Pages

4.27.2012

Smile! XD

Salam.


Yes. Hari ni sangat gembira dan hati berbunga-bunga chenta. :D Petang ni pulang ke Terengganu dan akan bawak Hannah pulang ke pangkuan kami. Horey!!!!

Tak dapat nak describe betapa excitednya hati ibu ni. Rasa tersengih je sepanjang masa. 

Hannah, tunggu ibu & ayah balik. Rindu giler!!!


Latest pic of Hannah. Sasa MMS semalam :)

Hannah and mami. Bukan main lagi anak aku bertongkat lengan duk atas riba mami.  (Mami, sori exposed gambar anda dalam baju kelawar ni... Huhu)


OppsieDoppsie: Semoga sempat mengelak dari kemungkinan jem di highway malam karang. Huhu



Ecstatic!
{wanyusnira}

4.26.2012

Kosong

Salam.

Tiba-tiba rasa nak menulis tapi tak tau pasal apa. Macam ada something stuck in my head tapi tak tahu apa. Banyak dilemmakah? Setiap orang ada dilemma masing-masing kan? Tapi mungkin hati risaukan sesuatu tapi sesuatu itu tidak jelas. Atau terlalu banyak sesuatu yang dirunsingkan. Entahlah. Diri sendiri pun tak pasti.

Rindukan seseorang? Yang pasti Hannah dalam senarai. 

Hannah di HUSM Kubang Kerian last weekend. Melawat Tok Wan Ali.

Risaukan kewangan? Risau sebab gaji dah dipotong untuk ganti cuti bersalin tanpa gaji hari tu. Jangan terkejut. Kami kontrak CFS ni kena cuti bersalin tanpa gaji. Dan tiap kali orang tanya kenapa cuti bersalin 2 bulan je? Tak larat aku nak explain yang kontrak aku tak peruntukkan cuti bersalin. Maka, sejak bulan lepas hingga Ogos ni, gaji sekerat je. Harapkan Irman je.

Kerja. Sekejap je dah nak masuk bulan 5. Tup tup dah tengah tahun. Pejam celik, pejam celik dah sampai hujung tahun. Kontrak sampai hujung tahun ni je. TAK AKAN DISAMBUNG LAGI. What are my plans? Nak berharap kami diserap ke jawatan tetap? Hanya mampu berdoa. Macam-macam rumours yang kami dengar. Dalam pelbagai versi. Dan aku tak begitu berharap. Jika ada rezeki kami di sini, alhamdulillah. Jika tak, mungkin rezeki kami lebih baik di luar sana. Cuma ralat sebab pengalaman dan sumbangan kami pada jabatan tidak dijadikan pertimbangan untuk diserap. Tapi positively, rezeki tetap ada untuk kami semua. InsyaAllah.

Penat. Memang penat sebulan dua ni. Lepas bersalin, time pantang memang kurang rehat. Bila dah start kerja walaupun Hannah kat kampung, tetap penat sebab every weekend balik Terengganu jenguk Hannah. Badan dah lesu. And in these few weeks, tak berapa sihat. Demam, sakit tekak, batuk. Tak kebah lagi. Badan belum adjust lagi dengan keadaan sekarang. Next week will start a new hectic life sebab dah start hantar Hannah ke nursery. I wonder how long will it take for us to adjust with the new routine.

Out of all, kita sering risaukan hal dunia. Kadang-kadang kita terlupa yang dunia ni tak kekal selamanya. Kita terlalu sibuk memikirkan berapa banyak harta yang dapat kita kumpul, setinggi mana pangkat kita, sebesar mana gaji kita, kita lupa tu semua sementara. Kadang-kadang aku lupa nak hitung berapa banyak bekalan yang aku ada kalau Allah menjemput aku dalam masa terdekat. Cukupkah bekalan yang aku ada? Aku saja yang tahu.

Harapnya aku tak terlalu mengejar dunia sampai lupa membawa bekalan akhirat. Semoga Allah memberi kekuatan untuk aku istiqamah dalam melakukan amal kebaikan. Dan semoga kami dapat menjadi ibu bapa yang dapat membimbing anak-anak kami menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Amin.



{wanyusnira}

A Fresh Look

Salam.

Yep. Changed the header and the background and the template. Just for a start.

Maybe I should blog again.

So... Harapnya dah tukar wajah aku makin rajin berblog.

Harapnya.. :)



Hannah & Ayah. Ayah over-posed. Ibu? Cameraman saje T_T


OppsieDoppsie: Akan cuba lebih rajin update pada tahun ni \(^^)/



{wanyusnira}

4.17.2012

Back To Square One

Salam.

Yes. It's been nearly a year since my last post. Seriously, it's not that I don't have the time but I didn't make the time to blog. Sorry.

And since that last post, so many things happened. Too many. And I don't even know where to start. Maybe you can say I should write chronologically but I might forget a few along the way. So, shall we start?

Sigh. 




I don't know where to begin.

For the time being, maybe I should write on what's happening now :)

As for now, we welcomed a new family member. Well, we have a family now :D Born on 29th January 2012 at 8.43 pm, we present to you, WAN HANNAH IRMAN HAIZAL!! 

Sleeping. On our way to Kuantan.

Ok. Terasa semua ayat di atas sangat skema sebab in English. Lack of fun, eh? Ok la. Anak kami ni buat masa sekarang ada di Terengganu dengan mak aku. Sebabnya? Mak tak bagi kami hantar nursery lagi. Dia suh cukup 3 bulan baru hantar nursery. Which means, 29 April ni genaplah Hannah 3 bulan. Maka kami akan bawa balik Hannah to KL. Tak sabar. Rindu giler... Sobs..

As for now, aku dan Irman seperti newlyweds yang belum ada anak. Sometimes rasa ok sometimes rasa we're missing something. Hari-hari call mak tanya pasal Hannah. Meragam ke tak dia hari ni? Dan jumpa 2 hari time weekend memang la tak cukup. Setiap hari tengok gambar Hannah kat henpon. Hannaaaahhhhhhh...


A week prior Hannah's birth

Now, aku still di CKK. Tapi dah tukar unit. No more corporate engineer. Dah masuk project team. Horey! But then, need to start all over again since aku tak pernah jaga projek since aku masuk JKR. So, that's why I said back to square one. But it's ok. Learn and you'll be better. 

Ok la. Nak balik dah. See you again.




OppsieDoppsie: I guess I need to talk to someone who doesn't talk back. Dear diary perhaps?




{wanyusnira}