Pages

5.11.2011

Servis Bertukar Tangan

Salam!

Selepas 5 bulan hantar permohonan dan bulan lepas hantar permohonan buat kali kedua dan berkali-kali call pegawai berkenaan nak tahu status pertukaran akhirnya semalam aku dapat jugak bercakap dengan pegawai tersebut. Fuhh.. giler panjang ayat pertama. Dah makan satu perenggan dah. 

Baiklah. Mulai bulan 6 ni, servis aku akan bertukar ke Cawangan Kerja Kesihatan, KL. Surat pertukaran tak keluar lagi tapi semalam dah disahkan oleh CPK. Hoh.. bukan senang aku nak dapat bercakap dengan pegawai tu. Asyik takde je. Bos dia ada pulak kalau aku cal. Musykil sungguh.

So, sekarang dah boleh mula buat handing over note. Teringat masa nak berambus dari RPM dulu. Excited giler taip handing over note. Tak sabar-sabar nak hand over the note kat bos-bos. Kekeke.. Habuannya, dapat jam Casio seketul. Dan ex-bos aku itu, MAMN datang masa reception kat rumah Irman. Tergezut kami. Terharu pun ye jugak. Ingat lagi dia kat kami. T_T (He taught us so many things. Seriously)

Dan petang semalam, lepas dapat tahu pasal tukar ni terus call Irman. Mula-mula excited lagi. Pastu jadi down. Entah apesal. Rumah sewa tak dapat-dapat lagi. Tapi nasib baik CKK kat Midvalley. Irman cakap 10 minit je dari opis dia. If aku dapat kat HQ Jalan Sultan Salahuddin, jenuh jugak la. Irman cakap nak lunch sekali pun boleh (Nak menunjukkan dekatnya Midvalley dengan opis dia tu ok).

The bright side is, boleh pergi balik kerja dengan Irman. Kalau petang dia balik lambat, at least aku boleh tunggu kat dalam mall tu. So takdela menakutkan sangat sebab sebelum ni aku duk terpikir if Irman ada meeting pukul 5, takkan aku nak tunggu sorang-sorang kat opis?? (Sila bayangkan diri anda keseorangan di dalam bangunan lama HQ JKR tu di kala petang. Bayangkan pula hari hujan renyai-renyai, cuaca gelap je, dan sunyi sepi je kat opis. Suasana suram dan muram macam dalam cerita Dark Water. Sanggup??!) 


Dark Water (Aku tengok sekali je. Takut nak tengok lagi)


Tapi bila pikir nak ke tempat baru ni, risau jugak. Nak berjumpa orang baru, bos baru, colleague baru, tugas baru. Dah dekat 2 tahun aku kat sini. Dah selesa dan mahir dah dengan tugas sedia ada. So, nak kena start anew tu yang letih tu. Tapi selalu positif. Semoga semuanya akan lebih baik dan urusan dipermudahkan. InsyaAllah.

Dan tak sanggup nak keluar seawal jam 6.30 pagi untuk gi kerja. OMG!! Dulu masa kerja RPM masuk kerja kul 9. So, boleh rilek je. Ni paling lewat pun kena ambik time 8.30 - 5.30. Sama dengan timing Irman. Nak mengadap jem tiap-tiap hari. Dah lama bertenang di Terengganu. Kul 5.30 dah ada kat rumah. Heaven! So, kena la mengadap semua ni balik. Oh tidaakkkK!!!!


Roti Gardenia. Persediaan menghadapi jem. Sapu je jem kat roti. (Kalau la semudah itu)

Kalau dah tak larat nak bedal roti Gardenia pagi petang, kami naik mop je la T_T


Perlindungan dari panas dan hujan tidak disediakan. Harap maklum.


**Credit goes to Google image search and our wedding photog, Ocham Pedro Photography


OppsieDoppsie: Album kawen tak ambik lagi kat Ocham.



...
{wanyusnira}

6 comments:

man yusoef said...

haha..tau takpe..keje kat K.L ni memg kena fikir bnyk kali..dgn jem mcm ape...tapi dah rezeki kat sini..nak wat camno...tapi ada plan nak balik dan keje kat Johor satu hari nnti..woo..tak sanggup oh duk K.L...rumah dah la mahal...cis, rosak masa depan...HAHA

farahazmin said...

satu opis ngan faiz la kt mdvalley.. cousin aku pn kt mdvalley bhgn kesihatan tp dia arkitek la.. huhuhu... sure ko muntah darah ngadap mdvalley sampai bosan giler.. sampai aku ajak faiz p mdvalley, dia ckp x kan ari cuti pn nk p opis gak.. aduusshhh... dia yg p ari2, aku ni tgg cuti la br nk p.. huahuahua

wanyusnira said...

man: ye.. akak rasa duk kl ni nk menabung pun x sempat. ade aje nk pki duit. rumah kalo yg affordable jauh nun di sana. opis tgh2 KL. camano tu?

wanyusnira said...

farah: jadi opismate faiz la aku. ckp kt faiz "sila jadi mentor kermit" sbb aku dah lame x pegang projek. lupe dh.

aku mmg dh lame giler x pegi midvalley sbb x suke. tp 6 bln je pun keje kt ctu. hujung thn kontrak tamat. so, saba je la.. hehehe

Lisa Hz said...

waaaaahhhh.. this is really really a good news! i always berangan nk keje kt shopping mall. like my husband. bukan nk shopping sgt pn. tp syok la cuci2 mata for new stuffs. nk top up brg2 kt guardian/watson every week/month pn senang. alhamdulillah.. syukran 4 d gud news! (excluding the jam mcm tut di kota metropolitan ini)

wanyusnira said...

lissa.. thanks!! mmg gud news for us sebab dah tak perlu PJJ. n i like the idea of 'top up brg2 kt guardian/watson'. kekeke.. ingatkan haku je yg ade penyakit beli brg smpi beratus2 kt guardian.. muahaha.. (nama pun kota metropolitan.. x jem x sah!)