Pages

5.16.2012

Phewww... (?)

Salam.

Didn't update for the whole week. I tak masuk opis langsung last week. Datang opis semalam, ada traffic change at Mid Valley dah. Baru tinggal seminggu no...

Last week should be aku kursus at PJD for the whole week. 2 different courses. Isnin - Selasa and Rabu - Jumaat. Both courses tu aku gantikan tempat orang lain. Hihi.. Untung. Tak payah apply terus dapat. And luckily bos lepas pergi kursus. 

But unfortunately, I only attended one course instead of two. Kursus Isnin - Selasa tu kursus Konkrit. Memang nak pergi, tapi pagi Isnin tu selsema Hannah agak teruk. Hidung tersumbat and dia meragam. So aku tak sampai hati nak tinggalkan dia kat nursery eventhough aku kursus at the same building. So I decided to take a day off. Irman took a half day off. Dia balik in the afternoon sebab hari tu appoinment untuk injection Hannah. So we planned to see the doctor in the evening.


Hannah dengan Wan. Was on our back here from Terengganu.

At 4, bersiap pergi klinik. Masuk klinik, agak ramai orang and the staff said the doctor dah tak nak take more patients. Her shift ends at 5. So kena tunggu next doctor after 5. So kami pergi makan dulu. Makan tak nak kalah. Pergi makan kat Sunway Pyramid. Mementang la depan rumah je katanya, dan-dan tu pergi sana. Lepas makan pergi klinik. Dah dekat pukul 6 time tu. Doktor ada so kami pun register kat kaunter. It was Hannah's first time at that clinic.

Time kami kat klinik tu, dah tak ramai orang. Tengah tunggu turn kami, sempat pulak Hannah poopoo. Ish anak dara aku ni. Nervous agaknya nak kena inject. Kehkehkeh... Sempat tukar pampers, sampai la turn kami.

Patut la Hannah poopoo. Bukan setakat nervous nak kena inject, tapi nervous dengan doktor tu. Agak handsome jugak itu doktor. One good looking young Indian doctor. Ibu Hannah pun blushing. Ohohohohooo... (Irman Haizal, jangan merajuk dengan I oke :D). Dah la good looking, ramah pulak orangnya. Very banyak cakap.

Lepas timbang berat, baru inject. Dah 5.9 kg dah Hannah. Baru je umur 3 bulan. Patut la kebas peha kalau riba dia lelama. Tapi bagus la dari dia kurus kering kan. Aku tak sempat pulak nak timbang berat sendiri. Nampak alat timbang tu, rasa macam nak naik je. Tapi entah kenapa tak pergi pulak. Segan kat doktor kot. Kuikuikui

Balik dari klinik terus bagi Hannah makan ubat demam. Untuk mengelakkan demam ye. Malam tu ok je. Badan tak panas. Pagi esoknya, pegang Hannah rasa macam panas. Semalamnya tak pulak. So, sebab Hannah demam, once again I decided to take the day off. Pagi tu, lepas makan ubat Hannah tidur je. Sampai ke tengahari. Then, in the afternoon dia dah jaga. Mula-mula ok. Borak-borak dengan aku. Then dia start meragam. Menangis sampai aku pun dah tak tahu nak buat macam mana. Dah la sorang-sorang. Badan tak sedap kan. So, just dukung dia. Solat pun sebelah dia je. Makan pun tak sempat. Sempat minum air je. Tapi sebab dia demam, memang layankan aje. Biasanya boleh je tinggalkan dia kejap-kejap. 

Nasib baik la Irman balik awal jugak hari tu. So malam tu dia la yang menjaga Hannah. Kesian Hannah. Tapi nasib baik la malam tu demam dia dah kebah. 

Hannah & Ticha. At Petronas RnR Genting Sempah.

Esoknya, pergi kursus EMS. Sepanjang 3 hari kursus tu aku asyik masuk kelas lambat. Segan jugak dengan lecturer tu. Dah la on the last day ada exam. Exam tu of course la pasal apa yang kami belajar throughout the course tu. Ayooo... 

