Pages

5.16.2011

Rasmi

Salam!

Pagi tadi, secara rasminya aku dah terima surat dari CPK pasal transfer ke CKK. Maka, dengan pantas dan tuntas menyiapkan NOTA SERAH TUGAS. Teehee

Bunyi macam excited giler nak blah kan? Padahal terpalit sedikit sedih meninggalkan keluarga dan bumi Terengganu terchenta. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat membesar. Kampung halaman. Walaupun orang cakap Terengganu ni tak membangun pesat dan tak urban, aku tetap gembira duk Terengganu. Bersyukur pun ye sebab pembangunan pesat banyak bagi kesan buruk dari kesan baik. Tapi apa-apa pun ada pros and cons kan. Terpulang pada individu. Dulu aku duk sebatang kara kat Johor 5 tahun takde pulak aku terpengaruh jadi Johorean pulak kan. Tapi pemikiran berkembang la. Hehe

Panjang pulak melalut.

Apapun, banyak aktiviti hari ni. Plan petang ni nak melawat anak saudara baru, Abyad Syafi. Eceh. Bila pulak kakak aku beranak lagi sorang ni?? Ni anak BFF aku, *Farah Waheda. Aku ngan Engku nak pergi melawat Farah dan anaknya petang ni. Baby dah nak masuk 2 bulan dah rasanya, baru terhegeh-hegeh nak gi jenguk. Sorry Farah!! 

Malam ni nak buat barbeku (dan-dan kau eja BM..) sempena Hari Wesak. Ok tipu. BBQ ni macam-macam event combine sekali. All inclusive gitu. Birthday tertunggak anak-anak bulan Februari (Ayi - 2Feb, Irah - 24Feb), Hari Ibu (kata haram. Tapi kitorang sekadar buat alasan untuk BBQ. Hoho), Hari Guru (Khas untuk Teacher Yusnita) dan family gathering. FYI, sang suami terchenta ada di sini sempena cuti Hari Wesak esok (bajet-bajet sambut Wesak cuti lebih-lebih, tapi terima kasih!). Maka dapat la berkumpul sama-sama dan makan-makan menggemukkan diri.

Sebenarnya ni dua plan semalam tapi postpone atas sebab-sebab tertentu. Maka ditunda ke hari ini dan sama-samalah kita berdoa agar segala program berjalan lancar (Semoga tidak hujan agar boleh BBQ di bawah langit dan bintang serta bulan penuh.), selamat segalanya dan dapat bertemu my two BFFs and BFF junior petang ni. Hadiah dah ready, bahan-bahan rempah ratus BBQ dah beli semalam.


Robert Rainford akan didatangkan khas ke laman rumah kami malam ni untuk BBQ Partayyy All Inclusive ini. Ok. Tipu.




* Kisah kawen Farah dalam post Menunggu Sebuah Jawapan.



OppsieDoppsie: Mungkin akan update gambar-gambar di sekitar event hari ini bila berpeluang. (Kisah kawen pun kau tak update lagi kan?)



Ecstatic!
{wanyusnira}


No comments: