Pages

5.03.2012

Bulan Mei & Hati Ibu

Salam.


:)

Seperti korang sedia maklum, kami dah bawa Hannah balik dengan kami. Sangat teruja oke! Start semalam dah hantar Hannah pergi nursery. Kami hantar Hannah kat Taska & Tadika Temanku kat Menara PJD. 

Hmmmm...

Sebenarnya, hati ibu ni berat nak tinggalkan Hannah di nursery. Tapi nak buat macam mana, terpaksa. Aku yakin, bukan aku sorang yang rasa macam ni, ibu-ibu lain pun macam ni. Ikutkan hati, nak je berhenti kerja jaga Hannah. Tapi.. keadaan tak mengizinkan lagi T_T

Kami decide untuk hantar Hannah kat nursery tu sebab utamanya nursery tu terletak di salah satu bangunan HQ JKR. Dan kebetulan pulak, kat PJD ni selalu diadakan kursus anjuran BLP dan CPK. So, kalau ada kursus kat sana, senang la aku nak jenguk Hannah. Nursery ni pulak terima baby di kalangan staff JKR sahaja. Untuk toddlers and playschool baru open untuk orang luar. So, kami rasa lebih selamat berbanding hantar kat nursery lain. At least, it's within the JKR itself and we feel comfortable about it.

Tapi, walaupun rasa selamat and comfortable, biasa la, hati tetap ada sedikit gusar kan... Leaving our child to a total stranger and praying for her safety. All the time.

Semalam, lepas balik dari site terus mintak Zaidi hantar ke PJD. Ingatkan dapat sampai awal. Tapi memandangkan hujan dari Seremban sampai la ke KL, memang sampai on time je. Pukul 5.10 aku sampai di PJD. Terus pergi ambil Hannah. Cikgu dia cakap, pagi Hannah tak tidur. Merengek. Tengahari baru tidur. Sampai la ke petang. Agaknya dah penat sangat, memang tidur lena. Orang kejut boleh tidur balik. Oh anakku! Masa ambil Hannah, dia ok je. Baru lepas minum susu. So tengah kenyang, memang tak meragam. Kami pun menunggu Irman datang jemput. Tunggu punya tunggu, pukul 7 baru Irman sampai. Ayooo.. Hannah dah siap menyusu lagi, tidur, bangun balik baru ayahnya sampai. Huhu..

Dan pagi tadi, macam semalam jugak. Masa keluar dari rumah Hannah still jaga sebab baru lepas mandi. Kami mandikan Hannah siap-siap before pergi nursery. Mak aku pesan mandikan dulu. Yela, orang lain mandikan ni takut-takut la air masuk telinga ke apa ke. So, untuk meminimumkan risikonya, kami mandikan Hannah pagi-pagi. Nasib baik la Hannah seronok je time mandikan dia di pagi hari. Dalam kereta, Hannah pandang luar je. Bila dah bosan, merengek la. Maka, time ni kena la susukan Hannah. Terus tidur. Sampai la ke PJD.

Semalam: Tidur. Otw ke nursery.

Elok je sampai kat PJD, Hannah dah jaga. Macam tau-tau je kami nak tinggalkan dia kat situ kejap lagi. Huhu.. Bila dah kat sampai baby room, letak Hannah kat tilam. Time ni la dia nak tersengih-sengih, bercakap pulak dengan kami. Hadoi.. lagi la berat hati ni nak tinggal dia kat situ. Kalau tengah tidur tu ok la sikit, ni tengah senyum-senyum, borak-borak nak kena tinggalkan. Apa la agaknya Hannah fikir time kami tinggalkan dia kat situ? Huhuuu.. Dan macam semalam, bergenang jugak air mata masa nak tinggalkan Hannah. Memikirkan apa la dia buat sepanjang hari nanti.

Pagi tadi: Tidur lagi. Lepas tukar pampers, menyusu dan terus tidur.

Hari ni harapnya Hannah ok. Tak meragam macam semalam. Dan semoga selamat sepanjang di nursery. InsyaAllah. Baby kat sana semua kami tengok tidur meniarap. So kalau jeluak takde la tersedak.

Rindu Hannah. Cepat la 5.30!



{wanyusnira}

2 comments:

Anonymous said...

SY LETAK BB SY 4 HARI JE KAT TASKA TU SBB X PUAS ATI NGN PENGASUH DIA JG BUDAK2..

Anonymous said...

Saya ada baca luahan hati awak....rasa mcm nk sepak jer owner n pkerja taska....ada ke letak mittens dlm pampers anak awak....giler!!!