Seronok jugak belajar pasal EMS ni. Tapi untuk jadi certified auditor, kena attend 4 lagi module. Kena lulus exam and then baru dapat sijil. So aku kena attend la 3 module lagi kalau nak jadi auditor. Agak berminat jugak in environment compared to construction. So, akan cuba attend the next 4 modules nanti.

Exam on Friday. Aku memang tak study pun. Balik rumah dah sibuk hal-hal kat rumah. So, pagi tu dalam kereta sambil-sambil Hannah tidur, aku sempat la belek nota kursus tu. Baca sepintas lalu kata orang. Masuk tak masuk tu belakang cerita. Janji sempat belek. Exam tu ada 20 soalan je. Objektif and subjektif. Lecturer tu, Dr Chong display each question one by one kat depan then kami just tulis jawapan on a piece of paper. Soalan-soalan tu ada yang boleh jawab terus, ada yang langsung tak ingat, ada yang tunggu hint dari Dr Chong. Hehehe...

Dah selesai jawab, Dr Chong kutip jawapan kami and exchange it within the classroon for checking. Soalan pertama suruh bagi full nama ISO in English. Dengan yakin aku jawab ORGANIZATION OF INTERNATIONAL STANDARDIZATION. Yakin giler beb! Korang cuba Google perkataan ISO terus dapat apa jawapannya. INTERNATIONAL ORGANIZATION FOR STANDARDIZATION. Soalan pertama pun dah salah kan. Adoiiii...

So, lepas dah siap checking, Dr Chong ni tanya la. Ada tak sapa-sapa yang dapat 100%? Tak ada. Kertas yang aku check tu tuan dia score 95%. Salah satu je beb. Giler la wei. Then Dr Chong tanya lagi ada tak yang dapat 95% - 99%. So ada la dalam 3-4 orang angkat tangan. Sorang tu bagitau paper yang dia check tu score 98%, paper bos aku - Ir Nik Manan. Langsung jadi best student bos aku tu. Then yang aku check tu pun masuk senarai la kan . Dan semua pun dimonopoli oleh kaum Adam. Then Dr Chong tanya lagi ada tak yang score 90% - 94%. Then ada sorang yang angkat tangan. Tuan punya paper tu ialah Wan Yusnira. Aku la tu. Score 91%. Ohohohohohooo... Dr Chong siap cakap WAH BAGUS SEKALI! Aku pun tak bajet jadi top 5 kan. Heheheh.. Wakil kaum Hawa la dapat score 90 above. Kalau SPM A+ la tu. Kembang bontot den. Dalam kereta terus bragging kat Irman. Hobi. Hihihi

Dan Isnin baru-baru ni kursus khas untuk budak CFS. Kursus teknik menghadapi temuduga. Boleh gitu? Dah macam baru nak grad la pulak attend kursus cenggitu. Tapi layan je la kan. Most of budak CFS attend. And based on the Q&A session, rasa macam kami ni perlu berhenti berharap je untuk diserap. Aku pun memang tak berharap dah pun. Kalau ada rezeki kami kat sini, ada la. Kalau bukan di sini, InsyaAllah di tempat yang lebih baik kan. So kawan-kawan, jangan kecewa. It's not the end of the world yet. Dunia ni luas. Banyak lagi ruang dan peluang untuk kita semua. 

Apa lagi ye nak membebel kat sini? Oh ye. 2 minggu lepas BFF aku kat UTM call. Jaja la, sape lagi. Lama giler menghilang makcik nih. Rupanya handphone dia problem. So call aku hari tu sempat lagi berlagak dah pakai handphone baru. Perlu ke Ja???? Hehe.. Lama jugak kami berborak. Banyak jugak la benda yang merapu. Rupanya dia pun baca blog aku ni (Buat-buat tak sangka, padahal dah tahu lama dah). Nasib baik aku dah start update blog. Kalau tak mesti dia akan baca kisah aku tahun lepas je. Kesiannn..

Ok la. Nak sambung buat report semalam. Dah lama tertangguh. Kang bos tanya menggagau nak jawab. 

Adios muchachos!




{wanyusnira}

No comments: