creative??

So, maybe some time in the future you'll see me in another field. Who knows.

Ok, aku dah tak tahu macam mana nak continue with this post sebab dah pending for a few days. Out of idea dah. And excuse my languange. Even I said I don't wanna talk in this bahasa mat saleh, finally I ended up writing Manglish. And broken Manglish. Sorry!

p.s: Please ignore Para 6 in this post. Thanks!



{wanyusnira}


5.08.2011

Asal Usul Hari Ibu

Salam!

This is ironic. I just posted a Mother's Day post and look what I found when I browse my fb wall???




Those two articles xhared the same content but what made me feel like "Yikes!" was the image in the second article.

The Image

It was the same image I used in my Mother's Day post just now. How ironic. And what a coincidence.

Anyhow, I haven't read the link in the article yet. But I agree that there shouldn't be any specific day to celebrate your mother. She is someone you should cherish all the time. And love your mother unconditionally. Don't make her cry or sad cause you'll never know when she'll be leaving you.

p.s: To friends and readers who had lost their mothers, it's not celebrating them during their life that really counts but the prayers and doa that you keep sending them after they are gone that keep them at peace. Your love doesn't stop once they are gone. So don't stop sending those prayers.


OppsieDoppsie: A reminder to myself: My mum is not getting any younger each day, but she keeps aging with every second passing by.


Xoxo,
{WanYusnira}

Happy Mother's Day!

Googled this.

Salam!

Let's keep this entry sweet and short. 

Yes, HAPPY MOTHER'S DAY to all mothers on earth. There's no one can replace you and we are proud of our mum! <3 <3 <3

To my friends who are mothers to their lovely kid(s), cherish your motherhood moments. Me? Not yet in the list. Maybe next year :)

To a friend who recently delivered a baby girl, Fathiyah. She safely delivered her firstborn on Friday. Congrats!

Coming soon, my RPM colleagues, Sue and Zie. Sue is expected to deliver this month. Zie is on her 24th week. Another 16 week to go. I guess. So, both parents-to-be, all the best!!

Last but the special one goes to my mum, Puan Rahmah. Love you loads! 

Me and mak.

Ciao!


OppsieDoppsie: Yes, I know. The post I was talking about in the last entry is still in Draft. Sorry guys!  


<3 <3 <3

5.04.2011

Cheryl Cole - The Flood

Salam!

Last night while I was doing nothing and listened to Mix FM (Yes, I'm old. I know.), heard this song listed in the Top 40 chart. I just remember the DJ said the title, Flood. But I didn't get who's singing.

So, just now, browse through Mix FM site, found it! It's the beautiful Cheryl Cole. I just like the song. Already download it. XD 

Enjoy!





Cheryl Cole - The Flood .mp3
Found at bee mp3 search engine


The Flood by Cheryl Cole

Turn the lights out, in the light house,
I saw you coming,
Felt the ship wreck
Saw the wreckage, I heard you yelling,
Just a mess when I saw your reflection in the sand,
Wondering where you were washed up,
Or I ran to the water, Mmmmm,
I can put my hands down in it,
But I won't bring nothing up,
Sitting at the shore all day, waiting on the tide to come

But you can't hold on to water
It fills you up but never stays
It's only good to wash away, today
And your loving me like water
Your slippin' through my fingers such
A natural disaster love
Bringing on the flood, the flood
Love me like a flood, a flood
Bring it on


Stay tonight out, by the beach house, it's all so quiet
Lit a candle, by the window, so you might find it
Hope you know you'll always have a place to call your home
Still I can't help but think, I could have saved you from drowning
Ohhh, oh,
I can put my hands down in it, yeah,
But I won't bring nothing up,
Sitting on the shore all day
Just waiting on the tide to come,

But you can't hold on to water,
It fills you up but never stays,
It's only good to wash away,
today
And your loving me like water,
You're slipping through my fingers such,
A natural disaster love
Bringing on the flood, the flood,
Love me like a flood, a flood,
Bring it on


I knew the waves were icy, when I felt them all retreating,
Went to take a dive in the deep end,
Oh, what was I thinking?

But you can't hold on to water,
It fills you up but never stays,
It's only good to wash away,
Today
 And your loving me like water,
You're slipping through my fingers such,
A natural disaster love

Bringing on the flood, the flood,
Love me like a flood, a flood,
Bring it on,

Ohohohoh Ohohohoh

Rising and falling in my dreams,
Rising and the falling of my tears that fill the ocean (the ocean, the ocean)

Lyrics from elyrics, mp3 from beemp3

OppsieDoppsie: There's a post I wrote yesterday still in the Draft. I'll finish it by today k.


Love me like a flood,