Pages

6.05.2012

Di Suatu Isnin

Salam.

Seperti Isnin-isnin sebelum ini, memang liat nak bangun memikirkan kena pergi kerja. Cik Hannah pun sama. Hari Sabtu Ahad tu elok je kul 6.30 - 7 dah tersengih-sengih bangun. Hari ni Irman kejut dah kul 7 lebih still tak nak celik mata lagi. Siap menggeliat-geliat lagi. Hamboiii...

Disebabkan semua pun bangun lewat dan lambat bersiap, pukul 8 baru keluar rumah. Haih.. WP4 lagi la aku hari ni.

Hannah pergi skool versi Junior Masterchef hari ni. Ke lebih mirip kepada smurf? Huhu

Pandang kiri kanan.

Pandang camera pulak.

Cari akal apa nak buat seterusnya.

Hannah-chan tukar dari Pooh jadi Smurf hari ni. Biasa pakai topi Pooh. Tukar selera la. Dah boring duk dalam kereta, seperti biasa Hannah bertukar mood dengan segera.

Smurf mula mengamuk.

Smurf stress sambil tenyeh-tenyeh mata. Topi pun dah tertanggal.

Berkerut-kerut maknanya CEPAT DUKUNG!

Haish. Ini la keadaan Hannah-chan setiap pagi dalam kereta. Kadang-kadang kalau ngantuk sangat, minum susu terus tidur. Tapi kebanyakan harinya macam ni. 

Petang, Irman pikap Hannah dulu sebelum aku. Cikgunya cakap Hannah tidur kejap-kejap je, nak tidur pun makan masa. Masuk kereta terus menangis. Ayoo.. 

Time dengan aku dia ok je. Tapi dah nak sampai rumah dah mula merengek. Macam biasa. Masuk rumah terus letak depan tv. Bukak Disney Channel.


Dengan santainya menonton. Kaki tangan spread out. Tak gaya anak dara langsung.

Pandangan hadapan. Mula-mula pandang aku kejap, pastu sambung tengok kartun.

Fokus lebih dekat. Air liur meleleh. Anak dara ibu ni...

Pagi tadi Cik Hannah selsema. Teruk jugak. Berjangkit kat nursery la ni. Kesian anak ibu.



{wanyusnira}

6.04.2012

Jiwa Kacau?

Salam.

Entah kenapa Khamis lepas kat opis tiba-tiba aku teringat lagu ni dan terus download. Terus transfer masuk handphone. Jiwa kacau ke?


Kerinduan - Sheila Majid

Dulu pernah aku bersumpah
Selalu setia jika kumencinta
  Masih melekat rasa itu
Saat cintamu datang padaku 
Semua terwujud... saat kau singgah
Panasi cinta, untuk setia merindu

(Korus)
Kerinduan tak akan menghilang
Kan selalu kurasa
Tak mampu kumenghindar
Kau berikan, apa yang kupinta
Kau mengingatku dalam cinta
Temaniku dalam.. Setia (jalani hidup ini)

Aku tak pernah mengharapkan
Cinta lain datang membelaiku
Aku dapat selalu bertahan
Menahan cintamu di sukmaku
Kehadiranmu basuh jiwaku
Engkau suluhkan api cinta diriku

(Ulang korus)
  


Entah ler.



{wanyusnira}