Pages

6.06.2011

Mundane Monday

Salam!

Post pertama dari KL. Hehe

Selamat melapor diri pada 1 Jun 2011 dan selamat berpindah ke rumah sewa di Bandar Sunway pada 4 Jun 2011. 


Tempat Kerja Baru

CKK. Unit PENGURUSAN KORPORAT (again!). Actually, sangat kecewa to be placed in management office again. Berharap untuk buat kerja-kerja teknikal sebelum habis kontrak. Dan bila cakap kat Pengarah, she said "Kalau semua pergi projek, siapa nak buat-buat kerja ni (management)?" Aku just angguk je bila dengar statement tu. And on the day I was here, nama aku dah ada kat board pergerakan staff and organisation chart. Imagine that! Sekarang aku kat Seksyen Kualiti & Latihan. Baik aku stay kat Korporat Terengganu je kan? T_T

(Planning to get another job soon. My heart is not here to do the job)


Rumah Sewa

Selepas berpenat-lelah, bertungkus lumus mengangkut perabot dengan Irman, happily settled in. Still ada banyak benda yang tak lengkap. But then, that's the place we call home for now. Baju belum susun masuk almari lagi. This weekend balik Terengganu ambik barang-barang aku and balik KB. Yet will be another exhausting weekend.


*******


Hari ni ada J41 baru masuk. Lantikan tetap. Batch dorang semua sekali 77 orang. Ni semua dari senarai simpanan interview lepas. Dia cakap maybe akan ada pengambilan dalam 50+ lagi dari senarai simpanan. InsyaAllah ada la rezeki kawan-kawan yang dapat masuk list simpanan hari tu. Doa-doa je la. 

As for me, hearing people getting a permanent job made me snapped. Bukan snap macam mana tapi it lowers me. Rasa macam ada something drag me down from inside. Aku hari tu interview pun tak dapat. Dengar orang dapat masuk tetap seronok je. And now I'm struggling to get another job. Kontrak for sure sampai hujung tahun ni je. Aku pun macam dah hilang minat nak buat kerja-kerja engineering. Bila tengok requirements for job vacancies rasa macam tak layak je nak apply. Yela. I have been doing management stuff for 2 years and insyaAllah, sampai hujung tahun ni. Which means, 2 years plus doing management works. Technical skills dah hilang. Serious shit. 

Kalau bukak JobStreet, semua requirement masing-masing nak ada experience jaga projek la, buat design la, design softwares la, etc. Mana ada requirement untuk engineer post macam ni: Menjadi urusetia jawatankuasa bla bla bla, menjadi urusetia mesyuarat, menjawab aduan dan sewaktu dengannya. All these made me ask myself whether I fulfill the market's requirements? Kalau ikutkan hati, nak je aku quit sekarang. Tapi mana mampu Irman sorang yang kerja. Nak tak nak kena jugak teruskan. Walaupun hati sebu sebam tak gembira, I'll just go with the flow. Semoga Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku. InsyaAllah.




Heartbreaks,
{wanyusnira}