Pages

4.26.2012

Kosong

Salam.

Tiba-tiba rasa nak menulis tapi tak tau pasal apa. Macam ada something stuck in my head tapi tak tahu apa. Banyak dilemmakah? Setiap orang ada dilemma masing-masing kan? Tapi mungkin hati risaukan sesuatu tapi sesuatu itu tidak jelas. Atau terlalu banyak sesuatu yang dirunsingkan. Entahlah. Diri sendiri pun tak pasti.

Rindukan seseorang? Yang pasti Hannah dalam senarai. 

Hannah di HUSM Kubang Kerian last weekend. Melawat Tok Wan Ali.

Risaukan kewangan? Risau sebab gaji dah dipotong untuk ganti cuti bersalin tanpa gaji hari tu. Jangan terkejut. Kami kontrak CFS ni kena cuti bersalin tanpa gaji. Dan tiap kali orang tanya kenapa cuti bersalin 2 bulan je? Tak larat aku nak explain yang kontrak aku tak peruntukkan cuti bersalin. Maka, sejak bulan lepas hingga Ogos ni, gaji sekerat je. Harapkan Irman je.

Kerja. Sekejap je dah nak masuk bulan 5. Tup tup dah tengah tahun. Pejam celik, pejam celik dah sampai hujung tahun. Kontrak sampai hujung tahun ni je. TAK AKAN DISAMBUNG LAGI. What are my plans? Nak berharap kami diserap ke jawatan tetap? Hanya mampu berdoa. Macam-macam rumours yang kami dengar. Dalam pelbagai versi. Dan aku tak begitu berharap. Jika ada rezeki kami di sini, alhamdulillah. Jika tak, mungkin rezeki kami lebih baik di luar sana. Cuma ralat sebab pengalaman dan sumbangan kami pada jabatan tidak dijadikan pertimbangan untuk diserap. Tapi positively, rezeki tetap ada untuk kami semua. InsyaAllah.

Penat. Memang penat sebulan dua ni. Lepas bersalin, time pantang memang kurang rehat. Bila dah start kerja walaupun Hannah kat kampung, tetap penat sebab every weekend balik Terengganu jenguk Hannah. Badan dah lesu. And in these few weeks, tak berapa sihat. Demam, sakit tekak, batuk. Tak kebah lagi. Badan belum adjust lagi dengan keadaan sekarang. Next week will start a new hectic life sebab dah start hantar Hannah ke nursery. I wonder how long will it take for us to adjust with the new routine.

Out of all, kita sering risaukan hal dunia. Kadang-kadang kita terlupa yang dunia ni tak kekal selamanya. Kita terlalu sibuk memikirkan berapa banyak harta yang dapat kita kumpul, setinggi mana pangkat kita, sebesar mana gaji kita, kita lupa tu semua sementara. Kadang-kadang aku lupa nak hitung berapa banyak bekalan yang aku ada kalau Allah menjemput aku dalam masa terdekat. Cukupkah bekalan yang aku ada? Aku saja yang tahu.

Harapnya aku tak terlalu mengejar dunia sampai lupa membawa bekalan akhirat. Semoga Allah memberi kekuatan untuk aku istiqamah dalam melakukan amal kebaikan. Dan semoga kami dapat menjadi ibu bapa yang dapat membimbing anak-anak kami menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Amin.



{wanyusnira}

No comments: