Pages

5.23.2011

Happy As A Pig In Mud

Salam!
 
Sebenarnya dalam dilemma nak guna tajuk tu sebab babi tu najis berat bagi umat Islam. Tapi aku sekadar nak gunakan idiom yang aku jumpa dalam buku Idioms kakak aku tu je. Mesti korang tanya, takde cara lain ke nak bagitau kau extremely happy???? Perlu ke sebut najis mughallazah itew??? 
 
Bagi yang tak tahu, maksud idiom tu ialah happy and content. So, that is the issue for today.
 
 
Babi jelmaan? Source
 
 
Kenapa sangat gembira seperti babi dalam lumpur? Sebab pencarian rumah sewa dah berakhir. Horay!!
 
Setelah beberapa bulan mencari, akhirnya jumpa one nice cute little flat kat Bandar Sunway.  Deposit dah bayar, kunci dah ambik semalam. Literally, bukan aku yang ambik kunci. Irman yang pergi tengok rumah tu dengan ayah, jumpa tuan rumah dan ambik kunci. Aku just tengok gambar rumah tu dalam iklan kat Mudah je. Dan aku sekadar membayangkan keadaan rumah tu dari gambar and description yang Irman bagitau.
 
Seriously, memang giler excited sebab ye la kan. Living together as husband and wife after 4 months menjalani perkahwinan jarak jauh ni. Then, rumah tu dekat je dengan stesen komuter. So, in case Irman balik lambat ke, outstation ke, aku boleh naik komuter direct ke MidValley (Even though the thought of waiting for the trains dreads me, tapi it's an option). Dan yang paling excited, rumah sewa kitorang ni dekat giler dengan Sunway Pyramid!!! *Pops confetti* Irman cakap jalan kaki pun boleh. Ewah, nampak sangat malas nak pusing-pusing cari lampu hijau kat parking lot Sunway Pyramid. Tapi nak tengok wayang boleh la kot gi jalan kaki. Kalau nak beli barang, tak koser aku nak usung barang-barang berjalan balik rumah (Irman Haizal, please take note!)
 
FYI, rumah tu cat kaler pink. Kat ruang tamu sampai dalam bilik. Dah tema Hello Kitty dah. Memang girly habis. Aku takde la kisah sangat. Tapi kesian kat Irman la. Terpaksa hidup dalam warna merah jambu itu. Semoga Irman tak jadi jambu selepas ini. Kesian laki haku.
 
So, sekarang sangat excited nak berpindah masuk ke rumah Hello Kitty dan menghias rumah. Macam-macam plan dah nak beli barang untuk hias rumah. Nasib baik rumah kecik je. Kalau rumah besar, jenuh aku nak penuhkan rumah. Habis duit haku.

 
 
Agak-agak Irman marah tak kalau aku tempek telinga+reben Hello Kitty macam ni kat dinding rumah tu?
 
 
OppsieDoppsie: Kisah melawat anak Farah & BBQ ditunda ke episod akan datang. Harap maklum.
 
 
 
Oinks!
{wanyusnira}
 
 
 

1 comment:

MyMye MyMya said...

Comel pula rumah hello kitty tue...hehehe :D