Pages

5.10.2011

Kanser dan Darah Manis

Salam!

Pagi tadi JKR KT anjurkan Kempen Kesedaran Kanser Di Kalangan Wanita. Yang bagi ceramah tu doktor dari Klinik Kesihatan Hiliran. Muda lagi doktor tu. Tapi bila dengar dia bercakap dan slide yang dia tunjuk tu, she's good at it. Dan I learnt a few things further about cancer. Tadi specifically just about breast cancer and cervical cancer. 

Doktor tadi ada tunjukkan a few pictures of breast cancer symptoms. Very disturbing graphics. Dan ada ditunjuk gambar after mastectomy. Sebelum ni aku bayangkan aje tapi bila dah tengok gambar tu, it was beyond what I've imagined. So terjawab teka-teki aku selama ni. Aku tak pernah cuba cari image after the surgery sebab tak pernah terpikir pun nak cari. Tapi aku rasa, kalau korang google mesti ada. 

Ada jugak gambar-gambar kanser serviks. Risiko lebih tinggi pada golongan yang dah menopause. Dan doktor tu pesan pada all the ladies yang "sexually active", anda perlu buat ujian PAP smear. Kenapa doktor tu sebut "sexually active" bukan yang dah kawin? Sebab dia cakap sekarang ni, even yang belum kawin pun dah sexually active. Means, seks luar nikah la kan. Dan especially pada yang ada multiple partners. Yang ada multiple partners ni berpeluang nak dapat HPV = Human Papilloma Virus. Tapi doktor tu cakap, HPV ni can be passed to when we use public toilets too! Bukan tandas cangkung tapi tandas duduk tu. Mak eh, risau pulak haku nak pakai public toilet pasni. 

Dan bersempena kempen ni, ada sekali medical check up. Check BMI, kandungan gula dalam darah and blood pressure. So, aku pun memang ambil epluang nak buat these check ups. Kalau harapkan nak pergi klinik sendiri, entah bila la kan. So, dah ada peluang ni kita gunakan aje.

Mula-mula cek tinggi dan berat. Ni untuk kira BMI. Pastu check darah. Lastly check blood pressure. This is my result:

Agak-agak rabun tak leh baca, sila klik gambar di atas. Terima kasih.

  1. Tinggi: 154.5 cm (Aku makin tinggi ke? Biasa 153 cm je)
  2. Berat: 47 kg (Makin kurus???)
  3. BMI: 19.8 (Normal weight: 18.5 - 24.9)
  4. BP: 120/70 mmHg (Normal blood pressure)
  5. Random Blood Sugar Test: 9.6 (Normal : <7.0, suspected diabetes: >11.0)
Korang nampak aku punya kandungan gula tu? Habis makcik pakcik kat situ terkejut dengan result aku tu. Paling banyak pun aku jumpa 8.1 je. Sampai kat aku terus sky-high, 9.6. Dah nyaris-nyaris suspected diabetes dah. Misi yang cek darah tu siap tanya, ada family history yang ada diabetes ke? Setahu aku takde. Mak abah takde diabetes. Terkesima jugak aku tengok result tu. Nasib baik BP normal. 

Tapi aku perlu ambil prevention la. Kena kurangkan makan manis and banyak minum air kosong. Tapi agaknya sehari dua ni aku kurang minum air kosong. Dah 2 malam berturut-turut minum Nescafe 2in1. Semalam pun banyak jugak makan kuih belimbing kat opis. 

Kuih belimbing manis.

Jadi aku rasa tu la faktor darah aku manis pagi ni. Tapi risau jugak kan. Semua tak percaya bila tengok result aku tu. Dorang cakap aku kurus cenggini macam tak logik je. Siap cakap alat test darah tu rosak lagi. Heheheh.. Aku pun harap camtu. Kuikuikui

Okla. Dah time rehat. Nak berehat pulak. Kalau nak tahu cara self breast examination, cekidaut kat sini. Ada video sekali ok. 


PREVENTING IS BETTER THAN CURING


Wake up call,
{wanyusnira}

No comments: